18 Dec 2018
Hari Ke- 8
Yeahhh...dah masuk hari baru.
Hari ni merupakan hari terakhir kami di Khao Yai. Menurut rencananya kami akan bergerak menuju ke The Bloom, Primo Piazza dan kemudiannya terus ke Ayutthaya. Sebelum meninggalkan homestay ni harus la amik gambaq dulu buat kenangan. Meninggalkan homestay Bann Yang Tree ni tak ada rasa keberatan sebagaimana rasa sayangnya aku nak meninggalkan Monomer dulu, begitu berat aku melangkah. Githewww....Padahal aku yang masuk van dulu! 😅 Tapi serius, suka sangat Monumer tu, bersih, selesa....Walaupun situ satu2nya penginapan yang aku cramp di kaki! Di situ saja, tempat lain tak ada! Ada 👹 agaknya.....😂😂😂
 |
Catik kan, nampak mewah! |
 |
Ini bangunan bilik kami. Opsss!! Bukan satu bangunan ni ya, tapi pintu kaca yang sebelah kiri sekali tu. Dalam tu ada 1 bilik kecik lagi dan ada 3 queen bed. Tak ada dapur tp ada TV (tak tengok sebab semua bahasa Thai, tak paham), Aisbox, kettle, tuala ada disediakan tapi sangat la kecik oiii.....tutup atas, bawah nampak, ehhhh......) |
 |
Lebih kurang je tinggi bunga tu dengan aku. |
 |
duduk sopan |
 |
cantik kerusi ni |
 |
aksesori comel |
 |
ehhhh.....banyak pula terlambak gambaq tuan tanah 😎 |
Sebenarnya ada gazebo lagi tapi aku malas nak amik gambaq kat sana. Cukup la yang ni buat kenangan.
The Bloom Garden.
The Bloom merupakan salah satu daripada taman bunga yang terdapat di Thailand, tepatnya di Khao Yai, Pak Chong. Jaraknya sekitar 150 kilometer dari Bangkok. The Bloom Memiliki keluasan kira-kira 16 hektar, yang mana ia menempatkan pelbagai jenis-jenis bungaan, termasuklah marigold, matahari, mawar, lavender dan lain-lain. Dikatakan terdapat 30 spesies bunga-bungaan di sini.
Bayaran masuk ke The Bloom ialah $200 dengan pakej minuman oren dan kek.
No comments:
Post a Comment