17hb Dec 2018
Hai semua. Rindu tak? 😝 September sudah menjengah, doakan cepat habis citer ni sebelum Nov. Aku nak duduk exam STPM...😂
Destinasi ke-2 kami pada hari ke-7 ni ialah ke Jim Thompson Farm, kira-kira 46 km dari My Ozone menuju ke Timur Khao Yai. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit dengan pemanduan penuh hemah Pak Cik Harris. Mentari sudah naik ke suku dari ubun2, apabila kami tiba di Jim Thompson Farm. Panas lit2 aih....Jim Thompson Farm (JTF) ni hanya dibuka selama sebulan iaitu pada bulan Disember- Januari sahaja. Itu pun hanya hari sabtu dan ahad dari jam 9.00 pagi- 5.00 Petang. Ini disebabkan pada bulan Dec-Januari dikatakan suhu turun agak dingin2 manja disekitar Khoa Yai, sementelahan bunga2 dan buah-buahan mekar, masak dan ranum bagai juara. Bayaran masuk pula adalah $ 180 untuk dewasa. Info lanjut boleh skodeng page depa:
https://jimthompsonfarm.com/visitor-information-th/
Jim Thompson Farm dibina di kawasan lebih daripada 600 hektar di kaki Gunung Phaya Prab, tepatnya di Pak Thong Chai, Nakhon Ratchasima, oleh Jim Thompson. Pak Thong Chai merupakan tempat pengeluar bahan mentah sutera di Bangkok. Jim Thompson merupakan seorang arkitek US yang menyertai CIA sebagai perisik dan dihantar bertugas ke Bangkok. Setelah perang tamat beliau meletakkan jawatan dalam CIA dan kemudiannya memutuskan untuk bermastautin di Thailand. Beliau membeli The Oriental Hotel dan juga membuka Thai Silk Company Limited untuk menghidupkan kembali tenunan kain sutera.
Hasil usaha Jim Thomson, maka rakyat Thailand yang dulunya dihimpit kemiskinan akibat dilanda perang, dapat memperbaiki kehidupan meraka apabila diberi peluang untuk bekerja dari rumah. Industri sutera yang dulunya malap, juga semakin mendapat sinar apabila ianya dieksport ke luar negara. Untuk menghargai jasa dan sumbangan besar Jim Thompson terhadap ekonomi dan pembangunan seni tenun sutera di Thailand, maka dibina sebuah Muzium Tekstil dan Sutera yang dinamakan di atas namanya sebagai penghargaan kepadanya dan digelar sebagai Raja Sutera. Ladang Jim Thompson terbahagi kepada 5 zon. Oleh kerana kawasan ini sangat luas maka pihak ladang menyediakan tram untuk membawa pelancong ke setiap zon, jadi tak perlu risau basah keti ya. 😂
Zon 1 -5 adalah seperti berikut:
1. Fields of Cosmos & "U-Pick" Organic Vegetable Garden
2. Pumpkins Patch & Flower Labyrinth
3. Isan Village
4. Jim Thompson Village
5. Jim Thompson Marlet
No comments:
Post a Comment