Sunday, March 3, 2019

Kembara Jeju: Mendaki ke puncak Seongsan Ilchulbong (Part 9)

4 Dec 2018
(Selasa)
Hari ke-4 kami di sini. Oleh sebab semalam hujan dan itinerary terpaksa diubah ikut kesesuaian cuaca, maka hari ni tiba la masa untuk kami mengibar bendera di puncak Iichulbong. Cuaca ari ni nampak elok aje, cerah, tetapi angin tetap berlegar2 di udara. Oh, ya.....oleh sebab nak kena guna tenaga, maka KD masak sedap sikit ari ni. Menu utama sambal udang, selebihnyer...kau pandai2 la buka makanan tin....alah, macam tak biasa 😝. Okey jangan lupa setkan GPS dengan No: 7830959/ 7107923

Dipendekkan cerita, kami pun tiba di Seongsan Iichulbong di awal pagi yang cerah. KT kata kena naik awal pagi supaya tak panas. Ini kali ke-2 bagi KT n KC berkunjung ke Ilchulbong. Ruang parkir masih banyak kosong, jadi kami bebas pilih parkir di tempat yang paling strategik. Ini penting sebab nanti kau turun dari Iichulbong, kau tau la cemana dier punya kapus2. heheh...apa tu kapus2? 

Bayaran masuk:

Individu 
Dewasa: 2000 won
Remaja: 1000 won
Kanak2: 1000 won

Kumpulan (Melebihi 10 orang):
Dewasa: 1600 won
Remaja: 800 won
Kanak2: 800 won

Berapa had umur untuk semua kategori ni? Kategori untuk dewasa ialah mereka2 yang berumur 25-64 tahun. Remaja pula dari umur 13-24 tahun (Pelajar U di Malaysia dianggap remaja ye...untung korang 😛) dan kanak2  dari umur 7-12 tahun. Haaa... korang duduk kategori mana? ?  Aku remaja 24 tahun,  tahun depan baru masuk 25 😂. Waktu beroperasi pada musim panas, bermula pada jam 7.10 am- 7.00 pm. Manakala pada musim sejuk bermula pada jam 7.30- 6.00 pm. Eh tapi ader je orang naik lebih awal sebab nak tengok sunrise. Yang tu cane pula? Kemudahan parking disediakan secara percuma. Kalo korang naik bas dan rasa2 tak larat nak bawa beg naik atas, boleh tinggalkan barang kat bilik simpanan beg dekat pintu masuk nak naik tu. 

Sebelum naik kena ambil gambar dulu.....
Sekitar kaki Seongsan Ilchulbong
Kami di hadapan mercu tanda Seongsan Ilchulbong. Waktu mula ni je berkumpul,  nanti dah turun memasing bawa diri. Kan biasanya siapa tak larat dier naik separuh je.... Atau sape kaki besi dier akan naik dan turun lebih laju. 
Jom Beli tiket kat depan sana
Beli tiket dulu
Dolhareubang mengalu2kan kehadiran pendaki....cewahhh
Kat bawah ni masih lagi terasa sejuk.
Kalo datang ke Jeju, rasanya tak sah jika tak jejak kaki ke Seongsan Ilchulbong atau juga dikenali sebagai 'Sunrise Peak', sebuah kawasan pelancongan yang terletak di Pantai Timur Jeju. Merupakan Gunung berapi yang dah tak aktif lagi dan di sini terdapat sebuah kawah yang terbentuk oleh letusan hidrovolcanik di atas laut yang cetek, kira-kira 5000 tahun lampau. Seongsan Ilchulbong yang berdiri setinggi 182 meter, mempunyai kawah seperti mangkuk besar berkedalaman kira2 600 meter, jika dilihat dari udara dan ia dikelilingi tebing curam yang menghadap ke laut. Trek nak naik ke Iichulbong ni tak de la susah mana, ada disediakan tangga berbatu (dipermulaan mendaki), masa nak turun nanti baru ader tangga yang diperbuat daripada kayu. Disepanjang perjalanan pendakian, kita ble dengar suara wanita berceloteh menerangkan itu ini tentang Iichulbong tapi dalam bahasa korea. Orangnyer tak nampak, suara je ader menerusi speaker yang diletakkan dicelah2 batu2. 🙃
Sahabat ku yang senantiasa ceria, biarpun diterkam angin sejuk dari lautan.....
Kalo rasa tak larat, anda dibenarkan berpaut di penghadang tangga, merangkak juga ble....hehheh
Sebahagian pemandangan pulau Jeju
Uhhhh....tingginyer....
Masa diperuntukkan untuk sampai ke puncak dan turun balik, adalah kira2 1 jam. Kalo macam aku mungkin melebihi 1 jam, Uihhhh....semput kot, tinggi nuhhhh. Tak ble bayangkan kalo aku mendaki G. Kinabalu, menangis agaknyer. Hehehhe..... Kitorang mendaki agak santai aje sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Semakin kau mendaki lebih tinggi semakin cantik pemandangan di bawah sana. Kiter ble tengok bangunan seperti kotak kecik berwarna warni di sekitar Pulau Jeju. Kalo rasa2 agak penat korang ble berhenti berehat di pondok yang disediakan. Rasa terbakar semangat bila tengok Ahjuma rambut putih mampu naik dengan senyuman tak lengkang di bibir. Malu kiter kalo mengaku kalah pada semangat juang pada diri Ahjuma tu. Jom kiter meneruskan pendakiannnn!!!......begitu kami melaungkan kata2 semangat pada diri sendiri. 😂Aku nasihatkan korang kalo mendaki di sini, sila bawa bekal air secukupnya ya. Aku ingat dalam 100-200 m tinggi masih ader lagi kita jumpa orang jual air dan sedikit jajan, tapi kat atas tu tak de dah. Aku bawa bekal air teh susu. Uihhhh, sedap sangat dan rasa macam semula walaupun dah sejuk.
Dah sampai puncak....Puncaknya hanya ini ya. Di bina dataran kayu, ader teropong untuk membolehkan pengunjung melihat kapal2 di laut atau melihat dari jarak dekat bagaimana keadaan kawah di bawah sana. 
Di Puncak Iichulbong
Nak teropong kapal kena masuk duit dulu, baru teopong ni berfungsi
Wajib amik gambo kat sini
Batu ni macam Bab1 je aku tengok, tapi orang kata ia kepala anjing.....
Garisan tebingan kawah. Kau rasa kenapa dier tak suruh orang turun ke bawah ni
Dah puas menikmati keindahan alam dari puncak Iichulbong, kami pun turun. Tinggal kami ber-5 je lagi. KD & S tak nampak bayang dah, depa dah turun dulu. Bila kita berada di puncak tu akan nampak 2 pandangan berbeza. 1, kita akan nampak dataran lapang iaitu kawah yang mengunjur ke laut lepas. Sementara satu sisi lagi kita akan nampak pemadangan Pulau Jeju.
Aku tak nampak batu tu macam wajah manusia
Jadual persembahan
Selain dari aktiviti mendaki, kiter juga ble tengok Jeju Woman Diver Performance. Diadakah 2 kali sehari iaitu pada jam 1.30 dan 3.00 pm. Kami turun tu dah lepas yang jam 1.30, tak larat dah nak tunggu jam 3 sebab perut dah berdedang minta diisi. Jadi tengok dari jauh je la tempat depa nak p menyelam tu. Kalo di Jepun penyelam wanita ni dipanggil Ama, tapi kalo di Korea depa dipanggil Hanyeo. Hanyeo merupakan penyelam wanita yang berjiwa kental dan mereka ini sangat dihormati. Kebiasaannnya mereka menyelam sehingga berkedalaman 30 meter tanpa menggunakan peralatan menyelam yang lengkap. Hanyeo ni bukan muda lagi ya, mereka ni ibu2 yang berumur 40 tahun ke atas, Yang terpaksa membanting tulang mencari rezeki.
Kat bawah sana ada restoran, bayar USD2, dah ble berjalan di persisir pantai di bawah sana.
Unggu Karmilla.....cantik nama ni kan....aku yang bagi sendiri 😂
Puncak Iichulbong
Pantai kat tempat Ahjuma menyelam tadi
Sambung citer pasal Haenyeo tadi. Walauapapun keadaan cuaca, mereka tetap akan mengambil masa untuk menyelam ke laut diselang dengan kesibukan menjaga anak, risoko terdehidrasi dan sebagainya. Kenapa begitu sekali mereka nekad menyerah nyawa ke zon bahaya ni? Sebabnya pada zaman dahulu populasi wanita lebih ramai berbanding lelaki. Yang lelaki terpaksa mengalas senjata di medan perang, sampai satu tahap, bila orang lelaki, dah semakin sikit (sebab dah tewas dimedan perang), anak2 lelaki diasuh dengan baik, tak dibenar buat keje dan sebagainya. Maka yang wanita la yang mengalas tanggungjawab mencari rezeki.

Kanak2 perempuan pula akan membantu ibu mereka dengan membawa bekalan air minuman dari rumah dan sambil2 tu belajar menyelam dan menangkap ikan, kerang dan rumpai laut seawal umur 8 tahun. Namun sekarang, mungkin bukan alasan mencari rezeki lagi jadi keutamaan kenapa mereka masih lagi menyelam, ia lebih kepada mempromosi budaya Korea untuk ditunjukkan kepada dunia luar. Selain mengangkat martabat golongan wanita yang dedikasi, bertanggungjawab dan bertulang besi.
Permulaan pendakian
Kedai jual cenderahati
simbol 💚
Bangunan berwarna warni
Angin kuat kat atas ni....
Oh ya, aku lupa nak cakap... kembara kami di Jeju mengunakan kereta sewa sepenuhnya, jadi kalo nak tanya lebih2 pasal nak naik bas dari satu tempat ke satu tempat memang den tak ble jawab. Korang ble baca beberapa blog. Antaranya yang ini : https://budakletrik.blogspot.com/2018/12/part-2-backpacking-bajet-jeju-seongsan.html. Untuk dapat info lanjut pasal pengangkutan awam di Jeju. 😀

Thanx kawan2 atas sumbangan gambar....

RUJUKAN:
https://en.wikipedia.org/wiki/Seongsan_Ilchulbong

Bersambung......

2 comments:

Dhiana said...

Bestnya naik atas tu. Gila berhenti setiap tangga ambil gambar. View cantik giler

niena said...

Kan... Mmg best tapi setakat ni blm ada hati lg nak repeat sini tapi hallasan ye nak lagi... 😂

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...