Sunday, March 17, 2019

Kembara Jeju: Lalang Jadi Idaman- Sangumburi Crater (Part 11)

4 Dec 2018


Puas hati dah bergambar di ladang Carnolla kami meneruskan perjalanan ke Sangumburi Crater. Semalam dah pegi kan, tapi sebab masa dah suntuk jadi kitorang tak masuk, tumpang toilet dier je. Jadi untuk tidak "mengkempunankan diri" (uittt....perosak bahasa), maka hari ini kami gagahkan juga untuk sampai ke sini.

Kerana mu Lalang di rimba
Ku gagahi jua merentas badai 
untuk ku jejak sangumburi Crater

Badai bagaiii......Badai la kan sebab ketika dalam perjalanan ke Sangumburi tu, nampak langit bagai menarikan warna kelam, dalam hati berdoa je kami agar dipermudahkan urusan, disampaikan hajat bertandang ke Sangumburi Crater yang katanya dipenuhi lalang saujana mata memandang. Jarak dari Iichulbung tadi ke Sangumburi ni adalah kira-kira 40 minit perjalanan dengan pemanduan santai sahaja. 

Masuk je akan jumpa ni
Ada cafe.... Eh comel pula kepala kuda, tunduk sopan je....


pokok togel tapi cantik
Pilih jalan mana satu kau nak p dulu. Kami ambil lauan kanan sekali. Nanti turun akan lalu di laluan paling tengah tu
Dipersada janji......Cewah!
Dah nampak dah lalang tu weiiii.....


Sangumburi (산굼부리) merupakan salah satu kawah gunung berapi yang dah mati dengan lilitan lebih dari 2 km. Walaupun ia bukan merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia oleh UNESCO, tetapi ia telah diwartakan sebagai Natural Monument oleh kerajaan Korea Selatan pada tahun 1979. Kalo korang perasan dalam citer yang lalu pun aku ader sebut pasal kawah kat Iichulbung kan. Jangan hairan ya, sebab 2 tempat ni berdekatan dengan Gunung Hallasan yang dulunya merupakan gunung berapi. Bila ia meletus maka banyak la ditinggalkan bekas2 seperti kawah ni, lepas tu batu2 yang berbentuk tiang seri di Junsangjeolli pun kesan dari letusan gunung berapi. Mungkin itu la sebabnya Tengerin tumbuh subur di sini, manis, gebu tanpa ulat gitewww...

Gunung Halla dikejauhan
saujana mata memandang kan....
Kiri kanan lalang
Tak nampak putik putih, sebab baru je lepas hujan


Bila nampak je lalang, kami jadi teruja. Kiri kanan lalang coklat jingga terhampar bak padi, dengan putik putih terbuai2 di tiup angin. Padahal kalo kat kampong, pegi je kandang kerbau atau paya kat kampong sebelah atau tapak sawah terbiar, banyak je lalang hijau-kuning-coklat, semua ader. Lagi2 musim kemarau ni semua jadi kuning. Tapi......pandang gitu je dengan hati kosong. Kosong tanpa perasaan. Jauh2 pegi semata nak cari lalang, Sombong!😅 Lalang ni macam salji, cantik dipandang bila kau jauh, bila kau dekat dier menghiris bak sembilu dalam diam! Ada U*** pula tu menintip dalam semak, menunggu kealpaanmu. Kalo kat Sabah nak cari lalang macam ni, ader tapi kena naik ke Bukit Kokol. Tapi sebab tempat tu adalah hak persendirian maka, bayaran masuk adalah mahal. Mahal tak mahal RM40 hengget juga la. Emmmhhhh.......tapi kat atas tu memang cantik. Kalo mampu ble pegi.

Ajussi yang sporting. 
Lalang kering ditiup angin
Langit suram dikejauhan
cantik
laluan berbatu
Aku suka tengok paduan warna alam ni, coklat-hijau-biru suram
Ku jejak jalan yang berliku....
kuat betul angin, dan kat sini sangat sejuk.



Sangumburi Crater yang berlokasi di sebelah tenggara Jeju-si, mempunyai kawah yang agak rata, berkelebaran kira-kira 650 meter, 100 meter dalam, dan 2,070 meter di lilitan. kalo kita tengok kawah ni dari atas, ia kelihatan seperti stadium. Ader banyak tumbuhan dan hidupan di kawasan kawah ni. Misalnya, di sebelah utara, tumbuh-tumbuhan Nandaeseong seperti pokok duri merah, dan pokok magnolia, kalo nasib baik ader strawberi ketika musim luruh tapi sangat jarang berlaku, tu la aku cakap kalo nasib baik je dapat jumpa strawberi. Di sebelah selatan kawah, tumbuh-tumbuhan Ondaerim seperti evergreens, maples, dan pokok strawberi (pun ada juga) meliputi kawasan ni. Rasanya masa terbaik untuk tengok bunga2 an ialah pada hujung mac-pertengahan april (Musim bunga) dan bulan okt- pertengahan nov iaitu musim luruh. Sape nak datang sini untuk tengok bunga roger aku tau, nak tumpang sekali sekali...😅

Musim sejuk pun cantik apa lagi musim bunga......jatuh chinta la tempat ni.
Pokok dah togel tapi cantik
sisi lain
Sebelah kanan ni kawah
kat bawah ni kawah dalam. 
Bagi peminat drama K-Pop tempat ni memang menjadi tempat wajib nak pegi. Antara drama yang pernah dijalankan dilokasi ni ialah drama ‘’Love Wind, Love Song” dan “Goddess of Marriage”. Memang ader signboard diletakkan gambar artis ni. Oh ya info lanjut berkenaan tempat ni:

Waktu Buka:

Musim Panas: (Mac-Oktober) 9:00 am- 6: 40 pm.
* Kemasukan terakhir ialah pukul 6:00 pm

Musim Sejuk: (November-Februari) 9:00 am- 5:40 pm
* Kemasukan terakhir ialah pukul 5:00 pm

Bayaran masuk:

Individu
Dewasa (umur 19-64): $6,000 won / Remaja (umur 14-18): $4,000 won / Kanak-kanak: $3,000 won

Kumpulan (lebih daripada 20)
Dewasa: 5,000 won / Remaja: 2,500 won / Kanak-kanak: 2,500 won

*Boleh ni buat lawatan sekolah.....😆

Pondok berehat
Tak sempat nak lepak atas dataran tu untuk tengok kawah sbb terlalu sejuk dan macam nak hujan.











Cerita mitos pun ader juga. Boleh la baca sekadar untuk pengetahuan am. 

Legend of Sangumburi

"The crater is indeed a sanctuary for Jeju’s timid wildlife. There is even an ancient Jeju legend about the crater tied to its animals. Long ago, Jeju people believed, two young, star-crossed lovers lived in the crater. Maljatddal was the daughter of one of the gods of Jeju and her lover was Hangam, or Hanbyeol, a star that she fell in love with. Her father did not approve of the match and they ran away to live inside Sangumburi. They were happy together for a time but Maljatddal eventually left Hangam, who stayed behind to tend the craters many animals. The people of Jeju honor Hangam as a guardian of the island’s animals and as a guardian of hunters. In the past they performed shaman ceremonies at Sanbumguri to ask the gods, and Hangam, for good hunting."

Kalo ada banyak masa ble la jalan2 kat taman ni

taman
 Rujukan:

https://www.jomcuti.com.my/warisan-alam-semulajadi-di-jeju-island/

Bersambung.....


3 comments:

Siti Yang Menaip said...

woaah cantik rupanya view kat sana. masa decide itinerary ingatkan biasa2 je view hehe.. lawa !! and cuaca gitu adoihai i feel you. memang kelam2 gitu seram jadinya.

niena said...

Ct, Kalo ada banyak masa, sebenarnya byk lagi port yg menarik di sini. Cumanya sejuk giler tak tahan. Ini salah satu tempat yang nak kena pegi semula jika berkunjung balik ke Jeju 😊 katanya musim luruh sangat cantik.

Lantana Magenta Hermosa said...

Beautiful views... I wanna go there someday

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...