Sunday, March 10, 2019

Kembara Jeju: Jejak Ladang Canola Di Pulau Jeju (Part 10)

4 Dec 2018
(Selasa)

Amboiiiiiii.......Tajuk! Canola tapi citer pasal makan! 
Uihhh.....lapar betul ni. Bila tengok gambar ikan tadi kan terus terbayang2 ikan bakar kat Pasar Budaya KK. Terus depa goggle mana restoran halal kat area Iichulbong ni. Dah jumpa kami pun terus menyerbu ke sana. Restoran tu letaknya berhadapan dengan IIchulbong ni. Tapi kena jalan kaki sikit.
Aku ambil gambar ni dari tempat kedai2 jual cenderahati. Resoran tu kena jalan ke depan melepasi kawasan parkir ni.
Akan jumpa kedai Drink's Cofee pula, ok turun sampai bawah sana 
Untuk menguatkan lagi ingatan, di belakang bangunan Drink's Coffee tu, akan jumpa bangunan Natural Benefit Jeju ni pula. Jalan sikit lagi, sampai la tiba di persimpangan dilema. Ambil arah kiri....
Dari jauh dah nampak dah sotong melambai2.....
Sotong? Mana Sotong? Usah dicari sotong hidup, cari sja gambar sotong. Ada kat tiang belakang depa berdiri ni. Dah nampak gambar sotong, kau pandang kanan pula, restoran tu betul2 berada berhadapan signboard sotong ni
Tengok KD dah siap siaga kat depan restoran tu ha,,,,,
Sampai aje, menonong kami masuk. Tengok2 je dalam ni dah ader orang Malaysia, jadi betul la, ini restorannya. Oh ya, kat dalam ni ada disediakan bilik untuk bersolat, siap ada sejadah. Bila tengok makanan sampai terus lupa segalanya. Lupa tentang sambal udang yang dimasak KD pagi tadi. Dalam banyak2 makanan ni bukan semua ble masuk tekak aku, almaklum la tekak melayu totok. Ikan dan sup ketam tu je ble masuk, yang lain out temasuk la kimchi tu. Padahal dulu siap masuk kelas buat kimchi lagi....Tapi tak makan la, buat je. 

antara hidangan yang sempat disnap
Ikan menjadi hidangan utama. Jom makan.....Bismillah
Dah selesai semuanya, solat dan makan, kami pun berganjak pergi, sementelahan dah ramai tetamu yang datang, elok la kau angkat kaki. Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Sangamburi Crater. Semalam dah pegi kan tapi tumpang guna toilet je. Dipertengahan jalan jumpa pula pantai cantik lagi berseri, menghalang perjalanan. Berhenti lagi sekadar mengambil gambar. 




Kapal layar
Ohh...pantai ni dekat dengan Aqua Planet, tapi tak singgah pun ke sini
Ok cukup. Jom gerak.......eh....eh......baru gerak tak smpai 1/2 km, sekali lagi kami dihambat kejutan. Ladang Canola!! saujana mata memandang. Cantiknyerrr.....Tak ble jadi ni kena singgah! Masuk ambil gambar lebih dekat kena bayaq 1k won setiap seorang. Canola ni orang kata ble buat minyak masak. Kesiannyer aku kan tak tau, maklum la aku masak guna minyak sawit je, mana guna minyak canola ni. Mahal! Yang sebetulnyer kau malas membaca kan tuan tanah? 😜

Kami, mana gambar KC dan KD ye?  
amboi tuan tanah, macam lupa diri jew....
Usah peduli pada tudung yang senget benget ditiup angin. Aku dah pesan jangan pakai tudung lembut gini, tapi kau degil Azuraaaaa.............(Tetiba timbul nama Azura pula). Ehhhh....asal tuan tanah tutup mulut? style aper tu? Kau rongak yeeeee?
Bila tengok dari dekat macam sawi manis je. Betul sebiji! Tapi sayangnya bukan. Senang je buat duit kan. Kenapa kat Kundasang tak de ladang canola? 
hareubang ada dimana2
  Ya Allah, kenapa aku mengantuk giler ni??? 

Bersambung........

TQ sahabat atas sumbangan gambar....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...