2 Dec 2018
Ahad
Jeongbang Waterfall
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Air terjun Jeongbang. Kedudukannya dengan Seosokkak tadi tak jauh mana. Kalo ikut waze, hanya dalam 10-15 minit boleh sampai dah ke sini. Dibuka sepanjang tahun dari jam 9.00 am- 7.00 pm. Bayaran masuk bagi dewasa ialah KRW2000, manakala KRW1000 untuk kanak2. Jika datang dalam kumpulan melebihi 10 orang bayaran untuk dewasa ialah KWR 1600, manakala kanak2 ialah KWR600.
Ia Merupakan salah satu daripada 3 air terjun yang terkenal di Jeju. Mempunyai ketinggian 23 meter dan kedudukannya yang berdekatan dengan laut, itu la yang menjadi keunikan tempat ni. Sumber air terjun Jeongbang berpunca daripada sungai Donghun-chun yang sering diperkatakan sebagai air terjun satu2nya di Asia yang airnya jatuh terus ke laut. Namun ramai yang menyangkal kononya air tersebut sebenarnya bukan jatuh terus ke laut tetapi di sebuah teluk kecil yang berada tepat di tepi laut, sebelum airnya mengalir perlahan-lahan ke laut. Walauapapun sangkalan orang ramai tentang hal ini, Air Terjun Jeongbang tetap menawarkan keindahan luar biasa kepada pengunjung, dimana ia menyajikan saujana mata memandang lautan nan luas dan deburan serta percikan air terjun yang menyegarkan. Kalo rasa pagi2 malas nak mandi kat rumah, meh la datang sini, duduk bawah batu sambil menikmati siraman air dari atas sungai Donghun-Chun. Itupun kalo tak malu la, sebab kat sini memang sentiasa ramai orang....😁
|
Bayaran masuk untuk dewasa ialah 2000 won sahaja. |
|
Dah bayar turun tangga sampai la ke bawah ni.... |
|
Kiter datang untuk tengok ni je sebenarnya. |
|
Batuan di tepi laut |
|
Orang ramai datang berkunjung di pagi ahad. |
Kalo pergi tempat yang jadi tumpuan pelancong, mesti ader cerita mitos disebaliknya. Air Terjun Jeongbang ni pun sama. Menurut cerita masyarakat setempat, pada zaman dahulu kala, terdapat seekor naga suci, yang hidup ngam2 dekat air terjun tu jatuh. Lama-kelamaan ia bermastautin dalam air, katanya naga tersebut mampu menyembuhkan penyakit dan mampu memanggil hujan turun di waktu musim kemarau. Gitu la ceritanya......Emmmhh...ramai pula orang. Pelbagai gaya dapat kita lihat. Masing2 mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan air terjun Jeongbang.
|
1,2,3 senyum.......aik asal si isteri serius je? |
|
Kak senyum sikit |
|
Ehhhhh.....orang Malaysia la!! |
|
Macam ni la, manis....senyum je makcik ni |
|
Mesyuarat keluarga di tepi laut |
|
Sepa depa ni?? |
Selain dari cite naga tadi ader lagi cite lain. Haaaa.....kalo 1 je cite lagenda mana best, mesti ader 2, 3 baru la dikatakan sejarah. Hehhe...aku kan dulu2nya budak sastera. Cite2 macam ni memang aku amik kira. Nak merapu banyak la katakan....Ok yang ini katanya, satu ketika dulu, Maharaja Jin dari China teringin untuk mengabadikan diri di Gunung Hallasan. Lalu baginda maharaja mengutus seorang hambanya yang bernama Seobul untuk mendapatkan ramuan ajaib yang dapat membuatnya hiduap kekal abadi di Gunung Halla. Walaupun si Seobul ni gagal untuk mendapatkan ramuan tersebut, dia sampai juga di Air terjun Jeongbang. Dalam perjalanannya meninggalkan tempat ni, dia menuliskan sesuatu di sebuah batu, (ngam2 di tebing air terjun ni) "Seobul Gwaji" yang bermaksud ”Seobul pernah ada di sini”. Tapi Korang jangan buat game "mencari tinggalan tulisan seobul" pula...sebab sekarang ni tak de dah tulisan tu. Dah lama kot...terhakis oleh hujan, panas, sejuk dan angin. Cuma yang masih ada di dinding air terjun adalah sebuah tinggalan yang bertuliskan "Seobulgwacha" yang bermaksud "Perjalanan Seobul”.
|
Skodeng orang dari celah pokok |
|
Yang ini ialah penjual makanan laut. Kalo rasa nak makan seafood fresh dari laut sila la duduk. aku tak pasti macamana cara hidangannya samada dimasak (dibakar) atau makan seperti sushi. kalo kata di bakar, aku tak nampak sebarang kepulan asap. Kalo baca blog orang memang ada sesi membakar. nasib baik aku tak dihalau sebab, ahjuma ni tak suka orang amik gambaq depa. |
|
Pandangan atas....air terjun tu sebelah kanan gambar |
|
Bila kita nak balik tu, akan jumpa taman.... |
|
Siapa tau Pulau apa kat belakang depa ni? |
|
Mercu tanda.....Sape nampak Kak D, angkat tangan.....hehehh |
|
sisi lain pula... |
Jusangjeolli Cliff
Ok jom kiter p destinasi seterusnya. Kita ke Jusangjeolli Cliff pula. Jaraknya 30 minit dari Jeongbang Waterfall ni. Jusangjeolli Cliffs merupakan sebuah kawasan tebingan batu hitam disepanjang pinggir laut, yang kelihatan seperti tiang bersegi 4, silinder, heksagon dan sebagainya yang terletak di pantai timur Jungmun Tourist Resort. Ia kelihatan seolah-olah dibina/diukir oleh manusia, padahal ia terbentuk hasil dari lava basalt gunung berapi.
|
Kak D beli ikan kering yang dibakar, liat ya ampunnn.....kalo pakai gigi palsu Confirm tanggal! |
|
siput gergasi |
|
dolphin comel |
Beribu tahun lampau, Gunung Hallasan merupakan sebuah gunung berapi aktif. Suatu hari ia meletus dengan kuatnya, lalu mengeluarkan lava panas, yang kemudiannya mengalir ke lautan. Apabila menghampiri laut Jungmun, ia mengalami proses penyejukan mendadak, retak dan kemudian membentuk struktur batu pelbagai bentuk yang sangat besar. Semua aktiviti ini berlaku di dasar laut. Yang paling ketara ialah bentuk tiang heksagon tinggi berdiri menjadi tebingan di sepanjang laut Jungmun.
|
Berlatar belakangkan tebingan batu yang unik |
|
jambatan yang dibina untuk memudahkan pergerakan para pengunjung |
|
Memancing ikan |
|
Macam asam boi |
|
Tiang seri tegak berdiri |
|
kalo tak baca sejarah mungkin aku terfikir ini bekas tinggalan kerajaan lama.....😂 |
kapal layar
|
pandangan dekat |
|
dari atas |
|
batu lava |
|
Batu Berbentuk tiang |
Selain dikenali dengan nama Jusangjeolli, tempat ini juga dikenali sebagai Jisatgae Rock, dimana ia diambil sempena nama Jungmun-dong di Seogwipo-si menjadi Jisatse. Dan ia diiktiraf sebagai salah satu antara tebing tertinggi dengan ketinggian 30 - 40m dan 1km lebar?
|
Pandangna dekat, macam rupa gajah pun ader juga |
Berjalan terus sehingga ke penghujung jambatan ni akan membawa kita ke sebuah taman khas dibina untuk pengunjung beristirehat setelah lelah berjalan di sepanjang trail tadi. Dari kawasan taman ni kita boleh menikmati pemandangan indah tebingan batu bertiang tinggi sambil berjalan santai menikmati angin laut. Taman yang dijaga rapi dan baik ini, memaparkan pelbagai jenis pokok palma dan bunga yang indah. Dan apa yang menjadi keunikannya di sini ialah dek tinjau pelbagai aras, selari dengan tebing yang membolehkan kita melihat Jusangjeolli Cliff dari pelbagai arah. Kawasan ini sangat luas, dan sentiasa ada aliran pengunjung yang ingin menikmati pemandangan misteri tebingan Jusangjeolli.
|
ayah dan anak. Sweet je....😘 |
|
Arca patung |
|
Pokok palma |
|
depa ngan patung arca |
|
Taman |
|
Lalang jadi idaman |
|
amboiiii...flawless nyer wajah. Aku pun takut nk mengaku....Jangan percaya ye, kulit I tak la licin mana, ader gak grabel 😂 |
|
kami |
|
Perut lapar, dan2 kat situ juga buka bekal.....heheheh |
Bayaran masuk ke Jusangjeolli adalah 2,000 won untuk orang dewasa dan 1,000 won untuk kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 7:00 pagi. Pada bulan Mac hingga Oktober. Manakala pada bulan November hingga Februari ia dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang.
Bersambung....
Rujukan:
http://korea.panduanwisata.id/korea-selatan-wisata-asia/jeju-korea-selatan/air-terjun-jeongbang-di-mana-air-terjun-ke-laut/
1 comment:
wah gambar semua lawa2.. i looike..
rindu pulak tengok Jeju hehe tapi xdela prancangan nak pegi lagi. Jeongbang Waterfall tu bagi CT cantik
dan puas hati pegi. bab bab nak turun tangga dan mendaki tu yang tak berapa gemar hehe..
Post a Comment