Happy New Year.....
Hari ni, hari pertama sekolah dibuka. Mesti semua teruja. Bukan hanya pelajar, ibubapa pun sama. Buka je Fb dan insta, ramai ibu bapa yang update status hantar anak g sekolah, teruja bangun awal nak buat sarapan anak2. Mana tak nyer sebulan cuti dari rutin biasa katanye......😂 Tentunyer yang seronok dilihat gelagat anak2 Pra-Sekolah dan yang baru masuk Darjah 1. Kan....mesti comel. 😘 Rasa nak gi sebelah je ngintai budak2 sekolah rendah. Kalo aku ader kat situ aku amik gambar yang lucu2, esok depa dah besaq tunjuk balik....."Ali, tengok ni awak Darjah 1, menangis tak mau masuk kelas". Hehehheh.....
Sebagai seorang cikgu, aku pun agak teruja masuk sekolah ari ni. Heheh....Cikgu pon teruja okeyy. Kalo kat sekolah menengah tak de dah peluang tengok gelagat comel anak2 yang menangis tu semua. Aku teruja nak tengok sape yang "mengalah sebelum berjuang"....Apa maknanyer tu? Maksudnyer mana satu pelajar aku yang amik keputusan untuk angkat bendera putih sebelum abis dec 2018.....kebetulan hari ni kelas aku bermula awal pagi berderet sampai rehat. Masa agak panjang, tengok muka bebudak ni pun macam layan tuesday blues je, jadi aku pun ngaja sempoi je ari ni.
Dalam aku buang pandang ke seluruh pelusuk kelas, satu2 wajah depa aku tengok, sampai la satu wajah ni aku nampak, dalam hati kata syukur alhamdulillah, kau masih ada bersama kami...😔 Haaa....aper tu?? Jangan salah sangka pula, bukan aku jatuh hati pada anak murid sendiri wehhh.....aku dah agak dah mesti ader yang fikir macam tu. Kalo cikgu ni kan, tiap tahun mesti ader je seorang 2, pelajar yang dier rasa macam....."Budak ni perlu ditolong". Ditolong maksudnyer, tolong bagi semangat belajar, biar dier maju ke depan. Aku malas nak cakap siapa orang nyer, sat g karang ader bebudak tu skodeng blog ni, depa kecoh pula.
Budak ni pandai sebenaryer. Dier ader peluang untuk masuk ke salah satu IPTA selepas SPM, kursus yang ditawarkan pun, rasanyer memang minat dier. Tapi oleh sebab kekangan kewangan dier pilih masuk T6. Itu pun, motivasi dier agak menurun bila tengok result exam peringkat sekolah agak2 nyawa2 ikan dan dier pernah minta pendapat aku, kalo dier nak berhenti sekolah. Kadang aku kesian budak ni, tahun lalu banyak kali juga dalam seminggu tu dier tak sekolah. Bila aku tanya, hang gi mana semalam tak sekolah? dier kata dier keje. dapat gaji dier bagi 2 dgn kakaknyer. Banyak lagi la citer dier yang buat aku tersebak di hati. Sampai pernah satu ketika aku cakap kat dier, "Kalo saya jadi kakak, saya bangga ada adik seperti kamu". Sungguh, sangat bertanggungjawab, tak mengikut rentak orang dan satu paling aku terkesan di hati, setiap kali dier tak sekolah, dier tak pernah tak buat tugasan yag aku bagi. Kadang2 salu juga aku buat2 marah2...."kamu ni selalu tak sekolah"....dier jawab..."tapi saya buat kerja rumah kan cikgu"....hehheheh....ko nak cakap aper lagi kalo dier dah kata gitu. 😥
Moga dier terus tabah berjuang demi masa depan. Hari ni aku amik gambaq bersama budak2 6 Atas Gigih, satu2 nyer kelas yang aku ajaq... (sempoi tak ajaq 1 kelas aje....😜), untuk sem ni, lepas bulan 5 nanti baru la dapat pelajar baru lagi. Nanti nak tengok sape yang menghilang selepas ni..
Hafiey, Lorenzo, Smith, Bazli, Keroll |
NIlam, Rachel, Umairah, Haija, Hafizah, Atirah |
Rina, Fatin, Syafiqah, Shanon, Faizah, Atie |
No comments:
Post a Comment