29 NOv 2016
Clay Cliff
Hi....
Sebelum aku teruskan citer, nak share juga muka2 yang kecewa. Seperti yang aku cite kat entry lepas, bertolak aje dr kaki gunung, matahari mula memancar garang. Tengok tu sampai sepet mata dibuatnyer. Bila tengok view cantik macam ni, dilatari pelangi pagi, terubat sket hati yang kecewa tadi. Betul la kan, setiap kejadian ader hikmahnya. Satu kiter tak dapat, Allah SWT bagi benda lain yang tak kurang hebatnya. Alhamdulillah....:)
|
Lindungi mata dari panahan mentari |
|
Tengok tu ader pelangi. Kat labuan jarang aku nampak pelangi...;p |
|
Best kan tumpang kamera orang...ekekke. Belakang tu yang ader kabus jalan menuju ke Mt. Cook |
|
Buat mata ketam |
Ok dah. Perjalanan diteruskan. Kali ni menuju ke Clay Cliff yang terletak di Omarama. Perjalanan mengambil masa kira2, 1 jam dengan jarak 102 km. Clay Cliff ni merupakan batu2 tajam yang besar dan tinggi. Terdapat jurang sempit yang memisahkan antara "bangunan" batu2 ni. Jadi kiter boleh lalu kat situ. Batu2 ni dikatakan terdiri dari lapisan batu kelikir dan lumpur yang diendapkan oleh sungai2 yang mengalir dari glasier sejak 1-2 juta tahun yang lampau. Jika dibandingkan dengan pergunungan yang ada disekitarnya, usia Clay Cliff lebih muda. (Pergunungan yang ada di sini dianggarkan berusia berusia 250 juta tahun).
Simpang masuk ke Clay Cliff ni kecik aje, sign board pun kecik, jadi sila perlahankan kereta anda. Kalo kiter dari Twizel, Clay Cliff ni berada di sebelah kanan. Ari tu kirorang pun terlepas simpang tapi patah balik. Takut juga sesat sbb si Shella ni bukan ble pecaya sangat, tapi bila tengok ader sign board ni, reda la sket debar di dada. Gitu...Dari simpang ni nak masuk dalam jauh lagi ye, jalan pula grable jadi, pandu cermat jiwa selamat...
|
10 km katanyer |
|
Kandang biri2. Mula2 dulu heran juga macamana depa ni ble kesan kambing ni terlepas? Rupanyer pagar tu pagar elektrik. jadi lembu dan kambing tak rempuh punya... |
|
Jalan masuk ke Clay Cliff |
|
Papan tanda kreatif |
|
Kemudian jumpa pagar ni. ko buka dan kemudian tutup sendiri. tak de orang jaga. Bawa kete jangan laju tau, limit dier 30km/j je..Ada 2 pagar kat sini. Duit bayaran masuk dalam peti yang disediakan di seblah pagar ni. |
Ini ble la kiter namakan dier sebagai mini Grand Canyon. Yang kat US tu dier punyer moyang, yang ini cicit dier...;p Sebab aper? Sebab yang ini kecik aje kawasannyer. Kalo rajin ble jalan kaki masuk dalam tu merasai sendiri pengalaman berjalan di sisi ngarai. Kami tak pergi dekat amik gambar dari jauh je. Masa kami sampai ader juga beberapa motorhome yang dah parking kat sini. Jadi tak de la menakutkan sangatkan. Oleh sebab kawasan ni merupakan tanah persendirian, maka kiter perlu la membayarnya. Tak mahal cuma NZ 5 sahaja, dengan memasukkannya di dalam kotak yang disediakan di luar pagar. Nampak tak, betapa mereka meletakkan soal rezeki, percaya dan kejujuran itu ditahap yang sangat tinggi.
Cakap soal jujur dan percaya ni, kat sebelah Menumbok- Beaufort pun kiter akan jumpa situasi macam ni, dimana gerai2 di tepi jalan ditinggalkan dengan barang jualan di atas meja tanpa ader penjaga. Kalo nak beli tak payah panggil orang nyer datang, ko tinggal pilih mana yang berkenan di hati, kemudian masukkan duit di dalam bekas tin yang disediakan. Sila pastikan anda bayar guna duit kecik sbb kalo duit besar tak de sape nak bagi balik duit lebih melainkan ko pegi ketuk pintu tuan rumah. Orang kata kalo tak bayar, inshaallah orang tu tak kan dapat meninggalkan gerai tu walau dicuba berulang kali...Jadi jangan dicuba ya...
|
Batu yang unik |
|
Laluan masuk ke kawasan batu2... |
|
Terhasil dari batu kelikir & lumpur |
Bersebelahan dengan kawasan batu2 ni, terdpat sebatang sungai yang sangat cantik. Airnyer sangat jernih berwarna kehijauan. (Eh...asal ayat macam dalam buku cerita kanak2 ni?...wekekek). Ader juga bunga lupine dan bunga kuning tumbuh di celah2 air yang mengalir. Aku tak pasti kalo ader ikan kat sini, tapi inshaallah pasti ader kalo ko sanggup tunggu sejam dua. :D.
Dalam perjalanan pulang....
|
di pertengahan jalan nak keluar, terserempak geng basikal. kalo jumpa depa, tak ble laju. Kena pandu perlahan dengan penuh hemah. Kalo tak debu2 beterbangan, kesian kat depa... |
|
Kami ditiup angin....S, I edit u punya tudung kasi tutup sket :) |
|
Itu gaya gedik sebab nak tahan tudung supaya tak tercabut, angin kuat giler kat sini. |
Bersambung.....
#saje nak memanjangkan cite berepisod2...:D
*Thanx Z, S, KH atas sumbangan gambar
No comments:
Post a Comment