Thursday, October 27, 2016

Kembara New Zealand (9): Menguji kecekapan memandu "Mustang" Di Cardrona Valley Road....:p

3hb Dec 2016
Hari-2

Ke Cardrona ka Kiter??

Uhhhhh.......lama betul nak abis citer hari ke-2 ni. Seronok sangat tempek gambar di setiap satu lokasi. Skip karang tak best pula sbb setiap lokasi tu punya cerita/ kenangan tersendiri. Jadi tak pe, meh kiter tempek gambar banyak2, satu hari nanti ader juga benda yang boleh kiter (merujuk kepada aku & rakan sepengembaraan) jengok balik, kiter baca, kiter senyum dan jadikan rujukan,  (inshaallah) kot la mana tau satu hari nanti nak buat versi balik kampong Vol-3 pula kan...Inshaallah..

25km lagi...chayo...chayo
Bunga kuning tumbuh liar menghiasi tepian jalan
Pokok tirus 
1 jam (lebih kurang) di Wanaka Lake, En. Azli dah roger2 semua geng Trip Kekawan untuk bergerak meneruskan perjalanan menuju ke Queenstown. Kerana katanya ada banyak perkara yang perlu diselesaikan di Queenstown nanti seperti mengisi minyak, dumping, beli barang dapur (kalo nak), sebab bandar Queenstown ni lebih besar dari Wanaka. Dan ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini, salah satunya ialah tengok Haka Show dan Queenstown skyline. Oh ya sepatutnya di Wanaka ni kami perlu buat dumping, tapi oleh kerana kami tak guna tandas jadi abaikan dulu. Buat nanti di Queenstown. Kali ni driver dah bertukar. Kak Yan pula punya giliran. Aku macam biasa jadi Co-Pilot...:D Co- Pilot yang berebut tempat ngan Kak Hana.... Aku harap kak Hana tak simpan dalam hati. Maafkan saya Kak Hana. :D

Cantiknya Hijau-Kuning
Apa ada di hujung sana........
Ku lihat nun di sana gunung ganang megah berdiri....
Padang ragut. Patutlah kambing biri2 gemuk2.....
En. Azli mengingatkan agar memandu berhati2 kerana kami bakal melalui Cardrona Valley. Cardrona Valley ni katanya jalan utama yang tertinggi di New Zealand, yang mana ia bergabung dengan laluan di Banjaran Crown sepanjang 1121 meter.  Jalannya berbukit bukau, berliku-liku dan agak ekstrem. Tapi aku percaya kami memang mempunyai pemandu yang cekap lagi berhemah. Inshaaallah... Bekas Pemandu Mustang di Formula 1- Highway Tawau- Kalabakan/ Kundasang-KK: Kak Yan kiter memang tak gentar menghadapi cabaran ni. Relx aje dier corner baring. Kami yang jd anak kapal ni pula diam tak terkata dibuatnya. Masing2 pegang kerusi, takut tercampak keluaq. Wekekek.... (Ok itu tipu). Sebenarnya sepanjang perjalanan ni memang banyak port menarik untuk mengambil gambar tapi oleh kerana jalan ni dipinggir laut jadi agak bahaya untuk berhenti. Jadi ikut saja di mana depa berhenti nanti. 

ok dah mula dah naik kawasan tanah tinggi
Nun lembah di bawah sana. kalo tgk dalam gambar tak de tinggi giler kan, tapi ader satu2 kawasan yang agak bahaya, lalu di lereng2 gunung. Ala macam kat kundasang tu...
Ok yang ni kitorang tak singgah. Cuma melintas aje. Ha sape singgah tu.....
Pakaian dalam berwarna warni di gantung di situ
Ok yang ini pula "The Cardrona Bra Fence". Kalo nak tengok pameran bra berwarna warni dan pelbagai saiz, kat sini la tempat nya.. Free tak payah bayar. Nak amik pun ble, kalo sanggup dan tak malu la. ;p. Nampak janggal dan agak aneh bagi kiter kan, tapi ia dah menjadi salah satu daya tarikan pelancong walaupun penuh dengan kontroversi. Terletak di Central Otago, New Zealand, dalam perjalanan antara Wanaka ke Queenstown. Ianya bukan sesuatu yang dirancang sebenarnya. Bermula pada tahun 98-99, entah macamana ada pengembara yang mengantungkan branya di pagar yang terletak di rizab jalan raya. Sampai hari ni orang tak tau kenapa dan siapa pelopor kepada kegiatan nakal ni. Perkara ni dapat liputan meluas pihak media di seluruh negara. Makin dapat liputan, makin banyak pula bra digantung di situ. Bukan tak ada usaha untuk membuang semua tu. Ada...tapi biasa la geng2 nakal ni, tak lama kemudian akan ada balik. Ye la depa pun pandai malu juga. Lagi2 pagar tu berdekatan dengan litar lumba kereta, agak terbuka sikit. Kiter orang Malaysia jangan buat na. Tengok aje tp jgn gantung apa2 yang agak sensetif kat sana ya .:D :D :D

Dataran Tinggi Tibet Cardrona
Ok ini tinggi. kalo nak cuba ble juga turun jalan kaki je...pasti turun lemak 2kg pastu. 
Ini lah dier puncak paling tinggi kata nya. Nampak macam tak tinggi kan.. Gambaq lain tak dak sebab masing2 terlopong tengok ketinggian dan tangan sibuk pegang kerusi takut tecampak, (I tipu) xsempat nak jepret banyak2. Tapi ble tengok kat Cik Goggle mmg cantik laluan ni... Kat atas ni agak berangin kuat. Mengigil2 aku dibuatnya. Al- maklum la I kan tak biasa sejuk2 macam ni, dan di sini lah bermulanya batuk2 menyerang. Hang jangan kata aku tutup mulut tu style ya, tak ada nyer. Tu tengah menahan batuk. Kak Hasnah pun dah jadi suara Ella masa ni.  Haahaha....Ella pun kalah. Semua kitorang geng Trip Kekawan berhenti di sini, amik gambar 2, 3 kali. pastu setengah jam kemudian kami bergerak semula menuju ke Queenstown yang oang kata super cantik pemandangannya.


Koloborasi Group Mawar Berduri & Group Kembang Setaman.....
Perghhh nama bukan main klasik.....nama2 zaman saloma ni.
untung duduk sebelah orang kaki selfie. 
Aku sebenarnya agak tertarik dengan nama Cardrona ni. Esok ader anak nak buh nama ni kat tengah. Mana tau sempena nama omputeh tu, wajahnya pun ader iras Mat salleh. Tak wajah, mata biru-hijau pun jadi la. ;p Khabarnya Pak Cik J. T. Thompson yang letak nama Cardrona kat tempat ni. Mengambil nama salah sebuah perkampungan di Scotland katanya.  Kawasan ini mula dibangunkan menjadi sebuah bandar emas pada tahun 1860an. Kawasan ni lebih cantik dilihat ketika musim sejuk dimana hamparan salji putih menyelubungi segenap lantai bumi. Tapi tak dan la nak p musim sejuk. Kalo la...kalo aku bukan seorang sifu......


free style katanyer. padahal mengigil tu angin kuat giler. sampai aku terbatuk2 dibuatnyer

seronok kan jalan ramai2...

Lambah Cardrona.
Bersambung.....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...