Sunday, October 23, 2016

Kembara New Zealand (8): Wanaka Lake

3hb Dec 2016
Hari Ke-2
Wanaka Lake
Setelah berjaya mengharungi jalan berliku dan berbukit bukau akhirnya kami tiba di laluan rata menuju ke Wanaka Lake. Alhamdulillah... Hujan mula renyai. Renyai2 manja gitu...Dengarnya cuaca memang begini jika tiba musim paanas. Sekejap hujan, sekejap panas. Lokasi ni memang dah ader dalam iti Trip Kekawan, tujuan utamanya (aku rasa) untuk memberi ruang dan peluang kepada sesiapa yang ingin mengisi perut sebab kat sini ader Restoran halal: Snack Turkish Kebab. Antara kami 6 orang, hanya Kak Nana je yang p beli kebab. 1 Kebab kongsi 6 orang. Wekekekek...Kedekut giler! Ehhh...bukan kedekut, Ini lebih kepada langkah penjimatan, katanyer. Lagipun ini New Zealand bukan Malaysia ya, pasti rasa kebabnya lain macam bukan seperti di Malaysia ya. Terbukti bila kami cubit2 sket rasanya tersasar 90* daripada rasa kebaab Malaysia. Jadi agak memabazir disitu ya sekiranya kami membeli 6 biji kebab. (cover line #kedekutz) :p....ehh aku broken spanyol la, abih la kena kecam kalo orang tu baca. ;p ;p

maasuk ke bandar Wanaka. Nampak tak tasik tu?
Sangat cantik, tenang dan mendamaikan. Antara salah satu negara pilihan sekiranya diberi peluang untuk memilih tempat untuk berhijrah :D

Rumah dipinggir bukit menghadap ke tasik yang sangat cantik. pusing2 mencari parking..
pandangan dari dekat....
Kalo pegi ke New Zealand wajib datang ke Tasik ni kata cik goggle. Rugi kalo tak mai, sebab Tasik Wanaka ni duduk di tangga ke 4 dalam rangking tasik terbesar di NZ, dengan catatan jarak sepanjang 42 km dan meliputi 193 km persegi. Jadi kena sampai sini untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Tapi aku agak banyak kecewa sbb tak jumpa "Lone Tree" yang hangat diperkatakan oleh ramai pengunjung. Kenapa si Lone Tree ni glamer ye? Sebab kebolehan dier tumbuh sendirian di tengah tasik itu yang mengkagumkaan hati para pelancong. Dan sebagai seorang penulis blog (yang tak berapa nak pandai mengarang), merangkap photographer cabuk ni, aku berikrar untuk kembali berkunjung ke sini di masa akan datang dan dapat mengabadikan Lone tree dalam Blog aku yang tak seberapa ni. Tunggu...:p

Itik liar berenang riang...
Tasik Wanaka berlatar belakangkan Gunung Cook yang puncaknya dilitupi awan.
dari sisi 2
Wanaka Lake sisi 3
Bandar Wanaka ni terletak di selatan Tasik Wanaka je. Kami parking di tepian tasik setelah berpusing 2, 3x. Alhamdulillaah akhirnyer dapat. Rezeki.... Wanaka antara kawasan yang dikelilingi oleh deretan gunung ganang yang sangat indah. Merupakan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Aspiring iaitu salah sebuah tapak warisan dunia. Dengan bentuk muka bumi yang bergunung ganang, banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini, dari aktiviti santai hinggalah aktiviti ekstrim. Berbasikal, memancing, berkayak, berenang dan sebagainya. Salah satu faktor tarikan pengunjung ke Wanaka ialah ia antara lokasi yang menikmati 4 musim dan semua aktiviti pelancongan tidak akan terhenti setiap kali pertukaran musim berlaku. Tapi kalo cerita tentang sejuk, tok sah cakap musim panas pun sejuk jugeee....sbb tu aku salute pada geng2 yang tak pakai baju tebal, ini aku panggil sebagai badang lemak sebab kebal dr kesejukan.. ;p....

Sebenarnyer aku ketandusan idea ni, nak cite aper lg eh?? Tolongggggggggg.......
Idea oh idea....dimana kah kau idea...
tgk gambar je la dulu, nanti dah ader idea aku update eh. :D 
aku yang acah2 Badang...
Zymah berdiri di Tasik Wanaka
Di bawah rimbunan pokok
Panas berangin. Angin datang dr puncak gunung. 

Tuan tanah....
Taiko Tawau...:)
Sape hilang tangan?? meh cari sini..
lagi Wanaka Lake

bot
Tak ader burung pula msa ni...ke sebab kami tak de roti nak bagi, burung pun tak nak dekat.
Kami
Lagi Wanaka Lake dari sisi lain
Itik liar
Sempena Gegar Vaganza 3, aku up kan lagu Zur Eda "Kelmarin"..... 
Ditujukan kepada rakan2 sepengembaraan....
agar kalian teringat kembaali kenangan semalam :D


No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...