Seperti semalam, hari ni pun kena bangun awal. sebab nak tengok sunrise kat Angkor Wat katanyer......Memang ini lah juga impian paling besar yang membawa kami ke sini. Ingin menyelami dan melihat dengan mata sendiri tentang sejarah Angkor Wat yang sering disebut dalam buku Sejarah. Membaca dengan melihat sendiri, pengalamannya berbeza. Pilih lah mana satu yang
dimahukan...:) Lepas subuh kami turun, Salem dah ada menunggu diluar. Masih gelap. Sejuk pula tu...;p Nampak cuaca macam tak berapa nak ok. Suam2 kuku.
|
Sunrise yang tak berapa nak menjadi |
|
Tetiba Cik Ponti ader kat depan aku........Terkezut Makk uolllssss...!! |
|
Menanti dengan penuh harapan |
Angkor Wat ni sebenarnya merupakan sebuah kuil/ candi, terletak di bandar Angkor, Kamboja. Dibina pada pertengahan abad ke-12 oleh Raja Suryawarman II. Pembinaannya mengambil masa 30 tahun untuk siap. Uhh...cukup lama dan salute untuk kerja2 yang melibatkan tenaga manusia sepenuhnya, tapi kalo kiter tengok tak mustahil memang kompleks ni besar. Pada awal pembinaannya, Raja Suryawarman II memerintahkan pembinaan Angkor Wat perlu berlandaskan kepercayaan Hindu yang meletakkan Gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa dewi hindu. Maka dengan itu menara tengah Angkor dibina lebih tinggi berbanding yang lain untuk mewakili/ simbolik kepada gunung meru tadi, sekaligus menabalkan ia sebagai menara utama dalam kompleks bangunan Angkor Wat.
|
kecewa |
|
Harapan yang punah |
Sepertimana dalam mitos Gunung Meru, Kawasan Angkor Wat ni dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili gunung dan lautan yang mengelilingi dunia. Bila masuk saja ke kawasan angkor wat, kita perlu melalui sebuah jambatan berpagar sepanjang setengah kilometer merentasi sebuah tasik buatan manusia. Di situ juga akan kelihatan pintu gerbang, dimana ia merupakan simbolik/ wakil kepada jambatan pelangi yang menghubungkan alam dunia dengan alam dewa dewi. Dalam Kompleks Angkor Wat ni, terdapat banyak lagi kuil lain. Namun apa yang dapat kita lihat hanya bangunan angkor wat ini saja yang masih berkeadaan baik. Ini kerana pada abad ke-13, Angkor Wat telah dialih fungsikan peranannya daripada kuil hindu kepada kuil Budhha dan ia dijaga dan masih digunakan untuk upacara keagamaan sehingga kini.
Sedikit keciwa, ker aku yang tak pandai amik gambar sunrise???????????????? Aku ke atau setting camera ni yang SALAH???? uwauwauwa.......Meh la tengok gelagat Kami-kami yang keciwa...
|
Mentari dah mula muncul..tp serakan warna biru, kuning dah xada :( |
|
Mat Salleh yang tak sempat mandi pagi.. |
|
Perlahan2 dia kembali menyinar |
Oh ya, nun di hujung sana tu la bangunan utama Angkor Wat. Salem turun kan kami di luar, bukan luar kawasan ni, luar pintu masuk utama. Jauh juga la kalo jalan kaki, nak jogging pun kira jauh juga, jangan dicoba ya, kalo tak nak ketiak bau masam. Turun di pintu masuk utama untuk amik gambar sahaja. Kad masuk la kiranya. Tak de kad yang tertera muka kiter gerenti tak leh masuk. Aku ader lagi kad tu tapi tah simpan kat mana, lupa. Dah dapat kad, naik tuk2 balik, salim bawa p pintu masuk ke-2, yang memang betul2 nak masuk dalam dataran angkor. Kiter masuk sendiri, Salem dier tunggu kat luaq je, dier pesan dah abih tgk2 sunrise, balik semula ke sini, katanyer. Kami angguk2 aje macam burung belatuk. Masuk tu kiter akan lalu atas jambatan yang merentasi sebuah tasik. Subuh tadi kiter lalu jambatan ni la, teraba-raba dalam gelap. Sib baek tak jatuh tersungkur, kalo tak malu juge le.....Eh aku pernah tau terlanggar cermin...kuang asam betol la. aku ingat pintu rupanyer cermin. uihhhh....malu juga la. lokasinya Dewan maksak KK, ketika menghadiri Penutupan Petandingan Hoki Kebangsaan. Wahahahah.......lepas lalu jambatan kiter jumpa bangunan candi kat bawah ni. Pintu gerbang kot tapi melebar di tepi kiri dan kanan. Lepas tu lalu lagi dsebuah jambatan ( gambar seperti di atas) menuju ke Angkor Wat. Gambar kat bawah ni berdepanan dengan angkor wat. Mungkin ini la yang dikatakan pintu gerbang dlm sejarah angkor.
|
Kembali menyengat... |
OOOoooo........rupanyer moment indah tadi bukan hanya ditunggu di sebalik menara angkor, tetapi juga pada pemandangan di bawah ni. Simbahan cahaya mentari pagi pada candi satu lagi!! Patutlah.... jemaah tadi tak berganjak dari tepi tasik, rupanya ini yang depa tunggu. Jommmm.....saksikan....#uhhhh...macamlaamikgambarlawasangat....:D:D
|
Gambar atas ni menghadap ke bangunan Angkor Wat, sebab tu kiter nampak cahaya mentari tumpah di bahagian ni. |
|
Ini pula bangunan yang sama, tapi menghadap ke arah tasik. Sebab tu ia terlindung dari simbahan mentari.Rasanyer kalo petang baru cahaya mentari akan tumpah di sebelah sini. |
|
Kebetulan pula depa baru balik dari upacara keagamaan. |
Sebenarnyer, aku tak perasan bila masa depa masuk. Ramai ni. Sedangkan aku dah ader kat sini sejak subuh tadi. Bertolak dr hostel dalam 5.30am. Sampai sini kira2 jam 6.00am. Maknanyer depa datang lagi awal dari kami...Dengarnyer depa datang dari seluruh negara bukan hanya dari kamboja. Teringat masa kat Jogja dulu, pun ada masyarakat hindu datang dalam bulan 5-7 untuk sembahyang kat kuil Prambanan. Ooo....mungkin sebab tadi kami hanya berlegar2 disekitar tepi tasik dan tak p masuk kat bangunan candi. Patut la tak perasan.
|
Depa sedang keluar menuju ke jambatan merentangi tasik |
|
Halluuu Darling.... |
|
Sebuah pondok di tepi tasik. Kat Tasik ni la ader jambatan. |
No comments:
Post a Comment