Saturday, March 14, 2015

Mengembara di Bumi kampuchea (4): SOUR SDEI Siem Reap...

Dari sambungan: part 3

10 Dis 2015

Ahernyer sampai juga kami di Siem Reap.....horeyyyyyy!!  Driver buka pintu bas belakang. Nampak Salem dah ader kat luar menanti. Kapten Sapa "Hi Salem". Sempat aku belek muka kat cermin bas. Kot le muka dah serupa jembalang tanah. Alhamdulillah muka aku lagi. Salem tolong angkat barang kami, masuk dalam tuk2 dier. Tuk2 di Siem Reap ni lebih kecil berbanding dengan tuk2 di Phom Penh. Salem minta maaf dengan kami atas kesulitan yang berlaku. Oh ya aku baru perasan bas ni berhenti di hadapan deretan kedai. Memang tempat hentian bas tapi bukan perhentian bas rasmi. Ble ke ayat ni? Banyak Tuk2 menanti di sini untuk membawa penumpang ke destinasi seterusnya. 

Apa yang aku perasan Seim Reap kurang berdebu. Kenapa? Mungkin sebab kurangnya aktiviti pembinaan di sini. Bagus jua naik tuk2 ni, pemandangan terbuka luas tanpa sekatan. Murah. tapi cuma satu..berhabuk! Tak ada bangunan pencakar langit di sini. Rata2 bangunan berbentuk kecil tapi meninggi. Sama seperti di Vietnam. Dengarnyer sebab sewa tanah berdasarkan keluasan tapak bangunan. Makin besar bangunan makin mahal sewa. Jadi kalo nak murah bina kecik tapi tinggi. Rumah depa juga kebanyakannya bertiang tinggi mungkin sebab di sini selalu terkena banjir, Jadi itu salah satu dari cara mengelakkan daripada menanggung kerugian besar. 

Blajaq bahasa Khmer...

Sebelum sampai ke guest house, Salem singgah beli air tebu paling popular di sini. Jujur ya, aku bukan peminat setia air tebu. Antara air kosong (aku juga bukan pengemar air putih) dan air tebu aku pilih air kosong. Kapten kata ko cuba rasa dulu, sedap ni. Orang dah belanja takkan buang kan?? melampau tu. kebetulan pula cuaca panas. dapat air sejuk2 macam ni, rezeki tu. Uihhhhhh........Okey ini Bener ya. Air tebu yang aku tak penah rasa sesedap ni. Yg tak pernah aku jumpa kat Malaysia. Cewah...ader je kot tp xpenah jumpa. Air Tebu dengan campuran limau nipis, uhhhh.....sedap. Cuba la....Sampai di Guest House dapat pula welcome drink...lemon tea + kacang tanah.

dalam plastik air tebu. dalam mangkuk welcome drink
Sementara menanti bilik, kami bersembang kosong dengan Salem di cafe GH. Sekali lagi Salem minta maaf dan cerita balik kesalahfahaman antara kami. Dapat bilik, kami simpan barang dan Salem mempelawa untuk membawa kami ke restoran muslim. Bagai beruang disorongkan bantal kami setuju, sebab dah lapar. Restoran Muslim jadi pilihan. kedudukannya terletak diperkampungan muslim tidak jauh dari bandar sebenarnya tapi kalo jalan kaki ku tak ingat sebab kami naik tuk2.

menu ble tahan. harga juga ok....sepanjang kami di sini memang ini la dapur kami. 

Ini kawasan perkampungan muslim. Berdepanan dengan restoran muslim tadi ader gerai jual kuih tradisional Khmer. Salem tinggal kat sini a. 
Selesai makan kembali ke GH. Berehat. mandi. solat dan tido sekejap. Sempat aku jepret sekitar guest house. Booking hotel semua dibuat melalui agoda. So harga boleh rujuk di situ. Harga untuk semalam tak de mahal gilerr, tapi bilik sangat selesa. Dapat idea dari blog Supermeng Malaya. Tq Meng......:)

Golden Temple Villa Guest House
Address: Steng thmei, Svaydongkum, 2, Cambodia
Phone:+855 12 943 459

kiter di selah kiri ye bukan sebelah kanan
bayaran guna usd ....
Lobby hostel
Ruang Cafe..



ble minum free kat sini. bancuh sendiri, ader kopi, teh susu dan gula disediakan. Juga disediakan pisang.. amik je



























Malam2 kalo nak lepak kat luar balkoni tu pun best tapi kami tak buat sebab ader mat salleh sekeluarga dok lepak kat situ, siap sidai tuala lagi kat kusi. 
dalam bilik.
Petangnya kami mengambil keputusan untuk p usha night market n pub street. Jalan kaki je sebab dekat. tapi dekat2 pun kami tersesat juga.




Pub street. Baju merah tu tukang urut, kalo sengal2 ble la..

Kapten

Sarong bantal

Tak ramai orang sebab belum malam lagi..


Kak Lia memborong selendang buat ole2...

Dengan aku sekali terjebak sama. sebab kalo pakai memang ngam kat muka.

Kedai lukisan

Simple aje tapi harga ble tahan.

Sebenarnyer tak ble ambik gambar. tapi degil gilerr, kebetulan tuan tanah tak nampak jd sempat la
ini kat Old Market kalo tak silap

lambakan backpack pelbagai jenama buatan cambodia

lagi....



Tak banyak benda nak dilihat malam2 ni. Orang pun tak ramai sebab masih awal. kami amik keputusan utk balik je. jalan punya jalan akhirnyer sesat tak jumpa jalan balik. amik tuk2, tuk2 pun silap jalan, dihantarnyer kami ke Golden Temple Hotel. Aduhhh...org baru rupanya. Ahernye jumpa juga. Alhamdulillah.

Bersambung.......

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...