2 Jun 2014
Selasa
Dah puas meneroka Humble Garden, aku pun keluar...menyebelah ke Muzium Suzhou pula. Orang pun dah tak ramai. Sedang2 elok dah tu. Sebelum tu singgah dulu tengok terusan kecil.
|
Berehat menanti penumpang |
|
lagi..kedai-kedai |
Kalo kite tengok dokumentari pasal terusan yang ader kat China ni. Laluannya cukup panjang merentasi wilayah Beijing di utara, mengunjur hingga ke wilayah Hangzhou di selatan China. 1770 km tuhhh.....bukan alang-alang! Yang ada dalam peta ni Terusan utama atau dikenali sebagai Terusan Besar Beijing-Hangzhou, setiap laluan akan ader sayap/cabang terusan kecil yang menghubungkan laluan besar dengan pekan2 kecil. Sama juga la cite nya dengan sejarah tamadun lain, sungai/ terusan merupakan jalan pengangkutan terbaik yang ada pada masa tu. kalo guna jalan darat ia akan mengambil masa yang lama dan agak sukar dengan bentuk muka bumi yang bergunung ganang. Itu belum masuk part di baham harimau dan diserang lanun di tengah jalan...ahhhaaaaa.. Jadi, toksah banyak citer, aku juragan korang kena ikut arahan aku....begitu katanya ayat si juragan. Ambil la langkah selamat, senang dan mudah.
|
Laluan Terusan Besar Beijing-Hangzhou yang cukup panjang |
Dah telajak cite la pulak pasal sejarah canal. Macam dlm kelas sejarah...tau2 budak melopong. Bukannyer kerana khusyuk, rupanyer tak paham. ahahah....ok sambung citer pasal Muzium Suzhou. Kalo kat tempat sendiri agak berat hati rasanya nak p, tapi kalo tempat orang kena pegi. Nak kenal budaya orang katanyer. Masuk adalah percuma. Yehaaaa.....Jimat!
|
Pintu masuk ke Muzium. |
Muzium Suzhou yang pertama dibina pada tahun 1960 dan ianya diletakkan di dalam Istana Zhong Wanfu. Kalo dah dalam Istana maknanya rakyat jelata tak berpeluang untuk melawatnya. Tahun demi tahun ekonomi Suzhou semakin berkembang maju, kerelevanan muzium diletak dalam istana semakin menipis dan depa berfikir "kita patut mengeluarkan muzium dari istana untuk dikongsi hak bersama rakyat jelata dan ianya juga boleh menarik lebih ramai pelancong". Akhirnya pada penghujung tahun 1990-an depa memutuskan untuk membina sebuah muzium Suzhou yang baru.
Kata sepakat dah dicapai, maka sekarang tiba masa untuk mencari siapakah yang layak mendesign Muzium. Perbincangan meja bulat dibuka. Dibentangkan senarai arkitek2 berbakat besar, kreatif, inovatif dan berpengalaman luas dalam dunia senibina, sebab ini bukan tugas mudah. Depa mahukan rekabentuk muzium baru itu nanti mesti, wajib, tidak boleh tidak...(cewahhhhh....ayat penambah perisa) mengabungkan eleman moden dan juga estetik klasik.
Akhirnya depa pilih Ieoh Ming Pei dari Firma IM Pei & Associates (kini dikenali sebagai Pei Cobb Freed & Partners) untuk menyahut cabaran ini. Pemilihan ini dikira menepati spesifikasi yang dikehendaki. Pei seorang arkitek berpengalaman luas dan pernah mereka bentuk bangunan2 moden seperti Pyramid Glass di The Louvre, Paris, Museum Of Islamic Art Doha, Rosk & Roll Museum di Cleveland dan lain-lain lagi. Dilahirkan di Canton, Guangzhou, China dan kemudian dibesarkan di Suzhou, sudah pasti rekabentuk yang dihasilkan nanti sangat mengkagumkan, juga menepati citarasa, kerana kenangan di waktu kecilnya boleh diaplikasikan di dalam designnya nanti.
|
Mula2 berdiri di posisi ni aku berfikir2, ko dah kenapa uncle Pei, bina batu2 macam ni?? Dah abih idea ke aper...?? **amboi, komplen mcm boss...boss....:D!! Sekaliiiiiiiiiiii.....amik ko! baru nampak... |
|
haaaaaa.....nampak tak. Gunung ganang buatan dihujung sana.....cantiknya....ble cilok idea ni nanti nak buat kat rumah sendiri...:D |
|
Sudut lain. |
|
Gabungan bentuk geometri |
|
Ruang dalam ader kolam dekat tangga naik ke tingkat atas |
|
bersantai bajet di pergunungan alps |
Bangunan Suzhou ni ada 2 tingkat. Aku naik tingkat atas yang menempatkan barang2 istana, kaca dll..
|
cucuk sanggul maharani |
|
Gunting dan berus gigi. |
|
gelang |
|
Kayuh...kayuhhhh |
|
Persalinan maharaja... |
|
Perhiasan kaca.... |
|
Burung kena sumpah sebab derhaka kepada raja..:D |
|
Lagi barangan kaca |
Untuk budak seni, aku ingat ini sangat berguna untuk buat projek studio. Untuk dapatkan idea bernas. Kaw2 punyer......teringat dulu msa buat arca teko.......subject matternya gajah....sekali jadi....pat belalai je ada.....aduhhh......aku tak ingat dah dapat bape markah...uihhhhhhssss....tak de la sampai dapat C...cikai2 pon dpt B la paling kurang :D
|
temanya dunia berbeza....:) |
|
Obor2 kena kurung |
|
topeng |
|
hijau aku suka |
|
minimalis |
|
miow...miow |
|
arca lilin.....
alahaiiiii....banyak gambar. kena buat entry baru...kalo tak dier mcm org mamai.......Jumpa lagi...:D
|
Rujukan:
http://archrecord.construction.com
Supermengmalaya
2 comments:
lawa kat kolam tu.. hari tu punya la ramai orang bertenggek. nak ambik gambor pun payah
ini sbb org dah bekurangan, depa p humble garden tu pulak. seb baik kan.....Balik dr sini sy tersalah bas la Meng...hehhehe...nanti cite kendian...
Post a Comment