2 Jun 2014
Selasa
|
Assalamualaikum & Hi.....:) |
Kalo ikut Itinerary, hari ni kami akan ke Suzhou. Pergi ari je. Semalam dah bincang ngan depa 2 org, tapi depa rasa keberatan nak p, sbb kurangnyer maklumat. Perkhidmatan metro kurang, aku ingat mcm 2 line je baru siap. Iti yang aku buat ni pun naik bas, jadi depa kurang yakin. Okey, tak ble paksa2 orang tau. Berbekalkan sedikit keyakinan, aku putuskan utk pergi sendiri melawat kampung halaman nenek moyang aku......wahahhahah.....
Nape aku teringin sangat nak p Suzhou? Sebab Suzhou merupakan satu wilayah lain. Katanyer lebih sejuk berbanding Shanghai. Wujud sejak 2000 tahun lampau sekaligus mengangkat Suzhou menjadi salah sebuah bandar tertua yang terbentang bersebelahan Sungai Yangtze. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan tenunan sutera sejak abad ke 10, apabila terusan besar yang menghubungkan delta Sungai Yangtze dengan Beijing di buka. Ader banyak taman di sini yang kebanyakannya berkonsepkan taman air. Aku study sket2 dgn buat rujukan dalam blog orang yang penah p Suzhou. Aku cuba fahamkan setiap perjalanan depa. Terima kasih pada
Ved (sahabat FB) yang sentiasa sudi menjawab soalan saya dan blogger
Supermeng Malaya. Saya banyak ikut perjalanan awak...:) Seboleh mungkin aku cuba elakkan naik teksi. takut juga sbb sorang. kalo naik bas, ader cctv, agak selamat sket.
Kami keluar sama2 dari hostel. Sampai di Beixinjing exit 5, kami berpisah haluan. Depa bercadang untuk round bandaraya Shanghai. Aku pula dari Beixinjing, terus ke Hongqiao Railway Station. 1st time aku sampai sini, perghhhh....besar giler bangunan ni. Puas aku tawaf dari hujung bangunan ke hujung bangunan nak cari gate 29, dimana terletaknya waiting room untuk ke Suzhou. Alih2 belakang kaunter tiket tu je....Lol! Buat penat aku je. Kalo ikutkan, sepatutnyer kena beli tiket ni awal, semalam lagi, baru dapat tiket awal pagi. Tapi tak pe, bak kata orang belajaq dari pengalaman. Aku dapat tiket jam 9.04 am, tapi tak de seat. Arghhhh.....belasah je la. Yang penting sampai awal ke Suzhou. Aper la sangat berdiri 20 minit. Menurut pembacaan aku, perjalanan ke Suzhou mengambil masa 25 minit. Tapi macam aku rasa agak lama juga aku berdiri. Oohhh...mungkin sebab aku beli tiket train jenis D bukan G. G: untuk train paling laju, katanya. D: sederhana laju. Ntah, design macam sama je. Mungkin bezanya cuma pada kelajuan Train.
|
Tiket train dari Shanghai-Suzhou. Harga tiket Y25.50. Kalo naik G train lagi mahal dan lagi laju. :). 04: gerabak train. Sepatutnya, sebelah no gerabak tu ader no tempat duduk, tp sbb aku beli ni dah takde tempat duduk, so kosong la kat situ. No. 29: pintu masuk menuju ke bilik menunggu train. Jangan salah masuk gate pula, kang tpegi tempat lain pula. |
Nampak tak tulisan China kat belakang tiket tu? hehehhe....Aku minta tolong translate miss kat kaunter hostel td. Aper2 hal ble tunjuk buku tu je. Cedok idea Supermeng...:D. Oleh kerana aku beli tiket train jenis D, maka perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit kalo tak silap. Penat juga la kaki, tp ramai je yg berdiri macam aku.... Pemandangan sepanjang perjalanan ke Suzhou....
|
Landasan keretapi.....perghhhh....part ni aku tabik. antara negara termaju dalam bab2 keretapi. patut la jalan raya depa lenggang je.... |
|
nampak?? deretan keretapi sedang berehat menanti giliran untuk berlepas. cewahhhh....berlepas tu...:D |
|
pondok berkebun. macam kat tempat kiter jugak. |
|
padi nan luas. Eh padi ke? ntah2 gandum. |
Train berhenti di stesen yang pertama. aku tanya kat wanita yang sama2 berdiri dgn aku dgn menunjuk ke arah tiket. Suzhou? dier geleng kepala. Ok maksudnya bukan. Yang aku perasan 2 stesen train ni berhenti, baru sampai ke Suzhou iaitu Suzhou North Railway Station. Benda pertama yang aku buat ialah beli tiket balik ke Shanghai petang nanti. Kang tak beli kang, terpaksa pula tdo di Suzhou. Dah lari bajet kat situ. Jom cari kaunter tiket. Letaknyer di hujung sana. Ok, lariiiii......Opppssss.....Oh ya di sini juga ader stesen metro menghubungkan ke mana2 destinasi berhampiran. Cuma 2 line yang baru siap. Sama juga macam kat Hangzhou.
|
Signboard betulisan rumi, memudahkan kefahamanku yang buta tulisan mandarin |
|
Ramainyerrrr...:( byk masa aku terbuang di sini... |
|
Dah dapat tiket Suzhou- Shanghai. Dapat G Train. Harga: Y39.50, dan dapat seat. Sengaja aku amik tiket jam 3, sbb aku jangkakan sebelum gelap aku kena sampai ke Shanghai. Kalo siang mata aku senang kenal jalan berbanding malam. |
Aku amik masa sket untuk amik gambar sekitar Suzhou North Railway Station (SNRS) Risau gak takut salah. Tapi dah tengok2 lebih kurang, okey.....sama macam dalam gambaq Supermeng. :D
|
Bangunan Suzhou North Railway Station |
Mengikut perancangan, (errrr......sebenarnyer ikut perjalanan Supermeng. ;D) sepatutnya aku pegi ke Tongi, kemudian balik semula ke SNRS, naik metro ke masjid. balik semula ke SNRS, kemudian baru ke Humble Administrator's Garden. Tapi bila fikir2 balik perjalanan ke Tongi memakan masa 40 minit naik bas. Jalan2 di Tongi amik masa 1 jam juga, emm....macam tak cukup masa. sekarang dah jam 11. Maka aku amik keputusan untuk terus ke Humble Garden. Bangunan SNRS ni diapit oleh bangunan stesen bas di kiri dan kanannya. Di bangunan sebelah kiri stesen bas untuk ke lokasiyang jauh2. Manakala bangunan sebelah kanan pula stesen bas untuk berpergian di sekitar bandar Suzhou. Seperti kata Supermeng, Untuk ke Humble Garden, kena pergi ke bangunan sebelah kanan, dan cari bas No 1.
|
bangunan sebelah kiri tu station bus long distance |
|
yang belah kanan ni pula station bus around Suzhou. |
|
Aku jumpa bas No. 1 ni. Alhamdulillah senangnya nak cari. so tunggu la. tapi lamanya nak tunggu tak gerak2 juga, akhirnya aku tanya seorang amoi, dier pun nak naik bas no 1, tapi tak tau dia nak ke mana. Oleh kerana amoi ni pandai cakap Cina, dia pun tanya kat Makcik yg ader kat situ. Oh, rupanya bas ni memang tak kan bergerak sebab yang ni bas yang tengah menunggu giliran beroperasi. Amoi tu suh aku ikut dier...aku pun mengekor..... |
|
Ni la si amoi tu. |
Rupanya kalo lalu ikut depan, setiap tiang tu di lekatkan no setiap bas. jadi senang nak tengok. Amoi ni pergi ke tengah bangunan di mana letaknya bas no 1. Dia lalu jalan belakang ni. Tak lama menunggu bas pun bergerak. aku tunjuk nama Humble Garden dalam tulisan mandarin. Pemandu bas angguk kepala. aku tanya berapa tambang, dia tunjuk 2 jari, maknanya Y2. Duduk di kerusi depan supaya senang nak tanya pada pemandu bas bila sampai ke destinasi.
Destinasi : Humble Administrator Garden, Suzhou
Alamat : 178 Dongbei Street, Suzhou, Jiangsu, 215001
Bayaran Masuk : 50 Yuan/ticket (Musim panas & Sejuk)/ 1 Mac- 31 Mei &
1 Sept- 30 Nov
70 Yuan (Musim Bunga & Luruh)/ 1 Jun- 31 Ogos & 1 Dis-30 April
Masa Beroperasi : 7.30 am- 5.30 pm ( Isnin-ahad)
|
ha ni yang aku cakap tadi. kalo dari depan bangunan setiap tiang ni ader no bas. aku paham no 1. tu je... |
|
laaaa....rupanya ader kat situ tulis tambang Y2. aku tak nampak. hehheh....ok ader kamera juga, agak selamat. |
Bila sampai pemandu tu tunjuk kedudukan The Humble di sebelah kiri bas.. Dia turunkan di bus stop di sebelah kanan ni. Maknanya aku kena menyeberang jalan.
|
Aku turun kat sini. dari sini menyeberang jalan ke sebelah deretan kedai tu. sampai sana ambik arah kiri. |
|
ader zebra cross kat sini, ikut je |
|
Ok dah sampai ke seberang sini, kat deretan kedai ni, amik arah kiri jalan terus sampai nampak signboard yang menunjukkan arah HAG |
|
Ni dier signboard tu. Ikut je arahan. nampak wanita berabut panjang tu. kat situ simpang menuju ke HAG. Ok belok kanan, jalan terus sampai la ke taman. |
gambar di bawah merupakan lorong sebelum sampai ke taman yang terletak di hujung sana.
|
sepanjang lorong ader gerai menjual kraftangan |
Sebenarnya, Humble Garden (HAG) ni bersebelahan dengan Muzium Suzhou. Aku bercadang untuk pergi ke HGA dulu sebab dier lebih jauh, lagipun ramai orang Q masuk ke muzium Suzhou. Jadi nanti je aku singgah.
|
jualan kraf |
|
macam sedap je bun tu, rasa nak makan tapi takut gigi patah |
|
Kaunter tiket. Harga tiket Y50.pintu masuk di sebelah kanan. |
|
pintu masuk |
|
Bila masuk nampak ni dulu. |
Humble Administrator's Garden (HAG) atau dalam bahasa mandarin Zhuo Zheng Yuan, mula di bina pada tahun 1509, semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Pada asalnya ia merupakan kawasan rumah peribadi seorang bekas kakitangan kerajaan iaitu Wang Xianchen. Selepas bersara, Wang melakukan kerja-kerja berkebun seperti menanam pokok dan sayur-sayuran di sini. Banyak bangunan klasik yang masih dikekalkan dan kebanyakannya kita boleh lihat di tepi tasik. 40% daripada keluasan taman ini dimonopoli oleh tasik buatan dan air merupakan elemen utama selain landskap semula jadi termasuk hutan kecil, bukit dan pembentukan batu2 unik.
|
bilik taklimat. kalo ikut agent ble la masuk sini. |
|
bunga teratai tumbuh segar di dalam tasik. |
Reka bentuk taman dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian timur, tengah dan barat. Bahagian tengah merupakan bahagian yang paling penting dalam taman dengan bukit yang melatari taman, Kolam yang memukau, bangunan/ rumah berciri klasik yang cantik, pokok-pokok dan bunga. Bahagian barat telah didirikan berdekatan tasik dan terdiri daripada Dewan yang Tiga puluh Enam Itik Mandarin dan Dewan Lapan belas camellia, dihiasi dengan perabot purba, lukisan yang menarik dan calligraphies khas. Bahagian timur mempunyai astaka yang dipisahkan oleh bukit-bukau yang menghijau dengan pokok-pokok pain, buluh, pulau dikelilingi oleh anak sungai berliku-liku dan bunga.
Jom layan gambar...
|
Model bangunan klasik |
|
Antara sudut menarik di celah2 muzium dalam HAG |
|
Aku tersesat dalam bangunan muzium ni. pusing2, balik2 pegi tempat yang sama. |
|
lanskap yang cantik lagi mendamaikan |
|
pagoda |
|
cantik pokok tu |
|
duduk di sini sambil makan maggie goreng kan sedap. |
|
lagi sudut menarik |
|
para pelancong |
|
frame |
|
model taman 1 |
|
model taman dr sudut berbeza |
|
Tong sampah pun cantik....cemana ni?? |
|
Model keseluruhan The Humble Garden |
|
teringat citer kungfu panda..:) |
|
lorong sunyi |
|
Batu unik yang melatari persekiaran Taman. |
|
teratai layu di tasik madu |
|
tenang |
|
mendamaikan |
|
menyegarkan |
|
rekabentuk klasik |
|
mengasyikkan |
|
1: menarik |
|
2: duduk pula |
Penat dah...aher sekali aku p jengok singgahsana maharaja. Yang ini tak sah kalo tak p, ibarat tak cukup perisa dalam masakan.
Serba kuning sudah pasti.
berganding warna si merah saga.
Dari jauh ku dihembus aura seri
adakah ia dari si Maharaja
|
Dalam ni yang ader singgahsana tu |
|
Taraaaaaa........Ini dia. Tak tau sape. King agaknyer.....ensem ble tahan :) |
Uhhhh.....banyaknyer gambar. Akibat terpesona aku menghabiskan masa 1 jam lebih bersiar2 di HAG. Selepas ni aku akan singgah ke Muzium Suzhou...
Bersambung..........
**Rujukan:
travelchinaguide.com
Ved Vedder
Supermeng.blogspot.com
Mymee.blogspot.com
10 comments:
Rindunya Suzhou...Ved stay 2 malam kat Suzhou, bandarnya lebih tenang berbanding Shanghai...wahhh..nama Ved masuk dlm artikel Nanie...bangganya, Hahahaha..tqvm :)
Betul ved, kena bermalam juga. ari tu 2 tempat je ble pg...padahal sy dah sampai ke Tiger hill tu. takut terlambat sampai ke SNRS, saya terus je balik.
Patut aaa aku tersedak rupanya di seru berulang kali. tahniah sebab berjaya sampai and thank you for sharing !
Hehehe......blog awk byk mbntu. Kang yg p jumpa nobita tu pun nak diseru juga nama meng....tq beribu2 lemon....:D
wah bagus2!!! pegi jugak ke suzhou wpun sorang2...kadang2 kita ikutla hati kita sendirikk kan....
alhamdulillah. Dah pergi sejauh itu, sayang kalo hajat tak kesampaian. Iti dah cukup cantek, kalo tak pegi nanti blik Msia menyesal tak sudah...:)
CT tak lajak kesini.. ada bace jugak sebenarnya senang saja kalau nak lajak ke sini kan..
water village.. adoiyai lemah jiwa tengok kolam penuh teratai. cantik.. fefeeling klasik..
mailaah jalan jalan sini :D
Siti Yang Menaip
indah sungguh pemandangannya . bersih dan mendamaikan ...
aha senang je ke sini Ct. Disyorkan agar bermalam di sini barang semalam dua supaya tak kelam kabut dan ble cover byk taman klasik. Memang temanya sama saja iaitu air tp pd saya setiap satu pastinya berbeza dr segi pandangan dan sejarahnya. :)
Terima kasih sudi singgah Cetusan minda..:)
Post a Comment