Aku menghabiskan masa dalam 1 jam juga la ronda-ronda dalam Muzium Suzhou ni. Sebelum keluar Sempat lagi aku berdiri memandang bangunan Muzium Suzhou. Menghayati, meneliti senibinanya buat kali terakhir... Besar kemungkinan aku tak akan kembali lagi ke sini, kalo pun nak datang Suzhou aku p tempat lain, tapi yang pastinya tak akan p muzium seks. Wahahah.....well, aku kan wanita melayu terakhir yang masih lagi berpegang teguh kepada tatasusila & sopan santun..**sambil duduk bersimpuh tersipu2...pangggg sekali....wekekekek!
Sambil keluar ke jalan besar aku masih lagi memikirkan samada nak ke Garden Of The Master Of The Net atau terus balik saja ke stesen keretapi. Kedudukan taman ni sebenarnyer tak jauh mana, kalo ikut cite Supermeng, dari sini kena naik bas no. 202. Fikir punya fikir, tengok jam, dah jam 1 lebih. Tiket balik ke Shanghai adalah pada jam 3.14 pm.. ok tak nak tanggung risiko, so balik la. Sebenarnyer sempat je kalo berani kan. Tiket train dah beli, tinggal datang je ke stesen train dan cari waiting room., kemudian tunggu train ke shanghai. tapi aku ni kan lurus ikut buku, maka aku perlu masa untuk cari di mana letaknya waiting room untuk train ke shanghai, tak nak kelam kabut.
Oleh kerana tak jadi ke Garden Of The Master, maka aku memutuskan utk balik ke stesen keretapi Suzho North Railway Station (SNRS). Tapiiiii.....tapikan , aduhhh...baru terfikir, nak naik bas no aper ye?? kalo ikut supermeng dier naik bas no. 202 ke GOTM dan naik semula bas tu utk ke SNRS. Tapi aku tak ke sana. Maka aku putuskan untuk samakan aje dgn sistem perjalanan bas di Malaysia. kalo tadi aku naik bas no. 1, sudah pasti bas no. 1 tu akan balik semula ke SNRS. Macam kat Malaysia kan, bas tu pusing je seluruh bandar kemudian balik semula ke stesen bas. Jadi aku kembali ke bus stop tempat aku mula2 diturunkan tadi, iaitu di seberang jalan sana. Di sebelah sini sebaris dengan Humble Garden dan Muzium Suzhou ni pun ader bus stop tapi aku tak pasti bas ni semua akan ke mana. Lama juga la nak tunggu bas no 1 ni sampai. Uhhhhh.....masa berjalan. Kira-kira dalam 20 minit bas no 1 pun sampai, sekali naik, driver bas tadi tu juga. aku tunjuk nama SNRS dalam tulisan mandarin. Dia angguk. Lega....
Dalam bas tu kan baru terfikir asal aku tak naik aje bas no. 202....?? kan Supermeng kata lepas pegi GOTM, dier naik balik bas no. 202 untuk ke SNRS....adusss....
Driver bas tadi |
ruang dalam bas |
Sekitar suzhou |
Kawasan perumahan kot |
pintu masuk salah satu taman klasik agaknyer. Kat Suzhou ni kan banyak taman klasik...satu hari cukup kot p semua tempat tapi kena bemalam di suzhou |
Dari jauh ku perati je pasangan 2 sejoli ni |
tak tau sape salah, sape betul.....bukan main romantik lagi! bas kat blakang oittt.....aku pedulik aper, u jump, i jump also katanyer...... |
Ni la mamat ensem tu....tq Dear.....:D |
Sambil2 tunggu bas tu, kami borak2 santai. Menurutnyer, dier juga seorang pelancong dari Beijing. Saje datang bercuti ke Suzhou.....Balik2 cakap I love my country.....ek elehhh.....hang ingat hang sorang ja ka sayang negara hang. aku pun same la....Katanyer di China memang tak ramai orang boleh ckp BI, dier lucky, sebab dapat belajaq kat UK. OO...patut la. I'm already married. u? My wife worked in Beijing, katanyer. Soalan aper kah ini? Cepu mas atau perak?? Wahaah.....dier tanya aku datang dari mana. Aku cite la datang dari Malaysia. Aku saje tanya, u know Malaysia? Yes, i've heard. Recently, there was a missing plane. Glupp...betul la tu. Seb baik dier tak salahkan kiter, pasal ramai juga warga China yang hilang.**lap peluh pakai tudung...:D
Tak lama tu driver bas lambai2 suh naik bas. So aku pun mohon pamitan dari dier. Ok bro, I've to go. Anyway, thanx a lot, for helping me...Yeap, nice to meet u, n i hope, 1 day, i can meet u in sabah. Call me if u come to sabah....begitu kami berpisah. Belasah lagi, i paham u pon paham, cukup la tu. Wahahahh.........Yang tak tahan tu, ayat aku "call me" tu, suh call me tapi tanya nama pon lupa apa tah lagi nak bertukar2 no hp. Bangang sekali aku rasa.....wewekekek....mesti mamat tu cakap, bengong la si Minah ni! Sempat aku lambai2 tangan
Alhamdulillah...sampai akhirnyer ke SNRS. Perkara pertama yang aku p cari ialah kedudukan waiting room yang menempatkan train menuju ke Shanghai. Betapa luasnya stesen keretapi depa. Eh bukan memang semua stesen keretapi China macam ni ke?? Tengok la dier punya Train. Antara yang termoden dan agak laju juga! Dah jumpa, aku ingat nak p masjid, naik metro. Suzhou ni macam Hangzhou juga, sistem pengangkutan metro dier masih dalam pembinaan. Kalo tak silap cuma 2 laluan yang baru siap. Sekali aku pegi la kat mesin beli tiket tu, sekali tengok punyer ramai orang Q. Benda baru, murah pulak tu memang la macam goreng pisang panas. laku dan jadi pilhan ramai. Dalam tempoh sejam aku ingat tak sempat, mana nak cari kedudukan masjid lagi. Jadi aku amik keputusan lepak saja di sini. Bagi sesiapa yang berkesempatan nak p, dan masa masih panjang ble amik laluan ni.
Line 2 (red): Suzhou Railway
Station- Shantang Street Taohuawu- Shilu--> Exit.
Dah sampai stesen Shilu. Keluar. Masjid Taipingfang, Suzhou ni terletak bersebelahan dengan Shilu Road iaitu kira2 20 meter dari jalan utama. Ianya agak tersorok di satu lorong. Dibawahnyer ader restoran. Tak jumpa juga boleh cari Restoran Pamer. (Info dari: Ved...TQ Ved :))
Sebenarnyer kan, Bas no. 1 tu, lepas pergi Humble garden, dia akan lalu juga di 1 lagi taman, tapi tak pasti nama apa, (kalo ader banyak masa ble explore), kemudian yang terakhir sekali bas no 1 akan berhenti di Tiger Hill. Ble la masuk sini. Kemudian dari sini ader bas yang akan terus ke SNRS. Jadi jangan risau yang penting hang ader nama tempat tu dengan tulisan mandarin sekali.
Sebenarnyer kan, Bas no. 1 tu, lepas pergi Humble garden, dia akan lalu juga di 1 lagi taman, tapi tak pasti nama apa, (kalo ader banyak masa ble explore), kemudian yang terakhir sekali bas no 1 akan berhenti di Tiger Hill. Ble la masuk sini. Kemudian dari sini ader bas yang akan terus ke SNRS. Jadi jangan risau yang penting hang ader nama tempat tu dengan tulisan mandarin sekali.
aku kena masuk pintu B3 tu nanti |
arca |
perghhhh ramai gilerr...salah satu pilihan yang ada untuk berpergian ke mana2, agak murah berbanding terbang diangkasa. |
Kalo bole baca tulisan mandarin, mudah. Jadual perjalanan train ada di sini. |
kaunter pertanyaan. |
Train aku nanti landing dekat no. 10 ni |
ketapi |
Ok ni aku punya.... |
Aku sebenarnyer bawa bekal, maggie goreng. Orang kampung la katakan....Tapi tak sempat makan, tak de tempat. Baru nak buka tupperware, suap maggie kat mulut, angkat muka, laaaa.....rupanyer 2,3 mata tengok aku. Tak sempat aku kunyah, terus telan. Nasib baik tak tersedak. Terus tutup balik tupperware...*sambil bersiul tengok siling bangunan..:D :D :D
Sampai saja ke Shanghai, terus amik metro ke Yuyuan. P masjid. Dah macam kampung aku pula Shanghai ni. Ingat nak p Yuyuan Garden n bersantai tengok sunset kat The Bund lepas tu, keluar masjid dah mula pula berangin. adoiii...balik la kalo gitu. Lapar tau...sampai2 je ke hostel, terus pegi restoran muslim, selang 2,3 baris dari hostel. Order makan. Tapau. Balik. Naik ke bilik. tengok tong sampah masih ader kat luar bilik, maknanya depa 2 orang tak balik lagi. turun ke lobi. Makan. Alhamdulillah....sampai juga aku dengan selamat kat Shanghai.
Malam tu kami bertukar2 citer. Depa Round bandaraya Shanghai naik bigbus shanghai. Wah bestnyer......Tapi ader 1 soalan dari kak Pok yang aku tak ble lupa, "ko ada pigi la Muzium seks tu??"....Hoiiiiiii.......Wahahhahah.....patut la depa tak mai join aku ke Suzhou. Rupanya depa ingat aku mai tengok tempat tu. Gila!! Hehheheh.....
Bersambung.......
Ved
Supermengmalaya
2 comments:
Hai Nanie..JM datang korek info kat sini :-)
time kaseh JM, saya pun salu baca dan buat rujukan dr blog JM..:)
Post a Comment