Sunday, June 16, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Shopping di Hua Qiang Bei...

Assalamualaikum.....
Hi jumpa lagi....

Hari pertama sampai di Shenzhen (3ari yg lalu) , macam biasa aku check barangan camera aku, cukup ke tak. Memory card: 2, Batri 2, charge....alamak.....mana charge????? tak ble tak der. Itu barangan penting, macam duit juga. tak der itu......percutian tak kan seronok....:( Mood Katun...sbb br tgk si lipas dan si kucing...

aku mula merangka plan utk mengatasi masalah ni. 
1) Petang ni acara bebas: so, jln2 nanti kalo jumpa kedai camera ble tanya charge...
2) Pinjam dr kawan: tapi....aku br kenal. tak bez plak pinjam2 sbb drg pun mesti nak guna jugak...:(
3) Tanya Tony: ader tak kedai Camera kat sini....

Dah dapat idea, ok senyum.....

Yang ini hari ke-3 di Shenzhen. Kami berkunjung ke Huaqiangbei sebuah kawasan  membeli belah terbesar juga di sini.  Hua Qiang Bei bermula dari Shennan Boulevard di SEG Plaza berhampiran Stesen Huaqianglu di Metro Shenzhen, satu kilometer utara ke Pavilion Hotel. Ia merupakan tulang belakang kepada aktiviti membeli-belah.

keluo je dri stesen metro, korang akan nampak jam senyum tu. kat sini la kawasan Hua Qiang Bei

Kawasan ini mempunyai ciri-ciri jalan-jalan dibarisi pokok-pokok dengan lebar (5-20 meter) laluan pejalan kaki. Huaqiangbei sendiri dipenuhi oleh bangunan-bangunan besar dan tinggi. Kalo nak cari pakar dalam bidang elektronik komersial, atau pakaian wanita, disini la tempatnyer. Macam kat Karamunsing di Sabah. Merupakan Rangkaian kedua dari Hong Kong dan kedai-kedai berlabel pereka antarabangsa untuk keluaran tempatan pakaian yang berkualiti baik, kasut dan beg.
Bagi pengemar barangan ori, jangan risau sebab barangan tiruan tak banyak di jual di sini,  tak mcm kawasan membeli-belah utama yang lain di Dongmen dan Luohu Commercial City.




kedai menjual beg, pakaian, aksesori wanita...macam2 lagi

kat sini aku beli baju untuk anak sedara. 4 untuk RMB100.....yuhuuuu....giler murah...



Jalan-jalan sekitarnya dipenuhi dengan kedai-kedai pakaian, hotel, restoran dari semua wilayah China dengan harga antara 10RMB untuk 100RMB setiap orang, kedai-kedai makanan segera barat, rumah urut (hanya untuk urut), disko-disko, pelbagai kedai-kedai kecil dan beberapa pasar raya antarabangsa.
Terdapat tiga stesen metro berhampiran kawasan ini, terdapat Stesen Jalan Luobao Line, Huaqiang North Stesen Shekou Line, Stesen Huaxin daripada Longgang Line Huaqiang. Stesen North Huaqiang terletak tengah-tengah kawasan ini, jadi jangan terperanjat kalo korang Nampak ada sangat ramai orang di stesen metro.




Terdapat sebilangan besar bangunan yang dikaitkan dengan  Huaqiangbei. Ader beberapa pusat membeli-belah pakaian (kira-kira 3-5 pasaran pakaian) dan lebih 50 pasaran dengan barang-barang elektronik. Luas tu beb….sari tak cukup ok…Setiap pasaran elektronik yang besar dan ia mempunyai pelbagai sejarah tersendiri. Setiap bangunan biasanya pakar dalam bidang tertentu jualan. Contohnyer salah satu daripada Pasaran LongShen pasaran elektronik, terutamanya bagi produk Apple seperti mini iPhone 5 dan iPad / iPad. Terdapat pasaran menjual hanya aksesori telefon diubahsuai atau telefon buatan Cina, pasaran LED dan banyak lagi.

Tak banyak gambar dlm kedai tu aku amik, sbb bz menawar harga....wekekke.....komunikasi tidak berjalan lancar antara kami dgn si penjual. korang pasti tau apa sebabnya......

 Maser ni aku tanya sipenjual ader tak infared filter. dengan yakin dier jawab...ader.....sekali dibawaknyer yg ni. aku try amik gambo kwn aku......hasilnyer begini. aku rasa bukan ni....tak tukaq wane pon.....




Maser kat sini (Mac yang lalu) terdapat kerja2 pembinaan untuk metro line baru dan ianya membuat tempat ni lebih sesak. Ader juga beberapa bangunan baru masih belum selesai pembinaan. Menurut ceritanyer, di Hua Qiang Bie tidak pernah berhenti dari kerja2 pembinaan. Ada saja, lantai pasaran baru dibina setiap hari, dan pembentukan semula pejabat. 

Jalan-jalan utama semua khusus pada perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan kargo, ejen pejabat pos (DHL, Fedex, UPS, HK Post, China Post, Singapore Post, Swiss Post dll) Terdapat lebih ejen pejabat pos yang terdapat di kawasan ini daripada biasa berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Bangunan sering dihubungkan melalui jambatan pejalan kaki, dan ia adalah di kawasan perniagaan yang berkembang maju. Nak datang sini mudah, guna sumway jer......







beg kamera baru beli, terus pakai beb.......wekekkek


Lepak kat KFC sementara tunggu hujan teduh sket, sebenarnya nak guna toilet....wekekekk



order air jew.....selamat. biskut banyak dlm beg....
Antara barangan yang dibeli. mula2 nak beli charge je, sekali ....terjebak beli tripod, beg kamera.......sket lagi nak beli lens 50mm. nasib baik sedar diri...

Kak hasnah pon terjebak samer. Dah jumpa kawan2 lain kat metro stesen, drg citer ader LCD kecik 500 duit mesia jer......giler......terus aku kepingin nak beli. Ianya penting untuk PDP yer anak2......

ok jom balik. Lepas ni....acara diteruskan dengan lawatan ke Dafen. Bagi peminat seni tegar macam aku.....tempat ni penting untuk dilawati. Guru2 seni juga mesti pegi kalo tak rugi.....

Jumpa kat entry seterusnyer.......Berkunjung ke Dafen Oil Painting....:)

Bye.....

info: en.wikipedia.org

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...