Salam Aidiladha. :)
Baru balik dari kk. dapat kiriman sebiji durian dr my mom..:) Rambutan xde, mak aku dah booking rambutan 16 Nov (bersempena aku balik...:)). bukan alang2 10kg tuhhh...:). Mak aku kirim durian 3 biji, dapat sorang 1. kakak aku kat kk dapat 1, adik aku kat ranau dapat 1, aku kat Labuan dapat 1...:) thanx bu.....
malam sebelum raya tu ramai kengkawan dok post kat FB kekangan balik di waktu raya. yg di semenanjungnyer masalah jam. yg kat sabah pulak masalah deley.. mcm 2 arie jugak stuck kat KKIA.. sian......seb baik aku tak der masalah tu. cuma aku balik baru ni accent tinggal la kat terminal. tiket abih katanyer. tapi tak risau dah sbb dah beli tiket feri 16 Nov.....aku nak cuti2 Malaysia...yahooooooo!!!!!
ohh? Lupa. Td kwn datang umah. sembang punya sembang, dier ter cite psl adik dier. Nak benti sekolah sbb salu kena marah cikgu2. emm.....adik dier ok cuma rasanyer dier ader masalah pembelajaran. lambat. mungkin kalo dikesan dr awal dier sepatutnyer sekolah kat sekolah Pendidikan Khas. pastu kat rumah pula si suami pun salu mrh2 adik. katanyer si suami tak suka pd keluarga si isteri. mak abah mentua dier pun dier tak suka. aduhhhh...payah la cenggitu....ko kawen ngan anak dier, tetiba dah dapat tak suka plak.....aihhhh. aku kata nasihat la suami tu. dah nasihat dah, aunty, mak dier sume dah nasihat tp si suami tak makan nasihat.
aku penah jumpa mak kawan aku. baik orgnya cuma aku tak berapa nak faham melayu dier. emm kawan aku dr sarawak, itu la kot melayu mak dier tak berapa nak paham. tp aku ok jer. tapi kalo aku dibuat begitu oleh sang suami, mmg aku tak ble tahan. sepatutnyer masa sblm kawen kena buat perjanjian. kalo ko nak kawen ngan aku, ko kena juga boleh terima seluruh keluarga aku. kalo tak....tak minta maaf la barangkali kita bukan jodoh yg sesuai. hehheh.....amboi mcm belakon. tapi kena buat mcm tu. ini mak abah dier makan hati. nak duduk labuan sampai setahun, sampai adik dier abis spm. baru balik swk. dlm tempoh tu makan hati. arghhhh...sedihnyer.
harap2 bakal suami nanti jangan la macam tu. kalo dapat perangai gini, baik sendiri, tak yah kawen.....
ramai lg org yg bertimbangrasa diluar sana.....harap dpt jodoh yg baik budi pekerti. amin.....
Andai ini Jalannya Di kiri jalan berliku Di kanan lautan nan biru Di hadapan menanti takdir & waktu Di Belakang kau akan melihat ku berdiri di sini sambil memandangmu dengan senyuman.
Sunday, October 28, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Terima Kasih Atas Aura Mesra Yang Disebarkan....
Terima kaseh atas penerimaan baik kalian pd saya. Sebetulnya sy ari ni rasa terkedu bilamana kalian nampaknya "mbuka ruang mesra" pd sy. sbb nyer sblm ini bila sy msk, sy mcm syok sendiri senyum padahal org tak pandang pun awak msk n awak senyum :) Jika kebetulan mata kita bertembung pandang, ader la org balas senyum tp hambar kemudian tunduk. atau kdg2 bila kiter tanya sesuatu, jawapannya acuh xacuh.
Saya ingat tu, "tu nampak tu, ats almari, nampak?" , "Photostat sendiri ble tak?" "sy tak pandai, ble ajarkan sy?" "meh la kertas tu sy photostat, awak duduk la di sini!". awak tarik kertas tu & berlalu pergi, xsempat sy nak bagitau "sy nak 5 keping". Awak tau tak, di tempat lama sy tak pernah dibuat begini. Bukan awak ajak sy masuk ke dalam & ajarkan saya cara menggunakan mesin photostat tu. Saya yakin sy ble buat sekiranya awak ajarkan sy. Mungkin awak ingat sy sengaja nak menyuruh2. Ahernyer sy pandai guna juga n xperlu menyusahkan awak, itu pun pakcik Bilik Cetak tu yg ajarkan saya. Terima kasih Pakcik..:) Awak tau tak, betapa malunya saya, maruah sy bagai dipijak2. kawan awak semua pandang saya terkulat2 kena marah dek awak. sy nampak awak tak hormatkan saya sebagai rakan sekerja yg baru.hehehh....sekarang saya ketawa tp dulu sy menangis :)
Atau kdg2 bila saya msk, semacam saya dipandang dr atas kebawah. :) Err...kenapa? saya pakai tudung terbalik ke, baju saya berkedut seribu? Tidak juga. oh..rupanya sy sedang "dinilai". Berapa hargakah kain yg membaluti tubuhnya? Hehheh……Br sy faham. Kalian pandang penampilan seseorg br ble dijdkan kawan & hanya kwn yg patut dihormati kemudian ditolong.....aduhh. Saya harap "faham" sy itu biar la tersasar. Takpe la. Mmg saya tak pandai bergaya, seperti kalian. Kain saya kain murah, tudung saya tudung ketinggalan zaman…. :) tapi saya yakin & tak perlu rasa malu sbb saya tampil dalam keadaan kemas & selesa. Saya sangat yakin tu (sbb dah bercermin 2,3 kali :) 10 bulan sy di sini, br arie ni sy terhidu aura mesra dr kalian, membuatkan sy terfikir, kenapa? Kenapa tiba2 saja ia berubah? adakah kerana borang pink tadi? ya sy yakin sbb itu. Kerana itu tadi yg membawa kalian bergurau bersama saya, kemudian kita sama2 ketawa. Mesra & penuh keikhlasan. Jangan risau, balik nanti kalo ader lebih saya akan bagi awak souvenir 1 sorg… :)
Terima Kasih. Saya tak mengharapkan banyak perkara daripada kalian, hanya saya mengharapkan kita saling hormat menghormati, bekerja sebagai satu pasukan, walaupun kita dari bidang yang berlainan namun saling berkaitan & yang penting kita bernaung dibawah satu label yang sama...:)
Izinkan Ku berbaring di di hamparanmu wahai pasir....
Photo: Nanie Amat Pohon Batu Beach Labuan F.T |
'...aku tidak mampu lagi untuk menentang angin, setelah sekian lama, hanya mengelus akar ku, kiini aku disorak sorai ombak, kadang membelai aku, kadang menolak aku ke tepian, aku berkawan dengan mu ketam dan kerang-kerangan, kau berteduhlah di tubuhku ini, biar ketuaan ini tetap berbakti kepada kalian, kalau dahulu senja mengundang camar beristerahat di ranting ku hijau, aku tahu ia kini tetap mengintip hingga pada sisa maghrib, aku mengucapkan salam kepada tetanggaku...'
Yatim Ahmad
Kota Kinabalu
APA KALIAN SELALU BICARAKAN
Photo By: Nanie Amat Pohon Batu Beach Labuan F.T |
APA KALIAN SELALU BICARAKAN
kalian awan, sudah bersengkokol dengan angin untuk menerpa daratan, gelombang pula mengumpul bala tenteranya dan sebentar, ribut akan bermaharajalela, tapi langit biru berkata: jangan ganggu aku bercermin di belantara ini, pergi lah bermain di tepian ku sahaja, esok aku panggil bermesyuarat untuk mengerumunii bumi dengan temasya bencana
Kemudian pasir berpesan pada pokok Rhu, kalian tanamkan akar sedalam mungkin, kelak kalau aku ikut mereka menerpa daratan, kamu masih ada untuk tempat kami berteduh
KOTA KINABALU
Thursday, October 4, 2012
Sepasang Mata Indah
Untuk Sahabat yang dihormati: Shahizan Desa
Sepasang mata indah
Merenung jauh ntah kemana
Tapi aku yakin,
sepasang mata itu ibarat sebuah video camera
Merakam selautan subject matter yang tak mampu lari dari kecekapan matanya bergerak
Memory mindanya mengambil tempat
Memuat segala macam objek dari abstrak ke realistik
Disusun kemas kiri dan kanan, bertingkat-tingkat
Dipahat kukuh, dipaku dengan ingatan jangka panjang
Agar nanti bila tiba masa bertemu si kanvas putih
Komunikasinya lancar tak tersangkut-sangkut
Dek si lupa yang sentiasa mencari ruang mengacau-bilaukan idea ….:)
Nanie Amat
Labuan F.T
Subscribe to:
Posts (Atom)
Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)
26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...
-
25 Dec 2022 Assalamualaikum dan Hi..... Hari ni 25 Dec. Hari Krismas kan. Biasanya, kalo kami berada di mana2 negara pada tarikh ni, seming...
-
26 Mei 2023 (Jumaat) Assalamualaikum & Hi ... Jumpa lagi dicerita baru. Kali ni cerita tentang Kashmir pula. Bercuti ke Kashmir ni seben...
-
4 Mac 2024 (Isnin) Trip ni saya namakan Trip santai. Sebab apa? Sebab...kami pegi ni singkat sangat tempohnya. Jarang kami pegi ke luar ne...