Sunday, June 19, 2022

Menjengah Ke Selatan: Tanjung Piai, Johor (Part 3)

 1 Jun 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari pertama kami di Johor. Dah janji dengan adik (owner kereta sewa), minta dihantar awal kereta tu kira2 jam 7.30 pagi. Dia siap tanya, "Akak nak pegi mana sebenarnya"? Dia pun hairan agaknya , apa la minah ni kalut nak pegi mana awal pagi giler nak kereta. Heheh....Aku lupa tentang jam semenanjung dengan Borneo tu tak sama. Sorry Dik, kalo kat Borneo 7.30 pagi tu dah kira cun untuk memulakan perjalanan. Kalo kat sekolah, 7.30 pagi tu dah berlalu masa pertama PDP, tapi kalo di semenanjung 7.30 pagi tu ibarat jam 6.00 pagi di Sabah. Orang baru nak buat sarapan, ada yang mungkin baru nak bangun pagi.....Bila adik tu agak terlewat, dier msg kira2 jam 8.00 pagi, sampai kira2 jam 8.30 pagi tu, kira ok la...difahami. Aku ingat dia pun tak mandi lagi masa hantar kereta tu....dia cover dengan hisap rokok..😀✌
Perjalanan dari Bandar Indahpura ke Tg. Piai mengambil masa kira-kira 1 jam lebih. Driver kami Z, memandu dengan berhemah sekali. Tg. Piai merupakan satu lokasi penting bagi lawatan kali ni. Kira wajib pegi la. Oh ya mungkin ramai yang hairan, kenapa menginap jauh giler dari lokasi yang memang jadi tumpuan pelancong. Kalo ada ya, entah2 aku sendiri je yang perasan orang hairan...🙈 Ok tak pe....lanjut! Masa buat iti aku dah fikir-fikir pengangkutan utama kami ialah train. Jadi apa2 hal pokoknya kena dekat dengan stesen train. Lokasi jauh tak apa, kereta boleh disewa. Lagipun kita ramai, kos ble patak-patak. Bagi sama rata...😀
Kat luar 
Kaunter tix. RM5 bayaran masuk untuk dewasa.
Dah sampai Johor, rugi la tak pegi Tanjung Piai kan....Ini kerana ia adalah kawasan atau tanah paling selatan di Benua Asia. Terletak pada latitud 01.16 *Utara dan longitud 103.30.46 * Timur, menjanjikan panorama indah dikelilingi dengan hutan dara paya bakau yang masih tidak tercemar dan tidak tergugat dengan rancaknya pembangunan di kawasan berhampiran. Berdiri di mercu tanda yang dibina khas di jeti ini, membolehkan kita melihat bangunan pencakar langit di Singapura yang mana ia terpisah oleh Selat Melaka dan juga sebahagian kepulauan Indonesia. Di perkarangan pintu masuk, satu lagi mercu tanda dibina daripada gentian konkrit mesra alam berdiri setinggi 20 meter tinggi dan berkelebaran 10 meter, berwarna kelabu. Ia mengambarkan tentang kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya yang jelas dapat di lihat apabila berada di jeti.
Di permukaan mercu tanda, kelihatan 2 pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir cantik bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai, yang mana ia mengambil sempena Paku Piai yang didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelancong. Untungnya ketika kami pergi ke sini adalah hari Rabu, hari orang bekerja...makanya tak ramai orang yang berkunjung ke sini. 
Menurut masyarakat setempat, Tanjung Piai dulunya adalah sebuah kawasan berpasir tebal dan tidak berlumpur seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Difahamkan pihak British pernah berkunjung ke Tg. Piai dan berpendapat bahawa kawasan ini sesuai untuk dijadikan sebagai pelabuhan. Namun akhirnya, setelah mengambil kira beberapa faktor, mereka rasa ianya tak sesuai, maka akhirnya rancangan membuat pelabuhan itu di pindah ke Singapura dan mengarahkan kawasan ini di tanam dengan pokok bakau sebagai penghalang dari hakisan ombak. Kini Tanjung Piai telah diiktiraf sebagai Tanah Ramsar atau Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa.
Tak tau nak goreng apa dah, gambaq last...👇
Puluhan motor polis....baru sampai ni
Bukan selalu jumpa motor polis banyak2 macam ni, posing la sat kan...padahal tuan punya ada kat belakang tu 😆

-Jumpa Lagi-
Macam biasa aku tinggalkan dengan video ni. Mentari Merah Diufuk Timur 😍
Special thanx to: Abdul Rizal Abdul Rahim
Abdul Rizal Abdul Rahim

Rujukan:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Piai
https://www.sinarharian.com.my/article/54114/BERITA/Warna-warni-Kehidupan/Menyelusuri-sejarah-Tanjung-Piai-mukim-Serkat

Friday, June 17, 2022

Menjengah Ke Selatan: Homestay (Part 2)

30 Mei 2022
Assalamualaikum, Hi, Salam Sejahtera......

Ini Homestay yang kami menginap sepanjang berada di Kulai. Terletak di Bandar Indahpura, Kulai. 5 minit perjalanan dari stesen keretapi Kulai. Hal penginapan dan belian tiket train diuruskan oleh KH. Secara jujurnya, aku boleh katakan homestay ni penginapan paling terbaik sepanjang trip ni. Comel dan unik. Diuruskan secara sistematik, tak perlu jumpa owner pun. Tahap keselamatan terjamin, inshaallah... Kita sampai di Kulai dah gelap, jadi gambar ni di ambil keesokan hari nya. 
Kawasan sekitar homestay. Nampak macam perumahan baru

comel je design rumah ni. Rumah teres, 2 tingkat tapi sebenarnya rumah ni hanya sebuah. Eh betul ke ayat yang aku guna ni?? Tingkat bawah tu orang lain punya, tingkat atas pula orang lain punya. 

Homestay kita tingkat atas....design rumah ni mengingatkan aku quarters guru dulu2
Ruang tamu
Besambung dengan ruang makan

Ruang tamu

Rumah ni kecil je tapi selesa untuk 5-6 orang. Ada 3 bilik, ada dapur, ada mesin basuh, ada jualan jajan, 3 in 1, air mineral, maggie. Semuanya di jual. Duit masuk dalam balang kaca. Part paling aku suka ialah mesin basuh dier. Malam ni cuci esok pagi dah kering. Makanya sepanjang kami berada di sini, kami cuci baju je. Esok nak balik malam ni sempat lagi cuci baju, sebab tau ia bakal kering esok pagi! Cuma 1 je rumah ni agak panas. Terutama di ruang makan dan bilik paling belakang. Bilik tu cuma ada kipas, ok sebenarnya cuma mungkin rumah ni tak selalu orang duduk dan ia tertutup seharian jadi haba panas tu mendap di segenap ruang.

Kereta sewa

Kereta sewa yang diguna sepanjang berada di Kulai. Kalo tadi urusan penginapan dan tiket diuruskan KH, maka part kereta sewa ni aku yang uruskan. Banyak aku cari info di FB, ada la dapat 2, 3 orang. Aku hubungi dorang ni. Ada yang dah penuh, ada yang lokasi dier jauh nak hantar kereta. Termasuk la adik ni aku wsap.. dia kata ada kereta. Deposit RM50. Tapi sebelum bayar tu aku tengok gambar dier kat wsap....ehh, macam agak menakutkan....Muka dia macam QHaidar tapi dalam versi psiko 😂 lagi2 bila baca msg dier yang mengatakan nanti dia bankin. Lagi tambah aku curiga, kenapa pula kau yang nak kena bankin dengan aku??? Bukan aku ke yang kena bankin duit pada kau?? Terbalik. Aku KIV dulu dengan dia ni. Cari yang lain dulu la.....Dalam train menuju ke Kulai tu cari2 kereta sewa tak jumpa, baru la aku hubungi dia balik. Nasib baik masih ada kereta. Aku tawakal je bayar deposit pada dia walaupun curiga di hati masih menebal 😅Bila jumpa dia pagi tu, ehh...ok la pula. Tak ada la muka dia macam psiko. Kalo awak terbaca ni dik, Saya minta maaf ya....Betul la bak kata pepatah, "don’t judge a book by its cover'....😅

-Jumpa lagi-

Menjengah ke Selatan: Part 1

Demam Konsert Search Rockin on Rooftop masih terasa. Jadi sempena itu kita ambil 1 lagu search "Melastik ke Bintang" sebagai tajuk cerita kita kali ni..😅Aktiviti kita setiap kali cuti sekolah macam biasa, jalan2....Kali ni kami memilih ke Selatan. Secara peribadi, aku dah lama teringin ke Selatan, dari tahun lalu lagi. Tapi atas beberapa sebab rancangan Melastik ke Selatan itu di tukar ke utara. Maka kali ni kita kasi jadi...... Cuti kali ni agak panjang dekat 2 minggu juga sebab Borneo cuti sempena Keamaatan & Gawai. Sebenarnya Labuan tak terlibat dengan tarikh ni sebagai cuti umum tapi sebab penduduknya ramai dari Sabah, maka sekolah ambil cuti berganti. Seminggu selepas buka sekolah, aku sekolah hari sabtu! Rasakan...!!😁
Sebagai mukadimahnya, hari ni tak banyak benda aku nak cerita. Cuma nak selit beberapa gambar yang diambil dari dalam train. Perjalanan dari KL- Kulai, mengambil masa kira-kira setengah hari. Dari Kl Sentral ke Gemas naik ETS. Bertolak dalam jam 12.19 tengahari, sampai Gemas jam 2.52 petang. Dari Gemas tukar train Intercity menuju ke Kulai, bertolak jam 3.20 petang. Jam 7 pm baru sampai ke Kulai. Kat Gemas tu aku suka style dier, keluar dari ETS...terus je masuk train Intercity tu, dier parking sebelah menyebelah je, tak kalut nak angkut beg, turun naik tangga. Dalam train intercity ni walaupun dia agak lambat tapi tetap rasa selesa, sejuk, ada toilet tapi tak ada surau. Nak solat boleh kat cafe, kebetulan cafe tak beroperasi masa tu. Kos hangus untuk tambang train sahaja pada hari tu ialah:

KL-Gemas (ETS): RM31/ Gemas- Kulai (Intercity): RM19= RM50

Stesen keretapi Bekok
Sekolah
KT kat stesen keretapi Bekok, train berhenti kejap...
Perjalanan kali ni kami memilih menaiki train. Biarpun mengambil masa yang lama untuk sampai, tapi tak apa, enjoy je...sebab dah ada pengalaman naik train ke utara. Kenapa tak memilih naik flight terus ke Johor, lebih jimat masa? Selain kerana agak mahal, flight Labuan-Johor seingat aku tak ada (Betulkan kalo aku silap). Kalo nak, kena pegi dari KK. Jadi Train adalah pengangkutan terbaik setakat ini. Apa beza ETS dan Intercity? Bezanya ETS tu laju, dier berhenti di stesen/ bandar besar je. Intercity pula dia akan berhenti di semua stesen...jadi agak lambat nak sampai. Route ke selatan untuk ETS, hanya sampai ke Gemas sahaja. Tapi mungkin lepas ni, track ETS ke selatan bakal siap lagi setahun 2. Inshaallah.....Di lain waktu nak cuba pula naik train ke Pantai Timur!
Sebenarnya ini kali ke-2 aku jejak kaki ke Johor. Kali pertama pada tahun 2015. Balik dari NZ, kami bertiga ambil flight balik: NZ-Melbourne-Bali-Spore. Geng lain singgah Bali, kami bertiga tercicir dari geng lain terus ke Spore. KN terus ambil flight Spore-KL. Aku dan Z dah pokai 😆, masuk Malaysia terpaksa naik bas. Aku ingat naik bas tu seindah memetik bunga2 di pagi hari rupanya.....kerjanya seberat menanam padi! Senang bila bawa diri je, berat bila ada karung guni yang perlu digalas dibelakang!😅Sampai beg aku tertinggal dalam bas, nasib tak hilang....panjang ceritanya, malas nak tulis je kat sini. Tapi itu la namanya kenangan sepanjang perjalanan. Manis untuk dikenang!
Merasa minum kopi Kluang dan Bun yang viral tu!!
Bersidai tunggu grab sampai

-Jumpa lagi-

Aktu tinggalkan dengan video ni sempena Demam Konsert Search ROR....😅

Special thanx to: Bigmedia TV

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...