Thursday, August 23, 2018

Kembara Medan: Pagi di Lake Toba....(Part 5)

15 Dec 2017
Hari: 2
Hotel Carolina
 
Malam tadi tak sempat ambik gambaq dipersekitaran hotel ni, sebab dah gelap tak nampak apa. Badan dah penat, kiter pun tak rajin nak explore. Jadi pagi ni lepas solat subuh, kami berkira2 untuk turun ke bawah untuk jepret sunrise. Tapi malangnya cuaca agak cloudy, mentari malu2 bersembunyi di sebalik awan. Jadi kami bercadang mandi dulu dan kemudian baru turun siap2 bawa beg. Kena fikir banyak kali kalo nak turun naik 2,3 kali.....malam tadi naik dengan mengangkut beg pun dah semput, berhenti di tengah tangga, nak amik nafas....😝 Macam tua sangat bunyinya....😂 Ok lepas ni mari kita mendisiplinkan diri buat squat....💪💪

Ini dier tangga tu, ini baru separuh...
Yang ini bilik kami....comel tak? Agung punya bilik lagi tinggi dari ni. Nampak macam scary kan? alhamdulillah tak de angker sepanjang liburan kami di Medan 😂😅
Kami di tangga tinggi
Hotel Carolina terletak di Tuk-Tuk Siadong Resort. 30 minit perjalanan menaiki mobil dari jeti Simanindo. Kedudukannya yang agak strategik, di sudut atas bukit menjanjikan pemandangan terus ke Tasik Toba. Mempunyai kawasan berenang khas bagi penginap, dikelilingi taman2 yang cantik, memberi ketenangan kepada mereka yang ingin lari dari hiruk piruk kota. Rekabentuk semua bangunan di sini sangat unik iaitu bercirikan gaya rumah masyarakat Batak, penuh dengan seni ukiran tradisi. Menyediakan perkhidmatan sewa motosikal, basikal, kenu, ader kedai souvenir, ada cafe dan banyak lagi. Oh ya, air kat dalam bilik sangat sejuk, tapi ader water heater, tak de TV, kettle juga tak de tapi boleh minta air panas kat kaunter, nanti dier akan hantar. Dari dalam bilik kami tak de balkoni, tapi boleh buka tingkap untuk tengok suasana di luar. Ader juga perkhidmatan motorboat, tapi bayarannya tak tau berapa. Katanya boleh keliling pulau Samosir.

Cantik kan. Tapi kiter tak boleh ke sini walaupun masih dalam Carolina Hotel. Mungkin tempat khas bagi yang menginap di bilik yang agak mahal sikit.
Bangunan bercirikan gaya Batak
tempat berBBQ, tepi Lake Toba
yang ini rasanya agak mahal sikit bebanding bilik kami
penuh dengan ukiran tradisi Batak
Oh ya, semalam kiter citer pasal Tasik Toba kan? Jadi kali ni kiter citer tentang Pulau Samosir pula. Pulau Samosir adalah sebuah pulau vulkanik yng terletak di tengah Danau Toba, Sumatera Utara. Sebuah pulau dalam pulau dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini sebagai sebuah pulau yang menarik perhatian para pelancong. Tuktuk adalah pusat tumpuan bagi pelancong di Pulau Samosir. Dari Parapat, Tuktuk boleh dihubungkan dengan menaiki feri. Selain menggunakan pengangkutan air, Pulau Samosir juga boleh dicapai menggunakan jalan raya iaitu melalui Pangururan, iaitu sebuah kawasam dimana Pulau Samosir dan Pulau Sumatra dihubungkan.
Di pulau ini terdapat juga dua tasik kecil, juga terkenal sebagai kawasan pelancongan iaitu Tasik Sidihoni dan Tasik Aek Natonang yang digelar "tasik di atas tasik".




Tasik Toba mempunyai panjang 100 km dengan lebar 30 km dan kedalaman mencecah 505 meter yang berada pada ketinggian 1,000 meter. Merupakan tasik terbesar di Indonesia dan tasik gunung berapi terbesar di dunia. Pulau Samosir sendiri mempunyai kawasan seluas 640 km2 dan merupakan pulau tasik kelima terbesar di dunia. Dulu pulau Samosir berada dalam satu daratan/ setanah dengan pulau Sumatera, hanya terpisah sedikit dalam bentuk parit kecil di Tasik Toba. Bahagian sempit Samosir terletak di Pangururan, lebarnya hanya sekitar 300 meter. Penduduk awal dulunya menyeret bot untuk bergerak ke seberang Danau Toba, dan bukannya mengelilingi Samosir. 
Semasa era pemerintahan Belanda, terusan sungai dibina untuk menyatukan kedua-dua belah TasikToba. Bot itu boleh lalu dari satu sisi Tasik Toba ke seberang tanpa Samosir. Dengan terbinanya terusan itu, maka Samosir terpisah dengan dataran Sumatra dan secara rasmi diiktiraf menjadi sebuah pulau. Kawasan pemotongan/ terusan Samosir dipanggil Tano Ponggol. Pada mulanya, kawasan Tono Ponggol dibina sebuah jambatan kayu, namun kini sudah dibina jambatan konkrit. Menurut buku-buku Budaya Batak, Tano Ponggol di "potong" Belanda dengan dua sebab iaitu yang pertama bertujuan untuk mempercepatkan pengangkutan air dan kedua bertujuan untuk memecah belahkan Bangsa Batak dahulu secara psikologi.
ehsan goggle
sekitar perkarangan Hotel Carolina
Tuan tanah di gerbang abadi, katanyer..........😝
Tak puas rasanya bersantai kat sini, lain kali kalo boleh nak duduk sini barang sehari dua, saja nak ambil angin tasik. Nak berenang rasanya aku tak berapa nak berani, walaupun aku boleh je berenang. Air yang tenang jangan di duga tak ada yang memerhati, tapi nak cuba naik motorboat tu....😘

Rujukan:
https://jefrihutagalung.wordpress.com/2014/02/16/sejarah-terbentuknya-pulau-samosir-dan-danau-toba-samosir-island-part-1/

Wednesday, August 22, 2018

Kembara Medan: Menyeberang ke Pulau Samosir (Part 4)


14 Dec 2017
Hari: 1
Selesai solat di Masjid AL-Hikmah Tigaras, kami bertolak menuju ke Jeti Tiga Ras untuk menaiki feri menyeberang ke Pulau Somosir. Masa yang diambil lebih kurang 30-40 minit dari BIS ke Jeti ni. Ketika kami sampai Jeti ni masih dalam pembinaan untuk membuat pelabuhan baru yang lebih luas dan besar. (mungkin sekarang dah siap). Aku tak berapa pasti keluasan kawasan ni, sebab kitorang tak turun dari kereta. Agung yang pg beli tiket semua. Sekali pandang macam tak ada apa di sini, cuma ader kedai makan, emm...kedai2 macam tak de tapi bila tengok video orang lain ader pula macam deretan kedai2 kecik. mungkin ia berada di sebelah kanan pelabuhan ni.

Dari dalam feri
hijau
Kali ni tak banyak cerita, cuma ada banyak gambaq syok sendiri disertakan....😝 Tolong skip jika rasa nak muntah tengok gambaq yang tak seberapa dari kami...😂 Tapi tak best pula kalo tak ader cerita. Ok la kiter cite tentang sejarah Tasik Toba. Menurut wikipedia, Tasik Toba wujud akibat letusan gunung berapi Toba yang sangat besar, berlaku kira-kira 73000-75000 tahun yang lalu. Menurut kajian, bahan-bahan gunung berapi yang dimuntahkan gunung itu seperti batuan ignimbrit dan abu gunung berapi ditiup angin menghala ke arah barat selama 2 minggu. Debu vulkanik yang dibawa angin telah menyebar ke separuh bumi, dari China hingga ke Afrika Selatan. Letusan itu berlarutan selama 1 minggu dan pecahan debu mencapai 10 km di atas paras laut.
Feri dah bergerak. Kalo tengok macam ni besar juga la kawasan pelabuhan tu.
OK tengok gambar kami dalam feri. Sebenarnya naik feri ni aku tak berapa nak teruja, sebab dah biasa sangat, maklum la duduk pulau. Sampai bosan duduk 1 jam dalam feri. Sebab tu jika tak bawa kereta aku lebih suka naik speedboat. 20 minit je, walau dilambung ombak aku lebih rela. Cewah....Feri ni agak kecil dan kalo nak masuk kena reverse sebab laluan keluar masuk cuma ada 1. Alhamdulillah....kita cuma perlukan masa dalam 30 minit untuk sampai ke seberang (tak sempat nak rasa bosan). Air tasik juga tenang, alhamdulillah. 
Kami dalam feri. Tak de seorang pun penumpang yang rajin nak duduk kat atas, walaupun ader kerusi yang agak selesa, ader tv dan ader kaunter yang jual minuman2 ringan.
Dari atas feri. Sebelum feri bergerak.
Akhirnya selepas 30 minit berlayar, kami tiba di pelabuhan Simanindo, Pulau Samosir. Feri mula melabuhkan sauhnya dan 5 minit sebelum sampai, Agung dah panggil masuk terus dalam kereta. Simanindo adalah sebuah pekampungan yang terletak di Daerah Samosir, di tepi Danau Toba, Sumatera Utara. Untuk sampai ke Simanindo, selain dari menaiki feri dari Tigaras Parapat, boleh juga menaiki feri dari Parapat ke Tomok dan dari Tomok naik kereta atau motor yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Simanindo. Aku agak tertarik untuk mengambil gambar di Jeti Simanindo ni. Kami semua turun kecuali Agung. Oh ya lupa, sebelum samapi ke sipiso-piso, banyak kami tengok macam kebun buah limau, Agung kata ble masuk dalam tu. Ada sedikit bayaran masuk, makan sampai puas dan boleh juga tapau bawa balik. Sayangnya tak singgah sebab tak ada dalam iti dan kiter ingat balik nanti lalu sini lagi, rupanya tidak.

Dah sampai....
Aku ingatkan Sumut tu apa benda sebab selalu je tengok perkataan "Sumut" tu kat banner. Rupanya singkatan Sumatera Utara- SUMUT.
Aku dan kak T dihadapan pekan kecil Simanindo
Petang di Jeti Simanindo
Kereta dari Pelabuhan Simanindo beratur masuk ke dalam Feri menuju ke Tigaras
Suasana begini yang aku suka tengok, kalo la ada masa kita duduk santai di sini sambi melukis, kan bagus.....
Oh ya pasal perkataan Sumut tu, mula2 kitorang tak tau pun aper maknanya sumut. sepanjang perjalanan akan ader banner dipasang dan pasti ader perkataan sumut- "Horas SUMUT"....Rupanya ia singkatan dari perkataan "Sumatera Utara- SUMUT". Lupa pula yang Indo memang terkenal dengan pengabungan perkataan menjadi 1, contohnyer, Curhat-Curahan hati, Bentor- Beca Motor.

Sambung cite....Letusan gunung berapi tersebut telah mengakibatkan kematian manusia dalam skala besar, spesies flora dan fauna juga mengalami kepupusan. Selepas letusannya, kawah terbentuk dan kemudian lama kelamaan ia terisi dengan air hujan dan akhirnya terbentuk lah sebuah tasik yang dikenali kini sebagai Tasik Toba. Sisa-sisa magma yang panas masih tersekat dalam perut bumi, menekan ke atas, cuba untuk mencari jalan keluar, akhirnya terbentuklah sebuah pulau iaitu Pulau Samosir yang teretak ditengah-tengah Tasik Toba. Tapi jangan risau, sisa magma tadi dah melemah dan ia tidak akan membentuk anak gunung berapi lagi, inshaallah dalam masa terdekat ini, tidak. Semuanya teserah kepada kehendak Allah SWT jua....
Abaikan muka 2 orang yang blur tanpa sengaja 😝, yang penting pulau kecik kat belakang sana. Sangat cantik!
Senja di Simanindo
Bila dah mula gelap, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Caroline Hotel. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari jeti Simanindo. Selesai urusan check in, Agung ajak makan dulu. Betul juga, badan pun penat tak nak 2, 3 x turun. Nanti lepas makan ble masuk bilik dan berehat. Katanya di kawasan tersebut tak banyak gerai makan halal, kena pandai pilih. Jadi kami ikut je dier. Bila tengok tangga nak naik ke bilik tu, rasa macam longgar lutut.....😂 Tingginyeerrrr!! Oh ya kitorang masing2 beli simkad Indo jadi malam tu walaupun tak de TV, hati tetap gembira sebab ader line internet....😎😻

Tangga tinggi sangat...sempun juga la sikit 😂 nampak sangat tak biasa hiking
Bilik agak besar dan selesa. Boleh la. Kiter ada 3 orang jadi dier bekalkan kita satu extra tilam. Cuma yang buat aku tak selesa, tilam tu macam ader bau kencing kucing. sudahnya aku buka cadar dan alas sekali arung dengan bantal. selimut guna selimut nipis. Bilik ni tak ada TV dan cerek juga tak de. Kalo nak air panas kena minta kat kaunter.
Santapan malam.....nasi goreng tu agak sedap juga walaupun simple tapi kata orang "ader rasa" la.
Good night Niena & kawan2......

Rujukan:
http://widgetly.blogspot.com/2012/07/asal-usul-legenda-dan-sejarah-danau-toba.html

Kembara Medan: Bukit Indah Simarjarunjung (Part 3)



14 Dec 2017
Hari: 1
Bukit Indah Simarjarunjung (BIS)
Selesai Makan-makan, Agung mengajak kami beredar ke lokasi seterusnya iaitu ke Bukit Indah Simarjarunjung (BIS). Jarak perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. BIS merupakan sebuah kawasan pelancongan hak persendirian yang diusahakan oleh Maruli Tua Sinaga, seorang warga tempatan. Menurut beliau kawasan ini sebenarnya dah wujud sejak 10 tahun yang lalu, namun sejak tahun 2017, kawasan ini menjadi terkenal dikalangan pelancong tempatan, mahupun luar kerana ada beberapa orang pengunjung tempatan yang pernah datang ke sini, amik gambar di pohon cinta dan kemudian upload ke instagram. Sejak itu makin ramai yang datang ke sini.  Masuk adalah percuma kecuali kalo nak ambil gambar kat rumah pokok yang dibina barulah ada bayaran iaitu Rp. 5000 untuk seorang. Parking ada disediakan, nun atas sana dengan bayaran Rp. 10,000 untuk sebuah kereta. Kalo bas bayarannya adalah Rp. 20,000, tapi biasanya bas tak naik, sebab semput. Jadi yang naik bas tu kena jalan kaki naik atas. Penat juga la rasanya, tapi tak pe kat atas sana ader gerai2 jual makan dan minuman.

 
simpang masuk ke BIS. Yang ini kat bawah bukit, kena naik atas lagi...





Kalo nak bergambar kat semua pohon cinta ni ble bayar harga tiket pakej iaitu Rp 40,000 seorang. Lagi jimat, Cuma tunjuk je tiket ni nanti kat oarang yang jaga pohon cinta tu.
Papan tanda arah
hijau....
Wisata yang mirip kayak gini kita boleh tengok di Bandung pun ada, Jogja juga ada. Menurut Pak Maruli, beliau terinspirasi dan mendapat idea membina rumah pokok/ pohon cinta ni apabila melihatnya di Kalibiri, Jogja. Ya tapi pasti pengalamannya berbeza, lagi2 yang ini kita menghirup udara nyaman dari Tasik Toba. Pada pendapat aku BIS ni memang strategik tempatnya, dengan bentuk muka bumi yang berbukit, tambah lagi dengan latarbelakang Tasik toba. Pakej legkap! Memang teruja bila berada di atas pohon cinta ni, sebab kita boleh nampak pemandangan sekitar Tasik Toba, Pulau Samosir, Desa Tiga Ras, Bukit Barisan yang menghijau dan bebarapa pulau kecil di Pinggir Tasik Toba.

Kami yang teruja....😎
Kompilasi Kak T dalam sunflower bak pari2 cinta...😝
Campur Kak T dan Niena
Kami bertiga. Kesian Kak D, tak banyak gambar kak D bersama kami kat atas ni sebab kak D sedikit gayat nak naik.
Kalo nak datang sini, sebaiknya datang waktu pagi atau waktu petang. Di waktu pagi, selain dari suhunya masih nyaman, sejuk, wajah bagai disapu angin bayu Tasik Toba, kiter juga berpeluang melihat burung-burung imigran yang riang berterbangan dari Pulau Somosir. Manakala di kala petang, hamparan warna senja akan terbentang di dada langit. Pasti takkan terlupakan kenangan senja di BIS, katanyer....Dulu hanya ada 4 rumah pokok, sekarang dah banyak dibina dengan pelbagai bentuk dan saiz. Kebetulan ketika kami sampai, dah menginjak ke jam 2 petang, uhhhh....panas lit2 kat atas ni. Nasib baik ader angin sepoi2 manja, menampar pipiku, mampu juga la mengurangkan kepanasan. Jangan lupa bawa diadorant dan perfume ye, agak2 tak selesa ble la buh perfume...

Tak sabar nak g Somosir tu petang nanti....
Konon2 berani, padahal takut naik basial tu...
Buai laju2, sampai pohon sana
Nasib baik ader Kak D, kalo dier hulur hp je, kitorang pun menyelit sama...😂
Selain dari rumah pokok/ pohon cinta, ada juga disediakan flying fox. Bagi yang berminat bolehlah mencubanya, sangat sesuai bagi yang pertama kali mencuba sebab yang ini hanya berjarak 100 meter. Jadi kalo nak menjerit ketakutan, sekejap je orang boleh dengar suara kita 😝. Nak cuba flying fox ni, bayaran dier ialah Rp 30,000 untuk seorang dan sekali meluncur, kalo bayar sekali untuk 2 orang dapat diskaun Rp.10,000, jadi ko bayar cuma Rp. 50,000. Kat kawasan ni juga dibenarkan untuk memasang khemah untuk mereka yang inginkan cabaran digigit nyamuk berbumbungkan bintang2 dilangit, Bayarannya untuk sebuah khemah ialah Rp. 30,000. Khemah sila bawa sendiri ye, tuan tanah sediakan tapak je, khemah tak de. 

Sebenarnyer ader banyak gambaq tapi, memory card my nikon buat hal, pastu hp kak D pula hang....terus kami redha aje la dengan gambar back up dari sony dan Hp.
















Oleh sebab kualiti gambaq tak berapa nak ok, kiter kecikkan saiz gambaq.
Nampak tak jalan raya dlm gambar ni? itu la laluan yang akan kita gunakan untuk turun ke terminal feri menuju ke Samosir. Tak jauh sebenarnya dari atas ni. Cuma perlu menuruni bukit dan disepanjang perjalanan, di kiri kanan terdapat banyak rumah masyarakat tempatan kita dapat lihat di sini.
"Kita menjawab semua, pertanyaannn....." Terkejut aku dengaq Unggu panggil. Hp aku bunyi. Tengok2 watsapp si Agung. "Kakak, dah pukul 4 ni, dah siap ke? kita kena bergerak sekarang, nanti ketinggalan feri jam 5 pm". "Ok, sat...". Sebenarnya tak abis lagi nak bergambar sampai pohon cinta kat bawah sana, tapi Agung dah panggil. Aku target pohon cinta yang ader bulan tu sebenarnyer, tau tak kenapa? Sebab, nanti aku nak edit gambaq aku sedang mengail dari bulan tu....😂 Jadi kami pun bergerak balik. Kat sini ader rumah bertanda musolla, tapi rasanya belum dibuka untuk digunakan lagi sebab tak ada kawasan untuk ambil air sembahyang. Agung kata kita akan singgah ke masjid di bawah sana sebab tu dier minta kami bergerak jam 4. Ayuhh...kita pulang!
Masjid Al-Hikmah Tigaras. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang menambahbaik struktur bangunan masjid. Didalam ruangan masjid pula kelihatan seorang ustaz mengajar anak2 bersolat. Mendamaikan....
Sebelum mengundur diri aku tambah lagi beberapa gambaq kat sarang burung....😝









Rujukan:
http://medan.tribunnews.com/2017/04/09/pohon-cinta-bukit-indah-simarjarunjung-sudah-ada-10-tahun-lalu-dan-terkenal-karena-hal-ini

http://www.metro24.co/serba-serbi/hiburan/melirik-pesona-pohon-cinta-di-bukit-indah-simarjarunjung/

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...