Wednesday, May 23, 2018

Kembara Medan: Hello Medan... (Part 1)

14 Dec 2017
Hello Medan

Salam & Hi Warga Kota. Apa khabar hari ni? Sudah makan ke belum?? ๐Ÿ˜Ž Tau.... sekarang sudah masuk Mei 2018. Aku baru nak buka cite 4 bulan lepas. ๐Ÿ˜œ

Pagi yang ceria. Malam tadi cuba untuk tido lebih awal dari biasa sebab pagi ni kena bangun awal. Flight kami ke Medan jam 6.30 am (Waktu Malaysia). Jadi kena bangun dalam 2.45 am. Masing2 set alarm hp takut terlajak tido. Aku sampai dari Labuan semalam lagi 13hb. So Kak T kata nak amik hotel kat Tune, aku pun setuju je sbb share berdua ringan sket. Bangun tidoq, on hp, dapat wsapp dr. Kak D,  dr Agung juga, sbb sebelum tdo malam tadi ader wsapp dier, nak maklumkan yang flight kami jam 6 dr sini, kat sana nanti hp aku tak de line, cane nak cam dier. So dier pun hantar gambaq & katanyer akan tunggu kat luaq airport. Aku ingat dier tulis nama atas kertas, macam biasa tour guide lain buat. Hehheheh....punya la lurus seperti pembaris! Dier kata "antar pic group kak, biaq senang untuk saya kenal". Kak T tak Check in lagi. Jadi kena awal. Rupanyer kaunter AA 3.30 am tu tak buka lagi, nak drop luggage. Sempat lagi Kak D sampai baru la kaunter buka, tu pun dah jam 4. Kami yang datang terlalu awal atau memang depa buka sedikit lambat?? ๐Ÿ˜•

Trip Medan ni, kami ber-3 je. Aku, Kak T & Kak D. Kak T, memang dah kenal lama. Seingat aku, trip Jogja mula kami berkenalan. Lepas tu ader beberapa kali, kami mengembara bersama. Biasanyer pegi ramai2, tapi kali ni aku tak dapat join geng lain sebab aku nak melancong ke Brunei. ๐Ÿ˜œ Ceh melancong la sangat, orang Sabah Sarawak nak g Brunei tu perkara biasa. Pegi sebelah aje. Tarikh tak ngam, anak sedara kawen. Memang aku bercadang untuk g KL cuti ni selepas majlis, tapi kalo ble diteruskan lagi cuti ke negara jiran pun best juga. So aku pun promosi dalam group WA sape nak g. Tak de respond ye. Andu ba, Kesian. Biasanyer memang geng travel ni dah set lokasi seawal januari lagi untuk bercuti hujung tahun. Jadi kalo ader mini trip nak menyelit di mana2 memang tak laku la kiranyer. Tapi sebenarnyer aku memang dah usha2 iti Medan sekali dengan Tour Guide sejak Ogos lagi. Nampak menarik. Akhirnyer Kak T respond, Kak T kata, lepas g umrah dier nak juga pergi ke satu destinasi lain. Tu yang tanya Kak D dier pun ok. Sebenarnyer nak cari kalo ble 4 orang untuk mengurangkan bajet, tapi dah tak de siapa yang nak p. Ok 3 orang pun jadi. ๐Ÿ’ช ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชOk ya lupa nak habaq, Kak D ni kawan satu sekolah sama2 ngajaq dulu kat SMKL, tapi la ni dier dah pindah ke Semenanjung. So Kak D, jom....

Ehhh...panjang pula sembang. Sorry......saje je nak memanjangkan mukadimah Part 1 ni. ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Subuh di KLIA2
Dipendekkan cerita, tengah sedap aku menjamu selera sarapan pagi nasi lemak Pak Nasir, tetiba Pak Pilot umumkan, kejap lagi nak landing. Glupp....rasa macam tak cukup lati makanan yang ku kunyah terus tertelan, dan tanpa banyak bicara aku bungkus makanan dan bagi pada minah pramugari yang kebetulan melintas nak kutip sampah. Sempat pula berfikir, dekatnyer Medan...1 jam dah sampai. Ini namanyer tak cukup menyelidik. Kalo tau dari awal, tak de nyer aku nak beli makanan kat dalam flight. Selesai saja urusan imigresen, kami pun keluar sambil mencari-cari Agung. Tiba di luar akhirnya kami nampak orang yang bertopi biru. Dia senyum. Oh, OK dier la ni orangnya. Sangat muda, baya2 adik la,  agak2 umur dalam pertengahan 20-an.
kawan I ni kaki selfie jadi kitorang pun menyelit je kalo dier huluq hp....๐Ÿ˜›
Kami keluar dari bangunan balai ketibaan
Bersama Agung yang comel..
Dah jumpa tu, kami pun meneruskan perjalanan. Mulanya Agung nak ajak g sarapan dulu, tapi sebab kiter dah melantak kat flight tadi (walaupon tak habis makan), so kita tolak. Tolak okey, gigih ko menolak rezeki. Kalo ikut itineraray, hari ni kiter akan terus ke Sipiso-Piso. Perjalanan mengambil masa 3 jam 35 minit dengan jarak 131 KM. Ini jika dilihat dari goggle map, tapi rasanya perjalanan mengambil masa yang agak lama lagi dari jangkaan atas faktor macet. Sebelum sampai ke Sipiso-Piso tu ader juga beberapa kali singgah. Pegi toilet, pegi beli simkad, Beli air mineral, beli minyak, beli roti...katanya Agung lapar. Aduhai kesian adik ni.... Rupanyer dier belum amik sarapan dr pagi.... Ok kita bagi peluang dia makan roti dulu....:)

Bersambung.....

Creadit ๐Ÿ“ท by: KD,KT

Tuesday, January 2, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Salam & Hi all.....
Happy New Year.....

Hari ni, hari pertama sekolah dibuka. Mesti semua teruja. Bukan hanya pelajar, ibubapa pun sama. Buka je Fb dan insta, ramai ibu bapa yang update status hantar anak g sekolah, teruja bangun awal nak buat sarapan anak2. Mana tak nyer sebulan cuti dari rutin biasa katanye......๐Ÿ˜‚ Tentunyer yang seronok dilihat gelagat anak2 Pra-Sekolah dan yang baru masuk Darjah 1. Kan....mesti comel. ๐Ÿ˜˜ Rasa nak gi sebelah je ngintai budak2 sekolah rendah. Kalo aku ader kat situ aku amik gambar yang lucu2, esok depa dah besaq tunjuk balik....."Ali, tengok ni awak Darjah 1, menangis tak mau masuk kelas". Hehehheh.....

Sebagai seorang cikgu, aku pun agak teruja masuk sekolah ari ni. Heheh....Cikgu pon teruja okeyy. Kalo kat sekolah menengah tak de dah peluang tengok gelagat comel anak2 yang menangis tu semua. Aku teruja nak tengok sape yang "mengalah sebelum berjuang"....Apa maknanyer tu? Maksudnyer mana satu pelajar aku yang amik keputusan untuk angkat bendera putih sebelum abis dec 2018.....kebetulan hari ni kelas aku bermula awal pagi berderet sampai rehat. Masa agak panjang, tengok muka bebudak ni pun macam layan tuesday blues je, jadi aku pun ngaja sempoi je ari ni.

Dalam aku buang pandang ke seluruh pelusuk kelas, satu2 wajah depa aku tengok, sampai la satu wajah ni aku nampak, dalam hati kata syukur alhamdulillah, kau masih ada bersama kami...๐Ÿ˜” Haaa....aper tu?? Jangan salah sangka pula, bukan aku jatuh hati pada anak murid sendiri wehhh.....aku dah agak dah mesti ader yang fikir macam tu. Kalo cikgu ni kan, tiap tahun mesti ader je seorang 2, pelajar yang dier rasa macam....."Budak ni perlu ditolong". Ditolong maksudnyer, tolong bagi semangat belajar, biar dier maju ke depan. Aku malas nak cakap siapa orang nyer, sat g karang ader bebudak tu skodeng blog ni, depa kecoh pula.

Budak ni pandai sebenaryer. Dier ader peluang untuk masuk ke salah satu IPTA selepas SPM, kursus yang ditawarkan pun, rasanyer memang minat dier. Tapi oleh sebab kekangan kewangan dier pilih masuk T6. Itu pun, motivasi dier agak menurun bila tengok result exam peringkat sekolah agak2 nyawa2 ikan dan dier pernah minta pendapat aku, kalo dier nak berhenti sekolah. Kadang aku kesian budak ni, tahun lalu banyak kali juga dalam seminggu tu dier tak sekolah. Bila aku tanya, hang gi mana semalam tak sekolah? dier kata dier keje. dapat gaji dier bagi 2 dgn kakaknyer. Banyak lagi la citer dier yang buat aku tersebak di hati. Sampai pernah satu ketika aku cakap kat dier, "Kalo saya jadi kakak, saya bangga ada adik seperti kamu". Sungguh, sangat bertanggungjawab, tak mengikut rentak orang dan satu paling aku terkesan di hati, setiap kali dier tak sekolah, dier tak pernah tak buat tugasan yag aku bagi. Kadang2 salu juga aku buat2 marah2...."kamu ni selalu tak sekolah"....dier jawab..."tapi saya buat kerja rumah kan cikgu"....hehheheh....ko nak cakap aper lagi kalo dier dah kata gitu. ๐Ÿ˜ฅ

Moga dier terus tabah  berjuang demi masa depan. Hari ni aku amik gambaq bersama budak2 6 Atas Gigih, satu2 nyer kelas yang aku ajaq... (sempoi tak ajaq 1 kelas aje....๐Ÿ˜œ), untuk sem ni, lepas bulan 5 nanti baru la dapat pelajar baru lagi. Nanti nak tengok sape yang menghilang selepas ni..

Hafiey, Lorenzo, Smith, Bazli, Keroll

NIlam, Rachel, Umairah, Haija, Hafizah, Atirah
Rina, Fatin, Syafiqah, Shanon, Faizah, Atie
Bye....

Tuesday, December 26, 2017

Bankrup/ Muflis


 Salam n Hi.....

Apa Khabar korang? Sihat? Lama tak bersua dalam ni kan? Aku cuti sekolah, blog pun cuti sama.....๐Ÿ˜œ Oh....ya semalam tengah aku "menelaah" FB, ader seorang exstudent share kan satu artikel ni kat wall dier dan ianyer agak menarik untuk dikongsikan bersama. Pasal orang muda Malaysia yang ramai terjerumus dalam lembah kebankrupan. Awal bulan 12 ari tu aku g Brunei, anak sedara kawen. Dalam pada kami sembang2 tu dier ader utarakan pasal isu ni juga. Kadang terasa macam kena setempek kat muka aku aper yang dier cakap. Heheh....Sama macam aper yang ditulis dalam artikel ni. Nanti aku senaraikan aper yang sama. 

Muflis ni sebenarnya tak de la best sangat bunyinyer. Sangat tidak bagus, lagi2 jika kiter bekerja di sektor awam. Kiter hilang segala hak atas harta benda yang sudah kita kumpul sejak bertahun lamanyer. Ble rujuk SINI untuk tahu lebih lanjut pasal muflis. Ia bakal menganggu perjalanan perkhidmatan kiter. Berbalik pada artikel yang ditulis oleh Saudara Rahman Ariffin. Aku setuju aper yang disenaraikan antara sebab orang muda menjadi muflis. Kadang2 tak boleh juga salahkan orang muflis ni, mungkin dier ader sebab lain yang memaksa dier hingga jadi begitu. Contohnyer ader satu kes tu, seorang lelaki ni telah diguna namanya untuk buka satu syarikat. Sebenarnyer syarikat ni dipunyai oleh seorang yang berstatus bukan bumiputera, jadi untuk memudahkan segalanyer dier pinjam satu nama seorang bumiputera. Akhirnyer syarikat ni terkubur begitu saja dengan hutang yang menggunung. Oleh sebab nama si lelaki bumiputera ni dah tertulis atas kertas sebagai CEO syarikat, dier yang terpaksa menanggung natijahnya dan akhirnyer terpaksa di istiharkan muflis. Sebuah perjalanan hidup yang sangat menyedihkan. Oleh itu jangan suka2 bagi pinjam nama okey.....

Secara peribadi aku berpendapat, kadang2 dalam hidup ni, ader benda/ perkara yang tak boleh nak dielak untuk dimiliki atas dasar minat. Sebab zaman kiter kanak2 dulu kiter memang tak berpeluang untuk memilikinya. Ye la kiter bukan anak orang kaya, nak mengada2 berlagak macam orang kaya. Ini lah masanya bila dah bekerja dan ada duit sendiri, kiter dapatkan aper yang kiter mahu. Tapi sepatutnya ia masih berada dalam kawalan kemampuan kiter. Aku faham perasaan orang muda yang berdarah panas sebab aku pun pernah muda dulu. (Aikk? jadi sekarang dah tua la??....wehhhh...belum lagi la, masih muda remaja belia lagi...hehhehehh). Contohnyer dulu nak beli kete tunggu 3 tahun bekerja baru beli kete. Itu pun sebab dah puas naik bas turun bas, kadang2 tu terpaksa tunggu berjam2 baru la bas tu nak begerak. Balik sekolah pukul 1. Sampai rumah jam 4, 2 jam duduk dalam bas, selagi tak penuh dier tak begerak. Pecaya tak mula2 pegi keje dulu aku naik bas sekolah sekali dengan budak2. Hehheh.... Kenangan yang aku simpan kemas sebagai pegangan agar aku lebih menghargai sesuatu yang aku miliki. Balik pada cerita tadi, sebenarnyer tak salah jika kita ingin memiliki sesuatu atas dasar minat. Memang tak ble elak. Contohnyer, aku sendiri pun macam tu. Org lain nampak aku macam "ader2" je org nyer. Travel tiap tahun, padahal ko tak tau, aku travel terpaksa pikul karung guni bawak bekal dan aku ikat perut setahun tak makan nasik....hahhahah.....Okey itu Tipu!


1. Fotografi. Aku memang minat giler pada fotografi. Jadi aku tak teragak2 untuk beli kamera yang aku suka. Bukan selalu aku tukar2 kamera. Sekali sekala je.

2. Kereta: Oleh sebab aku peminat siri Fast & Furious, jadi aku berkenan giler pada kete sport. Tak mampu beli yang mahal aku labur duit modify kete honda acah2 kete Ferari....๐Ÿ˜. Pun bukan selalu. Sekali sekala je labur duit yg banyak dalam satu2 masa.

3. Travel. Yang ini racun berbisa. Dah terjebak tak ble reverse balik. Tapi aku sentiasa sedar setakat mana kemampuan poket, jadi pilih la lokasi yang agak2 mampu ditampung oleh poket yang tak berapa nak tebal ni. Yang ini buat selalu tiap tahun mesti ader. Satu kaedah terapi diri dan reward untuk diri sendiri setelah setahun bekerja keras mencari rezeki halal. Cewah....๐Ÿ˜

Untuk semua ni, ader benda yang aku cut sana sini. Hehehhe....Kedekut giler ko Niena!

1. Aku tak amik card credit, walau diasak berkali2. Untuk apa juga? Bilang org Sabah ๐Ÿ˜› Sebab ia bukan satu keperluan untuk aku. Aku beli tiket flight guna Debit. Beli barang guna cash. Tak de duit, sudah diam2 je makan maggie.....๐Ÿ˜†

2. Lepak kat Sturbuck? Sturbuck kat Labuan ni baru sekali aku jejak. Itu pun sbb diajak kawan...hehhehe. Aku jarang makan luar kecuali bila diajak atau sekali sekala. Sebab nak jimat aku selalu masak sendiri. Dijamin kenyang dan sedap...(masuk bakul angkat sendiri...bila lagikan)

3. Aku jenis yang tak mengejar jenama pada pakaian. Tudung terkini segala bagai, tak de. Agak2 pakaian tu sesuai, kemas dan cantik di mata. Cukup. Layan juga jeans bundle, kadang2. Hehehh.....ok aper aku dapat made in Korea, USA kadang2. Kasut? Kasut paling mahal pun aku beli kasut Skechers untuk menjamin kesihatan kaki sepanjang mengembara. Kasut keje, bawah harga RM60. Yang ini pun kene jaga juga. Murah sangat karang melecet kaki, dah la tekejar2 masuk kelas. Penjagaan diri? ok yang ini aku jaga sket. Paling penting wajib ader diadorant dan perfume. Ko begaya bagai, tapi badan bau, orang tgk ko semacam okey!

4. Aku menjahit untuk baju keje sendiri. Kurang bajet utk upah tailor. Kdg2 amik upah kawan2 minta tolong jahit langsir, ote baju, jahit skirt. Ble la dapat upah sket2...

5. Aku buat tabung dan main kutu untuk travel. 

Alhamdulillah setakat ni belum muflis lagi. Nauzu billahi min zalik. Minta dijauhkan. Masih boleh bagi duit pada ibu bapa. Beli barang dapur untuk keluarga di kg. Tak berkira dengan adik beradik. Aku perasan bil elektrik aku untuk beberapa bulan kebelakangan ni di bawah rm20. Jadi tak payah bayar. Ini bermakna Allah SWT beli laluan untuk aku membantu keluarga di kg untuk share bayar bil elektrik. Betul la kata orang, Jika kita tidak membelakangkan keluarga dalam apa jua yang kita lakukan, Allah SWT akan permudahkan laluan rezeki untuk kita. Inshaallah.....

Paling penting, jadi la diri sendiri, jangan ikut rentak orang. Sentiasa berfikiran positif, dan berbelanja mengikut kemampuan poket sendiri.....๐Ÿ˜Š Tahun depan nak belajaq main saham pula ๐Ÿ˜›

Sekian....

Monday, November 13, 2017

Pameran Seni Visual, Festival Kesenian Murid-Murid WP Labuan

12 Nov 2017
Ahad

Salam n Hi....
Semalam telah berlangsung Festival Kesenian Murid Sekolah-Sekolah WP Labuan bertempat di Anggrik Square, Ruang Legar Ujana Kewangan, Anjuran Jabatan Pendidikan WP Labuan. Ader banyak aktiviti yang dijalankan dan salah satunya ialah Pameran Seni Visual yang melibatkan pelajar Tingkatan 6 SMK Labuan. Oleh kerana anak-anak pelajar Tingkatan 6 Atas sedang bergelut dengan peperiksaan STPM, maka kiter tak kacau libatkan depa. Kiter amik pelajar Tingkatan 6 Rendah yang mengambil matapelajaran Seni Visual. Sebab depa ni ader seminggu lagi untuk bergerak ke "medan perang". Program ni berlangsung pada hari Ahad, maka kiter tak paksa penglibatan depa, kalo nak isi nama, tak nak pun tak pe sebab tak ada apa-apa bayaran, belanja makan dan sebagainya jika ingin join program. Hanya yang kiter dapat janjikan ialah sijil dan sebuah pengalaman berharga.....  
 
Bersama sebahagian pelajar 6RG
Ada 15 buah karya sahaja yang kiter bawa untuk dipamerkan di sini, dan kebanyakan karya tersebut merupakan kerja kursus pelajar semester 3 pada tahun-tahun sudah. Karya pelajar untuk tahun ini kiter simpan dulu sebab ia masih dianggap evidens sulit sehingga keputusan peperiksaan STPM keluar pada tahun depan. Belajar dari pengalaman, kali ni kiter sediakan jadual bertugas untuk pelajar berada di ruang pameran. Antara objektif program ini ialah kiter ingin memberi pendedahan awal kepada para pelajar bagaimana mengurus sesuatu program seni, menanam keyakinan diri kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dengan audiens, boleh "bercerita" tentang karya dari pelbagai aspek seni. Secara tidak langsung, program sebegini memupuk rasa taggungjawab, bekerja dengan baik dalam satu pasukan.

antara karya yang dipamerkan
VIP melawat tapak pameran.
Cikgu dari Brunei pun turut sama hadir memberi sokongan.
Cikgu Azizie "bercerita" tentang karya kepada Pengetua SMK Lajau.
VIP melawat tapak pameran
Sebahagian pengunjung yang datang
VIP bersama Cikgu dari Brunei
Sebehagian pelajar 6R bersama Cikgu Azizi dan Cikgu Jamaliah
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pelajar 6Rendah yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam program ini. Juga kepada Cikgu Jamaliah (KP Seni) yang tak pernah menolak apabila saya perlukan bantuan/penglibatannya dalam apa jua program seni yang kami kendalikan. Saya akan ingat jasa kak Lia.....๐Ÿ˜Š Jumpa lagi di program akan datang......Bye. 





vvv

Sunday, October 29, 2017

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 10: Masjid Agung Xian (Last Part)

24 Mac 2017
Jumaat
Salam n Hi....
Hari terakhir kami di sini. Malam tadi dah kemas barang secara berjemaah. Kena susun bagus2 kalo tak bakalan ader barang yang tertinggal. Jadi pagi ni kami akan melawat Masjid Agung Xian. Rugi kalo tak singgah, sebab kiter dah ader di sini. Paling tidak 1 masjid pun jadi lah. Masjid ni dekat je, ader kat kawasan Muslim Quarter, cuma kiter tak tau lagi kedudukannya secara tepat. Kena cari. Masjid Agung Xi'an atau dalam Bahasa Cina disebut Xian Da Qฤซngzhฤ“nsรฌ merupakan masjid terbesar di China. Kebanyakan masjid di sini dibina pada awal dinasti Ming dan ia merupakan salah satu tapak pelancongan yang popular. Kini ia menempatkan lebih dari dua puluh bangunan di lima halamannya, dan meliputi 12,000 meter persegi.
depan pintu masuk
Aku tak tau la asal dier ader jarak pulak ni.......๐Ÿ˜‡
sisi lain
sisi3
sisi 4
Masjid Agung Xian ini dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming, kemudian di beri penambahbaikan semasa Dinasti Qing. Kompleks agama terdahulu (Tanmingsi dan Huihui Wanshansi) diketahui telah berdiri di atas tapak yang sama, bertarikh seawal pemerintahan Dinasti Tang. Pada tahun 1956, masjid ini telah diisytiharkan sebagai Laman Sejarah dan Kebudayaan yang Dilindungi di Wilayah Shaanxi dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Sejarah Major dan Tapak Kebudayaan yang dilindungi di Peringkat Kebangsaan pada tahun 1988. Masjid ini masih digunakan sebagai tempat beribadat oleh masyarakat cina ​​Islam, terutamanya orang Hui sehingga kini
sisi 5
sisi 6
sisi 7
Masjid ini merupakan bangunan berdinding dilima halaman, dengan tempat solat terletak di halaman keempat. Setiap halaman mengandungi monumen tengah, seperti pintu pagar, dan dipenuhi dengan kehijauan serta bangunan kecil. Contohnya, halaman pertama mengandungi pintu dinasti Qing , sementara halaman keempat menempatkan Phoenix Pavilion, gazebo heksagonal. Banyak tembok di seluruh kompleks dipenuhi inskripsi burung, tumbuhan, objek dan teks, baik dalam bahasa Cina dan Arab. Keseluruhan, seni bina masjid ini menggabungkan seni bina tradisional Cina dengan fungsi Islam. Manakala bangunan Cina tradisional sejajar dengan paksi utara-selatan mengikut feng shui, masjid itu diarahkan ke arah barat ke Mekah, sementara masih mematuhi paksi kota kekaisaran.
sisi 8
sisi 9
9
10
Selain itu, kaligrafi dalam tulisan Cina dan Arab ada di seluruh kompleks, kadang-kadang mempamerkan gabungan gaya yang dipanggil "Sini", merujuk kepada teks Arab yang ditulis dalam skrip yang dipengaruhi Cina. Sebahagian ulama juga membuat spekulasi bahawa tiga tingkat, pagoda oktagon di halaman ketiga, yang dipanggil Shengxinlou, pada asalnya berfungsi sebagai menara masjid, yang digunakan untuk azan. Dewan solat pula dibina dengan kayu bersaiz monumen dengan atap berwarna turquoise, enam tiang dan lima pintu. Ia dibina di atas sebuah platform batu besar yang dibarisi dengan balustrades. Dewan solat sangat luas terdiri daripada tiga bangunan bersatu, menetapkan satu di belakang yang lain. Perhiasan dalaman berpusat di dinding qibla belakang, yang mempunyai ukiran kayu bunga dan kaligrafi.
Kebetulan hari Jumaat, orang dah mula datang untuk solat jumaat
pelancong tempatan juga ader
restoran di luar masjid
Orang hantar sarapan
Selesai sesi lawatan kami meneruskan jelajah Muslim Quarter. Hari ni hari terakhir, petang nanti nak balik dah. Jadi di pengakhir siri kembara ni sempat la rembat 2,3 kotak Bepang untuk dibawa balik....Untuk itu aku akhiri cite ini dengan gambar City Wall di waktu malam, dijepret dalam perjalanan ke Airport. Jumpa lagi dalam siri kembara akan datang......๐Ÿ˜Ž

-Tamat-
Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Great_Mosque_of_Xian

Saturday, October 28, 2017

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 9: Muslim Quarter

24 Mac 2017
Jumaat
Salam n Hi...

Cite tentang Muslim Quarter, sepanjang seminggu di sini, memang kami selalu ke sini. Ibarat, ini la dapur kami di malam hari. Sebenarnyer ader je bawa bekal makanan dari Malaysia, biasa la pengembara ciput kena galas beban makanan untuk mengurangkan bajet makan sepanjang mengembara ๐Ÿ˜›, cuma yang ini pengimbang bagi depa yang nak rasa masakan china. Surga makanan bagi peminat Kambing, mie original buatan tangan, yogurt dan macam2 lagi. Cara bagaimana nak p sini dari hostel Han Tang tu aku dah cite kat Part 2 ble rujuk kat situ. Bagi yang tak minat, kiter saje ikut cuci mata. Jadi aku rangkumkan citer cari hari pertama hingga la hari terakhir kami berkunjung ke Muslim Quarter ni.
Perjalanan menuju ke Muslim St. Dihujung sana kelihatan bangunan Drum Tower yang kelihatan indah dihiasi lampu neon.
  • Gambar atas: Daging kambing
  • Gambar bawah: Drum Tower dari dek
Muslim Quarter atau dikenali dengan nama Huimin Street ni merupakan hab masyarakat Islam di Wilayah Shaanxi, Xian. Terletak di sebelah utara West Street di pusat bandar dan ia meliputi beberapa blok yang dihuni oleh lebih 20,000 masyarakat Islam. Xi'an merupakan titik permulaan Jalan Sutera purba, 1,000 tahun yang lalu iaitu semasa pemerintahan Dinasti Han Barat (206 SM-9 AD). Sejumlah peniaga dan pelajar luar negeri dari negara-negara Arab dan Persia berhijrah ke Xi'an untuk menjalankan perniagaan atau belajar. Mereka menetap di Muslim St. dan mereka dipanggil masyarakat Hui oleh penduduk tempatan.
satey kambing. 1 cucuk RMB 10, memang puas hati dihiris tebal, dilumurkan dengan rempah ratus asli buatan China
Yogurt dan Jus Delima
kacang-kacangan dan kentang
Terdapat kira-kira sepuluh masjid di kawasan masyarakat Muslim yang mana Masjid Besar di Huajue Lane adalah yang paling terkenal dan popular. Pelbagai jenis makanan, pakaian dan cenderamata boleh di dapati di sini. Pasar Muslim Beiyuanmen yang terletak hanya di sebelah utara Menara Gendang adalah pilihan yang tepat selepas bersiar-siar di pusat bandar. Menganjur dari Selatan ke utara sepanjang kira-kira 500 meter, kiter boleh mulai jelajah ni dari gerbang di bawah Menara Gendang. Jalan ini diaspal dengan batu berwarna gelap dengan pokok-pokok hijau yang memberikan kesan sejuk semasa musim panas. Rekabentuk bangunan di kiri-kanan jalan bercirikan gaya dari Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911). Beberapa bangunan merupakan restoran; manakala yang lain adalah kedai. Namun sesuatu yang menjadi ciri khas di sini ialah, kedai dan restoran merupakan milik orang Islam. Jadi jangan risau naa....

  •  Ramai beratur nak beli kebab. Namun harus diingat, ramainya orang tidak menjanjikan makanan itu sedap ye. Sudah terbukti 2 rakan ku yang mengilai kebab akhirnya kecewa bila kebab yang dibeli rupanya biasa2 je.
  • Malam yang meriah di Muslim St.
Penebar gula untuk dijadikan Bepang
manisan dan satey kambing.
Beiyuanmen @ Muslim Street mempunyai sejarah yang panjang. Dari sisi lain, dikatakan bahawa pada zaman dahulu, utusan diplomatik asing dan peniaga tinggal di sini dan kemudian mereka berkahwin dan mempunyai anak-anak, sehingga secara perlahan-lahan generasi mereka berkembang. Hari ini, kebanyakan penduduk di sini adalah keturunan yang berhijrah. Semua masyarakat Islam di sini adalah para pengikut Islam yang soleh dan taat, sehingga mereka membentuk masyarakat yang ketat, yang mengekalkan budaya dan tradisi mereka sendiri hingga ke hari ini walaupun dalam kalangan masyarakat moden. Masyarakat di sini sangat mengenali antara satu sama lain kerana mereka adalah sahabat, jiran dan teman sepermainan sejak kecil hingga la mereka berkeluarga.
antara barang2 yang dijual di Muslim St.
Jumpa pelancong tempatan yang gembira melihat kami
Jus Delima dan Kuih piring. Kuih ni besar gilerr, ble makan ramai2. Atasnyer ader kuaci. Kalo cuaca sejuk diluar, makan kuih ni cicah dalam sup panas dengan secawan kopi, perghhh....๐Ÿ‘๐Ÿ‘
  • atas tu kentang yang digoreng
  • bawah ni kaki kambing yang ku sangka kaki ayam pada mulanya.....๐Ÿ˜†๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚ rabun betul agaknyer mata ku ni, aku nampak 2 jari macam kaki ayam hehheh...
Apa yang menjadikan Muslim St. ini terkenal sebagai tempat jualan makanan adalah kerana barisan restoran yang pelbagai dan gerai makanan, daripada jual kek, buah-buahan, roti kering, hingga lah kepada jualan daging panggang, sup dan banyak lagi. Kiter juga boleh lihat orang yang membuat gula-gula secara manual. Gula-gula Xian boleh dibeli dengan harga RMB 25-50 sekotak bergantung kepada jenis nya. Aku beli Bepang, sejenis manisan kekacang, RMB 100- 6 kotak (1 depa bagi free) jadi dapat la 7 kotak. Salah satu hidangan paling terkenal di Xi'an ialah roujiamo - daging lembu atau kambing digoreng bersama rempah ratus kemudian dimasukkan di dalam bun yang baru dibakar. Satu lagi hidangan tradisional Uygur yang terdapat di sini ialah roti ngarou paomo - roti pita yang direndam dalam sup kambing. Di Xi'an juga terkenal dengan mi sejuk, yang boleh dibuat dari beras atau dari tepung. Di Muslim St. ini terdapat puluhan gerai mi, di mana kiter boleh meminta hidangan mi sejuk, pasti tak menyesal katanyer. tapi kiter tak penah lagi minta mi sejuk. Pe ke jadah nak makan mi sejuk di saat suhu di luar sana mencecah 10'C.
  • Atas: pagi di Muslim St.
  • Bawah: Last day, makan di restoran mahal katanyer...
  • Atas: beli oleh2
  • Haji ni tulis nama KH dalam tulisan jawi
Bawah: Bepang yang sangat ku minati
Mencari rezeki halal
Penebar gula yang handal...
ehsan cik goggle: cara nak p Muslim St.
Bersambung....


Rujukan:
https://www.chinahighlights.com/xian/attraction/muslim-street.htm

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...