Saturday, October 28, 2017

Mengejar Sakura di Xi'an: Part 9: Muslim Quarter

24 Mac 2017
Jumaat
Salam n Hi...

Cite tentang Muslim Quarter, sepanjang seminggu di sini, memang kami selalu ke sini. Ibarat, ini la dapur kami di malam hari. Sebenarnyer ader je bawa bekal makanan dari Malaysia, biasa la pengembara ciput kena galas beban makanan untuk mengurangkan bajet makan sepanjang mengembara 😛, cuma yang ini pengimbang bagi depa yang nak rasa masakan china. Surga makanan bagi peminat Kambing, mie original buatan tangan, yogurt dan macam2 lagi. Cara bagaimana nak p sini dari hostel Han Tang tu aku dah cite kat Part 2 ble rujuk kat situ. Bagi yang tak minat, kiter saje ikut cuci mata. Jadi aku rangkumkan citer cari hari pertama hingga la hari terakhir kami berkunjung ke Muslim Quarter ni.
Perjalanan menuju ke Muslim St. Dihujung sana kelihatan bangunan Drum Tower yang kelihatan indah dihiasi lampu neon.
  • Gambar atas: Daging kambing
  • Gambar bawah: Drum Tower dari dek
Muslim Quarter atau dikenali dengan nama Huimin Street ni merupakan hab masyarakat Islam di Wilayah Shaanxi, Xian. Terletak di sebelah utara West Street di pusat bandar dan ia meliputi beberapa blok yang dihuni oleh lebih 20,000 masyarakat Islam. Xi'an merupakan titik permulaan Jalan Sutera purba, 1,000 tahun yang lalu iaitu semasa pemerintahan Dinasti Han Barat (206 SM-9 AD). Sejumlah peniaga dan pelajar luar negeri dari negara-negara Arab dan Persia berhijrah ke Xi'an untuk menjalankan perniagaan atau belajar. Mereka menetap di Muslim St. dan mereka dipanggil masyarakat Hui oleh penduduk tempatan.
satey kambing. 1 cucuk RMB 10, memang puas hati dihiris tebal, dilumurkan dengan rempah ratus asli buatan China
Yogurt dan Jus Delima
kacang-kacangan dan kentang
Terdapat kira-kira sepuluh masjid di kawasan masyarakat Muslim yang mana Masjid Besar di Huajue Lane adalah yang paling terkenal dan popular. Pelbagai jenis makanan, pakaian dan cenderamata boleh di dapati di sini. Pasar Muslim Beiyuanmen yang terletak hanya di sebelah utara Menara Gendang adalah pilihan yang tepat selepas bersiar-siar di pusat bandar. Menganjur dari Selatan ke utara sepanjang kira-kira 500 meter, kiter boleh mulai jelajah ni dari gerbang di bawah Menara Gendang. Jalan ini diaspal dengan batu berwarna gelap dengan pokok-pokok hijau yang memberikan kesan sejuk semasa musim panas. Rekabentuk bangunan di kiri-kanan jalan bercirikan gaya dari Dinasti Ming (1368-1644) dan Dinasti Qing (1644-1911). Beberapa bangunan merupakan restoran; manakala yang lain adalah kedai. Namun sesuatu yang menjadi ciri khas di sini ialah, kedai dan restoran merupakan milik orang Islam. Jadi jangan risau naa....

  •  Ramai beratur nak beli kebab. Namun harus diingat, ramainya orang tidak menjanjikan makanan itu sedap ye. Sudah terbukti 2 rakan ku yang mengilai kebab akhirnya kecewa bila kebab yang dibeli rupanya biasa2 je.
  • Malam yang meriah di Muslim St.
Penebar gula untuk dijadikan Bepang
manisan dan satey kambing.
Beiyuanmen @ Muslim Street mempunyai sejarah yang panjang. Dari sisi lain, dikatakan bahawa pada zaman dahulu, utusan diplomatik asing dan peniaga tinggal di sini dan kemudian mereka berkahwin dan mempunyai anak-anak, sehingga secara perlahan-lahan generasi mereka berkembang. Hari ini, kebanyakan penduduk di sini adalah keturunan yang berhijrah. Semua masyarakat Islam di sini adalah para pengikut Islam yang soleh dan taat, sehingga mereka membentuk masyarakat yang ketat, yang mengekalkan budaya dan tradisi mereka sendiri hingga ke hari ini walaupun dalam kalangan masyarakat moden. Masyarakat di sini sangat mengenali antara satu sama lain kerana mereka adalah sahabat, jiran dan teman sepermainan sejak kecil hingga la mereka berkeluarga.
antara barang2 yang dijual di Muslim St.
Jumpa pelancong tempatan yang gembira melihat kami
Jus Delima dan Kuih piring. Kuih ni besar gilerr, ble makan ramai2. Atasnyer ader kuaci. Kalo cuaca sejuk diluar, makan kuih ni cicah dalam sup panas dengan secawan kopi, perghhh....👍👍
  • atas tu kentang yang digoreng
  • bawah ni kaki kambing yang ku sangka kaki ayam pada mulanya.....😆😁😂 rabun betul agaknyer mata ku ni, aku nampak 2 jari macam kaki ayam hehheh...
Apa yang menjadikan Muslim St. ini terkenal sebagai tempat jualan makanan adalah kerana barisan restoran yang pelbagai dan gerai makanan, daripada jual kek, buah-buahan, roti kering, hingga lah kepada jualan daging panggang, sup dan banyak lagi. Kiter juga boleh lihat orang yang membuat gula-gula secara manual. Gula-gula Xian boleh dibeli dengan harga RMB 25-50 sekotak bergantung kepada jenis nya. Aku beli Bepang, sejenis manisan kekacang, RMB 100- 6 kotak (1 depa bagi free) jadi dapat la 7 kotak. Salah satu hidangan paling terkenal di Xi'an ialah roujiamo - daging lembu atau kambing digoreng bersama rempah ratus kemudian dimasukkan di dalam bun yang baru dibakar. Satu lagi hidangan tradisional Uygur yang terdapat di sini ialah roti ngarou paomo - roti pita yang direndam dalam sup kambing. Di Xi'an juga terkenal dengan mi sejuk, yang boleh dibuat dari beras atau dari tepung. Di Muslim St. ini terdapat puluhan gerai mi, di mana kiter boleh meminta hidangan mi sejuk, pasti tak menyesal katanyer. tapi kiter tak penah lagi minta mi sejuk. Pe ke jadah nak makan mi sejuk di saat suhu di luar sana mencecah 10'C.
  • Atas: pagi di Muslim St.
  • Bawah: Last day, makan di restoran mahal katanyer...
  • Atas: beli oleh2
  • Haji ni tulis nama KH dalam tulisan jawi
Bawah: Bepang yang sangat ku minati
Mencari rezeki halal
Penebar gula yang handal...
ehsan cik goggle: cara nak p Muslim St.
Bersambung....


Rujukan:
https://www.chinahighlights.com/xian/attraction/muslim-street.htm

2 comments:

nohas said...

rindu Xian..makan2 the best...

niena said...

Kan Nohas. Syurga makanan bagi pengemar masakan cina. :)

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...