Monday, January 16, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2-2016: (Part 3) Rakaia Gorge- Lake Tekapo

28 Nov 2016: Monday
Christchurch-Rakaia Gorge-Lake Tekapo- Twizel
Day 1

Assalamualaikum n Hi Sumeee.....

Perjalanan diteruskan. Kitorang tak berhenti untuk makan di sini (Rakaia). Selain toilet tak de air, aku rasa macam tak best. Tak macam tahun lalu, Rumput menghijau bak tikar mengkuang, duduk atas rumput rasa segar aje. Pasal toilet tu, tahun lalu pun sama, air kat singki kecik aje, punyer lama nak tunggu botol penuh. Dah tu sejuk pula, beku rasa. Emmm...Ye ke pasal tu ko nak cepat blah N?? Ke pasal tak sabar nak makan asparagus tu??? ekekekek... Kitorang yang jadi anak kapal ni ok la... ble makan2 makanan ringan dalam kete. Yang kesiannyer Pilot kami Z... Dier makan juga tapi agak terbatas sket. Heeheh...Sowie Z...

Perjalanan drai Rakaia Ke Lake Tekapo ni mengambil masa lebih kurang 2 jam 50 minit dengan jarak 231.2  km. Z memandu dengan kelajuan "mematuhi arahan"-80kmj saja. Di kawasan pekan atau bandar kelajuan menurun sehingga 50kmj. Ok la sambil2 memandang ke luar jendela. Banjaran Alps itu adalah racun, racun pada mata yang memandang....Ahhhh...Sudah! Keluaq dah ayat bunga2 dier. Jom, Jom kiter tengok view Sepanjang perjalanan dari Rakaia ke Lake Tekapo. Kalo tak makin panjang menjela nanti ayat bermadah Cik N..

Jepret dari kete...
melalui pekan kecil sebelum sampai ke jajahan Lake Tekapo
Ambil kanan kalo nak ke Lake Tekapo.
Kalo kiter dari Timaru atau dari Omaru pun sebenarnyer ader jalan pintas menuju ke Twizel tanpa kiter perlu patah balik ke Christchurch atau lalu ikut QueenstonMasa yang diambil untuk ke-dua2 jarak ni pun tak panjang sangat. Contohnya Oamaru- Twizel- Timaru, tempoh masa yang diambil hanya 3 jam 40 minit, lebih kurang tanpa singgah. Laluan Oamaru-Twizel lebih dekat berbanding Timaru- Twizel. Di Hari ke-6 kami di sini aku terfikir nak jejak laluan ni, tapi tak kesampaian. Nanti aku cite pada part akan datang.

Bagi pencinta alam, ini la dier antara tempat untuk kita...
Okkkk, Kiter dah nak sampai ke Lake Tekapo. Tengoookkkk!! Airnya nan biru dipanah mentari. Masyaallah, cantik sangat. Tau tak, asal air tasik jd warna turquoise? Ini disebabkan oleh serbuk batu halus (yang dikisar oleh glasier...."dikisar" gitu) yang termendap dalam air. Datang sini kiter kena cari  Gereja Good Shepherd ni. Salah satu tempat popular, yang menjadi sebutan dikalangan para photografer termasuklah photografer cabuk macam aku...;p Kenapa dier popular? Sebabnya ialah kedudukannya yang strategik di tepi tasik menjadi subjek paling handsome apabila di jepret. Lagi2 apabila mentari terbenam ia akan merembeskan warna jingga kekuningan di sekitar kawasan gereja ni. Itu apabila tiba musim panas. Musim2 lain pun tempat ni memang cantik. Kalo tak caya cuba tanya Pakcik Goggle...

Nak sampai dahhhhh...
Angle sama, sasar sikit je... 
Tahun lalu aku datang sini awal bulan 12, saki baki glasier di puncak gunung tu tinggal sikit je. Mungkin sebab baru nak ucap salam pd musim panas, nampak kali ni agak banyak. Glasier ini la, (walaupun hanya tinggal "sekangkang kera"- abaikan pribahasa yang tak kena tempat :D), yang menyebabkan kawasan di sebelah barat South Island ni agak sejuk berangin berbanding kawasan di sebelah timur South Island. Menurut Pakcik Google, glasier di New Zealand ni terbentuk kira2 250- 300,000,000 yang lalu. Haaa....lama gilerr kan. Ini zaman2 ais ni. Tanah yang kiter pijak pada hari ini (di sekitar Lake Tekapo) pun pada asalnyer merupakan sebahagian daripada Lembah nun jauh di dasar laut. Oleh sebab berlakunya Pergerakan/ pengeseran antara 2 plat besar kerak bumi maka salah satunya ditolak naik ke atas permukaan lautan. Lama kelamaan ia membentuk sebuah pulau dan semakin lama semakin tinggi membentuk banjaran alps yang sangat cantik. Bila musim bertukar Glasier pun semakin mencair, bila dier cair, ia mula mengalir ke lembah dan tasik, lalu terbentuk la Tasik Tekapo, Tasik Pukaki dan bebrapa tasik yang lain.

Kete biru yang menjadi teman kami sepanjang berada di NZ




































Kalo kiter menyeberang atas jambatan tu (dari seberang sini) kitera akan terus menuju ke Church of the Good Shepherd. Nampak tak bangunan gereja tu, kecik aje. Tapi sebab malas nak berjalan dalam keadaan sejuk berangin kami patah balik, naik kete dn parking dekat dengan gereja tu. 
Kalo tahun lalu kat sini banyak giler bunga lupine tumbuh mekar. Tapi kali ni kurang. Tengok gambar org yang pegi selepas kami banyak pula bunga2an kat sini. Jadi korang kalo nak mai tengok bunga, selain musim bunga, datang la awal bulan 12
kami yang kesejukan di sapa angin
Dulu2 orang kata, Lembangan Mackenzie ni tak de orang yang tinggal. Sunyi. Sepi. Yang ader hanya bunyi ungas dan burung berkicauan riang di angkasa raya.....Hingga lah satu ari tu sekumpulan orang Moari mengembara, tetiba depa jumpa kawasan ni. Bila rasa selesa, pula tu dekat dengan tasik, depa pun mula membuka petempatan kekal di sini. Sampai skg ni pun memang tak ramai orang duduk kat sini. Dianggarkan pd tahun 2013, hanya ada 369 org penduduk yang tinggal di Lembangan Mackenzie. Ini secara langsung menobatkan ia sebagai salah satu daripada 5 kawasan yang kurang penduduk. Untung depa ni dapat tanah beratus ekar.

Petang di Lake Tekapo
Sisi lain di Lake Tekapo



































arca anjing, mercu tanda di Lake Tekapo
kalo dah lewat petang lg cantik tempat ni..
Jalan sket lagi, dekat dengan Gereja Good Shepherd ni terdapat sebuah arca Anjing yang diperbuat daripada gangsa. Kiranya ini merupakan mercu tanda kat Lake Tekapo ni. Jadi kalo datang sini kena amik gambaq juga dgn arca ni...ekekke. Ehhh?? Asal anjing depa letak jadi mercu tanda?? Ok, citernyer macam ni. Kat South Island ni kan memang terkenal dengan penternakan lembu dan kambing biri2. Jumlahnya pula bukan alang2, banyak gilerr okehhh... Pernah terbaca dalam satu artikel, jumlah biri2 ni lagi banyak dari jumlah manusia yang duduk dekat South Island ni. Kebenarannya tak pasti lagi, tapi kalo tengok sepintas lalu macam betul sbb katanyer yang datang ke South Island, yang kiter tengok ramai2 tu, itu semua orang luar. Macam kiter2 ni, yang datang berkala, yang konon2 NZ tu kampong dier...(ekkekkk...aku la tu berangan!) Bukan penduduk tetap di sini. Ok, jadi depa memelihara anjing untuk membantu menghalau (memburu org sebalah Beaufort bilang...;p) ni masuk kandang. Kalo kandang sini dah tak de rumput depa akan bawa biri2 pegi kandang sebelah pula. Kalo tak de anjing ni jenuh juga nak mengejar biri2 yang beribu2 lemon tu.. Mau pengsan.. Jadi depa pun buat la satu arca anjing, sebagai menyatakan penghargaan, terima kasih atas sumbangan dan peranan besar anjing dalam membantu memudahkan kehidupan seharian mereka.

Gereja Good Shepherd
sisi lain
Kat belakang
Lautan bunga lupine
unggu- karmila
belum mekar sepenuhnyer. Tunggu awal dec kot baru dier kembang mekar
Batu
Kami
tudung senget ditiup angin....:p

Kami abiskan masa dalam 1 jam setengah di sini, rasa tak puas sebab cantik sangat. Pelamcong makin ramai yang datang berbas2.....(bantai bahasa spanyol...:p) Maka kiter yang lama bertengek kat sini, maari la beransur pergi. Bagi peluang kat depa pula merakam kenangan di sini. Perut aku dah palu kompang, tak alang2 bunyi nyer. Nampak macam panas kan, yer memang mentari memancarkan sinar tapi angin pun tak kalah hebatnyer.... Sejuk gilerr. Sampai hp S pun Jem, tak ble nak buka dah....Ker abih batrie S?? heheheh.....

Ok Jom P Beli Salmon pula...Horeeeyyy!!

Bersambung.....

*Terima kasih atas sumbangan gambar: S & Z


Wednesday, January 4, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2-2016: (Part 2) Christchurch To Rakaia Gorge

28 Nov 2016: Monday
Christchurch-Rakaia Gorge-Lake Tekapo- lake Pukaki- Twizel
Day 1

Hai Korang....

Kami selamat tiba di awal pagi yang dingin di Christchurch Airport. Landing yang sangat smooth sekali dipandu oleh pilot Jetstar yang patut dipuji. Perjalanan dari Melbourne ke Christchurch mengambil masa kira-kira 3+ jam dan aku bantai tido aje malam tu sebab badan memang dah sedia letih. Siang kan berjalan aje tanpa rehat. Sedap aje tido, sedar2 dah sampai. Urusan Checkin pun lancar juga, alhamdulillah. Memang depa akan tengok satu2 makanan yang kiter bawa, tp kiter dah ikut peraturan, buat food declaration list segala- walaupun dier tak tengok sikit pun, semuanya akan ok. Inshaallah.. Semua barang makanan yang dibawa juga lepas tanpa sekatan. Aku rasa Zymah bawa milo 3 in 1 pun lepas. Aku bawa buah kana pun lepas. Tak perasan terbawa, sekali dier toreh tengok tak de biji, dier lepaskan aje. Cuma satu je kena ingat, pastikan semua barang makanan di simpan di dalam satu beg khas. Jangan campur dengan beg pakaian. Sebab semua beg yang kiter declare ader makanan dier akan selongkar tengok. Bayangkan kalo campur dgn beg pakaian, melompat segala katak nanti....:D:D, Oh ya satu lagi, tak yah sembunyi2 makanan yg dibawa, bagi je depa tengok. Agak2 kiter tersalah bawa, dier akan amik itu saja. Tapi lepas proses check bag tu depa akan scan semua beg yang dier tak selongkar, masa ni kalo depa jumpa makanan...awas, ko sedia la diut NZ untuk membayar denda ye...

Dipendekkan cite, sebab dah janji nak call Mr. Cameron tu pada jam 8.30 am. Kami pun tunggu lagi. Nak tunggu detik berlalu tu adalah sangat, sangat membosankan. Sungguh. Sakit kepala jadinya. Kat sini 5.30 am dah siang. Maka, bila dah sampai 8.30 am tu, matahari dan naik, terik macam pukul 10 am. Padahal awal pagi lagi. Nasib baik angin bertiup dingin tapi awas muka anda bakal jadi "Dayang Senandung"-sunburn. ;p

Mr. Cameron yang ramah...
Mr. Cameron tolong angkat barang masuk bonet. Nasib baik muat. 
Mr. Cameron menerangkan cara2 penggunaan kereta kepada pilot kami -Azymah
Urusan tempahan kereta dan hotel kami serahkan kepada kapten- Kak Hasnah. Hasil dari carian dan bacaannya di blog, akhirnyer dier memilih untuk menyewa kereta dari https://www.shoestringrentals.co.nz.. Tempahan dibuat awl dari Malaysia dan dier memilih kereta sedan berjenama Nissan dengan kadar sewa $49/P-day. Korang boleh pilih nak kete mana satu mengikut kesesuaian dan keselesaan, bermula dari kadar serendah $36/P-Day. Berurusan dengan Mr. Cameron sangat mudah. Masa jumpa tu dier cuma minta lesen driver 1 dan kad kredit, hanya untuk diisi di dalam borang. Korang jangan risau jika berlaku kerosakan batrie, tayar pancit ke, boleh terus call agent AAtravel (No. Tel ader disertakan di dalam kete), depa akan datang baiki. Sebelum melepaskan kami pergi, Mr. Cameron terangkan bagaimana menggunakan kete dan sebagai pilot, Azymah la yang khusyuk mendengar. Kitorang kat belakang, dengar2 manja aje....ekekekk.....

Bajet sewa kete: $49 x 8= $392
GPS: $8 x 8 = $64
Ins: $10 x 8= $80
Jumlah: $536

Belanja 1 pic, perjalanan menuju ke Rakaaia Gorge...:p
Ok Jom kiter mulakan perjalanan...Twizellllllll tunggu aku datang!! Yeahhh....Sebenarnya antara kami, semua ble bawa kete auto, cuma yang paling champion orang Sabah bilang, Azymah la. Driver ke-2, Sara- tapi dipenghujung trip baru tau rupanyer dier kurang berani bawa. Aku pula budak baru belajar sebab terbeli kete baru! ;p Jd org takut nak suh aku bawa, takut nanti tersasar haluan. :p:p Al-maklum la sebelum ni naik beskal je...:D :D :D. Untuk trip ni Kapten dah bagi2 tugas. Tugas awal: macam biasa aku murnikan itinerary, tambah mana yang patut. Masa ni kiter akan nampak masaalah yang timbul, contohnyer kalo perjalanan dalam 1 hari tu mengambil masa sehingga 6-7 jam...itu kiter kena baiki, sebab terlalu lama di atas jalan raya. Nanti tak ble singgah2 dan 1 yang sangat kami ingin elakkan ialah sampai ke check point terakhir (tempat penginapan) pada waktu malam. Payah nanti teraba-raba mencari tempat. ekekek....Paling lama perjalanan dari 1 motel ke 1 motel yang seterusnya ialah 4-5 jam. Itu paling lama, kalo kurang lagi ok. Jadi kiter ader masa untuk singgah di mana2 tempat yang menarik, makan, solat dan sebagainyer. Cane nak baikinyer? ok caranyer ialah susun balik tempat penginapan kiter. Contohnyer ari tu, Kak Has dah set penginapan dari Queenstown dan akan berakhir di Oamaru. Bila tgk tempoh perjalanan ia amik masa sehingga 6-7 jam. Jadi kami bincang balik amik penginapan di Dunedin semalam sebelum ke Oamaru. Dunedin- Oamaru tak jauh 3 jam aje. Sebenarnya pd aku la, ble je dr Dunedin terus ke Timaru, lagi jimat tp sbb dah booking awal Oamaru Top 10 tu, maka kami amik aje. Kitorang tak ble berbincang duduk 1 meja sbb semua jauh2...jd kena guna wsap. Selalu juga ader "kesalahfahaman"...hehehh.. tapi ok je boleh ditangani dgn baik.

Uppss....macam mengajar pula lagaknyer. Bukan.... Ini cara kami, saje nak berkongsi.....

Zymah, buat kira2 bajet. Sara-Tukang beli barang makanan- kat sjung kan banyak produk Brahim, kat sini ader tapi agak mahal dan terhad. Selain tu dier juga bertindak sebagai tukang tukar duit. Kat Borneo ni, nak tukar duit paling murah di KK. Sebelum cuti tu aku sempat la minta tolong tukar duit kat kakak dan sekali tu aku turun KK sempat juga tolong tukarkan duit Zymah n K. Hasnah. Tapi rupanya tak cukup, tu sbb minta Sara tolong tukarkan. Semua jenis "tukang" dier sapu. ekekek....Tugas semasa pula: Kapten tugas dier urusan pembayaran penginapan (ader sesetengah motel kitorang bayar cash), Zymah: pengangkutan, aku: tukang cuci pinggan, Sara: Chef....dier masak memang sedap. :)

Singgah Countdown beli barang dapur. Gedik la org seblah kanan tu..;p
Singgah Countdown beli barang2 dapur. Konon nak singgah Park n Save, sekali tak jumpa....pegi Countdown je la. Walaupun hakikatnyer Park N Save itu lebih mengujakan dengan sayur mayur yang segar bugar. Bersyukur aje la dengan aper yang dijumpai, Countdown ni lebih dekat dengan airport. Masa kiter benti kat sini, ader sket cite lucu. Zymah tak mahir lagi hal- ehwal kete ni, sekali masa nak matikan enjin kete, tak ble. Aku cakap kat Zymah kalo kete auto baru dier mmg tak guna kunci, tutup enjin main tekan aje. Tapi kete tu tak de tempat nak tekan. Kebetulan pula ader pasangan suami isteri yang baru balik dari jogging. Depa la yang tolong kami. Rupanyer pusingkan aje tombol tu. Aiyaaa... Ok jom kiter teruskan perjalanan..... Wow, aku dah terbayang2 asparagus di masak tumis....:D :D

Perjalanan menuju ke Rakaaia Gorge
Gunung ganag di belakang sana la yang bertanggungjawab meratchun aku untuk jejak kaki kembali ke sini......:p
Perjalanan dari Chrischurch ke Rakaia Gorge tak jauh, hanya mengambil masa kira2 1 jam perjalanan je. Seperti tahun lalu, kali ni pun kitorang tak de nak naik Jet boat tu, datang sini saje nak amik gambar. Alang2 lalu singgah aje la, lagi pun rugi tak singgah. Salah satu tempat yang punya aura yang menarik. Gitu....Eh bukan sume ke ceruk South Island tu lawa?? Kalo korang ader bajet lebih, dan jarang2 naik bot (:p) aku syorkan korang naik jet boat ni. Tak nyesal punyer. Sungguh... yang gegirl pastikan tudung pin dengan kukuh ye... Apa2 pun korang ble p jengok website dorang kat sini: http://www.discoveryjet.co.nz/. Dalam ni ader macam2 aktiviti yang ble kiter join bersesuaian dengan keminatan dan bajet... Bajet ciput macam aku memang tak naik la, lagipun kat Malaysia aku dah puas tengok sungai dan laut. Naik bot, naik feri semua dah penah. Cewahhhh....berlagak!! #ayatcoverlinesebabtakmampunakbayo

Wehhh...jom2 dah nak sampai dah Rakaia...Tengok kat bawah sana, Masya Allah, cantiknyer....Aku kagum la dgn rumput kat sini, semua pendek. Mungkin sebab pengaruh cuaca kan, sebab tu rumput tak tumbuh tinggi. Dari jauh tengok cantik, kemas tersusun ajer. 

Pemandangan dari atas menuju ke sungai Rakaia
uhhh...panas...nasib baik membelakangkan mentari kalo tak I jadi minah sepet....:D
Best la tumpang kamera org ni...hhehe....al maklum la hp kite rosak...:( Mana2 gambaq yang nampak kami ber-4 tu maknanyer aku pinjam dr kawan...:D macehhh kawn2...
Bunga liar tumbuh cantik...
Baru sampai. Ingat nak santai2 kat sini, makan2 ke....tapi tak jadi. Angin kuat sangat...heheh. Asal aku nampak tempat ni dah nampak lain dari tahun lalu ehh? Dulu kami lepak lama sket kat sini, macam dalam 1 jam juga aku rasa. Sempat lagi makan2 dalam caravan, nak masak air panas tapi api tak nyala. Sakai betul rasanyer masa tu, siap panggil En. Azli lagi minta tolong nyalakan api. Macam2 je masalah mula2 naik caravan tu dulu. Kerusi nak tukaq jd katil tak ble, sampai ke petang wehh....nak tak nak tebalkan muka je minta tlg adik sebelah tu tolong kami. :D :D 

ok itu cite lama, cite ari ni, kitorang kejap je kat sini dalam 30 minit aje. Kemudian kami pun blah,,,

Kat sini la pangkalan untuk sesiapa yang ingin naik jet boat. Kebetulan masa tu ader group bdk2 remaja nak naik bot
Tebing sungai, tinggi weh. Kesan dari hakisan angin, menambah keunikannya. Bahasa org geo...;p
Berlatar belakangkan jambatan Rakaia Gorge..
Silau...

Macehh Sara & Zymah atas sumbangan gambar...

Bersambung....

Sunday, January 1, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2- 2016: Part 1

25-26 Nov 2016
Bermalam di Melbourne

Trip kembara kali ni aku namakan sebagai "Balik kampong" atau dengan nama pujangganya ""Sirih Pulang Ke Ganggang". Cewahhh...pujangga gitu...:p Vol 2. sebab ini kali ke-2 kami berkunjung ke sini. Punya la kan, macam je tauke sawit, padahal....pengembara fakir ye. Wekekek....Opss!! itu istilah khas untuk aku sahaja. Sensitif sket perkataan "Fakir" tu. Kali ni kami mengembara berempat. Sara, baru join dalam siri kembara kami. Oh ya cakap pasal Sara. Sara ni kawan sama2 belajar kat upsi dulu. Sekali dgn Kak Hasnah. Sejak abis blaja langsung tak jumpa, kiranya ini reunion kami selepas 11 tahun tak jumpa. Wow...lama tu, reunion pun bukan main lagi nun jauh di New Zealand. Abis, atur2 reunion dalam Mesia tak jadi2, sekali atur ke NZ, jalan terus. Perghhh.... Aku tengok dier sama macam dulu masih muda jelita. :). Dulu aku panggil dier Kak Mai, skg aku panggil dier Sara atau kadang2 Mai je. Sbb dulu aku sopan santun, ayu-mayu orgnye, (wekk, rasa nak muntah angkat bakul ni, Astaghfirullahhal’azim.....;p). Dulu kiter tak rapat kan Sara? hang dok tingkat 4, aku dok tingkat 1.. Tp dlm wsapp group art edu tu sembang mcm biasa je, sbb aku rajin menyampuk. Risau gak tau hang tak ble terima cara kami, sbb aku ni kadang2 berperangai juga. Kak Has, kalo hang dah kenal lama, inshaallah hang ble terima cara dier. Zymah lemah lembut orgnyer, xde masaalah.

Baru sampai...gelandangan di Klia2
Uihh...panjang betul mukadimah. Abis aje sekolah ari jumaat tu, kami terus angkat beg, terbang ke KL. Nampak tak, betapa terujanya..:D. Kami amik route yang sama macam thn lalu KL-Mel-Chc-Mel-Kl. Flight ke Melbourne jam 10 pagi 26hb, sbb tu kami terbang lebih awal ke KL. Teruja ye juga tapi nak mengelak risiko tu lagi no. 1. Perjalanan dari KL-Mel mengambil masa kira2 8 jam. Sampai Melbourne kira2 dalam jam 9 pm, waktu Oz (jam 6 pm waktu tempatan). Nampak macam lama gilerr kan dlm flight tp sbb masa Oz awal 3 jam dr Msia sbb tu dah sampai sana mcm dah lewat malam kalo kat Sabah. Tapi kat Mel baru je nak gelap sebenarnyer, sbb sekarang masuk musim panas jd siang lebih panjang dari malam. Sampai Melbourne, alhamdulillah berjalan lancar kat Imi, semua lepas walaupun bawa makanan 1 karung sorang :D. Keluar aje...uihhhh, angin malam dah menyapa kami. Sejuk wehh....terus amik teksi untuk ke Ibis Budget hostel kat CDB. Tidoq sini semalam sebelum terbang ke NZ esok petang. Kitorang tak amik bas untuk ke hostel sbb kalo naik teksi dier akan hantar terus ke depan hostel. Kalo naik bas, byk sikit keje. Turun Southern Cross Station (SCS), pastu kena naik bas lain pula. walaupun free. Harga tambang bas ialah $18.Tambang teksi tu $60/4 (mahal sket sbb dah malam), bayar la $20 sorang. Mahal 2 Dollar je. Tapi tak payah pikul beg keluar masuk bas.

Sara yang baru kami temui setelah belasan tahun tak jumpa. 
Esoknya 26 Nov, kami bangun awal, simpan barang kat stor hostel dan selesaikan urusan check out. Pagi tu kami habiskan masa jalan2. Mula2 pegi Victoria Market naik tram. Lepas tu jalan2 pegi makan kat Nelayan Restoran, Pegi Library, Pegi Hose Lane, lepak kat perkarangan Federation Sq. Kat sini ader wifi free. Oh ya kat sini la aku mula tahu hp aku buat hal...aduhhh....asal ko tak rosak masa kat Mesia aaa???? Masa kat tempat orang juga ko pilih untuk meragam. Jadi selama 14 hari aku kat sini, langsung lost contact dengan keluarga. Sungguh bosannya hidup ini tanpa telefon rupanya. Tapi ble je hidup sebenarnya cuma bosan la kadang2 kiter sorang2 kelip2 mata tengok orang lalu lalang sambil makan kacang, kawan ni hayal tgk hp memasing. Kiter becakap pun tak de org layan...sbb suara kiter macam angin lalu...wekekek....

Uhh...ramainyer orang
dapur kami sepanjang berada di Melbourne. Tekak melayu katanyer nak juge cari nasi. 
Eh ni nak habaq la, ari pertama kami makan kat sini, punyer sedap depa punya tauhu goreng. Sungguh! Sebab aku bukan pengemar tauhu. Yang ini, bila rasa sket terus jadi nak rasa banyak...haa, sampai gitu sekali. Terus tak jadi nak bagi depa 3 ni. :D :D. Tapi hari ke-2 dan seterusnyer Restoran Nelayan punya tauhu kembali ke tauhu asal sepertimana yang ada di Malaysia. Tak suka dah, mana tauhu goreng yang sedap tu...??? :(

Radio giant pernah aku jumpa. Tahun lalu macam tak de, ker aku yang tak perasan dier wujud kat situ??
Meriah sungguh kat depan Library ni dengan hiasan sempena sambutan Krismas
kat depan Victoria Market. Ari ni saje datang sini untuk buat lawatan penanda aras, tak beli pun sebab petang karang nak fly dah ke Nz, berat pula nak mengangkut nanti....
antara barang jualan di Victoria Market
Kami lagi
Gambaq atas: Depan Ibis Budget Hostel, CDB
Gambaq Bawah: Depan Bangunan Flinder Railway Station
Sara gembira dapat makan Cerry segar
Masih kat Victoria Market. Dah tengahari baru jumpa jalan balik ke pangkal jalan...wakakak...Kalo tak masih lagi tawaf kat situ.
Tiba2 masa lalu kat kat tepi St Paul's Cathedral tu, kebetulan pula ternampak pengantin dan rombongannyer. Kami pun dok menyibuk juga kat situ jepret dari tangga. Macam keluarga pengantin lagaknyer. :p...Yang bestnyer rombongan pengantin tu pun sporting juga, kaci biar aje kami tumpang amik gambaq pengantin, nasib tak dihalau, kalo tak malu juga kiter. Alaa...tapi sebenarnyer ader je orang lain pun nyebok sama tapi sebab kami pakai tudung jadi kontra dan jadi fokus di situ. Kemudian rasa macam nak amik gambaq dengan pengantin...heheh. Gigih tunggu kat tepi jalan tu...mana tau dier lalu situ. Sekali tengok nan ado....pengantin mesti la lalu ikut tangga depan, tak kan lalu tangga tepi pula.


Pengantin 2 sejoli. Bagai Pinang Di belah 2...:D
Kawan2 pengantin, tumpang nyebok kat belakang 
Free Tram No. 35....Ari ni tak naik tapi balik dr NZ gigih kejar tram klasik ni...
Ok lepas jumpa pengantin, kami pegi Hose Lane pula. Kebanyakan Grafiti lama dah ditukar baru. Ader beberapa kali jumpa pelukis grafiti tengah buat keje. Salute. Kerjanya kemas dan teratur. Tempat ni selain dari tempat untuk peluahan ekspresi diri, juga digunakan untuk berimaginasi. Percaya tak kami jumpa superwomen?? Tengok ni...aku pun tak sangka.

upppsss.....bukan ni. sabaq..
anak kera pakai rantai emas
Mamat handsome yang berjiwa seni
Haaa....yang ni. Tarik aper tu kak??
Superwomen yang sporting...
Gigih akak ni!


ketat sungguh...boleh bernafas ke tu??
Sungai Yarra
Menghabiskan masa, lepak di perkarangan Fed Sq. Kalo nak cari En. Somi kena cari lelaki macam mamat ni, yang pandai layan baby...:p. Yang pegang baby tu uncle dier, yang baju kotak2. abah baby tu. Macam tau aje aku kan...:D

Nak gerak gi airport dah...berat betul pikul karung guni ni..:D
Kat Tullamarine Airport... dengan doa semoga perjalanan ini selamat sampai ke destinasi...
Akhir sekali aku nak buat teka teki..... Sape dapat jawab aku bg hadiah...:p

dalam ramai2 arca kat belakang tu pilih mana satu manusia?
** Bersambung ke Part-2

Terima kasih daun keladi atas belas ehsan sumbangan gambar: @Sara Mohd & @Azymah 

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...