Tuesday, January 14, 2020

Niena Di Japan: Fushimi Inari Taisha, Togetsu-kyo Bridge, Arashiyama Bamboo Forest & Kimono Forest (Part 6)

12 Dec 2019 (Khamis)
(Hari-4)


Hari baru, cerita baru, destinasi baru! Walau penat semalam tak hilang lagi, kami tetap semangat meneruskan perjalanan di awal pagi. Langit di luar sana kelihatan mendung2 manja, harap2 tak turun la hujan hari ni. Perjalanan kami hari ni jauh menuju ke Kyoto. Kyoto merupakan sebuah bandar yang berada di tengah-tengah pulau Honshu. Terletak di sebuah lembah di Lembangan Yamashiro, di timur kawasan pergunungan yang dikenali sebagai tanah tinggi Tamba. Lembangan Yamashiro dikelilingi oleh tiga gunung iaitu gunung Higashiyama, Kitayama dan Nishiyama, pada ketinggian kira-kira 3,281 kaki dari aras laut. Terdapat 3 batang sungai iaitu sungai Uji, Katsura dan Kamo di lembangan ni. 

Untuk ke Fushimi Inari kami mengambil laluan :

Osaka Loap Line: Shin Imamiya, 8 stop--->Kyobashi Station (Tukar train Limited Ex. Demachiyanagi-Keihan Main Line), 4 stops, platform 2---> Tambabashi Station (Masih Keihan Main Line tapi tukar train Semi- Ex. Demachiyanagi, 4 stops, Platform 1----> Fushimi Inari Station

*Sebenarnya dalam perjalanan ni ader je kami tersalah amik train, kadang2 sebab salah platform, yang ini pun tersesat sampai ke Oji, tapi tak pe.....bak kata Tok Jack: "Plan Sendiri, Bajet Sendiri, Pergi Sendiri. Barulah Kesilapan dipanggil kenangan". 

Tapi kena kuat hati, sebab memang kena banyak berjalan. Lagi2 kalo kau kena bawa beg kau yang dah beranak pinak tu haa......Hehehhe! So, tips nya ialah kurang kan bercakap, lagi banyak kau bercakap lagi banyak tenaga terbuang! Ingat beg kau dah beranak pinak, jadi kena simpan tenaga... 😅😆😆
Tunggu train bersama orang ramai. Lepastu rasa bertuah pula dapat gambaq muncung train, biasanya aku dapat tang badan je, tak sempat snap sebab laju bebenor memecut. 
Jarang jumpa train 2 tingkat. 
Akhirnya kami sampai di Fushimi Inari- tengok kakak kau tu ha tunjuk signboard, dah sampai katanya. Oh ya nampak tak gambar rubah kat atas tu, rupanya rubah memang disayangi di sini. 
Ok mulakan perjalanan....
Ikut je signboard ni, kalo tak de signboard kau mengekor aje la kemana orang ramai pegi. 
Fushimi Inari Taisha

Destinasi Pertama kami hari ini ialah menuju ke Fushimi Inari Taisha, kira-kira sejam perjalanan dari Shin Imamiya. Fushimi Inari Taisha adalah sebuah kuil Shinto di selatan Kyoto. Ia terkenal dengan beribu-ribu gerbang torii vermilion, yang tersusun berbaris di sebalik bangunan utamanya. Terdapat beberapa buah kuil di Inari tapi yang paling penting adalah kuil Fushimi Inari. Di sini Rubah dianggap sebagai utusan Inari, sebab tu bila kita berjalan di sepanjang jalan meuju ke pintu gerbang tu, sekejap2 akan nampak patung rubah. 

Ini la dier yang kami nak tengok tu....Tengok orang pakai kimono, comel je. 
Kami, amik gambaq depan ni je...tak masuk dalam pun sebab nak menjimatkan masa.

Berganjak ke belakang kawasan utama kuil tu terletaknya pintu masuk ke laluan torii yang dilindungi oleh pintu torii, yang bermula dengan dua barisan yang dipanggil Senbon Torii ("beribu-ribu gerbang torii"). Kalo kiter tengok betapa banyaknya gerbang torii ni. Gerbang torii yang kita nampak ni adalah didermakan oleh individu dan syarikat2. Kalo kau rajin cuba belek tiang gerbang tu mesti ader nama penderma dan tarikh bila ia disumbangkan. Dikatakan kos pembinaan gerbang torii ni bermula dengan harga sekitar 400,000 yen untuk sebuah gerbang bersaiz kecil. Makin besar dan tinggi gerbang tu makin mahal kosnya, sampai mencecah 1 juta Yen.



Menurut wikipedia makin berjalan ke belakang melalui gerbang torii ni, akan membawa kiter ke puncak gunung. Ambil masa dalam 2,3 jam juga la. Ye ke? sape pernah sampai sini? Ke aku yang salah tafsir apa wiki cakap?? Dipermulaan gerbang torii ni kiter tengok besar, tinggi dan agak rapat kan, tapi sebenarnya semakin kebelakang gerbang ni semakin rendah/ kecil dan berjarak kedudukannya. Kalo rajin dan ader masa boleh la naik separuh daripada bukit ni, sebab kat atas tu kiter boleh tengok pemandangan indah sekitar bandar Kyoto. Sebenarnya tak ada halanag untuk pengunjung nak naik sampai mana pun, kalo larat sampai puncak pun boleh. Tapi biasanya pengunjung akan naik sampai pertengahan gunung ni je.  

Dah puas amik gambar lebih kurang kami pun turun, pekena jagung pula. 
si Kitty berkimono. Disebelahnya pula penjual jagung yang handsome. Kalo datang sini jangan lupa singgah beli jagung pada dia ya. 
Togetsu-kyo Bridge/  Arashiyama Bamboo Grove

Destinasi ke-2 ialah ke Arashiyama Bamboo Grove. Laluan yang di ambil ialah:

  • Keihan Main Line: Fushimi-Inari Station, Platform 1, 5 stops---> Gion Shijo Station (Jalan kaki menuju ke: Kyoto- Kawaramachi Station)
  • Hankyu-Kyoto Line: Kawaramamachi Station, 5 stops---> Katsura Station (Tukar line Hankyu-Arashiyama Line, 3 stops)---> Arashiyama Station

Balik semula Fushimi Inari Station untuk ambil train menuju ke Arashiyama Station
Dari Gion- Shijo Station tadi kami berjalan kaki menuju ke Kyoto- Kawaramachi Station. Jauh juga la dalam 7 minit jalan kaki untuk sampai ke sini. 
Sampai sini, kena jalan kaki lagi tau baru sampai ke Togetsu-kyo Bridge. 9 minit jalan kaki.....
Dari Arashiyama Station tadi jalan terus ke depan.....
Sampai jumpa anak sungai ni.....Kat sini ada gazebo, ada tandas, jadi kami berehat sekejap untuk makan dan solat. Angin punya la kuat kat sini, dah berangin sejuk pula.....suap nasi pun mengigil2......Banya pula burung merpati nak tumpang makan. 
Apa ada pada sebuah jambatan? Sampai dier tersenarai dalam salah satu tempat yang perlu kau singgah. Begitu aku berteka teki sendiri pada mulanya. Wiki kata jambatan Togetsu ni merupakan mercu tanda bagi Arashiyama sejak 400 tahun lampau. Ia merupakan sebuah jambatan kayu yang merentangi sungai Katsura. Masa kami pegi ni, pemandangan dier biasa je, tapi kalo tiba musim bunga atau musim luruh tempat ni akan dibanjiri dengan warna-warni bunga bungaan. Oleh kerana suasana persekitarannya masih mengekalkan imej alam semulajadi, maka jambatan ini sering digunakan untuk pengambaran filem bersejarah. Manakala bagi kanak-kanak tempatan pula, jambatan ini merupakan permulaan penting dalam kehidupan mereka, dimana kanak2 lelaki dan perempuan akan berpakaian kimono dan akan pergi ke kuil dahulu untuk upacara keagamaan, kemudian mereka akan berjalan melepasi jambatan tanpa menoleh ke belakang. Semasa berjalan di jambatan ini mereka tak boleh menoleh kebelakang sama sekali sebab kalo kau engkar juga, nasib malang akan menimpa mu. Begitu.....

Itu la dier jambatan tu. Kiter pun kena pergi ke seberang sana melalui jambatan tu untuk cari Arashiyama bamboo.
Melepasi jambatan, akan ada beberapa orang lelaki berpakaian putih atau hitam akan mempromosikan kepada pengunjung perkhidmatan beca tradisonal Jepun. Kalo tak larat nak jalan kaki pegi cari buluh tu, boleh la sewa beca. Dier akan bawa kiter ke sana. 4 orang rakan kami sepakat untuk sewa beca ni. Bayaran dier aku tak pasti berapa sebab kami 5 orang naik kuda 2 kaki. (Jalan kaki sendiri) 😅. Kalo nak sewa beca tu dier ader pakej sewa kimono juga, jadi kawan kami pegi tukar baju dulu, sebelum naik beca. Becanya comel, selalu tengok dalam cerita kungfu dulu2.....

Ni nak masuk kena bayar...ader tasik dalam tu....
Pelbagai barangan cenderahati di jual 
Samurai......yang kat bawah ni rupanya payung. Tangkai dier je samurai. Ohhhh....Yang gambar Tok Jack dengan samurai kat belakang tu, payung la ye?? Ingat kan samurai betul! 
Setelah lama berjalan akhirnya kami sampai di kawanan pokok buluh yang menjulang tinggi. Oleh kerana pokok buluhnya tinggi, kawasan ni menjadi agak redup dan suram apabila suasana menginjak ke senja. Kalo tak ada orang rasa macam agak menyeramkan. Tapi ketika kami sampai masih ramai orang yang datang, jadi ok je tak der rasa apa pun. Oh ya....kau rasa kenapa orang Jepun simpan buluh ni? Orang Jepun mempunyai semacam ikatan yang erat dengan tumbuhan buluh. Mereka percaya bahawa pokok buluh boleh menghindarkan daripada kuasa jahat. Sebab tu mereka menanam pokok buluh untuk dijadikan sempadan atau pagar bagi kuil. 

Makin masuk dalam hutan tu makin tebal dier punya hutan buluh, dan pasti la pemandangannya juga makin cantik.
Kami
Gadis Berkimono


Sementara menunggu depa siap tukar baju balik, kami singgah makan fish ball di Yosiya Restoran ni, Kedai halal letaknya berdekatan dengan jambatan tu. mula2 nak beli aiskrim tapi dah habis....






Bila semua dah ada kami pun bersiap untuk balik. Untuk perjalanan balik ni kami tak guna laluan tadi, fikir 3x kalo naik patah balik ke Arashiyama Station tu, jauh gile menapak dah la sejuk. Jadi kami nak ambil Randen Line pula. Masa dalam perjalanan tu terjumpa pula Kimono Forest. Kimono Forest Randen Line terdiri daripada 600 tiang, rata2 nya berketinggian 6.5 kaki tinggi, dibalut dengan kain kimono Kyoto Yuzen. Setiap tiang ada lampu LED di dalamnya. Bila malam nampak cantik, jelas kelihatan corak kain kimono tu. Tekstil yang membaluti tiang, direka oleh Kyoto's Kamedatomi,  iaitu sebuah kilang tekstil yangtelah wujud sejak zaman Taisho lagi. Terdapat 32 corak yang berbeza dipamerkan dan masing-masing dipilih dengan teliti oleh artis itu sendiri.


Tak sempat kami naik train comel tu, jadi kami terus bergerak ke stesen JR Line tak jauh dari situ juga. Laluan yang kami ambl adalah seperti berikut:

San-In Line: Saga-Arashiyama Station, 7 stops---> Kyoto Station (Tukar Tokaido- Sanyo Line) 3 stops, Platform 5----> Osaka Station (Tukar Osaka Loop Line), Platform 1. 5 stops---> Shin Imamiya Station

*Kos tambang sehala adalah 1170 yen. Guna kad ICOCCA. Kalo tak cukup duit dalam tu kena top up dulu. 





Tamat perjalanan hari ni......
Bersambung......
Rujukan:

Monday, January 13, 2020

Niena Di Japan: Universal Studio Japan....(Part 5)

11 Dec 2019 (Rabu)
Hari-3


Pagi ni kami bangun awal, teruja untuk ke USJ. Kami siap2 sarapan di rumah dan bawa bekal air dan jajan. Ramai yang kata tak boleh bawa makanan masuk ke dalam tapi kita bawa je, mana tau ader rezeki, dier bagi je lepas, sape tau kan. Seperti biasa perjalanan kami bermula dari Shin Imamiya (Exit 5- depan Family Mart) Dari Shin Imamiya ke USJ kami mengambil laluan seperti berikut:

Osaka Loop Line (Merah): Shin Imamiya, 3 stop--> Nishikujo Station, (Tukar line Sakurajima Line (Biru), 2 stops-->Universal-City Station

Osaka Loop Line (Kishuji-Rapid Tennoji) dan Sakurajima Line (Local Sakurajima), merupakan train yang dikendalikan oleh syarikat JR. Perjalanan hari ini menggunakan ICCOCA card. Kos tambang adalah $180 sehala.


Tangga yang menyeramkan bila kau bawa beban beg berat
Osaka Loop Line bermula dengan simbol "O"
Tiba di Nishikujo Station, tukar pula Sakurajima Line (Biru). Simbol nya bermula dengan huruf "P"
Sampai dah......ok sabaq naa...sikit lagi
Ok Touch kan kad
Yeahhhhh sudah sampai....
Dalam entry part 1 aku dah cite tentang tiket USJ yang kami beli awal dari Malaysia, tapi  saje nak ulang balik 😜. Dibeli melalui klook berharga RM 284 untuk sehari. Tiket ni type A dan yang paling murah sekali. Dan satu lagi, kalo kiter beli tiket USJ Online, pastikan letak tarikh paling awal ketika ia dibuka, (senang cerita) tarikh kiter sampai di Japan. Contohnya la macam USJ type A ni dier buka dari 7 Dec- 13 Dec. Kata la kiter sampai Osaka 9hb Dec, tapi kiter nak pegi USJ pada tarikh 12hb. Jadi masa beli tiket tu kau letak la tarikh 9hb. Jadi kau boleh masuk bila2 masa saja dalam tempoh dari 9-13hb tu. Mana la tau kan kiter terpaksa tukar plan. Osaka ni kan kadang2 takut angin kencang, ker tetiba turun salji lebat giler ke (walaupun jarang ye salji turun kat Osaka tu ye Tok Jack? heheheh.....pendek kata aral melintang la). Tapi kalo kau letak tarikh yang dijadualkan kau nak pegi, contoh la, kau nak pegi USJ tadi 12hb kan, tapi masa beli tu kau letak tarikh 12hb juga, tetiba ader amaran angin kencang pada tarikh 12hb tu, jadi kau kena tukar plan pegi USJ lebih awal dari tarikh tu. Kata la kau nak tukar pada 11hb, Confirm kau tak boleh masuk.

Baru sampai sini, macam lupa dunia amik gambaq 😝
Sudah terasa bahang nya, lagi2 dengar orang menjerit keseraman naik roller coaster
Nasib baik sempat amik gambaq kat sini waktu siang, rupanya kami balik tu dah gelap...
Nampak pula yang ini, lagi sekali tersihir macam tak nak bergerak. Padahal kat dalam lagi banyak permainan.. Sempat pula mengopi bekal sendiri sambil makan biskut. 😅
Ok Dah, jom masuk...
Kalo rasa macam tak nak bawa beg masuk dalam, kiter boleh simpan dalam locker, sewanya seingat aku dalam $2000. Kalo kiter dah beli tiket awal, kiter tak perlu pergi kaunter tiket tu lagi, kiter terus je pergi beratur kat entrance tu. Tunjukkan tiket yang kiter dah print, depa akan scan barcode.....kalo tak print pun tak pe, simpan dalam phone pun dah ok, yang penting barcode tu wajib ada untuk depa scan. Lepas tu, depa akan check beg kiter. Sebenarnya depa tak de la check bersungguh, tengok dalam beg lebih kurang je, tak de pun dier selongkar, jika ada pun dier suruh kita sendiri yang keluarkan barang tu, contoh mungkin ader baju kiter yang menghalang pandangan dier. Lepastu dier angkat beg kiter, timang2 sikit nak rasa berat ke tak, lepastu dier bagi je kiter masuk. Menyesal sungguh aku buang jajan yang ku bawa 😭😭😭😭😭😭.....Maaf kan aku coklat motto, terpaksa buang kau... Sob....Sob...Sobbbbbbb. Rasa bersalah, rasa macam nak selongkar balik tong sampah tu. 😭 Emhhhh....Melampau sungguh la pula! 😅 Jom la masuk!

Masuk2 je jumpa si.......alamak, apa nama itik ni? Donald Duck ye? 
Lepastu jumpa pula si Shrekkk....Teruja! Terus hilang sedih buang coklat motto....Ingat nak amik gambaq dengan si Shrek, tapi Fiona marah dier.....suh dier masuk. Kempunan kami.....Tapi tak pe si Hijau ni ader. Yang ni nama dier apa? 
Waktu siang dah lawa, apa lagi malam.....nanti tengok gambaq waktu malam pula, banjir dengan limpahan lampu biru...
Sesame Street, amik gambaq je. 
Minion....buat2 terkejut pula, dah la tumpahkan cat.....
USJ yang terletak di Osaka, merupakan salah satu daripada 6 taman tema Universal Studios yang dimiliki dan dikendalikan oleh USJ Co. Ltd., dimiliki sepenuhnya oleh NBCUniversal (sehingga tahun 2017). Bermula pada tahun 2005, Goldman Sachs menjadi pemegang saham terbesar di Universal Studios Japan. Mula dibuka pada 31 Mac 2001, kawasan yang merangkumi keluasan 39 hektar ini, berjaya menarik lebih 11 juta pengunjung pada awal pembukaannya. Sejak itu USJ tidak pernah sunyi dari hiruk piruk tetamu yang datang berkunjung. Antara faktor penyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung ialah pembukaan roller coaster "Hollywood Dream - The Ride: Backdrop" pada bulan Mac, dan "Pengembaraan Amazing Spider-Man - The 4K3D Ride", yang dilengkapi dengan teknologi 4KHD. Selain itu kawasan keluarga "Universal Wonderland" yang dibuka pada bulan Mac 2012 juga menjadi daya penarik.

sana sini dengar jeritan orang naik roller coaster tu. ratchun ke aper tu? Tengok dier punya track tu rasa macam aihhhh...seram sejuk kaki ni!
Ok sebab terasa diri kami comel, up gambaq sama sampai 4 keping 😝
Sempat dengar depa ni menyanyi....
Comelnyer la maskot 2 kat atas tu.....lama kami tunggu turn amik gambaq, jadi kiter amik je la gambar depa ni. Lepastu kami pegi main snoopy ni....Best juga la, mula nya rasa macam eh bukan budak2 punya ke ni....? tapi tengok ader juga org besar main, jadi tak de la rasa segan kan. Tengok tu KP, dier kena duduk sorang je sebab tak muat. hehheh. Bendalah ni boleh tinggi dan boleh rendah (statik) pada satu ketinggian. Kena tolak gear dier untuk bagi dier naik semasa berpusing. kalo tak tolak gear, ketinggian kau gitu2 je la sampai habis 3 pusingan
Nampak tak orang ramai kat depan tu, itu bukan tengok orang main ye, depa tengah tunggu . turn nak amik gambar dengan si maskot comel tu. 
Permainan yang dalam gambaq 1 tu pun kiter main. rasa macam kena buai2 pula, mata pun berat je nak tido.
Heloo Kitty....Kat dalam tu tandas sebenarnyer. Tapi ada banyak ruang bersih untuk solat juga, bukan dalam tandas tapi kat kat luar tandas
USJ kini mempunyai lapan bahagian iaitu Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland dan The Wizarding World of Harry Potter. Pengunjung dapat menikmati banyak hiburan, mulai dari carousels mesra kanak-kanak kepada penyokong roller dan simulator berdasarkan filem-filem popular seperti Spiderman, Back to the Future, Terminator 2 dan Jurassic Park. Selain permainan, taman tema ini juga menawarkan peluang untuk mengambil gambar dengan maskot watak popular seperti Snoopy, Hello Kitty dan Muppets. Terdapat juga pelbagai program yang dijalankan setiap hari, termasuk la perbarisan, nyanyian dan banyak lagi. 

Pelbagai cenderahati di jual di kedai Snoopy. Sedap Cup Cake tu, yang ini pun boleh main kalo rasa macam malas nak jalan2, sambil2 kau tunggu orang kau duduk la main cup cake ni, silap2 bole tertido dalam ni.
Kat sini pun sempat juga main mini roller coaster. sekali round je, jadi tak de la gayat....
Kalo kanak2 pasti suka datang sini...
Dah mula masuk Kat rumah Harry Potter
Sesiapa peminat Harry Potter, memang ini la tempat dier akan target pergi. Mempunyai ciri yang unik, ajaib, hebat dan penuh kejutan. Macam2 permainan ader dalam ni selain dari kedai cenderahati.
Masuk aje dalam kawasan ni, kita disambut oleh bangunan Istana Hogwarts yang penuh mesteri. Ia merupakan icon dalam Dunia sihir HP. Dalam istana ni kita berpeluang meneroka lokasi2 yang terdapat dalam filem HP. Kat sini kami menyempatkan diri join pengembaraan si Harry. Best giler walaupun kau terjerit bila terkena air liur si naga. Nasib baik aku tutup mata, kalo tak trauma seminggu tengok si naga jelir lidah macam nak makan kau je gamaknyer! Lepastu sempat pula dier snap muka kita yang tak semenggah, Lepastu dipelawanya kita beli ......eh tak sanggup aku nak beli, tengok muka ku buruk macam dikejar hantu! 😅

Istana
Photo: https://www.usj.co.jp/e/attraction/att_detail/flight-of-the-hippogriff.html
yang ini kitorang ader naik. Tak de la menakutkan sangat sebab dier cuma pusing dari atas turun bawah. Best pula rasanya. Macam nak main lagi sekali tapi tak sanggup nak beratur panjang. 
Asal la peluk batu tu, aku pun hairan!
1 hari memang tak cukup sebenarnya!
 Dah puas meneroka rumah si Harry kami pun berganjak keluar. Keluar2 je tengok hari dah mula gelap. Bukan hujan tapi dah nak malam. Belum ada rasa nak balik, macam nak skodeng lagi permainan yang boleh kiter main. 😅 Emm......nak citer apa lagi? Aku tempek gambor je la

jaws kena gantung. Tu la kau jahat sangat, makan orang!
Makin malam makin ramai orang
Tengok track Roller Coaster tu, rasa macam nak tercabut jantung 😆
Dapat juga kami bergambar akhirnya dengan si comel ni.
Kat kawasan Harry Potter
Tuan tanah dan rakan2nya.....
Suasana siang tadi dah berubah jadi kebiruan. Cantik!
Ini masa nak balik dah
minion
Bertukar rasa bila malam...
Nak balik menuju ke universal city station
Asal rambut kau keras je tu? si hijau ni la penyelamat dari kekecewaan tak dapat bergambar dengan si shreek tadi
Tuan tanak dan rakan2 
Ingat nak main boat tu tapi takut basah!
Jurassic Park
Nak pegi tengok rumah tu, tapi tak tau jalan masuk kat mana
Suasana malam yang romantik. giteww....
kereta antik
Lautan manusia......Tak de peluang kakak nak tengok show si Elsa, dapat tempat kat tepi2 je. Tengok orang menari pun dapat angin je....Akhirnya kami bangkit meninggalkan si Elsa. 
Selain dari naik train tadi boleh juga naik bas, dan naik feri untuk sampai ke USJ. Boleh rujuk di sini: https://www.usj.co.jp/e/......Akhirnya kami pulang membawa kenangan. Cewahhh.....Malam makin sejuk. 2,3 orang rakan singgah Hard Rock, nak beli T-Shirt, kami balik sebab KT dah kesejukan. Kalo ada rezeki untuk datang balik ke Japan, macam nak pegi lagi ke USJ ni......

Bersambung......

Rujukan:
https://www.usj.co.jp/e/
https://en.wikipedia.org/wiki/Universal_Studios_Japan

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...