Sunday, May 12, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Maek long Railway Market & Amphawa Floting Market (Part 7)

14 Dec 2018
(Jumaat)

Maeklong Railway Market

Destinasi ke-3 kami hari ni ialah ke Maeklong Railway Market. Ini memang ku hajati benar kok. Hehhehe.....Katanya ia merupakan pasar paling berbahaya di dunia. Bahaya macamana? Tu la nak tengok ni. Destinasi ni dah masuk dalam pakej Pakcik Harris, jadi kitorang tak merasa nak cari jalan sendiri. Kalo baca blog orang, memang ramai yang share cara nak ke sana. Salah satunya aku rujuk blog ni------->: 😎, sbb mulanya tak de plan nak amik pakej, tu yang gigih cari info. So, nikmati aja perjalanan santai, mengikut keselesaan masing2. Dipendekkan cerita, Pakcik Harris parking kete dekat pekan. Nampak lenggang aje pekan tu, ala2 pekan Membakut. Lepastu dier bawa kami jalan kaki menuju ke Pasar Maeklong . Haaaa......kat sini la rupanya orang ramai berkumpul menunggu keretapi. Kami pun mencari port paling strategik untuk ambil gambar atau paling tidak suasana kemeriahan semasa ketibaan keretapi.

Meriah. Kelihatan pak polis menghalau orang ramai menjauhi landasan. Bahaya. Nampak gayanya macam tak berkesan je walaupun abam polis tu menjerit bagai nak rak. 
Ramai betul orang
semua hp menghala ke subject matter yang ditunggu2
Keretapi semakin mendekat, tak mengetarkan pengunjung yang menunggu dari tadi.
Tengok mamat atas keretapi tu teruja gila dier 😂
Sebelum keretapi sampai, orang ramai berkumpul di landasan.
Pasar Maeklong merupakan pasar tradisional yang terletak di Mae Klong, Samut Songkhram, Thailand, berjarak lebih kurang 70km dari Kotaraya Bangkok. Penduduk setempat menjadikan landasaran keretapi sebagai tapak perniagaan menjual barangan harian seperti sayuran dan buahan segar, makanan, pakaian dan sebagainya. Apabila siren keretapi dibunyikan para peniaga akan menarik/ mengalihkan payung gerai mereka ke tepi. Depa dah siap2 ubah suai payung, letak tiang beroda agar mudah untuk proses mengalihkan payung ketika keretapi tiba. Keretapi akan bergerak perlahan sahaja di kawasan ni, macam tau2 je ramai peminat dier nak amik gambar kan.... 

Muka teruja
Bila tengok ramai sangat orang, macam best pula, rasa macam pesta, padahal kiter tengok keretapi aje. 
Bila keretapi ni berhenti dan penumpang tadi dah turun kami pun siap2 naik, sebab Pakcik Harris akan amik kami kat pitstop satu lagi. Orang lain pun dah ramai yang naik, jadi ble la cop tempat yang strategik. Keretapi ni akan berhenti dalam beberapa minit, sebelum kembali meneruskan perjalanan balik. 


Kami ber3
Pindah2 duduk je...
Masih tak ramai yang naik jadi ble la mengedik....ehhhhh....🙊
Dapat bergambar dengan tingkap keretapi ni pun dah happy semacam....😂
Bila tiba waktunya, keretapi pun mula membunyikan siren dan kemudian bergerak perlahan2. Ada penjual tiket yang datang untuk jual tiket tapi aku tak ingat berapa tambang untuk satu stesen ni je.
Payung mudah alih akan ditarik ke tepi sekejap untuk bagi laluan kepada keretapi. Kadang2 ader penjual yang biarkan je jualan depa di tepi landasan sebab depa dah tau setakat mana ketinggian lantai dan roda kereta api yang tak mengenai barangan jualan walaupun ia di letak di bibir landasan. Pihak berkuasa tak amik tindakan pun sbb depa tau itu je punca rezeki masyarakat setempat, jadi depa cuma bagi peringatan agar sentiasa berwaspada dan berhati2 agar tak ada kemalangan jiwa berlaku. Sewa tapak milik Jabatan Keretapi Thailand ni juga sangat murah iaitu 30 Bath sehari.

Tengok Sayuran tu depa biaq je tepi landasan sbb dah tau tak kan rosak punya.
Giliran kami pula tengok orang dari dalam keretapi....😂
Jalan ditutup untuk bagi laluan kepada keretapi dlu. Tetiba aku rindu pada Tanjong Malim....😘


Petak sawah ditepian jalan


Akhirnya sampai.....
Turun dekat stesen Lat Yai, wajib amik gambar dulu kat sini....😁
Sampai sini baru terasa lapar. Jadi Pakcik Harris terus bawa kami ke Amphawa Floting Market. Dibuka pada hari jumaat hingga ahad dari jam 2.00 pm- 8.00 pm. Ketika kami sampai, walaupun sdh menginjak ke jam 2 masih belum ramai pengunjung yang datang. Masih boleh berjalan santai dan tak banyak orang yang berjualan. Pasar Terapung Amphawa juga merupakan salah satu pasar terapung yang sudah lama bertapak di Thailand dan ia juga masih tersenarai sebagai tempat yang menjadi pilihan pengunjung. Salah satu sebabnya ialah kedudukannya yang tidak jauh dari Kota Bangkok. Selain dari ingin menikmati makanan yang enak di sini, pengunjung juga boleh menaiki bot untuk melihat pemandangan dan gaya hidup di sepanjang terusan Amphawa. Jika kebetulan ingin berkunjung pada waktu malam, kita boleh ambil pakej untuk melihat kunang-kunang/ kelip2. Untuk sesiapa yang tak pernah tengok ble la pegi kan. Kalo kat Sabah banyak je port melihat kunang2 di pinggiran laluan antara Beaufort-Menumbok. Kalo nak free, pegi je tepi sungai malam2 pasti ada kelip2.....

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.

Duduk tepi terusan
Makanan tak sampai lagi.....amik gambaq dlu
oh....ada lagi? Kiter makan seafood bakar je sambil minum kopi. Tapi.....gantung sangat! kiter nak nasi......😭
Lepas makan, jalan2 sat.....atas tu ader signboard tapi potong lah, kabur.
Yeahhhh....akhirnya dapat air



Selesai hari ni kami pun balik. Sebelum tu depa ni dah deal dgn Pakcik Harris untuk sewa van dier sampai ke Ayutthaya, bermula lusa. Sampai di hotel, kami berehat dan malamnya keluar makan dekat muslim street. Malam tu baru aku nampak masjid, rupanya tempat kami tinggal tu dekat je dengan masjid, sederet dengan restoran tempat kami makan malam tadi. Okehhhhh.....sebelum aku tamatkan cerita hari ni aku nak hadiahkan korang dengan lagu si kelip2.......😂

Satey ayam sedap versi Thailand......ader kat deretan muslim street tu

Bersambung.......

Kos hangus hari ni: 
Pakej Pakcik Harris: $ 3200/9= $355 (RM46.61)
Makan di Amphawa: $ 120 (RM15.76)
Bot Damneon Floting Market: $ 4500/9= $ 500 (RM 65.66)
Gambar di DFM (2 Frame): $ 500 (RM 65.66) 
Air Kelapa: $ 20 (RM 2.65)
Basuh baju: $ 150 (RM 19.69)
Makan malam: $ 50 + $ 20 (Satey)= $ 70 (RM 9.19)
7E: $20 (RM 2.65)
JUMLAH: RM 227. 90

*Jumlah sudah di bundar kepada sen paling hampir

Friday, May 3, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Damneon Saduk Floting Market & Chang Puak Camp (Part 6)

14 Dec 2018
(Jumaat)



Semalam, balik dari makan KD tanya kat lobi hostel, tanyakan tentang pakej ke Maeklong Railway Market. Jadi depa dah arrange 1 van untuk kami. Selesai Breakfast, rupanya Pakcik tu dah ader depan hostel. Dier kenalkan diri dengn nama Harris/ Halis. Seorang muslim. Baik orangnya. Peramah. Sebenarnya nama Thailand dier lain, nak sebut payah jadi kami panggil dier Pakcik Harris je.

DAMNEON SADUK FLOATING MARKET. 

Destinasi pertama kami hari ni ialah ke Damneon Saduk Floating Market. Terletak di Daerah Damnoen Saduak, Ratchaburi, kira-kira 100 km ke barat daya Bangkok. Ia dikatakan sebagai salah satu floting market paling terkenal di Bangkok. Mulanya aku macam malas nak join, sbb ader kawan yang tak nak join juga. Apa lagi katanya bayaran untuk bot sahaja 500 Bath seorang. Ok la jalan2 sekitar tebingan je la, malas nak naik bot (Konon). Sekali sampai, tak de aper ditebingan ni melainkan orang yang bekerja di sini yang mengurus perjalanan bot, para driver yang menanti penumpang yang sedang berlayar dengan cruise bot, dan....ya, kalo aku duduk aje kat sini, rentung aku menanti 2 jam. Nak tak nak join juga. Teringat aku ayat2 cinta dari FB: "Kalo tak de duit, tak payah sibuk nak mengembara, duduk kampong tanam jagung". Malu sendiri aku 🙈🙈..... Jimat itu penting untuk kelangsungan hidoppp.....gitewwww! Sebab, kalo mengembara, aku dah tetap kan bajet sendiri. Kalo itu jumlahnya, itu la yang dibelanjakan.

Gambar atas tu bersama Pakcik Harris yang baik hati.
Gambar Bawah: Lepas abis merempit bot, dapat gambar tersenyum terus padahal tadi tak nak pegi....😝
Gambaq atas bot, kan main lagi senyum sampai telinga sebab dapat driver comel....😅
Comel, tapi comel sangat payah juga...pantang ada masa membelek cermin je, tengok jerawat dier. Siap buh bedak baby johnson's pink lagi, sumpah aku tak tipu!....😂
Klong Damnoen Saduak merupakan terusan lurus terpanjang di Thailand. Ia dibina atas inisiatif kerajaan semasa pemerintahan Raja Rama IV atas tujuan untuk menghubungkan sungai Mae Klong dan sungai Tha Chin. Ia mengambil masa lebih 2 tahun untuk digali, dan akhirnya selesai dibina dibawah pemerintahan Raja Rama V. Terusan Damneon Saduk sepanjang 32 km panjang ini mempunyai lebih dari 200 cawangan, yang kebanyakannya digali sendiri oleh penduduk kampung. Selepas pembinaannya aktiviti perniagaan dari bot semakin rancak. Kemuncaknya popularitinya adalah sekitar tahun 1971-1973 dimana para petani menjual barangan pertanian mereka dari atas bot. Sampai sekarang pasar terapung ni masih kekal hingga ke hari ni. Tapi masa pegi ni, tak ramai pula orang berjualan atas bot, mungkin sebab hari jumaat.




Ada beberapa tempat kitorang singgah tapi tak de membeli pun. Tak pasti orang lain ya. Aku memang tak membeli. Tempat tumpuan pelancong macam ni biasanya mahal mencekik. Jadi cuci mata aje la kita ye. Tak ada yang berkenan dihati sebenarnya. Yang menarik di mataku cuma lukisan2 cat minyak yang banyak terpamer di kedai di tepian terusan. Sapuan berus yang halus, teratur kemas, sudah tentu lahir dari kejujuran dan minat yang tinggi dalam berkarya.





Tengok lukisan harimau tu, teringat aku tajuk kerja kursus seni 3 tahun yang lalu. 
Amik gambar je. 
Akhirnya selesai 2 jam, kami pun balik. Yang aku geram si comel ni, masa nak balik tu.....bukan main lagi dier merempit. Rasa nak terpelanting je ke sungai. Aku takut je masa dier merempit tu, terlanggar dengan bot kat depan. Nauzubillah.......Seram aku. Aku rasa bukan aku sorang je berdoa dalam hati, depa 3 orang ni pun sama........ke korang seronok kena tiup angin?? Hehheheheh..... Taubat aku, lain kali kalo pegi tempat macam ni, tak ble pakai tudung bawal, kena pakai tudung saji bokitta. Hilang ayu bila tudung penyek! Nasib baik tadi tudung aku tak terbang, kalo tak abih si comel ni gelakkan aku. Kuang hajaq kau comel!! 😂 Bila naik dengan selamat kan, tetiba ada pula gambar kau atas pinggan, tengah senyum simpol, ayu. Terus nak beli.....kalo gambar tudung penyek tadi, tak dan aku nak beli. Dua2 gambaq aku cantik. So beli 2 pinggan, dengan harga 500 Bath. Ehhh....ehhhh......tadi bukan nak berjimat giler ke??

Jom tengok tepi sungai pula.....

Mesti sejuk ni kan....
Binaan yang kemas
Rumah atas air? tak ada halangan untuk kau tanam bunga. 
Cantik kan?
Bunga kertas....
Rumah tinggal
Berehat sebentar bersama kit kat

Mencari rezeki


CHANG PUAK CAMP, DAMNEON SADUK, BANGKOK

Destinasi ke-2 kami ke sini pula. Ingat tak hari tu kat Hatyai kami ader ke Chang Puak Camp? Rupanya kat Bangkok pun ada juga. Pakcik Harris bawa ke sini. Dier ingat kiter nak naik gajak kot na?? Tempat ni dekat je dengan floting market tadi, kira2 2 km sahaja. Memandangkan tempat ni masuk adalah percuma, jadi kami layan je tengok gajah. Ye, masuk adalah percuma....memang tak salah dengar dah tu, bayar jika kau join aktiviti yang depa tawarkan. Contohnya naik gajah ke, amik gambar dengan haiwan, atau nak bagi makan pada haiwan. 
Saje letak gambaq ni ataih sekali 😎
Tengok harga pakej. 
Aktiviti menembak pun ada. Kat sini bukan gajah je ada ye.....harimau, monyet pun ada.
Duduk2 sambil tengok harimau....
amik gambaq macam ni tak bayar. Tapi awas.......gajah kat belakang tu nakal, pandai menyondol punggong orang.....🙈🙊
Kesian gajah ni....
Macam biasa kitorang tak de nak join aktiviti, kecuali kawan aku ni ha...... dapat anak angkat, sopan ayu gitewww.....😂😂 Comel je. Yang ini aku tak pasti berapa bayaran dier, aku lupa. Di satu sisi memang nampak lucu, comel, pintar.....kan. Satu sisi lagi, kesian sangat. Dier tak dapat menjalani kehidupan di habitat asalnya, berkawanan dengan monyet lain dan macam2 lagi. 😪



Bersambung......

Rujukan:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...