15 Dec 2017
Hari: 2
Shopping
Keluar je dari Muzium Batak tu, dah ader para penjual memanggil2 mu dengan panggilan sayang....😆. "Sayang...sayang, mari loh...singgah-singgah dulu, murah aja yang, songketnya saya tenun sendiri". "Apa benar, ibu tenun sendiri?", balasku keraguan. "Ya..iya la sayang, kalo ngak bisa menenun songket, kita ini ngak bisa kawin,"......hahahha...tergelak kami mendengar celotehnya. "Wah, hebat ibu, tenunannya kemas sekali, berapa harganya Bu,"?...begitu aku gigih cuba untuk mengimitasi bahasa Indonesianya, moga2 dapat harga lebih murah, doaku dalam hati. "Rp. 350,000"....."Apa Bu? 350,000? kurangnya berapa bu?"....kami cuba tawar menawar. "Berapa sayang-sayang mau beli, ya kalo cuman 1 ngak bisa dikurangin, tapi kalo lagi banyak, ya bisa yang, ini hasil tenunan saya sendiri, kerjanya agak susah"....Emm, aku dah malas dah menawar-nawar bila dier dah kata macam tu. Ini baru kedai pertama, yang lain ada lagi. Setelah puas belek-membelek kain, tawar-menawar, tolak menolak.....akhirnya Kak D dan Kak T tewas juga, terbeli 2 kain songket yang katanya agak tebal, berharga Rp. 330,000 😂 Kedekut tak aku?? "Masa....330,000 itu dikata mahal, mbak ni". Nak cecah rm100, mahal la...😂
|
Datang sini, ko akan dipanggil sayang sampai ke sudah 😂 saje cuba, tak beli pon |
|
pandai memujuk ibu ni.... |
|
sebenarnyer ader je yang lagi murah dari kedai pertama tadi, puas jalan2 tu jumpa juga kain songket harga Rp. 150,000. Kalo pandai tawar lagi rendah dari ni pon ble dapat. Malangnya kami tak ader kemahiran memikat hati si penjual...😂 |
Makam Raja Batak
Berhampiran dengan Muzium Batak tadi, terdapat juga tapak peninggalan sejarah Makam Raja Sidabutar. Makam Raja Sidabutar adalah makam kuno peninggalan orang Batak. Makam ni diperbuat dari batu alam berukir kepala manusia dan beberapa makam kerabat raja di sekitarnya. Uniknya tapak bersejarah ini adalah jasad tidak ditanam di dalam tanah seperti kebiasaannya, tetapi diletakkan di atas permukaan tanah dan dibina satu rumah makam. Menurut cerita lisan, Raja Sidabutar merupakan perintis kepada pembukaan wilayah Tomok dan beliau merupakan orang pertama yang
menetap di Pulau Samosir. Kemudian, Raja Sidabutar dan keturunannya beralih dan tinggal di
daerah kecil yang sekarang dikenali sebagai Tomok. Sebelum Agama
Kristian menyebar ke Pulau Samosir, Raja Sidabutar dan keluarganya
mempelajari dan mengamalkan kepercayaan adat yang disebut Parmalim. Namun, selepas abad
ke-19, Raja Sidabutar dan keluarganya telah menganut Agama Kristian.
|
Dihadapan pintu masuk ke Makam Raja Sidabutar |
Sebelum masuk ke kawasan makam Raja ni, pengunjung dikehendaki memakai
kain ulos (Kain adat Batak Toba), (Sama macam kiter pegi ke Prambanan,
Jogja kena pakai kain sarung khas, sebelum masuk ke kawasan tersebut),
kita akan ditemani seorang pemandu pelancong yang akan menceritakan
sejarah raja-raja yang di kuburkan di kawasan makam ini.
|
kena pakai kain ulos untuk menjaga kesopanan |
|
Antara makam kerabat Raja Sidabutar |
|
Gerbang. |
Menurut kepercayaan msyarakat Batak, Raja Sidabutar adalah seorang
Raja yang terkenal
dengan kesaktiannya. Saktinya Raja Sidabutar terletak pada rambut
panjangnya yang berbentuk gimbal (dreadlocks). Ini bermakna rambut Raja
tidak boleh dipotong, jika itu berlaku maka kekuatan Raja Sidabuta,
automatik akan hilang. Macamana pula kalo rambut Raja gugur sendirinya?
Kalo gugur rambut tu tak boleh dibuang tapi kena simpan dan diikat di
hujung Tombak, kayu tongkat yang dipanggil Tunggal Pangaluan. Di atas
makam, kita akan dapat lihat selendang berjalur putih, merah dan hitam.
Pemilihan ketiga-tiga warna ini menjadi simbol rohani. Putih, warna
syurga (kesucian). Merah, warna bumi (ketenangan). Hitam, warna bawah
tanah (kematian).
|
Kain selendang diletak di atas makam |
|
Dulu pintu makam tu boleh dibuka, tapi kini pintu makam sudah di tutup kukuh menggunakan simen. |
Di kawasan makam diraja ni terdapat 3 raja yang dikebumikan di sini. Raja pertama dan kedua masih belum menganut agama, tetapi mereka mengamalkan kepercayaan animisme yang dikenal sebagai Parmalin. Dalam tradisi Batak Toba, pengamal animisme sangat percaya pada kekuatan sihir yang terdapat pada kayu dan batu. Atas kepercayaan tersebut maka mereka menggunakan kayu untuk membina rumah dan apabila mereka meninggal pula pemilik rumah itu dikuburkan di makam yang diperbuat daripada batu.
|
Ukiran batu yang terdapat di Makam Diraja |
Perasan tak dari muzium tadi, kita akan nampak ader beberapa ukiran cicak. Dekat sini pun ada, di salah satu bangunan makam, kita akan dapat lihat ukiran dua ekor cicak menghadap ke arah empat buah payudara. Ia sebenarnya membawa maksud bahawa orang batak harus boleh hidup
seperti cicak, mudah beradaptasi walau hidup dimana-mana. Bak perumpamaannya, dimana
ada cicak di situ ada orang Batak. Ukiran empat payudara pula merupakan membawa maksud bahawa orang Batak harus memiliki banyak anak dan mempunyai isteri yang
Tomok (subur). Keluarga Batak dahulu memiliki banyak anak kerana mereka percaya bahawa semakin banyak anak, semakin banyak rezeki. Yang ini betul aku setuju. Makna
dari keempat ukiran payudara tersebut adalah kemana pun orang batak pergi, ia
tidak akan melupakan ibunya/isterinya, termasuk tanah kelahirannya.
|
ehsan goggle |
Rumah Batak Sigale-Gale.
Ini lokasi terakhir kami dalam siri lawatan kami ke Tomok. Rumah Batak Sigale-gale ni tak banyak beza dengan yang kita lihat di Muzium Batak tadi. Rumah tradisional Batak direka dengan falsafah yang unik. Bentuk bumbung menunjukkan sikap ibadat (marsomba) sementara pintu kecil yang terkandung di dalam rumah tradisional dimaksudkan supaya setiap orang yang datang berkunjung perlu terlebih dahulu memberi penghormatan kepada pemiliki rumah. Sehingga kini, rumah tradisional sigale-gale masih dihuni oleh keturunan Raja Sidabutar, yang dikenali sebagai pemimpin adat.
|
Jika bernasib baik boleh tengok tarian sigale-gale |
Bersambung......
Rujukan:
https://www.semedan.com/2016/01/sejarah-makam-raja-sidabutar-pulau-samosir-parapat.html