23 Mac 2017
Khamis
Salam n Hi sume.....
Hari ni kami ke Botanical Garden. Tentunya meriah dengan bunga-bungaan kat situ. Xi'an Botanical Garden sebenarnya mempunyai dua tempat. Yang lama terletak berhampiran Big Wild Goose Pagoda. Tetapi ditutup operasinya sejak 2016 untuk kerja-kerja pengubahsuaian dari segi infrastruktur dan sebagainya dan ia dijangka dibuka semula pada tahun 2018. Tapak Botanical Garden yang baru pula terletak di Daerah baru Qujiang dan ia dibuka kepada orang ramai sejak 1 oktober 2016. Kami tak tau pun yang Botanical Garden tu ada tempat baru, yang kami tau tapak lama tu. Jadi kami pun tunggu bas No. 37 depan Bell Tower. Tunggu punya tunggu bas No. 37 tak kunjung tiba. KM dengan bahasa ayam itiknya bertanyakan sesuatu pada orang sebelah dier macamana nak p sana. Orang tu kata bas No. 12 pun akan pergi ke sana. Kira yakin aje la sebab orang tu tengok google map. Dipendekkan cerita, kami pun naik bas No. 12, agak lama juga rasanya berada dalam bas tu, akhirnya driver bas tu suruh turun sebab dier bagi isyarat bas ni akan balik semula ke bandar. Pastu KH tunjuk kad dier yang ader tulisan Botanical Garden dalam tuliasan mandarin. Dier pun tunjuk arah mana nak ikut.
|
Hari mendung, nasib baik tak hujan. |
|
Sib baik sejuk |
Kami pun jalan kaki ikut arah yang dier tunjuk.......pusing punya pusing, tak jumpa tempat tu. Gaya2 taman tu ader, pagoda pun nampak tapi mana satu dier berada? Sampai satu ketika kami jumpa pintu masuk, tapi sebab bercakap dalam bahasa isyarat, Pak Guard tu tunjuk arah belakang dan kami anggap ia maksudkan "ko masuk pintu belah sana". Kami pusing lagi. Tak jumpa juga. Sampai la penat kaki, sampai terfikir nak balik semula ke Bell Tower naik metro, tapi stesen metro pun tak jumpa, signboard ader, cari2 tak jumpa. Disepanjang jalan kaki tu ader juga tanya2 kat orang, ader yang layan, ader yang tak. Biasanya orang muda akan layan dengan membantu kita mencari laluan menggunakan goggle map di hp mereka. Akhirnya kami perasan, kami sebenarnya tawaf ditempat yang sama banyak kali. Allahuakbar... Ya Allah Ya tuhanku, ampunilah dosa-dosa kami, tunjukkan la kami jalan yang sebenar.....Begitu kami melantunkan doa di dalam hati. Terus masing2 duduk di hentian bas. Merenung nasib katanyerr...heheh..
Akhirnya kami sepakat untuk ambil teksi untuk dihantar ke Botanical Garden. Depa, KH dah dapat teksi dan pergi dulu. Aku, KM dan KL tunggu lagi, akhirnyer ader satu teksi yang berhenti, drivernyer wanita. Bila bagitau nak p Botanical Garden dier marah tak nak hantar, katanyer dekat aje, boleh jalan kaki. Dier cakap bahasa mandarin tapi boleh paham dier punya gaya tangan. Kami tolak KM jadi jurucakap. Driver tu cakap cina, KM balas cakap melayu broken Spanyol dier...hahahah. Setelah puas beradu suara, Makcik tu pun mengalah, hantar juga sambil membebel2. Alih2 dier hantar tempat pintu masuk kami jupa awal2 tadi. Terkejut beruk kami dibuatnyer, sambil mencari2 kelibat KH dan rakan2 yang lain. Bila nampak depa kami pun turun. Makcik minta tambang RMB4-5, kalo tak silap. Memang la dier marah sebab, mebazir minyak je, dekat gilerr.
|
Dalam tersesat tu jumpa arca ni |
|
Ini la pagoda tu |
|
Ada cerita disebalik pembinaan arca ni, sudah tentu berait dengan sejarah lampau Xi'an |
Dipendekkan lagi cerita, KH jumpa beberapa orang wanita tempatan. Depa pun nak p Botanical Garden juga. Katanyer Botanical Garden pindah tempat baru. Kena naik Teksi. Jadi kami ambil teksi berasingan dan p tempat baru tu. Harga tambang teksi ialah RMB 36 sehala. Dah duduk dalam teksi, kami pun menarik nafas lega. Alhamdulillah....Terima kasih Ya Allah, akhirnya Allah SWT permudahkan urusan kami hari tu.
|
sampai dah... |
|
Kat depan pintu masuk |
|
Masing-masing kesejukan sebab hujan renyai2. S tanya ader Glove lebih tak. |
|
Bangunan bulat di tepi tasik tu restoran sebenarnyer tapi tutup masa tu. |
|
bangunan 4segi tu toilet. |
Bayaran masuk ke Botanical garden ni ialah RMB 10 sahaja pada hari biasa. Tapi kalo misim bunga bayaran masuknya ialah RMB 20. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah masuk adalah percuma. manakala kanak-kanak berumur 7- 18 tahun dapat separuh harga. Masa operasi pula ialah bermula jam 8.00 pagi- 6.00 petang sahaja. Botanical Garden yang baru ni meliputi kawasan kawasan seluas 43 hektar (106 ekar), 2 kali ganda dari saiz tapak yang lama. Pada ketika ini, Xian Botanical Garden merangkumi lebih dari 4,000 spesies dan terdiri daripada 11 kawasan iaitu Silk Road Garden, Qinling Garden, Children’s Garden, Forgotten Garden, Hundred Flowers Garden, Water Garden, Rose Garden, Vine Garden, System Garden, Herb Garden, and Rock Garden.
|
Sojukkkkk.... |
|
Itu lah mereka gadis yang membantu kami. Yang baru merah tu ble berbahasa Inggeris. |
Bila kiter melangkah ke pintu masuk barat tadi, kita akan jumpa Taman Air, yang dikelilingi oleh air bersih dan cannas yang
menawan.
Tanaman yang paling popular di kawasan ini adalah Victoria amazonica yang hanya mekar selama 3 hari. Taman ini terdiri dari teratai, akuatik dan lain-lain. Manakala di kawasan taman laluan sutera pula terdapat imej unta sebagai model. Di kawasan ini terdapat tumbuhan tempatan seperti tumbuhan tradisional cina seperti pokok teh, mawar Cina dan pokok mulberi. Kawasan tanaman gurun: untuk kendyr dan tamarisk yang tumbuh di sepanjang laluan Sutera, dan Kawasan untuk tumbuhan Eksotik untuk sayur-sayuran barat,
buah-buahan dan bunga yang dibawa ke China melalui Jalan Sutera. Ketiga3
taman ini, melambangkan gabungan budaya barat
dan oriental.
|
Kami bersama si Tulip |
|
pemandangan kat depan masa mula masuk tadi |
|
Nak p tengok tulip |
Bila baca balik sejarah penubuhan Taman Botanical ni, rupanya ia dibina sebagai tempay penyelidikan asas terhadap aplikasi tumbuhan, pengenalan tumbuhan dan tumbesaran, pemeliharaan plasma nutfah, dan mempopularkan ilmu tentang botani. Kalo perasan, kebanyakan gambar yang ader kat sini cuma kami bertiga, sebab depa yang 3 lagi kesejukan. Memang kawasan ni agak sejuk, kalo pun tak hujan. Sebab tu bunga boleh tumbuh dengan baik.
|
Sikit masa lagi, pokok2 yang togel ni akan mengeluarkan bunga 2 yang menawan. |
|
JUmpa juga sakura walaupun tak banyak |
|
Teruja jumpa tulip |
Satu lagi taman yang ada di sini ialah Taman Qinling. Gunung Qinling, yang terletak di selatan Shaanxi, adalah garis pemisahan geografi penting di China. Gunung ini mempunyai tumbuhan yang paling pelbagai dan terkaya di kalangan semua kawasan lain di latitud yang sama. Taman ini terutama menanam tumbuh-tumbuhan yang jarang, terancam, dan endemik di kawasan Qinling. Taman kanak-kanak pula dibina seperti berada di dalam cerita dongeng. Taman ini terdiri daripada Taman Visual, Taman Taktil dan Taman Olimpik, di mana kanak-kanak boleh mempelajari dan mengetahui tumbuh-tumbuhan dengan menonton, menyentuh dan menhidu bau bunga. Selain itu, ada juga tumbuhan digital, yang boleh memberi inspirasi kepada kreativiti kanak-kanak.
Waktu Terbaik untuk berkunjung ke Botanical garden ini ialah pada musim bunga. Ada beberapa program atau aktiviti yang dia adakan disini, contohnya Tulip Show pada musim bunga, Lotus Show pada musim panas, Chrysanthemum
Show pada musim gugur, dan Plum Flower Show pada musim sejuk. Mesti hebat bila berada di tengah2 rimbunan bunga-bunga yang berwarna warni kan.... Untuk datang sini ada beberapa cara, bole naik bas, metro dan teksi.
Bas:
1. Ambil bas 37, turun di Stesen Botanical Garden dan kemudian masuk melalui West Gate.
2.
Ambil bas 270, 602, 607 dan turun di Changming Road -
Third Ring Ring South Station.
Berjalan ke timur sekitar 4 minit ke Pintu Timur Xian
Botanical Garden secara langsung.
3. Ambil bas 701 dan turun di Stesen Miaojiazhai. Kemudian berjalan ke arah timur sekitar 1 km (0.6 batu) ke Pintu Barat taman.
Metro:
Ambil
Metro Line 3 dan turun di Stesen Yanxingmen. Keluar dari Exit C dan
tukar ke bas 351. Turun di Kolej Sains dan Teknologi Shaanxi. Perhentian
itu hanya bersebelahan dengan Pintu Timur taman.
Xian Bus / Metro Search
Dengan teksi:
Ambil teksi dari pusat bandar dan kos CNY 25 atau lebih.
|
Kat luar Botanical Garden ni ader Bus Stop, So tunggu kat luar. Bas yang berderet ni salah satunya akan ke bandar mengikut giliran. Bas akan terus ke Bell Tower |
|
Lenggang |
|
Akhir sekali tuan tanah nak mengundur diri..........๐ |
Bersambung....
TQ: KM/S-atas sumbangan gambar
Rujukan: https://www.travelchinaguide.com/attraction/shaanxi/xian/botanical-garden.htm