Monday, September 19, 2016

Kembara New Zealand (7): Wanaka Puzzling World (PW)

3 Dec 2015
Wanaka Puzzling World
Ini dalam perjalanan keluar. Cuaca dah mula panas. Untung depa yang baru sampai. Rezeki depa, alhamdulillah
 Hujan renyai menyambut kami setibanya di Wanaka Puzzling World. Lantai basah, macam malas nak turun tapi rugi pula kalo duduk aje dalam motorhome ni. Tiba-tiba hati bermonolog: "uiiittt.....nanie, hang tak buang duit hanya untuk duduk dalam van tau"...."Okey..." Muhasabah diri....:D. Kami berlari2 anak menuju ke bangunan berbumbung yang paling dekat. Benda pertama yang aku nampak ialah Mural 3D Tandas Gaya Roman. Nasib baik aku masuk kalo tak, rugi tak nampak ni. Kalo sekadar masuk ke ruang lobi, kedai cenderahati, guna tandas semua tu free. Berbayar jika kita nak masuk illusion room atau cuba nak mencabar minda kat great maze saja. Aku masih mempertimbangkan samada nak cuba salah satu tempat ni atau tak. Kalo masuk kena keluarkan NZD16. Hanya untuk masuk ke salah satu bilik saja. Aku agak keberatan , fikir punya fikir aku putuskan tak masuk, rakan2 yang lain pun sama. Zymah berminat tapi tak de kawan jadi dier pun tak jadi nak masuk. Akhirnya dia lepak aje di lobi menyelesaikan masalah negara puzzle yang di sediakan di atas meja. 
creadit Photo: www.puzzlingworld.co.nz
Puzzling World merupakan sebuah permainan/ pengalaman berbentuk ilusi yang memerlukan ketajaman minda, kekuatan mental dan emosi, tidak mudah terpengaruh dengan godaan ilusi...(Perghhh.....ayat!) Terletak Berhampiran pekan Wanaka, menjadikan ia sebagai salah satu tempat yang harus dilawati sekiranya berkunjung ke Wanaka. Bangunan pertama dibina (1973) hanyalah single maze. Tahun demi tahun ia mula dikemaskini, ditambahkan beberapa bangunan bermula dengan penambahan Jambatan dengan rekabentuk maze,  ruang lobi dimana para tetamu boleh lepak dan mengerah minda dengan mencuba beberapa teka-teki, lima bilik besar ilusi optik, Menara Condong Wanaka dan beberapa tarikan lain (seperti bilik mandi Roman) dan banyak lagi...Jika berminat untuk mencuba, ble la terus ke sini, rasanya tak perlu booking kot. Datang dan terus bayar. Kat sini aku sertakan alamat dan sebagainya untuk rujukan bersama.. 

Adress:
Puzzling World
188 Wanaka- Luggate Hwy, Wanaka 9382

Phone:
+64 (03) 4437489

Email/ website:
info@puzzlingworld.co.nz/ http://www.puzzlingworld.co.nz/

Bayaran masuk 
Dibuka setiap hari dari jam 8:30 am- 5:30 pm (summer), 8:30 am- 5:00 pm (winter), Hari Christmas 10:00 am- 3:00 pm.. Anda di nasihatkan tidak memandu selepas memasuki illusion room atau mencuba permainan great maze, sebab akan ada rasa pening2 lalat.

Sejarah Pembinaan Puzzel world ni bermula apabila Stuart dan Jan Landsborough mendapat idea untuk  membina maze. Untuk merelisasikan impian ini, mereka tekad menjual rumah untuk  membeli 7 ekar tanah yang tandus di sebuah bandar yang hanya ada 800 orang. Satu keputusan yang pastinya memerlukan satu pertimbangan waras, juga doa barangankali, moga ditunjukkan jalan yang benar... Pada mulanya ramai yang mempersoalkan apa rasionalnya tindakan mereka. Namun idea diluar kotak rasional itu membuahkan hasil bilamana, Puzzling World megah berdiri hingga ke hari ini dengan menerima pelancong luar dan dalam negeri setiap tahun. 
Creadit Photo: www.byestella.com
Ruang lobi yang menempatkan beberapa permainan teka teki. Yang ini tak perlu dibayar
Lukisan Mural 3D...Cuba teka depa buat apa?
Kak Nana, buat apa tu? Mo ekek ka? hehheh
Creadit Pic: www.go4travelblog.com
Ruang cafe
Oleh sebab hujan kami tak berpeluang untuk sesi jelajah keseluruhan bangunan ini. Kami menghabiskan masa untuk merakam kenangan di halaman Puzzling World. Bila tengok dalam intenet, macam best pula masuk illusion room tu tapi memandangkan $16 perlu dikeluarkan macam kena fikir 2x. Ini yang aku agak malas bila terpaksa membuat pilihan....ekekke...tak pe Dec 2016 aku bakal ke sana lagi untuk siri "balik kampong-Vol2"....aku dah kumpul tin banyak untuk dijual semata2 untuk membolehkan aku masuk ke salah satu bilik ilusi katanya.....:p
Ruang Parking. Masih banyak yang kosong, mungkin sebab masih awal atau cuaca agak mendung
3 Taiko Tawau.....hehheh
Rumah comel..agaknya ini rumah tuan punya PW
KH & KN
Menuju ke Wanaka Lake...

Bersambung....

Million Thanx To:
www.byestella.comwww.go4travelblog.com
https://en.wikipedia.org/wiki/Puzzling_World
www.puzzlingworld.co.nz/

Thursday, July 28, 2016

Kembara New Zealand (6): The Wrinkly Ram & Lindis Pass

3hb Dec 2015
The Wrinkly Ram

pokok tirus

Dari Salmon Farm tadi kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya iaitu di The Wrinkly Ram (TWR), sebuah tempat penternakan kambing biri-biri. Kat sini kiter ble tengok bagaimana cara depa mengetam bulu kambing, bagaimana depa menguruskan kambing yang bilangannya beratus2 lemon dengan bantuan anjing dan kuda. Eh kuda?? Kalo anjing aku tak heran kalo dier digunakan untuk memburu, tapi kuda tu aku agak pelik sket. Heheh.....aku tak penah tgk kuda dari dekat itu la tak tau. Dan kemudian kalo kiter bercadang nak membuka ladang ternakan biri2 ble lah mendapatkan info berguna di sini. Kalo nak tengok depa mengetam bulu kambing, kena booking dan cornfirmkan lebih awal dalam 2, 3 hari sebelum nak p tu, sebab biasanya depa tak buat depan org ramai, buat pertunjukan hanya pada group yang request saja. Pertunjukan mengetam bulu kambing ni depa buat jam 9 pagi. Bayarannya ialah NZD25 (dewasa), kanak2 pula: separuh harga. 

photo by kak Cath
Address:
24-30 Omarama Ave
Omarama
New Zealand

Phone: +64 3 4389751
Fax: +64 3 4389731

Kami tak masuk sbb berbayar ;p... Jadi lepak aje kat luaq. Jumpa pula geng yang suka bunga. Rasa nak petik bawa balik je.






Lindis Pass

Lindis Pass adalah kawasan kering berbukit bukau  yang terletak kira-kira 32 km di barat daya Omarama. Sepanjang perjalanan kita disajikan dengan pandangan yang sangat indah. Dapat tengok rumput yang menjdi hamparan permaidani di lereng bukit, rumputnya berwarna kuning kecoklatan, lembut dibuai angin. Oleh kerana jalannya yang berbukit bukau dan berliku, maka kiter tak dapat bawa kete lebih laju melebihi 100kmj. Selang beberapa tempat akan ada tempat berkhelah, tapi selain tu memang tak ada apa2 di sini. Lanskap kosong tapi pemandangan sangat cantik. Gambar dari cik google aje....

Creadit photo: http://www.newzealand.com/int/feature/lindis-pass
Creadit photo: http://www.newzealand.com/int/feature/lindis-pass/
Bersambung...

Rujukan:
http://www.newzealandtravelinsider.com/scenic-drives/new-zealand-scenic-drive-lindis-pass.htm
http://www.newzealand.com/int/feature/lindis-pass/

Wednesday, July 27, 2016

Kembara New Zealand (5): Pagi Di Twizel Campsite

3hb Dec 2016
OMARAMA-WANAKA-QUEENSTOWN
Hari Ke-2

yg ni motel kot, khas untuk pengembara yang menggunakan kereta. 
Aku bangun awal. Mulanya agak mamai2, "eh, aku kat mane.....aku kat mane?? Asal sejuk gilerrr ni??" #dengangayataufikbatisah....... 3 minit baru la pandangan mula jadi cerah, fikiran mula kembali normal. Ohhhh...aku kat oversea rupanyer. Holla New Zealand....sambil mengeliat manja....ekekek....Cehhh, tak yah la minta puji sangat. Bila teringatkan bilik mandi yang dikongsi bersama aku terus ambil tuala dan toiletries dan terus g mandi. Alhamdulillah nasib baik gelap lagi, kalo tak malu tengok dek org. Geng2 aku ader yg dah bangun, aku je kot terlambat :D. Lagi sekali rezeki aku, sampai ajer terus dapat bilik mandi kosong. Nasib baik ader ayaq panas, kalo tak mungkin aku dah jadi beku kat sini. :p ;p

Antara bangunan di Twizel Campsite
Pagi tu baru nampak jelas persekitaran campsite ni. Kawasannya tak begitu luas, tapi masih boleh memuatkan 20 motorhome. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah bilik mandi lengkap dengan hot water, dapur, power supply dan pili air untuk motorhome. Aku ingat sume campsite utk motorhome ader 2 benda ni (power supply & pili air) sbb ini penting untuk kiter guna elektrik dan air untuk cuci pinggan mangkuk. Bila buka aje sambungan pili air kat bawah tu, singki dah tak ble guna, sbb tak dah air.  Aku baru tau benda ni, maklum la dulu belajar KH I amik ERT, bukan pertukangan ;p.....Selain itu aku rasa ader juga beberapa buah motel untuk pengembara yang menggunakan kereta. Pagi tu selepas sarapan kami siap2 cuci pinggan masing2, bersihkan singki, simpan sume peralatan dapur dalam laci dan almari, tutup pili air dan power supply. Sementara tu driver kami pegi taklimat pagi oleh geng Trip kekawan. Nasib baik dier dah mandi. ekekek.....Isi taklimat lebih kepada penerangan awal tentang perjalanan hari ni, disamping diselitkan juga kata2 nasihat, pandu cermat, jiwa selamat...Yang wajib sangat nak dielakkan ialah kena saman.



Campsite yang kami duduk ni terletak di bandar Twizel  iaitu sebuah bandar terbesar di Daerah Mackenzie. Dibina pada tahun 1968 sebagai projek greenfields untuk perkhidmatan Skim Hidroelektrik Waitaki. Skim ini terdiri daripada 50 km terusan, dua empangan, dan empat kuasa besar (Tekapo B, Ohau A, B dan C), dan pembentukan Lake Ruataniwha, menghasilkan 848 MW tenaga elektrik. Mempunyai populasi penduduk seramai hanya 1210 (anggaran: jun 2010).  Dikhabarkan apabila tiba musim panas bilangan pelancong yang datang ke sini adalah 3 kali ganda dari angka penduduk tempatan. Kini Twizel menjadi salah satu lokasi pelancongan yang menjadi pilihan pengembara. Antara Aktiviti yang boleh di sertai di sini ialah belayar di Tasik Ruataniwha, bermain ski di musim sejuk dan bermacam2 lagi. 


comelnyer caravan tu.....
Pelangi disebalik awan
Hujan renyai2 pagi ni, tapi mentari masih gigih nak memunculkan diri. Tengoklah ader pelangi di situ....omelnyerrrr...:) Cuaca juga sejuk.. Kami amik gambar lebih kurang, dan kemudian bergerak ke High Country Salmon Farm, yang semalam tak sempat nak p.  Terletak di State Highway 8 iaitu di selatan bandar Twizel. Hanya 7km saja dari Twizel Campsite tadi. Apa yang uniknya di sini Salmon Farm ni dibina terapung di perairan glasier Wairepo Arm. Perghhhh...ble bayangkan kesegaran ikan Salmon yang biasanya aku tengok aje (dalam TV) beruang makan dengan lahapnyer di Alaska. Uhhh...Ini kalilah merasa makan Salmon. Kat sini kiter di beri peluang untuk bagi makan pd ikan dan juga itik yang berenang riang. Aku salute pada itik ni, depa ble tahan sejuk berenang di dalam air gunung yang pastinya sejuk gilerrr. Untuk menyeimbangkan rasa sejuk, ble juga lepak di Cafe Salmon Farm ni sambil menikmati secawan kopi dan pai panas, quiche atau sup krim. Selain tu ble juga beli salmon.

Parking area
Jeti
Itik berjiwa sangat kental sedang berenang riang

kami beramai2 sekali dengan group Mawar Berduri...;D
Kami beramai2. Sepatu jepun ku yang sangat berjasa. Balik Msia kaki tak melecet...
Sape nampak Kak T? hehehhe...
Simpang depan tu nak p Ohau, antara salah satu daripada 3 tasik yang ada di sini. 
Panas tapi sejuk...demam ke? hehehhe...

Ok dah dapat ikan jom teruskan perjalanan....

Bersambung...

Terima kasih daun keladi atas sumbangan gambar: Kak T, Zymah, Kak Has

Rujukan: http://www.twizel.info
https://en.wikipedia.org/wiki/Twizel

Monday, July 25, 2016

Kembara New Zealand (4): Dari Rakaia Ke Lake Pukaki...

 2hb Dec 2015


Walau dapo kami tadi pada mulanya agak bingung2 (maklum la jumpa tuan baru, tak serasi lagi ;p), tapi alhamdulillah dah nyalakan dier dengan mancis, tak meragam dah. Sempat la juga memanaskan air dalam periuk. Aku pula hantu nescafe, sesuai sangat la dengan cuaca sejuk2 manja gini. Terasa nikmat...Orang lain pun sama, masak untuk makan tenghari. Di kesempatan yang ada, kami buat apa2 yang patut sebelum bergerak semula ke destinasi seterusnya. Amik balik beg yang di letak di bawah, bawa masuk dalam motorhome, (letak bawah nti camane nak amik barang. Sukar sungguh rasanya). Dah susun2 dengan baik, ok dah.., susun makanan, kumpul duit. Oh...ya kami memang dah setuju sebulat suara dari Malaysia lgi untuk kumpul duit NZD. Sepatutnya dalam $268 sorang. Tapi sebab kami tak bercadang untuk masuk mana2 tempat yang berbayar, so jumlah dikurangkan. Sape teringin nak masuk mana2 tempat yg dicadangkan oleh Trip Kekawan, ble je masuk dan bayar sendiri

Bayaran Awal: $260

Motorhome Auto: 250/6 = $36 
Campsite: $82
D1: Twizel: $18
D2: Moke Lake:$10
D3: Te Anau : $26
D4: Gore Dolamore : $10
D5: Oamaru:$28
Minyak: $100
BBQ: $30
Lain2:$12

Duit ni semua bagi pd zymah selaku bendahari kami. Dier la yg akan mengurus segala macam urusan kewangan. Bayar $12 tu utk beli barang dapur. Kalo teringin nak makan buah2an, jajan, burger, minuman dll, itu duit masing2. Aku salu beli buah2an buat stok dlm perjalanan. Segar dari ladang katanyer. Aku kan suka mengunyah....:D. Selesai segalanya kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. EA kata dah ble gerak dulu, tak yah tunggu depa yang naik Jet Boat. Ok kami gerak skg.....:)

Mendamaikan. Jalan lenggang. kiri kanan pokok menghijau berlatar belakangkan gunung yang tinggi..
Seronok rasanya jika dapat tinggal d NZ ni..tenang aje. Rumput pendek bak permaidani. Bunga berwarna warni, sejuk, sunyi (Macam suasana kg la) + damai, tak jam, ader banyak lembu, biri2... Gunung ganang gagah perkasa..:). NZ merupakan antara negara yang mempunyai populasi penduduk paling sket. Kalo kiter tengok di pekan/ bandar, macam ramai je orang, rupa2nya yang ramai2 tu pelancong, bukan penduduk tempatan. Sebab tu depa tak payah letak tol bebayar kat negara depa. Nak letak tol buat aper dah la lokasi satu2 tempat agak jauh, kete pula tak banyak, ok je.... Kebanyakan penduduk tempatan terdiri dari masyarakat Eropah dan juga kaum Asli Maori, juga sket masyarakat Asia.

lembu meragut rumput. Baka lembu gini ble nampak kat Kundasang...:)
Bunga kuning ni bunga liar. kat mana2 ader je. Rasa nak ambik bawa balik dan tanam. Yang ini aku rasa anak sungai, tapi air nya tak de, so bunga kuning tu be maharajalela, tumbuh sakan kat situ...:D
Biri2 comelllll...Mana tak gumuk, rumput segar dari ladang, % pencemaran agak sket, cuaca sejuk pula tu, Tak kisah depa meragut rumput bawah mentari menyengat tapi angin sepoi2 manja....:D Kalo kat Mesia, semua lembu kiter nampak dok lepak bawah pokok, panas katanyer...:D
Menurut Kajian, NZ antara negara yang terletak di kedudukan yang agak terpencil iaitu di tenggara Australia. Akibat keterpencilan atau keterasingannya itu berlangsung agak lama, maka lama kelamaan NZ membangun menjadi satu lokasi strategik untuk habitat pelbagai jenis fauna terutamanya burung. Depa (burung) hidup aman damai dan membuat sarang di tebingan batu tepi laut atau di hutan yang tak berapa nak belantara. Tapi populasi depa ni makin merosot dan paling menyebakkan ada diantaranya telah pupus bila manusia menemukan habitat depa. Berada dlm kategori negara beriklim sederhana walaupun katanya NZ merupakan gerbang menuju ke Antartika melalui Cristchurch. Ini disebabkan oleh pengaruh kebenuaan dan NZ terdedah kepada angin selatan yang dingin. NZ jarang sekali mengalami kejatuhan suhu di bawah paras 0* atau naik melebihi 30*C. Tapi keadaan iklim sebegini berbeza merentasi kawasan, dari kawasan yang lembap hinggalah separuh kering. Christchurch merupakan kawasan yang paling kering di Nz, manakala Auckland pula merupakan bandar paling lembap. Antara perkara paling unik ialah NZ merupakan negara terawal menerima cahaya matahari di dunia. Lebih awal dari Negara Jepun. Ini disebabkan oleh kedudukannya yang dekat dengan garisan Greenland @ Tarikh Antarabangsa.

Padang ragut untuk si biri2
cantik....rumput pendek, hijau. agaknya sbb apa rumput tak tinggi?? Sbb....cuaca sejuk kot...:)
pokok tirus hidup subur
Akhirnya kami mula menghampiri Lake Pukaki. Dari jauh kelihatan gunung ganang cantik di simbah cahaya mentari. Lake Pukaki, berkeluasan 178sqkm, adalah yang terbesar daripada tiga tasik (Selain Pukaki ada tasik Tekapo dan Ohau) yang berkongsi lembah glasier purba di Lembangan Mackenzie. Ketiga tasik ini terbentuk akibat moraine terminal glasier yang telah surut dan kemudian tersekat di lembah dan akhirnya membentuk empangan- moraine."Moraine" ialah satu bentukan yang terhasil dari bahagian depan sungai ais yang bergerak pantas dan kemudiannya membeku tapi ia sangat tidak stabil. Bila glasier mula mencair, semakin banyak tasik moraine meluap. Dianggarkan dalam jangka masa 10-15 tahun akan datang, jika ini berlaku, maka akan terjadi banjir besar yang berpotensi mengancam nyawa ribuan orang. Apa puncanya? Pemanasan global....

memeriahkan hp zymah
abaikan reflection kt cermin tu...aku mmg amik gambo dr kte


kami berlatar belakangkan Mt. Cook....

bunga alphine tumbuh subur. mulanya aku ingatkan lavender rupanya bukan...


Cilok Gambo dr FB Trip Kekawan..;)
aku tak rasa air tasik tapi pasti sejuk. Aku sedikit mengigil kat sini, maklum la tak biasa dgn cuaca sejuk gini, padahal kalo org tempatan sendiri sejuk berangin gini, biasa2 je pd drg. 


kelihatan sisa glazier di puncak gunung













In ke gereja kat lake Tekapo tu? 
kami yang kesejukan


Rumah penduduk Twezel sebelum sampai ke Campsite. Tengok sunyi je kan...damai, tenang
pintu masuk ke campsite
En. Zikri, Kak T dan Kak Cath mengalu2kan kehadiran peserta trip kekawan... 
Tak tau pun kalo bangunan atas tu gereja kat Lake Tekapo. Yg tepi tasik tu. Gambo atas. Kalo tgk kat internet, ini antara lokasi yang cantik utk amik gambo, lagi2 kalo waktu senja. Hantu2 tak de jangan takut...ekekek. Singgah sini sebab nak beli barang dapo kat kedai runcit dekat Twizel. Dalam Iti, trip kekawan kata kalo sampai sini dalam jam 5pm ble pegi terus ke Solmon Farm, tapi sbb kami sampai dah petang jadi tak p Solmon tu. Abih je membeli belah kat kedai runcit kami terus pegi ke Twizel Holiday Park Campsite. Bayaran untuk campsite ni adalah $18 (dewasa), $11 (kanak2 11-12 tahun), baby-Free. Campsite ni di lengkapi dengan bilik mandi berasingan antara lelaki dan wanita. Share dgn semua orang. Dapur juga ada, ble p masak kat sana kalo nak. Selesai pendaftaran kami mula masak, mandi, makan dan kemudian tdo....Penat. Aku rasa yang paling penat pastinya driver kami....ekekke...sebelum tido sempat lagi berangan2  Untungnya jadi orang sini petang2 ble jogging, atau sekadar jalan kaki atau sekadar duduk2 ambi angin petang. Teringin pula nak berhijrah ke sini. Ader sesiapa sudi ajak kiter berhijrah ke sini?? ekekkekek... kita mulakan hidup baru kat sini katanyer.....:p Cehh...Gagal!! Macam skrip drama melayu je :p!!

Bersambung.....

Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_New_Zealand
http://media.newzealand.com/en/story-ideas/background-lake-pukaki-and-mt-cook/

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...