Thursday, June 19, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (1) Wey... Ni Hao Ma Hangzhou....:)

30 Mei 2014 (Jumaat)

Assalamualaikum n Hi.....:)

Berbekalkan buku panduan, kami nekad pergi....(Cehh.....pg China je ponnnn....)
Penat masih terasa dek semalam terkejar2 keluar dr Pulau. Citenyer chengini, masa beli tiket ferry Feb lalu (Februari okehhhh....awal giler aku beli, takut keabisan punyer pasal) , aku tak pasti cuti sekolah bape ari bulan. kan Sabah cuti 30hb tu sempena Hari Keamataan. 30hb, 3pm flight ke HZ. That means 29hb aku kena ada kat KK walau aper cara sekalipun. Yang kosong hanya pd Jumaat 30hb. Aku beli je, terus aku hello bro aku n kami deal, dr KK dier bw kete. parking di Menumbok, Then aku yg akan bw kete dier balik KK semula. Dier pula akan bermalam d Labuan n bw kete aku balik KK. Selesai. Laa....rupanyer 28 dah mula cuti sekolah. Hampehh....kalo tau awal kan senang, ble bermalam kat Kg. Yg buat aku terkejar2, aku dh pesan bro aku, dtg Lbn awal sket dlm thari, sbb aku kena balik kg dulu then baru pegi KK 29hb tu juga. Tunggu punya tunggu petang baru sampai. emm.....sampai kat Kg aku bergegas kemas barang, sempat la juga dinner baru pg KK. Sampai KK 11pm. Penattttt.....

Ok....bangunnnn.......! hahahh....mcm kat sek la pulak. Ari ni kami akan terbang ke Hangzhou. AA dah ada route from KK- Hangzhou. ker dah lama?? Aku yg tak tau kot...;D Trip kali ni dianggotai (cewahh.....:D) oleh kami ber3. Kak Senth, Kak Lia n Aku. Geng lain, entah kemana...hilang terus dr radar. Kak Enai: sukar dijejaki...org xde hp tu. Aku tabik pada kekebalan dier tak de langsung memiliki HP. Teringat 1 cerita. Kwn kami sorg ni pun kaki jalan jugak. dier penah join kwn dier bercuti ke.....aku tak ingat kemana. Beijing ke Rome. dengan tak de hp, dier hanya berhubung dgn kwn dier tu guna fb n email je. tiba masa berangkat, kwn dier ni dok risau dah mcmana nak cr dier. dah la tak penah jumpa. sib baik dier panjang akal, kak enai dok tunggu kat kaunter check in. Ahernyer jumpa. Ini membuktikan bahawa HP bukan la segala2nya dlm hidup tp AKAL. Ingat tu anak2.... ;). Kak Yatie, ibu dier oprate mata, so xdpt pegi. Kak Amysah, geng baru dlm kaki jalan. Kalo pg jauh dier tak join kot n kebetulan masa tu dier pg makassar ader saudara dier naik pelamin. Kak Beth, yg tu pun tak p, dier join kalo p indonesia, vietnam je. Kak lia, 1st time pg China...lain2 trip ke shenzhen, Ghuangzhou dier tak p. Nak tengok cane dier punyer ketahanan mental n fizikal dlm mengharungi perjalanan seorang backpacker.

Persediaan dh buat awal. Beli tiket, booking hostel, buat Itinerary. Iti, kak Senth yang buat dlm bentuk data kasar, pastu dier pass kat aku utk murnikan lagi. Maka tugas aku ialah untuk cari maklumat tentang satu2 tempat nak p tu, macamana nak p dr satu tempat ke satu tempat. Kat China ni senang sbb depa ader metro. perjalanan menjadi mudah. ikut je signboard, maka komunikasi like ayam-itik dapat dikurangkan. Selepas peristiwa MH370, dalam rasa teruja, ader juga takut2. Takut pd penerimaan depa pd org Malaysia, takut naik flight tapi bila dah baca experience Ved (kwn kat FB), Ved pun baru pg mac-april 2014, takut tu berkurangan. Inshaallah semuanya akan ok....;)



From KK-Hangzhou, perjalanan mengambil masa 4 jam lebih kurang. So sampai Hangzhou Xiaoshan International Airport, 8.45 pm. Aku tak amik gambo airport HZ, hp low batt-nyawa2 ikan, kamera dok kat dlm beg. Malas nak amik. Bila tiba d airport, aku ingatkan besaq... rupanya tak la besaq giler. Org pun tak ramai, mungkin flight from KK is the last flight, for the day. agaknyer la.

Menanti penuh sabar....

Dah sampai.....tunggu bag pula. Sayang tu, penuh makanan....:D
Ok selepas ni, destinasi perhentian kami ialah Zhijiang Railway Hotel.

Zhijiang Railway Hotel
No. 8, Chengzhan Public Square
ShangCheng District- Hangzhou Main Train Station
Hangzhou China 310009..

Nape pilih hotel ni? sbb....kami tiba kan dah malam. kalo jauh susah lagi nak cari. Lokasinyer berdekatan, maka senang nak cari. Dlm blog yg aku baca, kaunter tiket bas airport terletak btul2 dpn arrivals gate. Cari punya cari, tak jumpa beb. Eh, mana pulak dier p? ahernyer kami tanya kat amoi money changer tu. Dier kata "hang p kat domestic arrivals, kat situ kaunternyer"....haha......dah pandai cakap melayu... hahah....Ok, yg ni aku tipu. Minah tu, sebut "domestic arrivals" sambil tunjuk ke sebelah kanan. aku baca blog khayze, depa p 2013. Tempatnya, memang di situ la. Mungkin dah bertukar.


Laluan ke domestic arrivals area.
Keluar dr pintu ketibaan antarabangsa tu, ambil arah kanan. Jalan terus sampai tiba di domestik arrival area. Kaunter tiket ader dlm tu. Dapat tiket. keluar. P kat bas warna putih (Hangzhou International Airport). Tunjuk tiket kat org yang pakai baju putih. Susun beg (sila susun elok2, kalo tak nak kena marah....;D). Orang tu bg tag, jgn bagi hilang, kang tak ble tuntut beg. Then naik bas. pilih je mana kosong.

Depan Information Center ni terletaknyer kaunter tiket bas airport
Kak Senth beli 3 tiket. Y20 per-1
Dalam Bas


Ketika bas memulakan perjalanan, ader minah bertugas (siap pakai uniform)  sebagai jurucakap. tapi semuanya dalam bahasa mandrin. Aku ingat, dier cakap tentang dimana bas itu akan berhenti. ader juga orang beli map dengan harga Y1. Tak paham.... so, diam2 sudah... #sambil membaca guidebook sendiri....:p. Aku hilang kiraan masa yang diambil untuk tiba di Hangzhou Railway Station. lama juga berada dlm bas. 1 jam juga kot. 
Jgn bg hilang tag ni, turun kang dier amik balik
selfie me n kak lia. 
Dalam 1 jam gitu, bas pun berhenti. Minah bertugas td melaungkan sesuatu dlm bahasa mandarin. Depa turun. Ramai. aku tinjau kat luar tingkap, habuk tak nampak. bas tu berhenti kat tepi jalan. Kak Senth kata kalo stesen ketapi mesti besaq, ni tak nampak aper pun. selamba badak lagi kami tukar tempat duduk ke depan. bas mula bergerak. Kak Lia lambai minah tu, tiba2 Minah tu tanya, speaking Mandarin...wahahhah.......Mungkin dier tanya, U mau turun mana owh? Kak Lia kata "Hangzhou Railway Station". Terus Amoi tu menjerit kat driver bas suh berhenti. aper lagi, kami kelam kabut turun. hahahhaha......rupanya dah sampai. Kami bagi balik tag. amik bag. say tq kat amoi td. sambil tanya, mana bangunan railway station. dier tunjuk ke arah belakang bas. Tochae2.....

Ok jalan terus je, ikut kata hati arah yang ditunjukkn oleh si amoi td. sambil mata melihat nama bangunan2. kot la nampak. kami sepakat untuk cari bangunan Hangzhou Railway Station. Dekat setengah jam jugak la cari, tanya kat hotel dekat2 situ, langsung depa tak tau. Akhirnyer kami nampak nama bangunan Hangzhou Railway Station. kami menuju ke sana. Kak Senth nampak logo hotel. Alhamdulillah ahernyer jumpa.

ni dier hotel tu



Lobby hotel. Hotel ni luas dan besaq. Macam 4* kan. tp harga smlm standard dlm RM80++. 


Amoi dr Malaysia yang kepenatan.....;)

Kak Senth, menguruskan semuanya.

Minah kat kaunter tu tak berapa nak faham, yang kami dah booking hotel by agoda. panggil kawan dier, pun sama jugak. sib baik ader uncle ni datang tolong. Uncle ni tourist from Indon. Thanx Uncle...:)

Uncle ni dr Indon. datang tolong kami. 

Dr. bilik Hotel: Malam di Hangzhou
Selesai akhirnyer......dapat bilik tingkat 8. Naik. berehat......ZZZzzzzZZZZZZzzzzzzzZZZZ

Bersambung.......

Thursday, May 22, 2014

UNTUK PAGI KICAUKU MASIH MUDA

Photo By: Nanie Amat_2014


UNTUK PAGI KICAUKU MASIH MUDA

Tidaklah aku tahu apakah bening
pagi ini
kicauku diintip musibah ketika
kepak mudaku
belum teruji menangkis ancaman
yang aku dilepaskan memeta
belantara
untuk suatu pembelajaran hidup
hilangkan ketakutan
menjahit
kepahlawanan untuk hari depan
mentafsir
dahan dan daunan disamarkan
nafsu atau kebenaran untuk pesta umur
sebelum aku dihinggap kematian


Memang bahagia
meranting kehidupan
pada hijau belantara 
di bawah kolong matahari ini
ketika aku cuba 
tumbuhkan nafas 
perciumanku
mengenal
Tuhan

KOTA KINABALU

Saturday, May 17, 2014

Surat Terbuka Untuk Sahabatku Mas n Lela....

Assalamualaikum n morning.....:)



Selamat Hari Guru kepada mak abah, guru2 ku di Sk Deliama 1, SK Gadong, SMK Seri Patiambun, SMK Limbang, PKSM, UPSI, rakan2 seperjuanganku d SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Labuan, Adikku Cik Ming, abg iparku Jumat Tamin dan semua warga pendidik. Tanpa Mu, Siapalah Aku.....Terima Kasih Cikgu! cewahhhhh........ucapan macam mak2 menteri2 jew.......hehheh...

Semalam, hari guru yg sgt bermakna. aku "bertemu" sahabat lama di sek. rendah dulu. sama2 menuntut ilmu d Sk Gadong. kami sangat rapat, tp terpisah haluan bila masing2 naik ke sek menengah. setelah berbelas tahun masing2 "hilang" dr radar, akhirnya kami "bertemu" walau hanya sekadar bertanya khabar d whatsapp. Mas, kawan baik aku. ayah dier cikgu sek kami. Lela pula, kakak aku dulu tunang ngan pakcik dier. Tp jodoh drg tak panjang, lagi sebulan nak kawen, Pakcik dier meninggal. Kesian. aku masa tu sek rendah lagi. sedih. memang kami sayang bakal abang ipar aku tp nak buat cemana, Allah SWT lebih sayangkan dia...:(

Bila ingat nama Mas n Lela, satu persatu memori lama muncul kembali dilayar minda....:) Ingat kamu, betapa rajinnya tani dulu mengusuk dinding sampai putih. hehheh......Natijahnya kiter sentiasa menang pertandingan kelas terbersih. laki2, bini2 sama rajin. Kan ngelat sama Cikgu Adi...Cikgu Adi?? Mas, Lela....ingat lagi kamu ngan Cikgu Adi Marhain?? Garang tp kerana ia garang la tani jadi seorang "manusia yang bertamadun".... Sekurang2nya tani nampak cahaya disebalik kegelapan.  Tq Cikgu Adi....tp secara jujurnya, ada part perangainya yg langsung aku nda berkenan n ndaku luan setuju. aku malas kan nyabut, tp aku rasa kamu pun ingat apa yg ku ingat. aku nda penah kena, kalau la aku kana, sumpah ndaku dapat maafkan ia. Cuma aku kesian kawan2 tani...tp bila dewasa mcm ani br aku terfikir, setiap manusia ni punya tahap pemikiran dan penerimaan yg berbeza2. ader bijak, sederhana, lambat menerima. Jadi sepatutnya beliau sebagai org dewasa (masa tu) tahu akan kelemahan kita semua, pelajar2nya. Tapi ndapa tah cerita tu dah lama berlalu. Biar la ia jd kenangan dan tauladan untuk kita agar nda buat org lain macam apa yg ia buat arah kawan2 kita yg sedikit lemah dlm pembelajaran.

Guru Besar tani, Cikgu Ahad, yang mengajar kita subjek Alam & Manusia, pun aku masih ingat. Baik banar eh urg atu. Ntah...napa masanya ngaja tu salu kana yg ujung2 time kan mulih. kan masa kan mulih ani minda tani tepu sdh kan belajar, ipikirkan balik ja, makan. main. tido. tapi kan ia pandai ambil perhatian tani, sampai masa kan mulih pun tani nda perasan sbb siuk dangar cerita nya...:) Aku ingat lagi  depan kelas tani ada tikar gatah. kalo time cikgu ahad ngaja, tani semua akan duduk bersila 3 barisan memanjang. cikgu ahad akan duduk dikerusi guru dan mengajar. teknik yang ia gunakan itu yg aku suka, teknik bercerita. Mana ia a, cgu ahad skg? masa aku tahun 1-2 di upsi dulu, kalo balik kg...ader jua terjumpa Cikgu Ahad ditamu. aku senyum...ia pun masih ingat aku lagi...(ada jua cikgu ingat arah aku....hehehh...)..........La, Mas, kamu ingat ka padang d belakang sekolah tu dulu hutan belantara kan? macam tani pun antara yang menyumbang tenaga "membuka"padang tu. siuk kan bila liat padang tu digunapakai....:)

Berbelas tahun tinggalkan sek rendah, ada beberapa nama yg ku masih ingat. geng2 tani dulu 1 kelas. . Lela (susila), Lelawati, sarinah (La, adi sarina buang abai tu aku ada jumpa ia di kg kami di sabah masa raya. kan ia kawen sama org sebarang kadaikan), iparnya ada kawen sama org kg kami), Mahadi (yg selalu bepaluh tapak kaki tangannya...hehheheh), salleh (yg paling pandai di sek tani), kartini (adi si tini tu la, kawen sama si Gapur, salu jumpa sama drg mamaku kalo time raya atau musim buah2an, bis mama ku salu ke kg drg tu di menumbok),  Kamarul (tahun 2 di upsi ada adiku cerita kamarul sdh jd arwah....:(, kesian kan....sedih......., shamsiah, takung (2 bulan nya di kk br tah ku telawat. ndaku tau La eh....sekali ku tau, ada kwnku dr Lawas dtg KK, sekali kawan kepda kwn ku ni kawan sek si takung atu tah ia bepadah. masa tu puasa, ku bawa abg ku salim melawat. masa tu adinya si rahimah sama si rahim menjaga. sekali abgku ni pitam bah masa di spital atu. nda sahur kali yatah. masa tu ada jua si aziz gapar). kesian ku meliat si takung a. nda sangka kwn2 diri jd cematu......anugeraha nya dangan...:(

kalo ada geng becerita pasal dulu2 ni baru siuk kan dikanang balik. hehheheh......bah mun kamu ada cerita pasal dulu2. mcm kamu 2 ganya ni kwn sek rendah yg frenz sama aku d fb.....mana drg a....? bah nti kita cerita2 lagi a.....assalamualaikum......;)

Thursday, May 1, 2014

Kenangan: Esok, Hari ni & Semalam

Salam n hiii.....

1 May 2014: cuti ari ni. Sempena cuti Hari Buruh.....Selamat bercuti warga buruh... Cuti ni, aku tak de kemana, duduk umah berehat. Hajat di hati nak usha kedai baru kat layangan, bukak May ni katenyer. Tapiiiiii......nan adooo............. Malas. Ishhh...aku kan mmg payah benor nak kuar kalo dh kat umah. Sungguh!! Kalo ader hajat atau keje tu lain cite. Ni kisahnyer kalo sesaje nak jengjalan. Ker sbb aku yg kene drive. kalo aku dok numpang ajer, rajin kot....:D. Ader sesiapa nak jd driver aku????........... ;) Semalam dah ckp kat cik Pej, bangun awal, kiter g jogging kat pantai. sekaliiiiii pagi td hujan. Punahhh! Terus tarik selimut balik....


Dah cuti ni rajin la pula update blog yang dah lama berkarat.....cite pasal anak2. Anak2? Teringat pulak kat xbf...... 

A: dah bape org ank skg?
Aku: ramai....
A: wahh....aktif ko eh....
aku: (Dlm Hati).....aktif palakotakhang.....wakakakk....

Anak2 pelajar la. aku ngaja kelas pelbagai peringakat kecerdasan. Kategori A,B,C, dan masing2 ader macam2 corak (sikap). Kadang2 aku suka amik gambar depa buat latihan, saje la suka2 buat kenangan. kang kalo depa naik tingkatan, dier tengok balik pic tu, mesti sonok...."Alahai muka aku dulu t1".... 

Jom tengok pic depa......

Ni aku masuk kelas H (kategori A).....suke giler kucing. Mula2 aku tak perasan ader anak kucing dlm kelas tu. Dah abih terangkan topik, depa buat latihan. Pastu skjap2 mesti ader org p kat kotak hujung kelas...... dah sorang p, aku tak tegur....ramai2 pula menerpa. Aku pun tegur, "aper benda kamu tengok tu"? Pastu masing2 kendong anak kucing.....laaaaaa......haiiii....rupa2 nyer ari ni aku ader pelajar baru, ngajo kucing jugak. :D. Comel tp aku tak berani pegang sbb kucing tu br lahir...errr......tak. mungkin dah lahir 2, 3 hari...tak de bulu lagi. masing2 dah cop nak bawa balik umah. aku cakap, " Tak ble. Berdosa, anak kucing ni kena minum susu ibu dier lagi. "Ibu dier lari cikgu". "Dier tak lari la, dier cari tempat tinggal". Esoknyer aku tengok depa siap beli susu kotak....amboiii...anak org kaya kan. gitu la. semua mampu beli. 





Sarah n Tan. Sarah ni anak cikgu kat sekolah aku. Mula2 dulu, punyer la pendiam gilerrr......muka tak de reaksi. Tak ble baca aper yang ader kat kepala dier. Yg aku agak dier tak paham ajer, aper yg aku ajar. wakakakkak......Baru hari ni, (hari yg cite kucing ni) aku nampak dier lain. Aku nampak sarah yg lain, bukan Sarah yg dulu. Pelik kan sekelip mata dier berubah... :)


Dalam kelas ni ader twins. Tengok yg lelaki 2 org tu. Seiras. Tapi still ble beza. Kelas ni pula tak ramai pelajar muslim pompuan. 2 org je. yang pakai tudung tu kesian. Awal2 tahun ramai je kawan dier, tapi semua dah masuk sekolah sains. Ahernyer dier geng ngan budak2 chinese. Tapi kalo dier pandai amik peluang, ini sebenarnyer 1 bonus untuk dier untuk lebih cemerlang sama macam kawan2 dier. Teringat aku zaman2 T6 dulu. Satu2 kawan baik aku pergi.. pegi tinggalkan aku. Depa sume masuk Poly la. masuk Kolej Kesihatan la. Memang sedih. Tapi rupanya, ader hikmah disebaliknya.


Pic atas: Hakim. Ni pun anak Ustazah sekolah aku. Tahun lalu dier ni salu je duduk kat meja mak dier (sebelah aku)- maser tu sek rendah lagi. Tetiba tahun ni ngajo dier pula. dier tak perasan ni.

Pic Bawah: Ni depa minta aku klik2.....hehhe....kenangan katanyer.


Azyzah


Pic atas: Syamil. Candid ni. dier tak tau. Terus mak dier kata anak dier comel....:)
Pic bawah: Syuhada. satu kelas ngan geng yg suka kucing tu, tp dier tak geng ngan Rosy tu.


Pic bawah: Carmeliza.

Amboiii...seriuskan. Candid juga. Mula2 aku masuk kelas depa dulu, aku ni kira garang juga. Maser aku bagi kertas latihan.....aku panggil nama, tiba nama Raziq ( yg duduk sebelah kanan) dier cepat2 amik kertas tu, "sini cikgu, sini". Mula2 tu aku anggap je dier nak tau markah si Raziq tu, tapi kn selalu je dier buat cengitu. kalo aku usik, "kamu ni ader aper2 ke? "(sambil silang jari kelingking: sign bercouple)...."Tak de la cikgu", sambil malu2. si Raziq pula, "manade cikgu, Cameliza tu garang"..... Aku syak je Came ni minat kat si Raziq....hehhehh....amboiiii cikgu kan. ble pula kaci pasang2.....:D




Pic atas: tak ingat nama. comel je.
Pic Bawah: Qayyum. Selalu buat aku membara. setiap kali waktu peralihan kelas, aku salu nampak muka dier kelua kls. Jadi, kalo aku ngaja aku tak bagi dier kelua. sbb aku tau dier dah keluar sebelum aku masuk. Tu yg dier rasa panas je kalo aku masuk. Aku saje, pindahkan dier duduk depan kalo aku ngaja, sbb dier suka berkhayal kalo kat belakang. hehheh.......dgn aku tak yah kelentong la, aku jenis tak makan bodek punyer, sume tu alasan aku maser sekolah dulu2..heheheh


Geng lelaki idaman malaya. Salu tak bawa bahan untuk buat Projek seni. 

Mase ni nak tunggu lonceng balik. aku cakap semua org tak ble buka mulut, kalo bising je, balik lambat dr yg lain. 

candid. dier tak perasan


 Pic atas: Amirul. Candid. Ntah aper yg dier tengah fikir. Mase ni aku relief kls depa n aku edarkan kertas ustazah bagi utk pertandingan tulisan jawi. dier cakap "kenapa ustazah tak masukkan nama saya cikgu". Aku syak dier tgh fikir pasal tu...hehehh


Pic atas: ni geng kelas 1E (sek aku kelas kategori A: bermula dr hurup belakang. Cth Kelas H, kelas kategori A). Maser ni waktu rehat. Aku malas nak naik staffroom, so duduk sini je. sekali budak2 ni nak mintak amik gambo.....aku layan je. yg lain2 tu dtg dr klas lain, Raziq, Arif, Hisyam.

Pic Bawah: Maser tu depa bz buat kapal selam, projek sains.


Ni geng t2. dah abih keje, ble rehat.


Jonesius n Haldy. John ni bagus budaknyer. Bukan warga. Satu hari aku tanya, "ader sesiapa yang ader mangga kat rumah, kalo ader cikgu nak". Esoknyer John ni bawakan aku 3 biji mangga apple muda. Aku tanya, "Jual ke, bagi je? "Bagi je cikgu"...Tq John. Pastu aku pun belanja dier makan aiskrim....:)



Syahmi n Irfan. Elok je Syahmi tengok kamera hp aku. dier ingat aku tengok msg....:D


Masyitah n Danial. Candid. tengah buat latihan geo..

Kusyuk cari jawapan...:)


Macam belakon kan. Tapi ini betul2. drg tak perasan aku amik pic. hehehh....bagus bdk2 ni. rajin.



Malu2 lagi siap tutup muka. Mahal kot


Shahrizan ni dulu suka sangat escape. tapi lama2 dah berubah jd rajin.


Last pic.....

Seb baik drg tak buat tanjuk arnab kat aku...hehheheh.

Ok itu je nak cite.....bye....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...