Wednesday, November 5, 2025

Summer di Japan: Hari terakhir di Tokyo....(Part 10)

31 Mei 2024
Salam & Hi...
Hari terakhir di Tokyo. Cadangnya hari ni nak pegi ke Ueno, tepatnya ke Ameyoko Shopping Street yang juga dikenali dengan nama panjangnya sebagai Ameya Yokocho. Jadi digabungkan jadi AMEYOKO. Comel pula nama tempat ni kan....?"Ameya". Kalo korang ada kawan nama Amera, boleh la korang panggil dia Ameya...😀. Kiter panggil tempat ni Ameya la kan. Comel! Ameya St. ni bermula sebagai pasar gelap paling penting selepas Perang Dunia ke-2. Selepas dirasmikan pada tahun 1946, ia berkembang menjadi salah satu destinasi shopping paling sibuk dan ikonik di Tokyo.

Keihin-Tohoku Line (Line biru muda): Nishi- Nippori St- Ueno St. >>> 
Jalan kaki ke Ameya St.
Kami di hadapan Ueno St. 
Kebetulan ada expo di dalam bangunan Ueno St. 
Masuk ke Area Ameya
Pagi-pagi masih kong lagi kat Ameya ni
Bagaimana Ameyoko dapat nama? Ada 2 teori. Pertama: Dalam bahasa Jepun "Ame" bermaksud gula-gula. Apa pula kaitannya tempat ni dengan gula-gula? Nyambung gak? Nyambung dong.... Di zaman kegemilangannya, kat sini terdapat lambakan kedai gula-gula. Walaupun pada ketika itu gula merupakan bahan komoditi terhad selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2. Teori ke-2: Kat sini terdapat satu lorong yang dinamakan sebagai America Yokocho. Ia terkenal kerana menjual barangan lebihan tentera Amerika. Selain itu banyak juga barangan barat dijual seperti coklat Hershey, pemetik api Zippo dan cermin mata Ray-Ban yang sukar didapati pada ketika itu, tapi boleh dicari di sini.
ABC-Mart ni juga antara kedai yang boleh dikatakan murah juga harga barangan yang dijual. 
Kawan aku pernah dapat winter coat murah kat sini. Cantik...
Seiring berjalannya waktu, Ameya beralih dari pasar gelap kepada destinasi membeli belah yang sah. Peniaga menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan semasa, dari menjual gula-gula dan barangan Amerika, mereka beralih kepada menjual pelbagai produk lain seperti makanan laut segar, makanan kering, kosmetik, pakaian dan barangan am. Pendek kata, apa yang ingin dicari semua ada di sini. Kini Ameya St. mengekalkan suasana pasaran terbuka dan meriah. Terdapat kira-kira 400 kedai dan gerai di sepanjang landasan keretapi antara Ueno St dan Okachimachi St. Kalo datang ke Tokyo jangan lupa singgah ke sini tau. Kalo rajin mencari, memang akan dapat barangan yang murah dan berkualiti. Waktu beroperasi ialah dari jam 10:00 pagi hingga jam 8.00 malam dan banyak peniaga memilih untuk menutup kedai pada hari rabu. Tapi jangan risau, waktu buka dan waktu tutup kedai2 di sini sebenarnya bergantung kepada owner kedai. Tidak ada hari yang mewajibkan untuk Ameya St. menutup operasi sepenuhnya. 
Kedai Magazines yang WAJIB kami pergi jika datang ke Tokyo. 
Beg Anello kat sini boleh dikatakan murah harganya, original dan kadang2 edisi yang dijual di sini tak ada di Malaysia. 
Rambang mata jika kau peminat Anello
Uishhh...bergaya sungguh dia
Yang ini kat kedai lain. Buah delima tu harganya 1000 yen. Bersamaan dengan RM 27 ++. Kalo nak makan jangan convert, beli je. Tapi kalo masih boleh ditahan rasa kepingin tu, tunggu balik Malaysia baru beli 😁
comel....
Kat sini pun banyak restoran, tapi malangnya gak ada tanda halalnya. Tapi memang ada kat area Ameya ni ada gerai makan halal. Biasanya kedai makan Pakistan. Tahun sebelumnya kitorang ada makan kat gerai makan tu tapi mungkin malam je depa buka. 
Akhirnya kami ke Halal Sakura Restoran iaitu restoran yang menghidangkan hidangan tradisional Uzbekistan. Katanya terdapat 7 hidangan Uzbez yang menawarkan rasa dan teksture unik dan menyelerakan. Bagi peminat kambing dan masakan pedas, di sini memang pilihan terbaik. Tapi aku tak makan kambing, 
Pintu masuk ke Halal Sakura Restoran. Cantik bangunannya. Macam kapal..
Ihsan Google: Bangunan Halal Sakura Restoran. Bangunan ini bukan untuk Halal Sakura je ya, tapi ada banyak kedai lain lagi dalam bangunan yang sama. 
Ihsan Google: Ruang dalam restoran. di tingkat 2
Ruang soalat juga disediakan 
Aku makan roti nan celup kari je. Menu lain, aku dah tanya perut. dia kata tak dan nak proses 😀Oh ya satey kambing tu kawan aku punya. Aku bukan peminat kambing, makan sikit secubit ble la...kalo makan bercubit2 tak ble dah.... 
Dah selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Kemana? Ke Asakusa. Saja jalan2....Bersih je kan tempat dorang ni. 
Menuju ke Station train
Icha beli teh, kat kedai teh tu ada aiskrim matcha, kitorang pun beli. 
Depan kedai teh.. Kat sini kami terpisah dengan 3 orang kawan. Depa pegi cari souvernir
Depa ke sini.... dan akhirnya depa balik ke hotel. Kami pula, oleh kerana malam masih muda, kami meneruskan perjalan ke Akihabara. 
Ambil video suasana malam di Tokyo
Ke sini. saja jalan-jalan. Nak tengok mana2 yang masih berkenan di hati. Padahal semalam dah ke sini kan. Hasil rembatan malam ni aku dapat lotion dan perfume. 
Gelap tak pe, janji ada kenangan 😆
Kami bertiga. Selesai kami pun balik ke hotel untuk berkemas2.

1 Jun 2024
Masa untuk balik ke Malaysia. 
Naik train menuju ke Narita airport
otw ke Narita airport
Dah sampai
Di sini kami berpisah gate. Icha, kak T dan Kak Cath akan terbang balik melalui Shanghai- KK. Kami pula transit ke Manila- Kul-KK. Jauh kan perjalanan kami 😁
Kak Cath di Shanghai....

--Tamat--

Bye
Niena T
💓

Monday, November 3, 2025

Summer Di Japan: Tokyo Imperial Palace (Part 9)

 Part 8: Klik Sini...

30 Mei 2024

Hari ke-2 kami di Tokyo. Perjalanan dimulakan pada jam 8 pagi. Seperti semalam kami berjalan kaki dari hotel menuju ke Nishi-Nippori Station. Perjalanan menuju ke Imperial palace mengambil masa kira-kira 30 minit menaiki train (betulkan jika salah)- Yamanote line. Yamanote line adalah salah satu daripada rangkaian pengangkutan yang dikendalikan oleh JR East. Berikut adalah laluan train yang kami naiki menuju ke istana. Bayaran menaiki pengangkutan awam adalah menggunakan suica card.

(Yamanote line: Nishi-Nippori Station- Tokyo Station--> jalan kaki 12 minit menuju ke Istana

Tokyo Station. Cantikkan....? Kat dalam ni ada tempat solat tau. Surau la, kalo tempat kita. Walaupun kecil tapi boleh la, asalkan ada.
Tokyo Imperial Palace (Kōkyo) yang terletak di Chiyoda, Tokyo, adalah kediaman utama para shogun Tokugawa yang memerintah Jepun dari tahun 1603-1867. Mempunyai keluasan sekitar 341 km persegi, di atas tapak lama Istana Edo. Di dalamnya terdapat beberapa bangunan utama termasuk istana, kediaman peribadi keluarga, arkib, muzium dan pejabat pentadbiran. Semasa Era Shogun Tokugawa memerintah Jepun dari tahun 1603-1867, tapak istana pada mulanya merupakan sebuah kubu yang dibina pada tahun 1457 oleh Ota Dokan. Apabila Tokugawa Leyasu mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau memilih  lokasi ini untuk diangkat sebagai pusat pentadbiran Jepun pada tahun 1603. Beliau kemudiannya memperluaskan Istana Edo menjadi kubu paling besar pada zamannya, yang mana ia dikelilingi oleh oleh parit dan tembok batu yang besar bagi tujuan keselamatan. 
Bersama- sama rakan-rakan. Sebenarnya kami duduk berehat sekejap kat sini sebab kepenatan. Heheh... Jauh juga tau jalan kaki ke sini, panas pula tu. Nasib bawa bekal epal...
Dah nampak dah tu ciri2 bangunan istana. Tapi ini bukan istana tau. Ini baru dia punya benteng..
Sejarahnya bermula dengan Istana Edo yang pernah menjadi kediaman Shogun Tokugawa Yoshinobu. Namun pada tahun 1868, Shogun Tokugawa digulingkan dari tampuk pemerintahan melalui pemulihan Meiji dan selepas itu kuasa pemerintahan dikembalikan kepada Maharaja. Selepas Maharaja Meiji naik takhta, baginda kemudiannya memindahkan ibu kota dan empayar Jepun dari Kyoto ke Istana Edo yang kemudiannya diberi penjenamaan semula iaitu Istana Tokei-Jo. Tokugawa Yoshinobu, iaitu Shogun terakhir diarahkan mengosongkan istana dan Maharaja Meiji berpindh masuk ke Istana Edo pada tahun 1868.
Tempat ni luas maka banyak kali berhenti. Ambil gambar sambil makan-makan. 
Yang kat belakang tu pun bukan bangunan istana ya. Aku tak pasti apa tapi mungkin menara pengawal. Eh...ada ke menara pengawal 3 tingkat je? Tapi tak mustahil sebab kawasan ni tinggi. Aku tengah tengok Gegar Vaganza ni, hilang fokus sket....😀
Kalo musim gugur, pasti tempat ni cantik giler....
Sepanjang pemerintahan era Meiji, kebanyakan struktur asal Istana Edo, musnah akibat kebakaran dan gempa bumi. Kemudiannya Maharaja membina semula istana baru dan siap sepenuhnya pada tahun 1888. Setelah menikmati kegemilangan Istana Diraja yang baru selama hampir 57 tahun, malangnya sekali lagi istana era Meiji musnah teruk dalam serangan bom udara Pihak Bersekutu ke atas Tokyo semasa Perang Dunia ke-II. Kemusnahan teruk ini memaksa Maharaja Hirohito, mengumumkan penyerahan Jepun dari tempat perlindungan serangan udara yang terletak di bawah tanah di perkarangan istana. 
Selepas Perang Dunia II berakhir, istana moden yang baru telah dibina semula di tapak yang sama. Pembinaan utama istana (Kyuden) dan kediaman peribadi maharaja telah selesai dibina antara tahun 1964 dan 1968. Bangunan istana moden ini direka bentuk dengan gabungan seni bina Jepun tradisional dengan pengaruh barat yang mana dapat dilihat pada bumbung besar, tiang, dan rasuk. Manakala pengaruh barat dapat dilihat pada ciri-ciri konkrit bertetulang kontemporari.
Kawasan timur istana dinamakan semula sebagai Taman Timur (Higashi-Gyoen) dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1968. Kini Istana Maharaja Tokyo berfungsi sebagai kediaman rasmi dan pejabat bagi Maharaja Jepun dan keluarga diraja. Tidak semua kawasan istana dibuka kepada kunjungan umum. 
Tinggi betul temboknya
Kat Jepun akan selalu jumpa lukisan macam ni kat lantai dijalanan
Depa tak pandai makan rebung agaknya, tinggi dah rebung tu, tak ada siapa amik. 

Sampai sini kami menyerah, tak nak dah pegi sampai tengok istana. Tapi sekarang rasa menyesal pula. Dah sampai kenapa tak pegi je kan. Sekali seumur hidup. Tapi tu la menyesal kemudian dah tak ada gunanya... 😎
Pintu keluar
Kemudian kami balik semula jalan kaki ke Tokyo st. 
Cantik ruang dalam bangunan Tokyo St. ni
Kami sebenarnya nak cari mushola kat dalam ni. Kita kena cari ruang JR East Travel Service Centre. Tak jauh dari pintu ni sebenarnya. ianya terletak di sebelah kiri pintu ni
Ok ni dia office nya. sunyi je, memang tak ada orang pun
Kat pintu tu ada tulis prayer room.
Tempat solatnya kecik je, boleh muat 3 orang kalo badan kecik dan ianya digunakan untuk lelaki dan perempuan. Masa kami sampai ni kebetulan tak ada orang, dah nak balik baru ada orang datang nak solat. 
Kemudian kami naik train menuju ke area big camera, nak cari makan. Ada kedai pakistan halal area ni menurut Cik Goggle. 
Kawan aku tanya kat orang, mana restoran yang kami cari ni, tak jumpa walau tawaf 2,3 kali.
Akibat lapar, tak terambil gambar restoran. Gambar makanan pun tak ada, hanya ini yang ada dalam phone.
Jus mangga
Aku makan roti nan ni. Sedap... memang puas hati. 
Kemudiannya kami ke area Akihabara untuk ke big camera dan Yodobashi Akiba. Kat dalam ni ada macam2 barangan dijual dari barangan rumah, eletronik, kosmetik dan banyak lagi
Bagi peminat katun anime, memang syurga la buat mereka. banyak giler kartun anime dijual di sini
3 gambar ni adalah di Akihabara kecuali handbag tu. Itu beli di Uniqlo
botol jenama Tiger tu tahan panas. kawan aku ader beli 1
Jam Garmin
Suasana malam di hadapan big camera
Dalam perjalanan pulang kai singgah ke Ueno untuk cari makan malam. 
Ueno Station. Dari sini ble terus balik ke hotel 

Rujukan:
https://thepatriots.asia/sejarah-istana-istana-jepun/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Maharaja_Tokyo
https://ms.thebrainchamber.com/the-imperial-palace-in-tokyo-japan/

Bersambung...
bye

Niena
💓

Melancong ke Yunnan: Jade Dragon Snow Mountain, Lijiang (Part 6)

16 September 2025 (Selasa) Sambungan dari Part 5 Salam & Hi Uolls…. Ini la hari yang paling ditunggu-tunggu. Kemuncak pada percutian kam...