21 Dec 2022
Hai...Boleh berkenalan?? 😀 Gambar tak ada kaitan dengan tajuk 🙊 Penulis mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Gerome Panorama, Cappadocia. |
Restoran Nusantara
Sudah berpindah dari lokasi ni.
Warung Nusantara
Merkezefendi, Mevlana Cd. 42/3, 34019 Zeytinburnu/İstanbul, Türkiye
Alamat Baru:
Warung Nusantara
Şehremini, Kerpiçhane Sk. 2A, 34104 Fatih/İstanbul, Türkiye
Kami pun bergerak ke lokasi baru iaitu kena turun di Capa-Sehremini. Kali ni perjalanan menaiki tram hanya la 7 minit je dari Cevizlibag- Aoy. |
Sampai di Capa- Sehremini, pergi ke arah deretan kedai2 di sebelah kiri, sampai sama ambil arah ke sebelah kanan dan jalan lurus sampai jumpa kedai kat bawah ni. |
Ni dia Warung Nusantara. Ia dimiliki oleh Meily Aristia Ozdemir yang berasal dari Pontianak. Meily mengusahakan Restoran ni bersama suaminya iaitu Seyhmus Ozdemir, seorang warga Turki. Menurut ceritanya, Meily yang pernah menjadi sukarelawan semasa tsunami di Aceh dan bekerja di Rumah Sakit Zainal Abidin (RSUDZA), Banda Aceh, bertemu suaminya ketika Ozdemir berada di Jakarta. Wowww..... N, bukan main kau datang sampai interview tuan punya restoran!! Ehhh...bukan, jangan salah sangka. Aku tak jumpa pun Puan Melly ni, aku dapat maklumat ni dari sini: https://aceh.tribunnews.com/2015/11/27/ingat-kampung-makan-di-warung-nusantara-istanbul? . Haa...tak yah wow sangat la... |
Antara menu air yang dijual di Warung Nusantara. Aku ingatkan aku snap menu makanan, rupanya air. Lupa la tu... |
Sementara menunggu makanan sampai... |
Kebanyakan pekerja di Warung Nusantara adalah pelajar2 Indonesia yang belajar di Turki. |
Masih kosong sebab resoran ni baru buka. Kitaorang nak order sate tapi katanya belum disiapkan lagi. |
Dekorasi bercirikan nusantara menghiasi dinding restoran. Sempat sembang dengan pekerja restoran, katanya depa baru je pindah dari Merkezefendi, beberapa bulan yang lalu. |
Menu ringkas macam ni biasanya aku punya. Kat Warung Nusantara ni macam2 makanan Indonesia dia jual. Antaranya ialah Soto Bandung, Sate Madura, Nasi Ala Padang, Nasi goreng dan macam2 lagi. Kalo tak ingat esok masih ada, macam aku nak tapau je 1 menu lagi bawa balik hotel. Tapi mengenangkan perut aku ni tak la besar mana, terus aku beristighfar. Alhamdulillah, lepas tu insaf terus.
Ini map yang menunjukkan kedudukan Masjid Geylani Tekke Cami. Ia terletak di blok sebelah dari Warung Nusantara. Ketika kami keluar dari restoran ni, kami ditegur oleh seorang wanita. |
"Assalamualaikum...."...
"Waalaikumussalam"....
"Dari mana?"
"Dari Sabah"...
"Ohh.. ingatkan tadi orang Brunei, ingat nak tegur tadi tapi tak nak ganggu. Nak kemana lepas ni?"
"Nak pegi Hagia Sophia, tapi nak p solat dulu, katanya ada masjid kat sini?"...
" Aha, kat situ... Jom, saya pun nak ke sana"
Gambar dari Goggle map Masjid Geylani tu terletak di sebelah kedai Cakia Yufka. Yang ada tulis WC tu adalah pintu masuk menuju ke masjid. |
Gambar diambil dari goggle map Tu la halaman masjid. Kalo kat luar biasanya kita nampak simbol WC, bermakna ada tandas. Ya betul la kat masjid ni ada tandas. Ada tempat ambil wudhu yang selesa. Kawan tadi maklumkan kami nanti lepas ambil wudhu, lap kaki dengan kertas ni ya. Kita faham maksud dia, orang luar tak suka basah2 lantai. Kertas tu macam tisu juga, lebih baik daripada tisu sebab dia mudah serap air dan tak mudah koyak. Tak dan amik gambar kat tempat wudhu sebab nak cepat. |
Ruang solat. Kecik je. Lepas solat kita tunggu sampai masuk waktu maghrib...baru kita keluar. Rupanya kami salah masuk, ini ruang untuk lelaki rupanya. Patut la masa orang masuk depa pandang2 je. Sampai la ada seorang lelaki muda memaklumkan kami bahawa tempat solat wanita ada di lantai atas, dia tunjukkan tangga. Kami pun keluar menuju ke atas. Kat atas ni ada 2 orang wanita yang juga menunggu untuk solat maghrib. Kita senyum dan angguk kepala je. Rasanya macam orang Malaysia yang belajar di sana. |
Cantik, bersih dan kemas |
Akhirnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Hagia Sophia..... |
Bersambung....