Wednesday, June 9, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol.2/2016 (Part 14) Tunnel Beach

Tunnel Beach

2 Dec 2016
Hari ke 5
Kami meneruskan perjalanan ke Tunnel Beach pula yang hanya berjarak 8 km dengan memandu selama 11 minit sahaja. Ia terletak di barat daya pusat bandar Dunedin, tepatnya di selatan St. Clair. Pada mulanya aku ingatkan Tunnel Beach ni, dekat dengan tempat parkir macam nak pergi ke Moeraki Boulders tu.....tapi rupanya kena jalan kaki menuruni bukit. Kalo kau pernah pegi Teluk Simpang Mengayau, kau perasan tak kita kena turun bawah, pegi kat tempat batu2 tu? Yang itu masih dikira kacang lagi. Yang ini tinggi giler.....Tapi pada mulanya kitorang rasa macam fit sangat, berlagak tak nak bawa air, lenggang kangkung je bawa kamera. Sekali balik kena mendaki bukit, perghhhhh.....haus giler beb! Kalo kaki hiking, aku rasa korang ok kot dengan ketinggian yang tak seberapa ni 😁
Masih gembira dan ceria memulakan perjalanan turun
Kelihatan Kak Zaleha dan anaknya dibelakang sana
Walaupun rasa macam jauh je nak turun, kau kena juga datang sini, paling tidak sekali seumur hidup. Sebab pemadangan di bawah tu sangat cantik dengan tebing tinggi yang terukir cantik secara semulajadi dek hakisan angin, ada batu membentuk iron man, ada gua....Kenapa Pantai digelar sebagai Pantai Terowong? Ini kerana kat bawah sana terdapat terowong yang dipahat secara manual. Dikatakan pada tahun 1870, John Cargill iaitu anak kepada Kapten William Cargill telah memahat batu untuk membuat laluan menuju ke pantai. Sebelumnya tidak ada laluan lain bagi membolehkan mereka turun ke pantai kerana disekelilingnya hanya ada tebing tinggi. Terowong ini dibina bagi membolehkan keluarga Cargill mandi manda dan bermain di pantai tanpa gangguan dari orang luar. 
Pengunjung tidak digalakkan untuk berenang dipantai kerana agak bahaya, dikatakan anak perempuan Cargill meninggal kerana lemas di sini, namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran cerita tersebut. Bila tengok ombak yang datang begitu kuat menghempas pantai, tidak mustahil ia juga mampu menarik kita ke tengah laut. 
Kelihatan dinding terowong bertekstur kasar kerana dipahat secara manual.
Kak Zaleha dan rakna-rakannya
Anjing laut sedang bersantai di atas batu
Apabila melalui terowong, kita dapat lihat dindingnya bertekstur kasar, bukti ia dipahat secara manual. Pada tahun 1983, Pihak kerajaan menambah baik tangga konkrit pada laluan terowong untuk langkah keselamatan sebelum dibuka pada pengunjung. Terdapat 72 anak tangga konkrit dibina menuju ke pantai, di dalamnya agak redup hanya dibantu dengan cahaya semulajadi. Jika turun kena berhati-hati sebab kalo hujan tangga akan jadi licin, takut kita tergelincir. Pengunjung digalakkan untuk datang ketika air surut, jadi kita boleh berjalan ke pantai. 
Sekumpulan remaja yang turut sama berkunjung ke Tunnel Beach
Perasan tak aku selalu sebut nama Kak Zaleha? Ketika sampai di sini, kami nampak sekumpulan geng-geng Malaysia. Sempat juga kami bertegur sapa dan anak dia tolong ambil gambar kami. Tapi masa tu tak bertanyakan nama, cuma tau mereka datang dari semenanjung je. Beberapa bulan selepas balik dari NZ, aku nampak seseorang post gambar kat group BBM di FB. Nampak macam kenal lokasi dan gambar kakak tu. Aku komen kat gambar dier kata, "Saya macam kenal gambar ni, kita pernah jumpa kan di Tunnel Beach?". Lepastu kitorang sambung sembang kat messenger, baru lah berkenalan, Baru tau nama kakak tu Kak Zaleha 😀Dia kata dorang pergi ramai-ramai tu sebenarnya berkeluarga. Antaranya ada suami dan anaknya, ada kak Hamidah (adik Kak Zaleha) dan ada beberapa orang lagi tapi aku lupa siapa...
Nak balik Dah
Perjalanan balik yang sangat memenatkan. Berhenti banyak kali dan terasa sangat haus....
Berjaya sampai akhirnya.....
Tempat parking kereta di Tunnel Beach

Lanarch castle

Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu ke Lanarch Castle, berjarak 13.6 km, kira-kira 13 minit pemanduan. Walaupun begitu, jalan menuju ke Castle ni sangat la menyeramkan. Jalannya agak berbukit bukau, curam, sempit, lalu ikut tepi tebing tinggi....aduhhhh.....kaki rasa agak mengigil, sampai satu masa rasa nak berhenti tepi jalan dan ganti dengan Z. Maklum la masa tu aku baru 4 bulan bawa kereta auto, sebelum tu bawa manual je. Biasanya aku ganti Z, bila tiba dijalan yang lenggang, bukan di kawasan bandar sebab kalo bandar aku tak berapa nak faham sistem jalan raya depa. Tapi jalan berbukit ni agak menyeramkan aku, pada masa tu....😅 Terpaksa bawa macam siput, tapi akhirnya sampai juga ke castle dengan selamat. 
Credit Photo: https://www.larnachcastle.co.nz
Larnach Castle merupakan istania tiruan yang dibina di Semenanjung Otago, berdekatan dengan perkampungan kecil Pukehiki. Ia dibina oleh seorang usahawan dan ahli politik terkemuka iaitu William Lanarch. Pada tahun 1967, istana ini milik peribadi keluarga Barker dan ia mula dibuka kepada umum sebagai salah satu tarikan pelancong. Jika anda berminat boleh la berkunjung ke website ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan istana ni. Sebenarnya kami tak jadi masuk ke istana ni biarpun sudah sampai ke pintu pagar. Ini kerana bayaran masuk ke istana ni adalah $15, (tadi aku tengok di website harganya adalah $17.50) itupun bukan masuk dalam istana, hanya berlegar di kawasan taman dan perkarangan istana sahaja. Kalo nak masuk istana bayarannya adalah sekitar $34 (itu pada tahun 2016, sekarang dah naik kepada harga $35)...Cuba kau tukar duit Malaysia, jadi berapa???? Sebenarnya kalo nak sangat boleh je, harga tu masih dalam kategori "harga mampu bayar"-  cuma kena "tutup mata" je, tapi memikirkan kami hanya lah pengembara fakir-agak tidak berbaloi untuk melabur duit ke istana tiruan. Githeww.....(ayat penyedap hati....😝). Akhirnya kami kembali turun dan meneruskan perjalanan ke Royal Albatross Centre.

Bersambung....

Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Tunnel_Beach

Tuesday, June 8, 2021

New Zealand: Jom Balik Kampung Vol 2/2016 (Part 13) Dunedin Holiday Park- Dunedin Railway Station

Pagi di Duneddin Holiday Park & Motel
 2 Dec 2016
Hari ke-5
Jarak perjalanan untuk hari ni. 
Hari baru Gaissss......Pagi yang cerah bagai mengalu-alukan perjalanan kami pagi ini. Hari ni rasanya kami santai2 saja, sebab checkpoint terakhir kami hari ni menuju ke Omarama Top 10 Holiday Park, iaitu berjarak 231km sahaja, mengambil masa kira-kira 2 jam 52 minit (3 Jam la kiranya). Selesai urusan Checkout, kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan di perkarangan motel ni. Sunyi sepi. Adakah sebab kami terlalu awal bangun atau kami terlewat sampai orang lain dah keluar?
Motel ni dibuka sepanjang tahun kepada para pengunjung tetapi harga berbeza mengikut musim. Kalo musim panas harga akan naik sebab ramai orang keluar untuk bercuti menikmati musim panas. Kalo musim sejuk pula harga akan turun. Motel ni menawarkan pelbagai jenis penginapan dari motel hingga la kepada cabin. Ini termasuk tapak untuk motorhome. Wifi disediakan secara percuma kepada semua yang menginap di sini. Jangan tak tahu, motel ni antara salah satu holiday park bertaraf 4*. Seperti holiday park yang lain, DHPM juga menyediakan beberapa fasiliti, antaranya ialah dobi, bilik menonton TV, toilet untuk penginap motorhome/ motosikal/ basikal, tapak BBQ dan taman permainan. Kat sini juga ada kedai runcit okehh.....boleh dapatkan barang keperluan seperti makanan/ minuman panas dan lain-lain. Pendek kata kau tak payah keluar ke bandar lagi dah semata-mata nak beli nescafe atau pun jajan. Kalo handphone kau habis data, kau boleh guna telefon awam, juga ada kat sini. Nak pos poscard, peti pos ada disediakan. Konon-konon kau datang sini naik basikal la kan, tiba-tiba hari ni kau malas nak kayuh basikal ke bandar jadi kau boleh naik bas mini. Bus stop tu dekat je dengan pintu gerbang holiday park ni, kau kena jalan kaki 300 meter ja, dah sampai bus stop.
Dunedin merupakan bandar kedua terbesar di South Island, (selepas Christchurch) dan ia adalah bandar utama di wilayah Otago. Ini sekaligus menobatkannya sebagai bandar ke7 berkepadatan penduduk. Data sehingga Jun 2020 menganggarkan seramai 106.200 penduduk di sekitar Dunedin. Kawasan bandar Dunedin terletak di pantai timur tengah Otago, manakala pinggir bandar mengunjur ke lembah dan bukit menuju ke pulau semenanjung Otago, sepanjang pantai Pelabuhan Otago dan Lautan Pasifik. Tapak pelabuhan dan bukit yang ada di sekitar Dunedin merupakan bekas gunung berapi yang sudah mati. Kini, Dunedin membangun dengan sektor ekonomi yang pelbagai, merangkumi industri pembuatan, penerbitan, teknologi dan pelancongan. Namun sumber ekonomi utamanya datang dari sekotor pendidikan tinggi, yang mana di Otago terdapat sebuah Universiti Otago iaitu universiti tertua di NZ dan Politeknik Otago, juga terletak di sini. Ramai pelajar dari beberapa negara menyambung pelajaran ke sini. Dengan adanya 2 pusat pendidikan tinggi di wilayah Otago, secara tidak langsung menyumbang kepada sebahagian besar populasi penduduk di sini. 
Penghijrahan besar-besaran ke NZ, khususnya wilayah Otago bermula sejak tahun 1855, apabila sebuah penempatan Scotland dibangunkan oleh Persatuan Lay dari Gereja Bebas Scotland. Ini ditambah lagi dengan penemuan emas di Gabriel's Gully pada tahun 1861, menimbulkan minat para pelombong emas mencari rezeki di sini. Namun selepas 10 tahun sumber ekonomi berlandaskan perlombongan emas semakin perlahan, tetapi tidak menghalang aktiviti imigrasi ke wilayah Otago. Pertambahan penduduk ini menyebabkan pelbagai jenis perniagaan dibangunkan, sekolah, galeri, muzium dan sebagainya..
Depan bilik kami
Dapat bilik paling hujung. Comel je dier buat pagar guna kayu tu
Satu je yang aku baru tau 😏, rupanya holiday park ni dekat dengan pantai. Katanya bersebelahan je dengan pantai St. Kilda. Kalo tau pagi tu pegi pantai je dulu jalan-jalan...emmhh. Ok dah itu je, jom kita keluar melawat Dunedin Railway Station. 

Dunedin Railway Station.
Dari Holiday Park ni nak ke Stesen Keretapi Dunedin hanyalah mengambil masa 8 minit sahaja. Dekat kan? Stesen keretapi ini merupakan salah satu mercu tanda seni bina yang paling terkenal di Dunedin. Kedudukannya yang berada di pusat bandar, memudahkan untuk pelancong datang berkunjung ke sini. Apa yang menarik pada bangunan yang dibina sejak tahun 1906 ini ialah ia menampilkan senibina  bergaya Flemish Renaissance.  Ia dibina menggunakan batu kapur Oamaru putih dan batu basalt hitam. 
George Troup selaku arkitek bangunan ini cuba menyuntik gaya mewah, megah pada bangunan ini dengan menggunakan jubin porselin Royal Doulton pada lantainya. Sehingga kini pihak kerajaan menitikberatkan aspek pemuliharaan khazanah senibina mereka.  
Besar bangunan ni
Ruang dalam
Stesen ini dibuka kepada orang awam untuk memberi peluang melihat dan menikmati ciri bangsawan hiasan dalaman penuh mewah di zaman Renaissance. Di tingkat bawah bangunan ini menempatkan restoran, manakala di bahagian atas pula menempatkan galeri seni dan sukan. Tidak ada gambar di dalam ruang galeri kerana ianya tidak dibenarkan. Setiap hari Sabtu pula, di bahagian tempat letak kereta akan ditutup untuk memberi laluan kepada Pasar Tani Otago beroperasi. 
bergambar kenangan di platform Stesen keretapi Dunedin
Dalam bangunan stesen keretapi
Pada awal operasinya, stesen ini merupakan antara stesen keretapi yang paling sibuk di South Island. Ia mampu mengendalikan hingga 100 buah keretapi sehari. Turut menawarkan perjalanan penumpang dari Christchurch hingga ke Invercargill, dari Palmerston dan Otago Central sehingga ke pinggir bandar seperti Mosgiel dan Port Chalmers. Ini kerana industri emas, arang batu dan pertanian pada zaman tersebut sangat bergantung kepada pengangkutan keretapi untuk membawa bahan tersebut ke satu-satu tempat. Namun, zaman kegemilangannya merundum hari demi hari apabila berlakunya kemerosotan ekonomi. Kini stesen keretapi ini masih digunakan untuk ke beberapa destinasi dan salah satunya untuk tujuan pelancongan sahaja.
Seterusnya kami berjalan2 santai ke Meridian Mall (MM). Saja nak cari makan kat kedai Turki di GF Food Court di Meridian Mall. Sepanjang jalan Menuju ke MM, terdapat deretan pelbagai kedai jenama dan jualan baju/souvenir ALL BLACKS. Tak ada gambar di MM. Oh ya apa yang aku perasan masuk ke kawasan Dunedin suhu sudah agak panas berbanding di sebelah Twizel hingga ke Queenstown, biarpun pada ketika itu musim panas. Kat sini juga aku mula praktikkan kat tempat awam lepas makan bawa semua sampah masuk dalam tong dan tray ke tempat yang disediakan.  
Harus cari yang paling handsome dan paling tinggi 😆
Bersambung...
sumber:
https://www.newzealand.com/us/feature/dunedin-railway-station/
https://en.wikipedia.org/wiki/Dunedin_railway_station

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...