Wednesday, September 2, 2020

Panggilan Pulau: NusaKuya Resort (Part 2)

21 Ogos 2020

Untuk entry kali ni aku cuma nak berkongsi tentang suasana pagi di NusaKuya. Hari ni kami akan balik ke Pekan Semporna. Hajat di hati ingin sekali bermalam di sini sehari 2, tetapi 
apakan daya sudah penuh ditempah orang. Selepas subuh, kami sabar menanti mentari pagi memunculkan diri. Moment ini tidak boleh dilepaskan begitu saja. Ia perlu dirakam sebagai kenangan..

Rasa macam nak terjun je....😁
Air sangat dalam pagi ni..
Berpagian duduk di balkoni....Mungkin penghuni di resort di depan sana juga sama seperti kami menanti matahari pagi memunculkan diri....Pulau yang kelihatan seperti orang yang sedang berbaring di depan sana ialah Pulau Bohey Dulang
Dari gerigi kayu
Kami keluar dari bilik di awal pagi tu. Kawan aku nak amik life jacket dan pelampung. Aku pula nak amik gambar di sekitar resort. Masih sunyi, barangkali orang masih ingin menikmati waktu pagi yang nyaman, sunyi dengan hanya mendengar bunyi ombak. 

Bilik penginapan yang terdapat di NusaKuya. 
Menuju ke jeti utama. 
NusaKuya Resort ni kecik saja sebenarnya. Hanya 2 ni saja. Jambatan di sebelah kanan akan membawa kita ke restoran. Manakala jambatan di sebelah kiri menempatkan bilik penginapan. Hanya sederet ini saja. Tetapi jangan risau, ibarat kecik-kecik cili padi, walaupun kecik tetap menawan. 
Menuju ke Restoran

Aku suka Idea dorang ni. Bangunan yang tersembunyi di sebalik pepohon. Kalo perasan di sebelah kiri tu pepohon dah tak banyak, tapi dorang bijak menutupinya dengan kayu yang diletak menegak-selari, bertindak sebagai pagar. Dari jauh kelihatan seperti anyaman (kayu yang diikat dengan tali) tetapi bukan, ia tak nampak janggal sama sekali...Kita nampak ia berseni, harmoni dan mempunyai kesatuan. Secara tidak langsung mereka ingin membawa tetamu yang sedang menikmati makanan mengarah pandangan ke laut. Selain untuk makan, tetamu juga boleh melayari internet di sini. 


Lagi bangunan restoran
Bersebelahan dengan Restoran ada disediakan tempat untuk melihat matahari terbenam. Boleh bersantai sambil melihat bot yang lalu lalarang di laut 😄
Port amik gambar 
Nyamannya kalo dapat berbaring di sini, petang-petang sambil melibat bot, ditiup angin petang....boleh tertido dibuatnya 😀
sunset deck dari atas jambatan
sisi lain di sunset deck
snooker
Ada juga makanan ringan dijual di sini. Aku tanya berapa dia jual pepsi, dia kata RM7...terus tak jadi nak beli 😅
💗
Tempat makan
Tempat makan juga
Lagi tempat makan..
Sisi lain tempat makan...😅
Bilik kami NO3 dari kanan
pandangan Bangunan Restoran NusaKuya dari bilik penginapan. Dibina di atas batu karang. Dibelakang restoran menempatkan ruangan dapur dan rumah penginapan bagi pekerja bahagian dapur. Pekerja wanita di tingkat atas lelaki pula di tingkat bawah. 
Lagi gambar batu karang...
Balik ke bilik
Puas amik gambar kami balik ke bilik, tak sabar nak berenang lagi. Tak dan nak amik gambar, cukup la yang semalam punya gambaq berenang. Kita jangan buang masa jam 11 dah kena check out.




Nak tiru la toilet dia ni nanti, macam kat kg.
Nak balik dah, Tengok bumbung koridor dier, buat guna kayu, berseni..
Part lain pula depa letak anyaman pula kat bumbung. 
Tunggu bot sampai...
Pekerja NusaKuya (Baju biru) tu kata kat tempat ni pun boleh berenang. Sesuai untuk kanak-kanak, sebab tempat ni ada macam jaring. Sebenarnya kawasan ni tempat dorang simpan ikan. Kalo berani boleh la berenang dengan sotong dan ikan kerapu 😅









Kos menginap di sini 1 malam: (Harga Promosi)
Triple Room: RM 575
Boat Transfer: RM55 (Per1)
Extra bed: RM 125

Inc. (Breakfast, lunch & Dinner)

Bersambung....

Monday, August 31, 2020

Panggilan Pulau: Nusakuya Resort (Part 1)

MALAYSIAKU MERDEKA!!
MALAYSIA PRIHATIN

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 63
Gigih aku menyiapkan entry ni, agar dapat diabadikan pada tarikh 31 Ogos. 😅

Kenapa aku ke Tawau? 
Ini la sebabnya....Panggilan Pulau. 
Tahun ni macam tak ada harapan untuk aku guna buku merah, jadi kita mulakan dengan cuti-cuti Malaysia dulu. Bermula di Sabahhhh........💙

Perjalanan dari Tawau ke Semporna, sejauh 93 KM, memakan masa kira-kira 1 jam 20 minit dengan pemanduan berhemah rakan kami KM selaku pilot kami hari ni. Tiba di Pekan Semporna, parking kereta berdekatan jeti, kemudian berjalan kaki ke Jeti Umum Pekan Semporna. Dalam risau meninggalkan kereta di tempat awam, aku pasti KM tawakal saja dengan berserah kepada Allah SWT agar kereta itu selamat sehingga kami balik semula ke darat. 
Tiba di pintu masuk Pekan Semporna. Cantik Paly Hotel tu. Ownernya seorang yang "Berani", cuba mencari kelainan dari identiti asal Semporna yang bercirikan lautan. Untuk menarik perhatian masyarakat beliau menggunakan warna kontras hijau-kuning pada bangunan. Tidak cukup dengan itu, beliau letakkan pula kereta volkswagen sebagai penegasan di situ. Perghhhh.....Cuma mungkin beliau perlu menambahbaik lanskap dipersekitaran bangunan
Jeti Umum Pekan Semporna. Kat sini la kami tunggu bot yang bakal membawa kami ke NusaKuya Resort. Agak menyeramkan bila tengok depa selamba tak pakai mask 😅 
Banyak bot berlabuh di sini. Bukan hanya bot pelancong, tetapi juga bot milik masyarakat yang tinggal di pulau berhampiran. 
Bendera Malaysia dan Bendera Sabah kelihatan meriah diletakkan di bot masing-masing
Ini kali ke-3 aku jejak kaki ke pekan Semporna, Tetapi ke Pulau, ini kali pertama. Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar yang terletak di Pantai Timur Sabah. Ia  juga sebenarnya adalah sebuah pulau tapi ramai yang tidak menyedarinya, termasuklah aku 😛 . Pulau Semporna dipisahkan oleh Sungai Pegagau dengan wilayah lain. Oleh itu dibina sebuah jambatan bagi menghubungkan pulau Semporna dengan daratan. Seperti yang kita tahu, Semporna terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik hati pelancong. 

Suasana agak tenang di pagi khamis, di Jeti Semporna
Rata-rata penduduk pulau pasti mempunyai bot sendiri sekurang-kurangnya 1.
Masyarakat sekitar menjalankan urusan harian seperti biasa. Barangan keperluan harian di bawa ke pulau dengan menggunakan bot. 
Menurut sejarah, Pada pertengahan tahun 1887, seorang Gabenor Inggeris bernama W.M Crocker dan rakan-rakannya serta seorang pedagang China bernama Toonah menemui daerah ini. Lalu beliau menamakannya sebagai Semporna. Semporna sebenarnya berasal dari perkataan "Simporna" yang bermaksud "tempat untuk berehat". Namun pada zaman dahulu Semporna lebih dikenali sebagai Tong Talun yang bermaksud "Hujung Hutan" dalam bahasa Bajau. Masyarakat Bajau merupakan kaum terbesar yang mendominasi daerah Semporna. Uniknya kaum Bajau di Semporna dipecahkan lagi kepada beberapa sub etnik. Yang paling besar ialah Bajau Kubang yang mana mereka merupakan penduduk asal daerah Semporna. Yang lain adalah etnik Bajau Ubian, Simunul, Balangingi, Mapun, Jomo Sama dan lain-lain lagi.  
Aku dan rakan-rakan
Agak lama menunggu bot dari NusaKuya. Rasanya dalam 1 jam juga la, diakhirnya baru kami tau rupanya bot mereka rosak. Tak lama tu ada orang maklumkan bot dah sampai dan agak teruja, bersama kami adalah bos Nusakuya. Beliau juga dalam perjalanan menuju ke NusaKuya. Agak ramah orangnya, dalam ceritanya beliau maklumkan NusaKuya itu dibangunkan bersama adiknya. Adiknya mengambil tugas di bahagian pengurusan resort. Manakala beliau lebih kepada pembangunan. Dan pada hari itu beliau membawa beberapa orang tukang kerana mereka dalam rangka menambah fasiliti yang ada di NusaKuya.

Salah seorang daripada mereka adalah boss NusaKuya
KT ceria dan gembira menaiki bot.
Bot bergerak perlahan untuk mengelak batu karang. 
Oleh sebab bot bergerak perlahan, membolehkan aku mengambil gambar perkampungan yang terdapat di persisir laut
Pemandangan yang sangat cantik
Bau laut yang segar
Kanak-kanak bermain air
Akhirnya kami tiba di NusaKuya Resort. Ia merupakan sebuah resort terapung, terletak di lokasi terpencil berdekatan dengan pulau Bum-Bum. Baru sahaja dibuka pada Oktober 2019, namun sambutan sangat mengalakkan daripada pengunjung. Pada mulanya aku membayangkan NusaKuya ni dibina di atas sebuah pulau yang sedikit besar, macam Pulau Mabul atau Pulau Sipadan... ada pasir putih yang kita boleh jalan2 menyusur pantai. Tetapi rupanya bangunan utama yang menempatkan bangunan Restoran dibina di atas batu karang yang membentuk pulau. Sangat kecil sebenarnya. Kemudian dari pulau batu karang tersebut dibinakan jambatan bagi menghubungkan bangunan cafe tadi dengan bilik penginapan. Rekabentuk bilik penginapan juga sangat cantik, direka dan dibina oleh orang tempatan sendiri.
Nampak dalam peta ni macam jauh, tapi sebenarnya perjalanan dari pekan semporna ke NusaKuya mengambil masa hanya 15 minit sekiranya air pasang. 
Kelihatan beberapa resort lain di hadapan NusaKuya. Nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh. 
Seperti biasa kena check suhu dulu dan tuliskan maklumat di buku yang disediakan




Untuk penambahbaikan, pada pendapat aku penyambut tetamu di jeti ni, mungkin perlu memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan resort ni kepada pengunjung yang datang. Contohnya apa yang boleh dan tak boleh dilakukan di sini. Kawasan mana yang dibolehkan pengunjung untuk berenang selain dikawasan bilik penginapan, kat resort ni ada jual udang galah, ketam, sotong fresh yang boleh di jual kepada pengunjung. Kadang-kadang ada orang yang mungkin tak sempat baca review yang ada di FB Nusakuya. Jangan cakap pula malas membaca, mungkin ada la kekangan yang menyebabkan orang tak sempat membaca.

Sampai-sampai aje, terus memonong pegi cafe nak makan. Semua lapar, beg pun ditiggal je di jeti, sampai adik tu kata, tak pe kak nanti kami hantar pegi bilik...😅
Jambatan ni menuju ke Restoran NusaKuya. 
Ketika kami sampai air sangat cetek. Dari atas jambatan boleh nampak tapak sulaiman atas pasir. Boleh nampak juga ikan-ikan kecil berenang riang. Kalo sanggup rasanya boleh je jalan-jalan atas pasir ni tapi cuaca sangat panas. Nanti nampak sangat la pula "kebaruan"😅

Bangunan utama Restoran NusaKuya dibina di atas batu karang.
Ruang Restoran
Bilik
Kebanyakan hotel dan resort di Sabah menawarkan promosi besar-besaran sempena Domestic Tourism yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, tidak terkecuali NusaKuya. Ia berlangsung sehingga 31 Oktober 2020 sebelum pelancong asing dibenarkan masuk ke Malaysia. 
Sekarang NusaKuya tengah buat promosi Gaiss.....
Pakej yang ditawarkan di NusaKuya ialah makan 3x sehari, bot transfer, snorkeling, aktiviti melihat penyu di waktu malam, sunset deck dan bermacam lagi. Dah petang-petang air mula naik...tak sabar-sabar kami nak berenang...😅
Bestnya berenang. kali terakhir aku berenang pada tahun 2018 di Medan 😅




Menikmati senja sambil berenang di laut 

Bersambung.....

Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Semporna

Sunday, August 30, 2020

Bercuti ke Tawau

Hi Gaiss....
Cuti sekolah minggu lalu aku ke Tawau. Cuti 5 hari je beb, tapi gigih kau pegi Tawau. Aku mula cari tiket flight, semua mahal. Jadi pilihan yang aku ada ialah dengan menaiki bas ekspress dari KK-Tawau-KK. Nak murah kan, jadi hadap la 9 jam perjalanan 😁. Tak de hal la kan, aku bantai tido je sepanjang perjalanan. Ada Pro & Cont: kalo naik bas ni, masa terbuang, jimat duit. Naik Flight: Jimat masa, duit terbuang. Dalam situasi aku ni, aku kira tak ada apa aku nak kejar laju sangat di Tawau, jadi aku ok je naik bas. Lagipun cuti sekolah bermula esoknya, jadi ok la kan, 1st day cuti aku dah ada di Tawau.

Balik sekolah aku terus je gerak ke Menumbok. Dari sana naik unser (macam teksi la kiranya), tambang agak mahal Rm30, tapi bergerak lebih awal dari bas dan dia boleh hantar ke destinasi yang kita nak pergi (sekitar KK). Biasanya aku naik bas je kalo nak ke KK, tambang pun murah hanya RM18 sahaja. Cumanya dia lambat bergerak, sebab nak kena tunggu sampai bas penuh. Unser tu hantar sampai Terminal Bas Inanam, tambah RM5 je. Oleh sebab aku sampai agak awal dalam jam 2  lebih macam tu, aku amik bilik Motel Terminal Inn, berdepan dengan terminal bas. Semalam RM38 untuk bilik yang ada kipas sahaja. Tandas share kat luar. Kalo amik bilik aircond, ada tandas dalam bilik RM48 semalam. Saje la amik bilik kan, walaupun bas aku ke Tawau akan bergerak pada jam 7.30 PM. Boleh la buat tempat berehat sekejap. Ada banyak pilihan hotel/ motel berdekatan terminal ni. Pilih je mana suka.


Keselamatan, terjaga inshaallah....Nak masuk pintu ni kena ada kunci baru boleh masuk
Oleh sebab aku jauh di Labuan, pada mulanya aku nak minta abang aku tolong beli tiket bas. Tapi bila aku tanya Pakcik google, rupanya boleh beli tiket melalui online. Nampak macam biasa aje kan, ala beli tiket bas, macam juga beli tiket flight mesti ble beli online. Tapi tak semua tiket pengangkutan awam kita ble beli melalui belian online. Contohnya, tiket feri kenderaan/Penumpang ataupun speedboat Labuan-Menumbok-Labuan tu tak ada jualan online. Semua kena pergi kaunter untuk beli tiket.
Aku beli tiket melalui easybook.
Buka apps easybook, kemudian pilih nak tiket sehala ke atau pergi balik. Since aku memang plan nak naik bas pergi balik, so aku pilih round trip. Lepas tu ruangan from/dari tu aku letak: Terminal Inanam, To/ke: Terminal Sri Indah, Tawau. Pilih Tarikh nak pegi, juga tarikh balik, dan kita boleh pilih tempat duduk yang kita suka. Lepastu klik  "Search for bus"...


Kemudian dia akan keluar paparan seperti gambar di atas. Ada jadual perjalanan bas beserta sekali dengan nama syarikat bas. Tambang bas juga di sertakan, jadi kita pilih mana bas yang kita nak naik. Aku pilih Trans Edar sebab aku memang nak naik bas jam 7.30 pm jadi sampai sana waktu pagi. 

Lepas tu pilih seat yang kita nak, aku pilih no 1, paling depan sekali...sebab senang nak turun. Ruang letak barang kat depan kaki pun agak luas. 


Kemudian isi borang ni, masukkan email yang betul sebab nanti dia akan emailkan pada kita maklumat perjalanan kita.


Dah siap isi borang, bawah sekali paparan untuk bayaran. So semua sekali RM 150.30 termasuk harga insuran. Tapi kalo kita beli guna handphone, ada diskaun lagi. Jadi hari tu aku bayar dalam RM143 sebab guna hp...


Taraaaa......sudah dapat email dari easybook. So sampai di Terminal bas Inanam, pergi je ke office easybook, tunjuk bus order summary ni, kemudian depa akan printkan kita tiket sebenar.
Stesen Bas Kota kinabalu. 
Terminal bas di Kota Kinabalu ada 3:
  1. T. Bas KK Sentral
  2. T. Bas dan Teksi Bandaran
  3. T. Bas Bandaraya Utara (Inanam)
Terminal Bas KK Sentral terletak di pusat bandar KK, berdepan dengan bangunan Wawasan Plaza. Mula dibina pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017. Ia memulakan operasinya pada tahun 2019 yang mengendalikan perkhidmatan bas ekspress dari bandar ke Beaufort, Sipitang, Menumbok, Lawas dan Brunei. 
Terminal bas bandaran, juga terletak di pusat bandar. Mengendalikan perkhidmatan bas ke Keningau, Tenom. Terdapat juga perkhidmatan teksi termasuk (Unser) menuju ke destinasi seperti Beaufort, Sipitang dan menumbok. 

Manakala Terminal bas Inanam atau juga dikenali sebagai Terminal Bas Bandaraya Utara, terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar KK, iaitu 19 minit perjalanan menaiki kereta. Mengendalikan perkhidmatan bas jarak jauh menuju ke timur Sabah seperti Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Akses ke Terminal Inanam boleh dicapai dengan menggunakan teksi atau bas tempatan. Paling mudah ambil grab dengan harga sekitar RM10, akan membawa kita terus ke Terminal Inanam. 


Nak masuk dalam ni kena check suhu dulu....

Waktu siang tak ramai orang lagi

belian tiket bas di kaunter stesen tiket berpusat tu. Nak minta dier print tiket sebenar pun kat situ.

Ini suasana malam semasa nak naik bas. Baru nampak meriah sikit dengan orang ramai. Barang berkotak2 ni sebenarnya barang yang akan dikirim menggunakan perkhidmatan bas. Macam pos la kiranya. Hari tu aku kirim kamera nak p antaq service ke Tawau, tambang barang hanya RM5 sahaja. 
Jadi kalo nak pegi Timur Sabah, jangan salah pilih terminal bas tau. Dengar2 kat Terminal bas Bandaran tu pun ada menawarkan bas ekspress ke timur Sabah, cuma dia ikut jalan belakang iaitu di laluan Kalabakan. Tambang pun lebih murah. Kalo naik dari Terminal Inanam tu dia akan ikot laluan Ranau, so kalo siang tu boleh la nampak gunung Kinabalu.

Ini bas yang aku naik jam 7.30 PM...Rasa teruja sebab dah lama aku tak naik bas dalam perjalanan yang panjang macam ni. 

Dalam Bas
Bosan sorang2, layan snapchat 😅
Seperti yang aku maklumkan di awal tadi, perjalanan ke Tawau mengambil masa 9 jam. Aku nak habaq driver bas tu bawa bas laju giler okehh, aku tengok masih muda dan layan lagu rock kapak. Terbuai aku melayan perasaan. Cewahhhh..... 😅 Tapi aku yakin Allah SWT sentiasa ada dan memberkati perjalanan mereka yang berjuang mencari rezeki di jalan Allah. Dan aku juga meletak kepercayaan pada pengalaman dan kemahiran mereka membawa bas. Bila amik bas jam 7.30 PM akan sampai di Tawau kira-kira dalam jam 4.30 am di Terminal Bas Sri Indah Tawau. Turun kat situ, langsung tak de orang, sunyi sepi....yang ada cuma pekerja bas yang baru nak p mandi. Hehheh......Rupanya aku sorang je turun kat situ, yang lain semua turun di bandar. Aduhh....Tapi sebab aku dah janji dengan kawan, akan amik kat sini. Tak lama tu sampai la Kak Mas jemput aku, balik rumah dia, mandi, solat dah berehat sekejap. tunggu siang sebelum pergi breakfast kat kedai mamak.. 😅

Bersambung.......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...