Saturday, November 9, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Thaweesin Hotspring (Part 21)

22 Dec 2019 (Sabtu) 
Hari ke-12 

UPDATED

Assalamaualaikum & Hi semua…..


Kami semua bangun awal. Paling awal KN la sebab jam 4 am lagi dier dah wsapp kami. Hehehh....Hari ni kami dijadualkan akan ke Chiang Rai. Van akan tunggu kami di depan hostel jam 6.00 pagi. Lepas subuh yang dah siap terus ke luar. 1 kali jengok kat luar belum ada lagi, jengok kali ke-2 dah ada van tu. Nampak macam dier tercari2 orang, betul ke ini orang nyer…entah2 dier tunggu group lain. Driver kami seorang lelaki muda. Sempoi, pakai t-shirt, jeans coklat dan berkasut. Rambut panjang tapi diikat kemas. Sekali pandang macam Mamat Jepun pun ader. 2 kali pandang macam Al-Hambra…..Al-Hambra? Haaa….sape tu??? 3 kali pandang baru macam mamat Thai. Wajahnya Chinese look sikit, nampak agak gengster sikit tapi sweet dan baik hati. Amboiiiii kau….sweet bagai! Dier tak pemarah ok. Then, dalam perjalanan balik ke Chiang Mai tu dier singgah rumah mak dier amik makanan. Wahhhh…….nampak tak, walaupun begitu, tetap ada nilai kekeluargaan dalam dirinya. Dengan Bahasa Inggeris yang agar terbatas dier bagitau dier kena tunggu guide kami. Lama kami duduk dalam van, akhirnya bila jam melepasi 6.30…..seorang lelaki berkot kelabu, bertopi terkocoh2 berlari masuk dalam van. 

Gambar atas: Sementara tunggu si Jet Li, amik gambar hostel pula....tak de keje kan
Gambar bawah: Van yang membawa kami ke Chiang Rai
Gambar sepanjang perjalanan ke Chiang Rai
Dia memperkenalkan dirinya sebagai........eh lupa pula namanya. Payah nak sebut jadi kami panggil dier Jackie. Sesuai dengan tugasnya sebagai tour guide, Jackie seorang yang peramah, suka buat lawak, suka ketawa...Dier minta maaf sebab terlambat bangun, sebab katanya semalam dier balik lambat bawa orang pegi Chiang Rai juga. Untuk memudahkan cerita aku namakan driver kami ni si Jet Li....sebab muka dier iras cina sket......(suka2 je bagi nama kat orang na...😆)
Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Chiang Rai (2)
Thaweesin Hotspring

Ini destinasi pertama kami, iaitu Thaweesin Hotspring. Ia terletak di Mae Chedi Mai, Wiang Pa Pao District, Chiang Rai (Sebelum sampai ke bandar Chiang Rai). Berjarak kira2 69 km dari Chiang Mai, adalah lebih kurang dalam 1 jam 35 minit juga la. Jackie awal2 lagi siap pesan, kita hanya diberi masa 30 minit untuk ke toilet, amik gambar atau nak minum....Tempat ni sebenarnya kecik aje....jadi tak ada masalah walaupun masa yang diberi agak singkat.
Model tak berbayar....😝

Walaupun kawasan ini kecil tetapi ia tetap menarik minat beberapa pengunjung untuk singgah ke sini. Sudah pasti yang menjadi daya penarik itu ialah geiser nya. Geiser adalah sejenis mata air panas yang menyemburkan wap dan air panas ke udara. Begitu la yang akan dapat kita lihat di sini. Ia mampu memancutkan air panas bersuhu sehingga 95*C, kadang kala setinggi 37 meter. Pembentukan geiser ni bergantung pada keadaan hidrogeologi tertentu yang hanya terdapat di beberapa tempat di dunia. Jarang sekali kita boleh jumpa geiser ni, jadi beruntung sangat la masyarakat yang berada di sekitar Chiang Mai. Ada beberapa mata air panas semula jadi di sini, pihak berkuasa telah membina sebuah kolam mengelilingi mata air panas tersebut. 



Akibat suhu air panas yang mencapai sehingga 95*c, maka ramai penjual yang mengambil kesempatan untuk merebus telur yang mana ia diletakkan di dalam bakul kecil yang diperbuat daripada rotan, bagi memudahkan ianya diangkat apabila sudah masak. Telur tersebut akan dijual kepada pengunjung yang datang singgah ke sini. 



Di kawasan ini juga telah di bina sebuah taman dan beberapa deretan kedai. Yang pastinya barangan yang dijual tak lain tak bukan barangan cenderahati, kedai runcit, gerai menjual buah-buahan dan cafe. Kalo rajin buka kasut, boleh juga merendam kaki di kolam air panas. Jangan risau kepanasannya tidak la sampai melecur kaki 😅....panas2 manja githeww.....

Ladang Teh di Singha Park

Destinasi ke-2 ialah ladang teh, tak de signboard. Jackie kata tempat ni memang tak ada dalam itinerary, ini sebagai hadiah kepada kami atas kelewatannya pagi tadi. Konon la.....😅. Tak ada cerita untuk ini, aku belanja gambaq aje la. Tempatnya memang cantik. Hijau saujana mata memandang. Nun jauh di bawah bukit kelihatan sebuah tasih yang dikelilingi oleh pokok teh....



Singha Park

Creadit to:https://www.thaizer.com/tourist-attractions/singha-park-boon-rawd-farm-chiang-rai/


Tempat ni berdekatan je dengan ladang teh. Ya Allah......cantik tempat ni rupanya. Ala2 safari gitu la.....kitorang tak explore tempat ni sebab tak de rancangan pun nak ke sini. Sayang pula rasanya tapi tak pe, hari lain ble pegi lagi....Taman Singha dimiliki oleh Singha Corporation Co.Ltd iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan Singha Beer. Tapi kat sini depa tak de la letak kilang beer tu. Pusing banyak kali pun memang tak kan jumpa. Ia hanyalah sebuah taman yang cantik sesuai untuk tempat bawa anak2 dan keluarga bercuti di sini.

Singha Park sebelum ini dikenali sebagai Boon Rawd Farm iaitu sebuah ladang tanaman barli. Barli ini digunakan untuk menghasilkan bir dan ladang ini pula tidak dibuka kepada orang ramai. Beberapa tahun selepas itu, Boon Rawd iaitu pemilik syarikat tersebut mengambil keputusan untuk mengubah ladang barli ini kepada Projek pelancongan dan seterusnya mula beroperasi pada tahun 2012. Sebahagian besar kawasan ini masih lagi menempatkan ladang barli, buah-buahan dan ladang teh. Kini, Singha Park terkenal dengan pengeluaran teh oolong, pengunjung berpeluang untuk melihat cara penanaman teh, bagaimana daun teh dipilih. Boon Rawd bijak mengabungkan lanskap semulajadi, tasik, padang rumput dengan haiwan dalam sebuah taman untuk menarik ramai pengunjung datang ke sini.

Kawasan yang sangat luas ni menyediakan sewaan basikal dan trem untuk memudahkan pengunjung melawat beberapa zon. Ada ladang teh, barli, mini zoo pun ada. Jangan tak tau ada zebra dan zirafah juga ok.....Jadi jangan lupa datang ke sini tau.


Sebab tak tau kitorang lepak kat sini je.....

Bersambung......

Thursday, October 31, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Selamat Pagi Chiang Mai (Part:20)

21 Dec 2019 (Jumaat)
Hari-21

Aku terjaga bila kak D kejutkan untuk solat subuh. Bangun, cuci gigi, basuh muka, amik wudhu dekat singki di hujung gerabak. Kelihatan si comel pramugara sedang sibuk menyusun katil penumpang, menukarkannya menjadi kerusi dan mengasingkan cadar dan sarung bantal kotor. Sangat cekap, sopan dan menghormati penumpang, sesekali dia melihat hp dan menaip sesuatu....hehheh.... Kami tiba di Chiang Mai kira2 jam 7.00 pagi. Aktiviti masayarakat Chiang Mai sudah pun bermula walaupun pagi masih awal benar.

Sempat pula amik gambaq dengan si comel. Gigih tunggu dier abih keje 😅
Masih di Stesen Keretapi Chiang Mai....
Lagi...perkataan Chiang Mai itu wajib di cari...😝
Di luar perkarangan Stesen Keretapi Chiang Mai. 
Kami dalam tuk2, sumbat ramai2....Nasib tuk2 ni jenis besar. beg semua simpan atas bumbung...
Di Chiang Mai kami akan menginap 3 malam di The Grace House, berjarak kira2 2.8 km dari stesen train tadi, dengan menaiki tuk2 hanya 10 minit perjalanan diperlukan. Tuk2 hanya bergerak santai di pagi hari jumaat itu, jalan yang agak lenggang kerana masih awal pagi lagi. Sambil2 tu kami menikmati udara pagi hari di Chiang Mai.

Chiang Mai merupakan bandar ke-2 terbesar yang terletak nun jauh di utara Thailand. Berjarak kira2 700km di barat laut Bangkok. Chiang Mai dilintasi oleh Sungai Ping, yang merupakan salah satu hulu Sungai Chao Phraya. Sejarah Chiang Mai bermula di bawah pemerintahan  Raja Mengrai pada tahun 1296. Ia dibuka bagi menggantikan Chiang Rai sebagai ibu kota Kerajaan Lannathai. Dengan pembukaan kota baru ini, Raja Mengrai melengkapinya dengan pembinaan tembok kota serta parit yang berbentuk bujur sangkar mengelilingi kota untuk melindunginya dari serangan luar, terutama Kerajaan Burma.
Kak T di hadapan The Grace
Cafe ni kat depan bangunan, rumah kami kat belakang cafe ni je ha....
Papan kenyataan......ramai yang menitip memo sambil pin duit dari negara masing2. Dolar Brunei pun ader tu....
The Grace House tersenarai dalam agoda
Sementara menanti bilik siap, rehat kejap di ruang tamu
Tuan rumah dier p pasar, jadi kena tunggu dier balik...
Ok sambung cite......Apabila Kerajaan Lannathai semakin lemah, Chiang Mai sempat dikuasai oleh kerajaan Burma. Pada tahun 1767, perang antara Kerajaan Burma dan Ayutthaya semakin parah, ramai penduduk Chiang Mai lari meninggalkan tempat sendiri. Akhirnya 7 tahun kemudian Chiang Mai berjaya direbut kembali oleh Raja Taksin yang berjaya mengusir Burma dari Chiang Mai dan kejayaan rampasan semula itu adalah petanda rasmi, Chiang Mai menjadi sebahagian daripada milik Siam. Chiang Mai tumbuh dan berkembang menjadi pusat kebudayaan, ekonomi dan perdagangan serta berfungsi sebagai ibu kota tidak rasmi di utara Thailand dan menjadi kota terpenting di Thailand selapas Bangkok.

Sudah dapat bilik. Sebelah menyebelah je dengan depa yang lain. Bilik ni agak kecil tapi masih selesa dan ada ruang untuk solat. 
Dalam bilik ni ada 2 lagi bilik kecik, 1 toilet, 1 lagi menempatkan singki sahaja. ok juga...boleh juga cuci pakaian, dan jemur kat situ.....dan ianya cepat kering!!
Oleh kerana kedudukan geografi Chiang Mai yang berada di penghujung utara Thailand, maka suhu persekitaran lebih sejuk berbanding kawasan di sebelah selatan. Min suhu sepajang tahun adalah 28* C, Suhu paling panas adalah pada bulan april iaitu 36*C, manakala paling sejuk dicatatkan pada bulan Dec, sehingga mencapai 14*C pada malam hari. Selain kerana suhunya yang agak sejuk dan nyaman, Chiang Mai mucul sebagai salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong kerana nilai budayanya yang masih kekal hingga ke hari ini.

Bila dah dapat bilik kami berehat sekejap, selepas solat jumaat kami menyusur jalan menuju ke muslim street. Pastinya di situ banyak makanan halal di jual.

cantik.....ada gaya Inggeris
Banyak restoran di tepi jalan ni
Israel punya ke??
Orion Bar tak buka lagi. Aku suka part kerusi dier tu.....Tong gas yang diubah suai jadi kerusi. Kreatif!
menjimatkan....


sempoi je, tak geli pun....
Ada banyak kuil lama juga kat Chiang Mai ni, tapi tak pegi sebab kat Ayutthaya dah pegi melawat kuil. Cukup la tu buat penambah ilmu. Oh ya target kami petang ni selain untuk jalan2 cari makan, adalah untuk mencari tour packages ke Chiang Rai esok. Jadi kami skodeng la agent travel yang menawarkan perkhidmatan tour ke Chiang Rai.

Tuan punya syarikat.....
Muka monyok sebab lapar...😝
Sesi perbincangan....
Selesai perbincangan, kami meneruskan perjalanan.....tak lama tu jumpa masjid
Ruang bangunan masjid. 
Kat luar masjid ramai orang jual makanan
Ahernya jumpa kedai makan halal....Yang ini Sophea.....Tengahari tu tak makan kat sini
Makan kat kedai ni....apa nama ye?
Aku terperasan rata2 wanita dan lelaki yang punya gerai makan di Muslim street ni bermata sepet ala2 cina. Bila kita baca sejarah, rupanya Thailand juga mempunyai penduduk Islam. Yang duduk di sebelah utara ni komuniti islamnya berketurunan Cina Hui yang rata2 nya mendiami kawasan bandar. Kebanyakan orang Cina Islam di negara itu tergolong dalam kumpulan yang dipanggil Chin Ho atau Haw dalam bahasa Thai. Namun tidak semua orang Chin Ho itu beragama Islam. Masyarakat Chin Ho merupakan golongan pendatang yang membawa bersama tradisi mereka dan adat masyarakat Hui Islam di China. Salah satu masjid Cina yang terkenal ialah Masjid Baan Haw.

Lepas makan, jalan2 jumpa pula orang jual beg ni tepi jalan. 
Berdepan dengan gerai tepi jalan tu ada ni, Nightbazaar Chiang Mai...KL pg cucuk duit kat ATM, ader benda dier nak beli kat gerai tadi tu...Jadi sementara tu kami turun ke bawah skodeng apa yg ada di sini




Kalo jalan2 di Chiang Mai, pasti akan terperasan banyak nyer kedai massage. Kebanyakan geng kami ni memang suka pg massage. Aku tak suka bukan aper, geli nyer......hehheh! Boleh pilih nak kaki saja atau seluruh badan. Harga pun berbeza, bermula dari 100 baht- 1000 baht perjam. 
Kalo jalan terus akan membawa kita ke masjid....


Aku suka kedai makan Sophia ni, nasi dier berasa....
Sunyi je kan...mungkin malam baru ramai orang
Bangunan rendah2 aje...



antara hotel yang ada di Chiang mai
sape boleh baca?
Parit yang mengelilingi tembok kota
Setelah puas berjalan2, kami kembali semula ke hostel. Rasanya macam tak banyak kami explore bandar Chiang Mai ni......Sebab tak nampak pun tembok kota. Mungkin lain kali perlu pergi lagi. Malam tu kali pergi pasar malam Chiang Mai.....Perghhhh....ramainya umat manusia. Bergerak pun perlahan, jem teruk! Dalam keadaan ni, sempat aku berangan...kalo la aku tinggi macam Mat Salleh, alangkah bagusnya....Kebarangkalian terpisah dari kawan2 pun ader ni. Akhirnya kami mengalah, tak nak teruskan perjalanan sampai ke hujung pasar malam. Semput tak selesa bernafas. Kami menepi mencari jalan pulang. Yang tinggal KL dan suami dier...kami semua balik. S dan Z, sakit kepala depa p naik tuk2 balik hostel. Kami jalan kaki, lepas tu sempat pula singgah kedai makan Sophia, makan malam katanyer. 😂

Esok kena bangun awal sbb trip ke Chiang Rai bermula jam 6 pagi!

Bersambung......

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...