Sunday, April 14, 2019

Dari Selatan ke Utara Thailand: Hallo Hatyai | Part 1

11 Dec 2018
Selasa

Setelah 2 hari meredakan tenaga di KL, sambil2 tu cuci baju yang kotor dulu untuk di bawa ke Thailand pula. Mujur kami menumpang sehari di rumah KD, balik dari Korea hari tu, boleh la dier bawa kami ke laundry. Sempat KD bawa kami p beli kerepek, yang katanya glamour juga kat Banting ni. Tapiiii....oleh sebab aku sakit kepala, aku sekadar tengok tapi tak menghayati barisan kerepek yang ada. Padahal aku memang suka kerepek nak dibawa balik ole2 untuk keluarga. Dalam menahan sakit kepala tu, sempat juga ku rembat 2, 3 bungkus kerepek. Aku ingat sampai di situ je, rupanya KD bawa p kedai kerepek Che Rose.....Nak tak nak aku turun juga, membawa rasa, kot2 tengok kerepek kurang la sakit kepala ni. Aku pusing2, tengok kerepek sukun, rembat 1, sukun ni memang favorite aku ni, lagi2 cucur sukun. Pusing lagi jumpa kerepek bawang, rembat lagi satu....tengkok dah mula berpeluh, sakit kepala mencucuk2, kena duduk ni. Aku bayar dan terus duduk kat luar, sambil hati berdoa, cepat la korang habis membeli, aku dah tak tahan, berpeluh2, rasa nak muntah. Aku nampak KH keluar, lepas tu KD dan Z. Aku meluru masuk dalam kereta, sempat aku cakap KD dan KH yg duduk sebelah aku, "Saya nak baring eh, sakit kepala".... Heheheh.....Bila baring baru lega sikit rasanya, tambah pula duduk dalam kete beraircond. Uhhh...Segar rasanya. Tu la depa menyakat, "Ko ni kan baru seminggu merasa winter, balik Malaysia dah sakit kepala" 😂😂😂

Sempat pula KD ajak kami makan kat  E-1 Patin Tempoyak. Amboii, tengok nama patin terus segar. 😂
OK habis sesi mukadimah.

Aku & Z menumpang A di hotel area KL Sentral. Tak de la menumpang kosong, patak2 bayaq hotel la kan. A baru sampai dari Sabah. Malam baru kami bertiga bertemu di hotel. Siang tu masing2 bawa haluan sendiri, aku lepak kat Jalan TAR. 

Hari yang ditunggu2 sudah tiba. Kami berkumpul diruang menunggu ETS. Tiket ETS, S dah tolong beli awal berharga RM76/=, dan akan bergerak pada jam 7 am. Sengaja amik train awal pagi sbb nak menyempatkan diri dengan train ke Hatyai pula. Oh ya train ETS ni ada 2 jenis iaitu gold dan platinum. Menurut S platinum lebih mahal kira2 RM30, sebab ader beberapa kelebihan, contohnya dier berhenti beberapa stesen saja dan penumpang akan dibekalkan makanan dan minuman ringan. Atas cadangan exstudent S yang bekerja kat sana S beli tiket hok jenih gold saja. Rombongan kali ni seramai 9 orang. 2 daripadanya dah pegi dulu amik train dari Penang- Hatyai. Pagi2 tak sempat breakfast, mujur S memahami, dier bawa bekal nasi goreng dan kuih. Semua dia buat sendiri. Terima kasih moga S murah rezeki.
Tiket ETS
Sarapan nasi goreng. 
Kami semua
Perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar (PB) menaiki ETS mengambil masa kira-kira 5 jam 45 minit. Tiba di PB kira2, 12.45 pm. Perbezaan masa antara Malayis dan Thai ialah kita di Malaysia lambat sejam dari Thailand. Contohnya kita di Malaysia sekarang jam 8 am, depa kat sana dan 9 am. Kaunter tiket train ke Hatyai tutup dan hanya akan buka pada jam 2.30 pm (jam Malaysia). Semua orang mengambil peluang naik ke atas untuk makan2. Kitorang masih kenyang lagi dan lepak di tingkat bawah sambil menunggu kaunter buka. Ini kali ke-2 aku ke Hatyai. Seronok rasanya dapat mengembalikan kenangan 6 tahun yang lalu, juga menaiki train, tapi Senandung Malam. Masa tu kitorang bertolak malam dan beli tiket yang ader katil berharga kira2 RM60++ seingat aku. Sambil menunggu kaunter dibuka sempat kami membeli sim kad DTEC berharga 240 bath/RM30. Agak mahal juga kan. Kalo kat Malaysia kiter boleh dapat dengan harga serendah Rm8-RM10. Tapi puas hati juga sebab line internet dier laju bak hang.

Cop Q paling depan
Menanti kaunter imigrasi buka. 
Dari PB ke Hatyai, kami memilih menaiki Special Train yang dikendalikan oleh Syarikat State Railway Of Thailand (SRT). Masa yang diambil adalah kira-kira 50 minit untuk sampai ke Hatyai. Hanya beroperasi 2 kali sehari iaitu pada jam 8.55 am (Jam Thai)/9.55 am (Jam Malaysia). Manakala sebelah petang pula akan bergerak pada jam 2.40 pm (Jam Thai)/3.40 pm (Jam Malaysia). Sebab tu kitorang sengaja ambil train dr KL jam 7 am tadi, sebabnya nak menyempatkan diri train sebelah petang ke Hatyai. Kaunter tiket train ke Hatyai terletak di nun hujung platform 2, berharga RM7. Kena beli pada hari keberangkatan, tak ble beli awal sehari ke, beli online ke, memang tak dibenarkan. Lepas beli tiket, kena ambil pass masuk, isi dan kemudian baru cop pasport. Pass tak ble hilang nanti balik nak kena pulang pula. Imigresen Malaysia dan Thai ni sebelah menyebelah je. Cop kat Malaysia dulu kemudian pusing ke sebelah cop kat kaunter Imigresen Thailand pula, lepas tu baru ble naik train. 

Tak de orang lagi sebab kami paling awal cop pasport....😂
Sementara tunggu A dan Z yang terlambat masuk sebab depa terkena pegawai Imigrasi Thai yang bad mood....hehheh
Lagi......
Eh ader lagi, ingatkan dah abis.....😂
Ok depa dah masuk
Menanti 50 minit berlalu, masing2 layan perasaan. Aku tidoq je, terbuai2 rasanya dengan angin masuk dari luar. Akhirnya kami tiba di Hatyai. Ramai je orang offer kan tuk2. Tapi Abg Pok kata dekat je, jalan kaki 7 minit sampai ke Grand Plaza Hotel. Jadi kami pun jalan kaki je sambil mengheret beg 😂
Wajib amik gambaq dulu, katanyer....

7 minit pun lelah juga ye. Akhirnya kami tiba di hotel Grand Plaza. Dapat bilik 2 orang sebilik. Bilik besaq gedabak aihh.....Cumaan hotel ni hotel lama, kondisinya agak kurang sihat, tapi masih lumayan selesa kok. #tetibatertukarslangindo.....Jiran sebelah kata rehat dulu, solat, makan, mandi. Malam karang lepas maghrib baru turun, jalan2 cari makan. Lupa amik gambar bilik sebab badan penat, lampu pula malap.

lobi. Ini je sempat amik. Gambar bilik tak de. 
Depan hotel sebelum keluaq g cari makan
Jalan kaki je berpandukan goggle map p Restoran Kelantan. Makanannya kira ok la, tapi belum cukup wow. Ada menu yang dipamerkan tak ada, contohnya minta sambal mangga, dah abis. 
Mencuba makan aiskrim kelapa yang sedap.

Uiiiihhhhh.....masing2 pegang makanan. 
 

Ini WOW.....
Selesai perjalanan hari ini.....Kalo ikut kan hati nak je jalan2 terus kat bawah ni cari makanan, tapi memikirkan esok masih ada, jangan ikut kata hati. Kami pun beransur naik ke bilik.

Perbelanjaan hari ni:

Tiket ETS:  RM 76
Tiket Train Hatyai: Rm 7
Sim Kad DTEC: RM 30 (240 Bath)
Baju 2 Helai: RM 35 (270 Bath)
Makan Restoran Kelantan: RM 10.50 (80 Bath)
Aiskrim Kelapa: RM 6.50 (50 Bath)

Jumlah: RM 165

*Jumlah harga sudah dibundarkan kepada sen paling dekat.

Bersambung.......

Saturday, April 13, 2019

Kembara Jeju-Busan | Part 16: Cuci mata di Night Market (Last Part)

7hb Dec 2018

Puas menjamu mata menikmati pemandangan di Gamcheon Culture Village (GCV) kami kembali ke pangkal jalan ke hotel. Sampai hotel tengok KD n S tak balik lagi. Depa p tempat lain tadi sebab GCV ni depa dah p, kan hari tu depa pg awal 2 hari dari kami. Nikmat rasanya bila dapat rasa suhu panas kat dalam bilik ni. Jiran bilik sebelah kata, malam karang nak p night market, jadi petang ni berehat je dulu. Selesai segala urusan, aku terus masuk bawah selimut dengan harapan moga2 sejuk kat peha ni beransur hilang 😷. Ingatkan bila pakai jeans tu dah cukup halang dari kesejukan masuk ke tulang, aku lupa dier boleh naik dari tapak kaki. Hehhe.....Itu la namanya orang kampung mai negara sejuk. Gitu la kebaruannya.....Dipendekkan cerita, bangun aje.... sejuk tu masih terasa lagi, terpaksa ku hello jiran sebelah pinjam long john KT.....(Muka tak malu pinjam barang orang 🙈), pakai baju tebal 2 lapis + jaket, biar nampak gemuks asal aku tak menderita mengigil. Ceh melampau! Aku ingat angin malam lebih kejam dari siang tadi. Malam ni kami jalan kaki ke Nampodong Street. Uncle kedai runcit tu kata dekat je jalan kaki dalam 10 minit lebih kurang. Jadi kami main redah je berpandukan kepada google map di tangan KC.

Ini barisan kedai di bawah hotel kami
Suasana malam di kota Busan
Kena naik jejantas nak melintas jalan. Takut owwww, nak meredah jalan raya dengan kereta bertali arus. #sambiltanganmerabapoketberisiinsuran 😂
ok turun guna lif, nak terjun tiruk pon ble juga....😝
Gambar ni biasa je kan macam tak de apa yang menarik. Tapi sebenarnya aku nak jepret tangga dier nuhhhh.....Tinggiiiiiii!! Uhhhhh......seram aku!
Bangunan hotel. Cantik

Bila jumpa signboard "Jagalchi Market" maknanya betul dah ni jalan yang kami lalui. Katanya Jagalchi Market ni memang berdekatan je dengan Nampodong Street. Sebenarnya tak ada benda wajib yang nak dibeli, saja la cuci2 mata, tengok2 lampu berwarna warni, tengok warga kota jalan2 di Night market, tengok fesyen depa di kala winter ni, kot la murah ble la rembat 1. Kan...

Barangan makanan kering. Ikan masin pon ader. 
sekali pandang macam nasi kampong (kalo kat tempat kiter panggil beras perang) tapi bukan. 
sape paham tulisan korea? Tengok dari rupa macam rempah ratus.....
"Kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu"...heheheh.....Kura2 dan kawan2nya
 Ok kami dah mula memasuki food street. Pandang aje memang tak masuk. Tapi kalo KC nak masuk kami ok je temankan dier, ble minum kopi.

Malam masih muda, tak ramai lagi orang nak makan. Ke orang Korea memang tak makan malam?? tengok badan depa ni, macam ya je....
sejuk2 ni, kau mampu makan duduk kat luar? 
salah satu kaedah menarik pelanggan, Kuda Belang!
Roti Korea
 Jalan punya jalan, jumpa pula hidupan laut.....

Hallo Ketam
Udang2an.....Kecik la kau ni, tapi kulit lawa flawless jew, tak sampai hati nak makan. 
Ini baru Wow......
 Ini la dier kot Nampadong Street. Luas tak terkata. Ble sesat kalo teralpa.


Topi
Tiba di area BIFF Square (Busan International Film Festival). Setiap tahun akan diadakan festival filem di sini. Kalo nasib baik boleh jumpa artis Korea. Jadi yang minat tu sila pandang kiri kanan ye, kalo jumpa terus tangkap.... Kalo jumpa si Hidayah, kau ajak tak dier berselfie??

Sepanjang jalan akan jumpa tapak tangan artis

segak aihhh.....rasa nak picit!


Sojuk aihhh

Kesian, penat dier berdiri tegak je 24 jam
Kasut 
Meriah dengan lampu berwarna warni.
Kobis 
Sudah mula terasa kemeriahan Hari Krismas
Singgah sini beli barangan Natural Republic. Rambang mata ku murah gilerr. 



Terachun KC beli baju kat sini



Sepa ni? Kitty ke??
Rakanku
Rakanku

Puas menikmati malam, kami pulang. Cari2 Stesen metro tak jumpa, kami tahan teksi je. Tak larat dah nak berjalan kaki. Tapi lepas tu boleh pula singgah p kedai runcit bawah hotel, sebab aku nak memborong seaweed. 

Malam ni adalah malam terakhir kami di Busan. Dilain hari, Busan mungkin aku tak pegi dah (untuk setahun dua akan datang), tapi Jeju ya nak p lagi. Tempat yang cantik, damai, ader tangerin yang manis, tenang, sejuk 😂 (walau aku mengigil dibuatnya)....Tapiiii....tapiii.....tetap tak ble lawan Kampong ku di NZ. 😜Esok seawal 6 pagi kami dah bergerak menyatu dengan warga tempatan menuju ke airport. Besar kenangan dan pengalaman berharga buat 4 rakan kami yang amik flight Busan-Hanoi-Kl. Flight deley, kemudian diberi pilihan tukar flight terus ke KL tanpa melalui Hanoi, Beg pula tak sampai.....banyak citer menarik kalo KD menulis. Jadi sampai di sini saja aku noktahkan cerita kembara kami di Jeju-Busan. 

Terima kasih Daun Keladi kerana sudi membaca atau sekadar singgah tengok gambar kami yang biasa2 je.....😎

Lepas ni Kisah kembara Thailand pula menyusul. 

Bye......

Tamat....

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...