Monday, January 21, 2019

Kembara Jeju: Jeongbang Waterfall & Jusangjeolli Cliff (Part 4)

2 Dec 2018
Ahad

Jeongbang Waterfall

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Air terjun Jeongbang. Kedudukannya dengan Seosokkak tadi tak jauh mana. Kalo ikut waze, hanya dalam 10-15 minit boleh sampai dah ke sini. Dibuka sepanjang tahun dari jam 9.00 am- 7.00 pm. Bayaran masuk bagi dewasa ialah KRW2000, manakala KRW1000 untuk kanak2. Jika datang dalam kumpulan melebihi 10 orang bayaran untuk dewasa ialah KWR 1600, manakala kanak2 ialah KWR600.

Ia Merupakan salah satu daripada 3 air terjun yang terkenal di Jeju. Mempunyai ketinggian 23 meter dan kedudukannya yang berdekatan dengan laut, itu la yang menjadi keunikan tempat ni. Sumber air terjun Jeongbang berpunca daripada sungai Donghun-chun yang sering diperkatakan sebagai air terjun satu2nya di Asia yang airnya jatuh terus ke laut. Namun ramai yang menyangkal kononya air tersebut sebenarnya bukan jatuh terus ke laut tetapi di sebuah teluk kecil yang berada tepat di tepi laut, sebelum airnya mengalir perlahan-lahan ke laut. Walauapapun sangkalan orang ramai tentang hal ini, Air Terjun Jeongbang tetap menawarkan keindahan luar biasa kepada pengunjung, dimana ia menyajikan saujana mata memandang lautan nan luas dan deburan serta percikan air terjun yang menyegarkan. Kalo rasa pagi2 malas nak mandi kat rumah, meh la datang sini, duduk bawah batu sambil menikmati siraman air dari atas sungai Donghun-Chun. Itupun kalo tak malu la, sebab kat sini memang sentiasa ramai orang....😁

Bayaran masuk untuk dewasa ialah 2000 won sahaja.
Dah bayar turun tangga sampai la ke bawah ni....
Kiter datang untuk tengok ni je sebenarnya. 
Batuan di tepi laut
Orang ramai datang berkunjung di pagi ahad.
Kalo pergi tempat yang jadi tumpuan pelancong, mesti ader cerita mitos disebaliknya. Air Terjun Jeongbang ni pun sama. Menurut cerita masyarakat setempat, pada zaman dahulu kala, terdapat seekor naga suci, yang hidup ngam2 dekat air terjun tu jatuh. Lama-kelamaan ia bermastautin dalam air, katanya naga tersebut mampu menyembuhkan penyakit dan mampu memanggil hujan turun di waktu musim kemarau. Gitu la ceritanya......Emmmhh...ramai pula orang. Pelbagai gaya dapat kita lihat. Masing2 mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan air terjun Jeongbang.

1,2,3 senyum.......aik asal si isteri serius je?
Kak senyum sikit
Ehhhhh.....orang Malaysia la!!
Macam ni la, manis....senyum je makcik ni
Mesyuarat keluarga di tepi laut
Sepa depa ni??
Selain dari cite naga tadi ader lagi cite lain. Haaaa.....kalo 1 je cite lagenda mana best, mesti ader 2, 3 baru la dikatakan sejarah. Hehhe...aku kan dulu2nya budak sastera. Cite2 macam ni memang aku amik kira. Nak merapu banyak la katakan....Ok yang ini katanya, satu ketika dulu, Maharaja Jin dari China teringin untuk mengabadikan diri di Gunung Hallasan. Lalu baginda maharaja mengutus seorang hambanya yang bernama Seobul untuk mendapatkan ramuan ajaib yang dapat membuatnya hiduap kekal abadi di Gunung Halla. Walaupun si Seobul ni gagal untuk mendapatkan ramuan tersebut, dia sampai juga di Air terjun Jeongbang. Dalam perjalanannya meninggalkan tempat ni, dia menuliskan sesuatu di sebuah batu, (ngam2 di tebing air terjun ni) "Seobul Gwaji" yang bermaksud ”Seobul pernah ada di sini”. Tapi Korang jangan buat game "mencari tinggalan tulisan seobul" pula...sebab sekarang ni tak de dah tulisan tu. Dah lama kot...terhakis oleh hujan, panas, sejuk dan angin. Cuma yang masih ada di dinding air terjun adalah sebuah tinggalan yang bertuliskan "Seobulgwacha" yang bermaksud "Perjalanan Seobul”.

Skodeng orang dari celah pokok
Yang ini ialah penjual makanan laut. Kalo rasa nak makan seafood fresh dari laut sila la duduk. aku tak pasti macamana cara hidangannya samada dimasak (dibakar) atau makan seperti sushi. kalo kata di bakar, aku tak nampak sebarang kepulan asap. Kalo baca blog orang memang ada sesi membakar. nasib baik aku tak dihalau sebab, ahjuma ni tak suka orang amik gambaq depa.  
Pandangan atas....air terjun tu sebelah kanan gambar
Bila kita nak balik tu, akan jumpa taman....
Siapa tau Pulau apa kat belakang depa ni?
Mercu tanda.....Sape nampak Kak D, angkat tangan.....hehehh
sisi lain pula...
 Jusangjeolli Cliff

Ok jom kiter p destinasi seterusnya. Kita ke Jusangjeolli Cliff pula. Jaraknya 30 minit dari Jeongbang Waterfall ni. Jusangjeolli Cliffs merupakan sebuah kawasan tebingan batu hitam disepanjang pinggir laut, yang kelihatan seperti tiang bersegi 4, silinder, heksagon dan sebagainya yang terletak di pantai timur Jungmun Tourist Resort. Ia kelihatan seolah-olah dibina/diukir oleh manusia, padahal ia terbentuk hasil dari lava basalt gunung berapi.
Kak D beli ikan kering yang dibakar, liat ya ampunnn.....kalo pakai gigi palsu Confirm tanggal!
siput gergasi 
dolphin comel
Beribu tahun lampau, Gunung Hallasan merupakan sebuah gunung berapi aktif. Suatu hari ia meletus dengan kuatnya, lalu mengeluarkan lava panas, yang kemudiannya mengalir ke lautan. Apabila menghampiri laut Jungmun, ia mengalami proses penyejukan mendadak, retak dan kemudian membentuk struktur batu pelbagai bentuk yang sangat besar. Semua aktiviti ini berlaku di dasar laut. Yang paling ketara ialah bentuk tiang heksagon tinggi berdiri menjadi tebingan di sepanjang laut Jungmun.

Berlatar belakangkan tebingan batu yang unik
jambatan yang dibina untuk memudahkan pergerakan para pengunjung
Memancing ikan
Macam asam boi
Tiang seri tegak berdiri
kalo tak baca sejarah mungkin aku terfikir ini bekas tinggalan kerajaan lama.....😂
kapal layar

pandangan dekat
dari atas
batu lava
Batu Berbentuk tiang
Selain dikenali dengan nama Jusangjeolli, tempat ini juga dikenali sebagai Jisatgae Rock, dimana ia diambil sempena nama Jungmun-dong di Seogwipo-si menjadi Jisatse. Dan ia diiktiraf sebagai salah satu antara tebing tertinggi dengan ketinggian 30 - 40m dan 1km lebar?
Pandangna dekat, macam rupa gajah pun ader juga
   
Berjalan terus sehingga ke penghujung jambatan ni akan membawa kita ke sebuah taman khas dibina untuk pengunjung beristirehat setelah lelah berjalan di sepanjang trail tadi. Dari kawasan taman ni kita boleh menikmati pemandangan indah tebingan batu bertiang tinggi sambil berjalan santai menikmati angin laut. Taman yang dijaga rapi dan baik ini, memaparkan pelbagai jenis pokok palma dan bunga yang indah. Dan apa yang menjadi keunikannya di sini ialah dek tinjau pelbagai aras, selari dengan tebing yang membolehkan kita melihat Jusangjeolli Cliff dari pelbagai arah. Kawasan ini sangat luas, dan sentiasa ada aliran pengunjung yang ingin menikmati pemandangan misteri tebingan Jusangjeolli.

ayah dan anak. Sweet je....😘
Arca patung
Pokok palma
depa ngan patung arca
Taman
Lalang jadi idaman
amboiiii...flawless nyer wajah. Aku pun takut nk mengaku....Jangan percaya ye, kulit I tak la licin mana, ader gak grabel 😂
kami
Perut lapar, dan2 kat situ juga buka bekal.....heheheh
Bayaran masuk ke Jusangjeolli adalah 2,000 won untuk orang dewasa dan 1,000 won untuk kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 7:00 pagi. Pada bulan Mac hingga Oktober. Manakala pada bulan November hingga Februari ia dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang.

Bersambung....

Rujukan:

http://korea.panduanwisata.id/korea-selatan-wisata-asia/jeju-korea-selatan/air-terjun-jeongbang-di-mana-air-terjun-ke-laut/

Wednesday, January 9, 2019

Kembara Jeju: Selamat Pagi Jeju.....(Part 3)

2 Dec 2018
Ahad

Selamat pagi Jeju....

Pagi ni kami bersiaran terus dari Jeju Island...😛 Buka je pintu balkoni, angin sejuk dah menyampaikan salam mesra. Perghhh, lain macam dier punya sejuk......seram2, dingin menyapu lembut kulit tipis ku. Siapakah yang menyapa aku dari balik pulau kecil itu? Adakah Sunan, Pahlawan Melayu terbilang itu? atau Maharani dari Pulau Utara?? Gitu aku bermonolog ala2 Novel Cinta Sang Ratu. Aku buka pintu sebab Kak D tengah masak. Nak bagi keluaq bau semerbak. Aku hairan, kenapa sunyi sepi? Bila ingat2 balik rupanya hari ahad. Cuti kot......orang tengah tarik selimut lagi. Siang ni baru aku nampak pemandangan disekitar. Cantik, di belakang tu ader laut, rupanya dekat dengan pantai. Dalam hati berkira2, esok lusa sebelum balik, nak gi jalan kaki la ke pantai sana.

ROL yang tak berapa nak menjadi
Yang ada bumbung putih tu semua pokok limau mandarin/ tangerin (Eh tak sama ye?) yang sedang berbuah lebat dan masak. 
Lagi pemandangan belakang rumah sewa.
Hari ni paling lambat siap ialah Kak D, sebab dier pagi2 akan memasak. Selaku driver kami dier tak risau untuk ketinggalan, sbb kalo lambat pun kete tak kan bergerak kemana-mana. Hehehe....Tak de siapa berani bawa kete selain dier. Kalo kat NZ aku ble lagi, yang ini tak ble sbb drive belah kidal. Dah tu sistem jalan rayanya juga aku tak paham. Apa lagi nak jadi co-pilot. Hanya S yang mampu mengalas tanggungjawab tu. Pasangan serasi adik beradik. Pilot & Co-Pilot. Mantapp....! Pagi tu Uncle tuan rumah tolong kami set kan GPS dan bagi kami cadangan tempat mana yang kena pergi dulu berdasarkan itinerary. Isterinya pula bekalkan kami Tengerin, 1 plastik.....Baiknya la depa ni. Terus berangan nak dapat mentua orang Korea....😝

Soesokkak Estuary (쇠소깍)

Ini la dier tempat pertama yang kami jejaki. Aku baru belajar dari S, (jika guna GPS yang semuanya guna bahasa korea, tak ada BI ye), nak cari tempat kat Korea ni kena masukkan no tel tempat yang bakal dituju. No. Tel. tu kena betul, kalo tak...tah kemana2 GPS tu bawa kiter. Dan....No. Tel yang ada di website sesuatu tempat tu tidak semestinya betul, kadang2 depa tak update. No. lama, jadi tak ble digunapakai sebab kiter tak paham tulisan Korea. Kalo paham tu, lain cerita ye. Jadi Pilihan ke-2 guna Waze. Cuma kalo guna phone ni nampak kecik je, org belakang tak ble tolong tengokkan jalan, kalo co-Pilot terlelap. Tapi kalo guna GPS yang sebesar alam, kami yang duduk belakang pun ble ingatkan pilot......"ok kak, simpang depan sikit masuk kiri"....Gitewww 

Tengok Tengerin tu, tepi jalan pun berbuah. Rasa nak peti je, tapi takut pula nanti kena sumpah.
daun pokok kekuningan
tebingan batu yang berasal dari lava gunung berapi 
Lalang cantik menguasai persekitaran


Muara Soesokkak terletak di kawasan Seogwipo, Pulau Jeju dimana Yeongcheon dan Hyodoncheon Streams bertemu sebelum mengalir ke lautan. Pada asalnya ia dipanggil 'Soedun', yang bermaksud lembu berbaring dan lama kelamaan ia lebih dikenali sebagai 'Soesokkak', dikalangan masyarakat tempatan. 'Soe; bermaksud seekor lembu, manakala 'So' bermaksud 'kolam air' dan 'Kkak' pula bermaksud 'akhir '. Berkunjung ke sini memberi peluang untuk kita melihat pokok2 kayu yang cantik dan tebal serta batuan unik di sekeliling Soesokkak.

Tak nampak orang mandi manda....ohh, sebab sejuk mungkin...😛 Lupa....
Siapakah dia? pemancing, pemantau atau pelancong?
air yang tenang, jernih dan biru
Jambatan dibina agar memudahkan pengunjung bergerak dari satu tempat ke satu tempat
Daun kuning
pokok jenis lain pula
buah hutan
Kemudian kami berjalan kaki menuju ke pantai dimana mengalirnya air dari Soesokkak ke laut lepas. Dari jauh kelihatan rumah api gagah berdiri. Bagi depa yang sangat mencintai K-Pop agak teruja melihat icon Rumah Api. Ini mengingatkan depa pada drama Korea yang pernah ditonton di TV sebelum ini. Masing2 bercerita imbas kembali drama tersebut dimana si polan berlarian bekejaran bersama kekasihnya menuju ke Rumah Api tersebut. Hehehhe.....Entah cite mana satu, sebab aku bukan peminat drama Korea. Untuk aku pula, Rumah Api ni mengingatkan kembali kisah pengembaraan kanak2 dalam novel terjemaahan Enid. Yang mana Orang jahat selalu guna Rumah Api untuk aktiviti hitam mereka. Tengok, betapa terpengaruhnya aku untuk citer tu. Sape penah baca? aku sedang cari buku tu, siapa ada aku nak beli. 

Berjalan santai menikmati angin laut
Kak T, salah seorang peminat Cite Korea, minta dijepretkan gambar kenangan di tepi pantai berlatar belakangkan Rumah Api
Terjumpa sesuatu....
Rupanya dekat Rumah Api tu ader sesuatu yang menarik. Trick Art Photozone! 150 m berjalan kaki. Akhirnya Kak D kembali amik kete kemudian park berdekatan Photozone, yang lain jalan kaki je. Bagus juga jalan kaki ni, bole bakar lemak yang dah menepu. Seperti mana di Soesokkak Estuary, Parking di kawasan Trick Art Photozone juga adalah percuma. Oleh kerana terasa sunyi sepi kami berjalan dengan penuh hemah tanpa membuat bising demi menghormati masyarakat sekitar. Gitewww.....

kami
sepatutnya berdiri kan baru nampak kiter berdiri di tempat yang tinggi.....Emm....Gagal jadi pelakon!
Rumah Api putih di sebalik batu
Rumah Api Merah...Aku tak pasti apa rasionalnya letak Rumah Api lebih dari 1 di tempat yang berhampiran...
kawasan sekitar
ini office depa kot, sunyi sepi je, sbb hari ahad....
macam tak de reaksi langsung orang tu kejar....
Ini baru real
Tingginyer jurang.....
Kami 
Kak T bg makan burung
oppssss.....

Bersambung.....

Monday, January 7, 2019

Kembara Pula Jeju: Part 1

30 Nov- 1 Dec 2018 
Jumaat 

Perjalanan kami ke Jeju bermula hari ni. Aku dan Z dah sampai KL semalam lagi. Biasanya aku memang akan amik flight awal sehari, untuk mengelakkan kekangan yang tak disangka2 berlaku. Labuan ni sukar dijangka, hanya ada MAS dan AA saja yang boleh disandarkan harapan untuk terbang ke Semenanjung. Pilihan aku tetap pada AA, walaupun hanya ada 2 penerbangan ke KL setiap hari. MAS tak payah cakap, mahalllllll.....

Kembara kali ni kami pilih Vietnam Air, KUL-Hanoi-Busan. Busan-Jeju naik JejuAir. Perjalanan dari  KLIA2- Noi Bai International Airport, Hanoi mengambil masa kira2, 3 jam 15 minit. Transit 3 jam kemudiannya berlepas ke Busan. Dipendekkan cerita kami tiba di Busan pada jam 6.10 pagi waktu Korea. Mereput la kami di sini sehingga jam 3.45 pm. Baru la terbang ke Jeju. Kak D dan S yang sudah 4 hari bertandang ke Busan mengkhabarkan, cuaca agak sejuk di Busan, biar pun belum ada rintik salji yang turun. Memang benar apa yang dikata, ketika mereput di airport kami berjalan2 ke luar bangunan, memang angin sejuk menerpa ke wajah kami. Oh ya, oleh kerana nak ke Jeju, kami kena bergerak ke domestic airport Busan. Tak jauh hanya berjalan kaki kira-kira 300m saja menghala ke kanan international airport. Kami turun ke tingkat bawah dan berjalan kaki saja.

Tempoh perjalanan dari Busan ke Jeju mengambil masa 1 jam je. Nampaknya flight JejuAir ni agak selesa. Ruang antara kerusi pun agak luas. Tup2 dah sampai Jeju......Yeahhh..Tak ada apa yang menarik sangat di hari pertama ni. Kami tiba di Pulau Jeju kira2 jam 4.30 petang

Pulau Jeju dari udara
Bergambar dulu....
Untuk kembara Jeju ni kami telah menyewa kereta, untuk memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Bayaran keseluruhan kereta sewa untuk 6 hari ialah RM 1762. Sorang bayaq RM 221 setelah digenapkan. Tempahan itu dibuat daripada orang ke-3, jadi kalo tempah terus dari agent kereta tu mungkin boleh murah lagi. Bila tiba di Jeju, kena naik shuttle bus untuk sampai ke tempat kereta sewa tu, iaitu di Mujigae. Dah selesai urusan Imigresen, kami pun keluar menapak menuju ke shuttle bus. Caranya ialah keluar ikut Gate 3.

Dah jumpa Gate 3, keluaq ikut pintu ni. Kemudian menyeberang jalan pergi ke parking bus. 
Bus yang akan bergerak ke Mujigae berada di tiang No. 8, Petak No. 1. Tu dia kat depan. 
Petak No. 1
Takut salah, tunjuk address pada driver bus. dier kata betul itu bas nya. 
Baru la masukkan beg. 
Aku tak berapa perasan berapa minit masa diambil dari Airport ke Mujigae ni. Sampai2 je, dah remang2 senja.

Office Mujigae, Syarikat sewa kereta tu
Turun dari bas, angkut beg memasing. 
Kak D dan Kak T mengurus di kaunter, sebelum ambil kereta.
Pekerja Mujigae set kan GPS untuk pergi ke rumah sewa kami. 
Rumah sewa kami studio style. Ble la dan agak selesa juga untuk kami 4 orang, 4 lagi rumah sebelah. 
Setelah selesai urusan menilik body kete, amik gambar, video segala bagai, kami pun memulakan perjalanan. Macam agak jauh juga rumah sewa kami dari Mujigae ni. Kira2 1 jam lebih juga la, kan Kak D? 1st time bawa kete di Jeju ni pun perlu ambil kira juga, Kak D bawa kete secara berhemah dan sopan santun, maklum la malam dan pelancong katanyer. 😜..Tiba di rumah sewa tu kami di sambut tuan rumah. Depa tengah makan malam bersama keluarga. Sampai rumah sewa dah gelap gulita, tak dan nak amik gambaq rumah. Entry akan datang aku selit gambaq rumah. Tuan rumah ni sangat baik, dier tengok kami semua gegirl, dier dan anaknyer tolong kami angkat beg naik tingkat 3. Uhhh....berat tu. Kemudian bagi kami beras (tapi untuk malam ni sahaja ye...heheehh), kemudian bagi kami rice cooker berjenama Cuckoo. Malam tu sempat pula masak nasi walaupun kepenatan.....


Jadi kiranya hari ni, satu hari habis masa di perjalanan sahaja. Kembara kami bermula 2hb sebenarnya......Jumpa lagi untuk hari esok yang menyeronokkan.....😍

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...