Tuesday, September 30, 2014

Traveloge Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (8) Bersendirian ke Suzhou

2 Jun 2014
Selasa

Assalamualaikum & Hi.....:)
Kalo ikut Itinerary, hari ni kami akan ke Suzhou. Pergi ari je. Semalam dah bincang ngan depa 2 org, tapi depa rasa keberatan nak p, sbb kurangnyer maklumat. Perkhidmatan metro kurang, aku ingat mcm 2 line je baru siap. Iti yang aku buat ni pun naik bas, jadi depa kurang yakin. Okey, tak ble paksa2 orang tau. Berbekalkan sedikit keyakinan, aku putuskan utk pergi sendiri melawat kampung halaman nenek moyang aku......wahahhahah.....

Nape aku teringin sangat nak p Suzhou? Sebab Suzhou merupakan satu wilayah lain. Katanyer lebih sejuk berbanding Shanghai. Wujud sejak 2000 tahun lampau sekaligus mengangkat Suzhou menjadi salah sebuah bandar tertua yang terbentang bersebelahan Sungai Yangtze. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan tenunan sutera sejak abad ke 10, apabila terusan besar yang menghubungkan delta Sungai Yangtze dengan Beijing di buka. Ader banyak taman di sini yang kebanyakannya berkonsepkan taman air. Aku study sket2 dgn buat rujukan dalam blog orang yang penah p Suzhou. Aku cuba fahamkan setiap perjalanan depa. Terima kasih pada Ved (sahabat FB) yang sentiasa sudi menjawab soalan saya dan blogger Supermeng Malaya. Saya banyak ikut perjalanan awak...:) Seboleh mungkin aku cuba elakkan naik teksi. takut juga sbb sorang. kalo naik bas, ader cctv, agak selamat sket. 

Kami keluar sama2 dari hostel. Sampai di Beixinjing exit 5, kami berpisah haluan. Depa bercadang untuk round bandaraya Shanghai. Aku pula dari Beixinjing, terus ke Hongqiao Railway Station. 1st time aku sampai sini, perghhhh....besar giler bangunan ni. Puas aku tawaf dari hujung bangunan ke hujung bangunan nak cari gate 29, dimana terletaknya waiting room untuk ke Suzhou. Alih2 belakang kaunter tiket tu je....Lol! Buat penat aku je. Kalo ikutkan, sepatutnyer kena beli tiket ni awal, semalam lagi, baru dapat tiket awal pagi. Tapi tak pe, bak kata orang belajaq dari pengalaman. Aku dapat tiket jam 9.04 am, tapi tak de seat. Arghhhh.....belasah je la. Yang penting sampai awal ke Suzhou. Aper la sangat berdiri 20 minit. Menurut pembacaan aku, perjalanan ke Suzhou mengambil masa 25 minit. Tapi macam aku rasa agak lama juga aku berdiri. Oohhh...mungkin sebab aku beli tiket train jenis D bukan G. G: untuk train paling laju, katanya. D: sederhana laju. Ntah, design macam sama je. Mungkin bezanya cuma pada kelajuan Train.

Tiket train dari Shanghai-Suzhou. Harga tiket Y25.50. Kalo naik G train lagi mahal dan lagi laju. :). 04: gerabak train. Sepatutnya, sebelah no gerabak tu ader no tempat duduk, tp sbb aku beli ni dah takde tempat duduk, so kosong la kat situ. No. 29: pintu masuk menuju ke bilik menunggu train. Jangan salah masuk gate pula, kang tpegi tempat lain pula.
Nampak tak tulisan China kat belakang tiket tu? hehehhe....Aku minta tolong translate miss kat kaunter  hostel td. Aper2 hal ble tunjuk buku tu je. Cedok idea Supermeng...:D. Oleh kerana aku beli tiket train jenis D, maka perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit kalo tak silap. Penat juga la kaki, tp ramai je yg berdiri macam aku.... Pemandangan sepanjang perjalanan ke Suzhou....

Landasan keretapi.....perghhhh....part ni aku tabik. antara negara termaju dalam bab2 keretapi. patut la jalan raya depa lenggang je....
nampak?? deretan keretapi sedang berehat menanti giliran untuk berlepas. cewahhhh....berlepas tu...:D

pondok berkebun. macam kat tempat kiter jugak.
padi nan luas. Eh padi ke? ntah2 gandum.
Train berhenti di stesen yang pertama. aku tanya kat wanita yang sama2 berdiri dgn aku dgn menunjuk ke arah tiket. Suzhou? dier geleng kepala. Ok maksudnya bukan. Yang aku perasan 2 stesen train ni berhenti, baru sampai ke Suzhou iaitu Suzhou North Railway Station. Benda pertama yang aku buat ialah beli tiket balik ke Shanghai petang nanti. Kang tak beli kang, terpaksa pula tdo di Suzhou. Dah lari bajet kat situ. Jom cari kaunter tiket. Letaknyer di hujung sana. Ok, lariiiii......Opppssss.....Oh ya di sini juga ader stesen metro menghubungkan ke mana2 destinasi berhampiran. Cuma 2 line yang baru siap. Sama juga macam kat Hangzhou.

Signboard betulisan rumi, memudahkan kefahamanku yang buta tulisan mandarin
Ramainyerrrr...:( byk masa aku terbuang di sini...
Dah dapat tiket Suzhou- Shanghai. Dapat G Train. Harga: Y39.50, dan dapat seat. Sengaja aku amik tiket jam 3, sbb aku jangkakan sebelum gelap aku kena sampai ke Shanghai. Kalo siang mata aku senang kenal jalan berbanding malam. 


Aku amik masa sket untuk amik gambar sekitar Suzhou North Railway Station (SNRS) Risau gak takut salah. Tapi dah tengok2 lebih kurang, okey.....sama macam dalam gambaq Supermeng. :D


Bangunan Suzhou North Railway Station


Mengikut perancangan, (errrr......sebenarnyer ikut perjalanan Supermeng. ;D) sepatutnya aku pegi ke Tongi, kemudian balik semula ke SNRS, naik metro ke masjid. balik semula ke SNRS, kemudian baru ke Humble Administrator's Garden. Tapi bila fikir2 balik perjalanan ke Tongi memakan masa 40 minit naik bas. Jalan2 di Tongi amik masa 1 jam juga, emm....macam tak cukup masa. sekarang dah jam 11. Maka aku amik keputusan untuk terus ke Humble Garden. Bangunan SNRS ni diapit oleh bangunan stesen bas di kiri dan kanannya. Di bangunan sebelah kiri stesen bas untuk ke lokasiyang jauh2. Manakala bangunan sebelah kanan pula stesen bas untuk berpergian di sekitar bandar Suzhou. Seperti kata Supermeng, Untuk ke Humble Garden, kena pergi ke bangunan sebelah kanan, dan cari bas No 1.

bangunan sebelah kiri tu station bus long distance

yang belah kanan ni pula station bus around Suzhou.
Aku jumpa bas No. 1 ni. Alhamdulillah senangnya nak cari. so tunggu la. tapi lamanya nak tunggu tak gerak2 juga, akhirnya aku tanya seorang amoi, dier pun nak naik bas no 1, tapi tak tau dia nak ke mana. Oleh kerana amoi ni pandai cakap Cina, dia pun tanya kat Makcik yg ader kat situ. Oh, rupanya bas ni memang tak kan bergerak sebab yang ni bas yang tengah menunggu giliran beroperasi. Amoi tu suh aku ikut dier...aku pun mengekor.....
Ni la si amoi tu. 
Rupanya kalo lalu ikut depan, setiap tiang tu di lekatkan no setiap bas. jadi senang nak tengok. Amoi ni pergi ke tengah bangunan di mana letaknya bas no 1. Dia lalu jalan belakang ni. Tak lama menunggu bas pun bergerak. aku tunjuk nama Humble Garden dalam tulisan mandarin. Pemandu bas angguk kepala. aku tanya berapa tambang, dia tunjuk 2 jari, maknanya Y2. Duduk di kerusi depan supaya senang nak tanya pada pemandu bas bila sampai ke destinasi.

                           Destinasi               : Humble Administrator Garden, Suzhou
                           Alamat                  : 178 Dongbei Street, Suzhou, Jiangsu, 215001
                           Bayaran Masuk     : 50 Yuan/ticket (Musim panas & Sejuk)/ 1 Mac- 31 Mei & 
                                                           1 Sept- 30 Nov
                                                           70 Yuan (Musim Bunga & Luruh)/ 1 Jun- 31 Ogos &                                                                              1 Dis-30 April 
                          Masa Beroperasi      : 7.30 am- 5.30 pm ( Isnin-ahad)


ha ni yang aku cakap tadi. kalo dari depan bangunan setiap tiang ni ader no bas. aku paham no 1. tu je...
laaaa....rupanya ader kat situ tulis tambang Y2. aku tak nampak. hehheh....ok ader kamera juga, agak selamat.
Bila sampai pemandu tu tunjuk kedudukan The Humble di sebelah kiri bas.. Dia turunkan di bus stop di sebelah kanan ni. Maknanya aku kena menyeberang jalan.

Aku turun kat sini. dari sini menyeberang jalan ke sebelah deretan kedai tu. sampai sana ambik arah kiri. 

ader zebra cross kat sini, ikut je
Ok dah sampai ke seberang sini, kat deretan kedai ni, amik arah kiri jalan terus sampai nampak signboard yang menunjukkan arah HAG

Ni dier signboard tu.  Ikut je arahan. nampak wanita berabut panjang tu. kat situ simpang menuju ke HAG. Ok belok kanan, jalan terus sampai la ke taman.


gambar di bawah merupakan lorong sebelum sampai ke taman yang terletak di hujung sana.




sepanjang lorong ader gerai menjual kraftangan
Sebenarnya, Humble Garden (HAG) ni bersebelahan dengan Muzium Suzhou. Aku bercadang untuk pergi ke HGA dulu sebab dier lebih jauh, lagipun ramai orang Q masuk ke muzium Suzhou. Jadi nanti je aku singgah.

jualan kraf
macam sedap je bun tu, rasa nak makan tapi takut gigi patah

Kaunter tiket. Harga tiket Y50.pintu masuk di sebelah kanan.

pintu masuk

Bila masuk nampak ni dulu.


Humble Administrator's Garden (HAG) atau dalam bahasa mandarin Zhuo Zheng Yuan,  mula di bina pada tahun 1509, semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644). Pada asalnya ia merupakan kawasan rumah peribadi seorang bekas kakitangan kerajaan iaitu Wang Xianchen. Selepas bersara, Wang melakukan kerja-kerja berkebun seperti menanam pokok dan sayur-sayuran di sini. Banyak bangunan klasik yang masih dikekalkan dan kebanyakannya kita boleh lihat di tepi tasik. 40% daripada keluasan taman ini dimonopoli oleh tasik buatan dan air merupakan elemen utama selain landskap semula jadi termasuk hutan kecil, bukit dan pembentukan batu2 unik.




bilik taklimat. kalo ikut agent ble la masuk sini.
bunga teratai tumbuh segar di dalam tasik.
Reka bentuk taman dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian timur, tengah dan barat. Bahagian tengah merupakan bahagian yang paling penting dalam taman dengan bukit yang melatari taman, Kolam yang memukau, bangunan/ rumah berciri klasik yang cantik, pokok-pokok dan bunga. Bahagian barat telah didirikan berdekatan tasik dan terdiri daripada Dewan yang Tiga puluh Enam Itik Mandarin dan Dewan Lapan belas camellia, dihiasi dengan perabot purba, lukisan yang menarik dan calligraphies khas. Bahagian timur mempunyai astaka yang dipisahkan oleh bukit-bukau yang menghijau dengan pokok-pokok pain, buluh, pulau dikelilingi oleh anak sungai berliku-liku dan bunga.



Jom layan gambar...

Model bangunan klasik

Antara sudut menarik di celah2 muzium dalam HAG

Aku tersesat dalam bangunan muzium ni. pusing2, balik2 pegi tempat yang sama. 



lanskap yang cantik lagi mendamaikan

pagoda

cantik pokok tu

duduk di sini sambil makan maggie goreng kan sedap. 

lagi sudut menarik

para pelancong




frame

model taman 1

model taman dr sudut berbeza

Tong sampah pun cantik....cemana ni??

Model keseluruhan The Humble Garden

teringat citer kungfu panda..:)

lorong sunyi



Batu unik yang melatari persekiaran Taman.

teratai layu di tasik madu

tenang

mendamaikan

menyegarkan

rekabentuk klasik

mengasyikkan

1: menarik

2: duduk pula




Penat dah...aher sekali aku p jengok singgahsana maharaja. Yang ini tak sah kalo tak p, ibarat tak cukup perisa dalam masakan.

Serba kuning sudah pasti.
berganding warna si merah saga. 
Dari jauh ku dihembus aura seri
adakah ia dari si Maharaja 


Dalam ni yang ader singgahsana tu
Taraaaaaa........Ini dia. Tak tau sape. King agaknyer.....ensem ble tahan :)
Uhhhh.....banyaknyer gambar. Akibat terpesona aku menghabiskan masa 1 jam lebih bersiar2 di HAG. Selepas ni aku akan singgah ke Muzium Suzhou...


Bersambung..........

**Rujukan:

travelchinaguide.com
Ved Vedder
Supermeng.blogspot.com
Mymee.blogspot.com

Thursday, September 25, 2014

Travelogue Hangzhou-Shanghai-Suzhou: (7) Dari Qibao ke Yuyuan Garden



Mak aihhhhh......lamanya terperam. Ari ni September, nak masuk Oktober dah pun....Bz + Malas..:D!!! ujung2 kang lupa segala macam jalan citer. Bukan apa, external aku hilang, tak ingat letak kat mana tapi dah cari kat rmh, kat opis...pun tak jumpa. emm...org dah pow kot. Kecewa sgt sampai tak de mood nak menulis. Org kata bukan rezeki, redha dalam keterpaksaan. Nasib baik dlm kamera ader lagi. selamat! Ok...Ok....jom kiter memaksa merajinkan diri.

Entry yang sebelumnya, kami berada di Qibao Old Town (QOT). Masih hari yang sama Isnin: 2 Jun 2014. Setengah hari di QOT, kami meneruskan perjalanan ke Yuyuan Garden. Jam sudah menginjak ke tengahari. Kami memutuskan untuk singgah dulu ke Masjid Fuyok sebelum menelusuri Yuyuan Garden, lambang cinta & kasih sayang....Seperti mana besarnya cinta Sah Jehan kepada Mumtaz, sehingga beliau nekad memutuskan membina Taj Mahal untuk dihadiahkan kepada cinta hatinya. Tapi....Yuyuan Garden? ekspresi cinta dan sayang kepada siapa???? Aku kah??? atau Saloma??? wahahahh.......terlajak perasan jadi Ratu! Nanti kiter cite.. ;)

Pejabat besar Hyundai
Sebenarnya Masjid Fuyok, Yuyuan Garden & The Bund ni kedudukannya berhampiran, cuma kena pandai cari arah dan dari Qibao ke Yuyuan Garden ni, ader banyak line yg link dgn line 10 (ke Yuyuan Garden), terpulang pada kiter nak yang jalan jauh tapi tambang mahal, jalan dekat tp banyak kali tukar line, nak mengelak kesesakan, atau nak redah juga kesesakan dengan harapan dapat cuci mata tengok mamat hensem. Wahahha...... Ok tak kelakar la nanie... ;D!! Oleh kerana kami nak mengelak kesesakan di Century Avenue & East Nanjing Road, maka kami memilih untuk turun di Yishan Road. Dari situ pindah ke line 3, untuk ke Hongqiao Road. Sampai Hongqiao pindah line 10 untuk ke Yuyuan Garden. Uhhh...begini rupanya. Bila sampai di (stesen) Hongqiao, punya la jauh nak menapak dari line 3 ke line 10. Ingatkan dalam 1 bangunan je tp berlainan aras, rupanya kena keluar bangunan ke bangunan yg satu lagi....perghh.....tp aku rasa sebab depa masih lagi dalam proses pembinaan, itu yg terpaksa berjalan jauh dr satu tempat ke satu tempat. Sebenarnyer tak la jauh mana pun, tapi bila memikirkan stamina harus dikekalkan diparas yang memberangsangkan kerana lepas ni kena gunakan kudrat kaki melangkah mencari lokasi Yuyuan Garden dan The Bund (kalo sempat), maka sempat la merungut jauh, jauh, jauh....padahal tempat tu kat sebelah je pon.....:D!

**Line 9: Qibao- Yishan Rd (tukar line 3)- Hongqiao Rd (tukar line 10)- Yuyuan Garden--> Exit 3
* Exit 3 ni sebab kami nak ke masjid Fuyok, dari sini lagi dekat. so kalo nak ke Yuyuan Garden lagi dekat kalo keluar ikut pintu 1. 

dari sini (depan Stesen yuyuan Garden exit 3), dah nampak dah masjid tu. terletak di seberang jalan di sebelah sana. Kubah Hijau yang ditanda anak panah itu la Masjid Fuyok.
Ok, keluar dr stesen Yuyuan ikut pintu 3, jalan terus ke depan dalam beberapa ela, sampai jumpa traffic light di sebelah kiri.


Ni la dier traffic light tu. Dari sini menyeberang jalan. Sampai sebelah sana, ambil arah kiri. Jalan terus sampai ke hujung persimpangan 1. 
Aduhhhh...jumpa la pula tempat strategik ni. Benti dulu, posing! Masa ni ramai giler org lalu lalang, tapi tak malu la, kiter kan pelancong. depa pun sporting, dier bg kami klik2 dulu baru dier melintas. Bagus. Aku suka. :D

Ok dah tiba di persimpangan jalan yang dimaksudkan, berhenti. ambil arah kanan. jalan terus sampai ke masjid.

Taraaaaaaa......sudah sampey! depan masjid ni ader orang jual kuih dan kelapa. tapi tak beli kelapa tu sbb dah tau rasanyer tak sedap. Gambar ni macam aku potong then jahit kan......uishhhh, no...no...no.... Ni gambar ori, tak mau cilok2. dinding masjid ni memang warna putih then setting kamera aku terlebih exposure, jd la macam di tampal.....:)
Masa ni, Masjid Fuyok dalam proses membaik pulih, tapi masih boleh digunakan. Kat depan Masjid ni kami jumpa 1 keluarga yang datang dari Malaysia, sedang membeli kuih, sempat bertegur sapa. Rupanya yang si jejaka tampan tu anak sedara kepada aunty n uncle tu. Menurutnya dier bekerja dengan shell di Shanghai, sudah setahun di situ. Katanya hari tersebut merupakan cuti umum di Shanghai. Ohhhhh....patut la ramai giler orang. Sempat juga si jejaka memberitahu di mana tempat yang murah untuk shopping. Nampaknyer depa bawa bungkusan makanan. Kak Hasnah tanya kat mana depa beli. dekat ajer rupanya dr Masjid tu. Ok jom masuk. Tempat wudhu bagi perempuan di tingkat atas, manakala untuk lelaki di tingkat bawah saja.

tempat wudhu. dalam ni ader tandas dan ader tempat mandi. Air dier punya la sejuk....mengiggil2. tapi paip dier unik kan...hehheh
Tempat solat pula di tingkat bawah. Bersebelahan aje dengan tempat solat lelaki cuma di pisahkan oleh tirai. (Untuk masa kami pegi tu la, tak tau kalo dah siap sepenuhnya mungkin bilik solat wanita di tempat lain, mungkin di tingkat atas). Aku tak de snap gambar dalam masjid sebab ader keluarga dr Malaysia tu juga di situ tengah solat, kang ambik gambo, rasa macam kuang hajo la pula. tak sopan la pendek citer. Dah selesai, perut terasa lapar. Jom cari makan..jejaka tampan td tu kata, dari masjid ni, ambil arah kanan jalan terus sampai di persimpangan/ hujung bangunan. Sampai persimpangan ni, berhenti. Pandang kanan. Akan nampak deretan gerai makan. kat celah2 deretan gerai ni ader gerai makan muslim.

Ni dier persimpangan tu. sepanjang lorong ni ader banyak gerai makan. Yang halal cuma 1 ni je. mula2 ingat nak duduk situ tapi tak jadi sbb nampak macam tak begitu selesa, so tapau je n cari port yang menarik untuk makan nanti. 


Tok Aji masak Mie kat situ je......aku macam biasa order nasi . dah selesai tapau makanan kami cari port menarik untuk makan.


Akhirnyer kami memilih makan di sini. Cantik rumpun buluh ni. Ko rasa nape dier buat ni?? dapat hadiah kalo jawapan betul...:) Masa ni memang ramai org dok lepak kat sini. Tengah sedap menikmati makanan tetiba apek kat sebelah ni buang kahak. adoiiiiiiii laa.....der, ko tak nampak ke kami tgh makan niiii??? aiyaaaa......terus selera terbantut. Masing2 bungkus balik makanan. Buang dalam tong sampah. Bangun dan berlalu pergi....Uhuk...uhuk...uhuk. Sepanjang aku berpergian ke China ni, satu yang aku nampak dan melekat dlm minda, mereka kurang menitik beratkan aspek kesantunan. Kat Malaysia ni aku tak penah lagi jumpa orang beludah dlm restoran. kalo ader, mau nyer tak kena sekeh kepala. kat sini aku jumpa, bukan di shanghai la tp kat Shenzhen. Ble je sebenarnyer nak berludah ke aper tapi bangun la n pegi jauh sket dr tempat org makan. itu pun nak kena bagitau ke? aiyaaaaa........

melarikan diri dari terus terasa mual....:D
bunga yang tinggal.

Perut pun dah terisi walaupun tak kenyang, maka kami memulakan misi mencari Yuyuan Garden. kalo dari stesen metro Yuyuan Garden tadi keluar ikut pintu 1. ambil arah kanan, berjalan dalam 1/2 km, akan sampai di pintu masuk Yuyuan Garden. Tapi kami jalan ikut suka je sebab kami kan dr masjid td, malas dah nak balik semula ke stesen metro. Jadi Jalan aje la. sebenarnya ader banyak signboard menunjukkan dimana Yuyuan Garden ni sebenarnya, tapi kami yang macam tak faham bahasa. dah lalu tempat tu, lagi nak pegi tempat lain. bukan apa, kalo nak kata kiter ikut je mana org ramai pegi itu la dier Yuyuan Garden (YG), tapi semua tempat pun ramai org, haaa caner tu?? ahernyer dah tawaf banyak kali, jumpa la juga. kalo korang dah nampak gerbang ni, masuk je....

gerbang yang nak p pintu masuk YG.
dah nampak bangunan berrekabentuk begini, dah dekat dah tu...

singgah beli FM dulu...


Bersebelahan dengan kedai jual cenderahati ni, terletaknya kaunter tiket masuk ke YG. Harga tiket berbeza mengikut bulan.

                          1 April- 30 Jun/ 1 Sept-30 Nov= CNY 40 
                        1 Jul- 1 Ogos/ 1 Dis- the next 31 Mar= CNY 30




Macam biasa tukan beli tiket tu Kak Hasnah, merangkap tukang pegang duit (makan, bayaran masuk, tambang metro)
kawan kami sorang ni, emamng ader penyakit....penyakit lambat nak mengatur gaya...hehheheh


Yuyuan Garden ni merupakan salah satu taman klasik yang terkenal di Anren Jie, Shanghai. Selesai dibina pada tahun 1577 oleh seorang pegawai kerajaan Dinasti Ming (1368-1644) yang bernama Pan Yunduan. "Yu"dalam Bahasa Cina bermaksud "menyenangkan dan memuaskan", dan taman ini dibina khusus untuk ibu bapa Pan sebagai tempat bagi mereka untuk menikmati masa yang tenang dan bahagia di usia tua mereka. Sayangnyer, Ibu bapa Pan meninggal sebelum Taman ni siap dibina..Kesian kan..:( haa....dah dapat jawapan? ekspresi cinta Pan kepada ibu bapanya....bagus Pan ni aku suka..:)


Dalam tempoh 400 tahun keujudanya, Yuyuan Garden telah mengalami banyak perubahan. Semasa lewat pemerintahan Dinasti Ming, ia menjadi sangat usang akibat kejatuhan keluarga Pan ini. Namun pada tahun 1760, beberapa pedagang kaya membeli dan membelanjakan sejumlah wang untuk membina semula bangunan. Semasa Perang Candu abad ke-19, sekali lagi YG mengalami kerosakan teruk. Apa yang kita lihat hari ni adalah hasil daripada projek pemulihan lima tahun yang bermula pada tahun 1956 dan ia dibuka kepada orang ramai pada bulan September, 1961. Selepas kematian ibu bapa Pan, taman ni menjadi satu kenangan peribadi untuk keluarga Pan sahaja, tapi lepas dibeli oleh saudagar kaya, YG telah di buka kepada orang ramai.


Jom kiter terjah apa ader dalam Yg ni....




ikan kaloi...hehehe.



konon2 kat korea...:D

jambatan Zigzag, laluan masuk ke Yuyuan Garden. dr kat Malaysia lagi aku kepingin nak melalui jambatan zig zag ni. tapi demi melihatkan betapa ramainya orang kat situ, seriau pula takut runtuh....:D  kalo tak nak guna jambatan zig zag ni pun ble lalu ikot tepi, pun masuk juga dalam YG.
Kapten

lagi jambatan zig zag











masih mengekalkan budaya bangsa



seni bina yang mengkagumkan


Oh ya , ada 1 kedai makanan halal kat jalan keluar dr YG. Kedai Turki. Kawan aku beli. kami tumpang makan. Sedap. sebenarnya aku teringin nak makan ais krim tu...tapi nampak macam mahal..hehehh


Dah puas keliling YG kami pun keluar. Ingat nak p carik The Bund....ble tengok sunset....tapi macam nak hujan. 








Gambar ni di ambil dari stesen metro Yuyuan Garden exit 1. belok kanan. Dari sini nampak kan bangunan yang aku tanda anak panah merah tu. kalo tak nak sesat, dari sini jalan terus ke arah tu....itu akan membawa kita menuju ke arah The Bund.
Jalan punya jalan tak jumpa The Bund tu. kalo nak ikut dari catatan yang di tulis, kena turun di East Nanjing Road- Exit 2. Nampaknya hari ni tak dapat nak p The Bund, tak jumpa. kaki dah lenguh. ari pun dah nak malam, hujan dah turun renyai2 manja. kami mengambil keputusan untuk balik. Hostel tempat kami menginap tu agak jauh juga dr stesen metro. macam takut juga la, dah la semua perempun. tapi satu hari nanti kalo aku kembali lagi ke sini aku nak tengok suasana malam dekat The Bund tu...:) sape nak p, roger saya tau.. ; )

sebelum balik sempat singgah makan. kat sebelah stesen Beixinjing exit 5 ader 1 restoran halal. keluar dr stesen tu...belok kanan....jalan sampai hujung bangunan. sampai situ belok kanan lagi. dari situ dah nampak dah restoran. nasi goreng dier sedap.

ok la, jumpa lagi...bye.

**Terima Kasih Kpd:

Kak Hasnah n Kak Lia atas sumbangan gambar
Travelchinaguide.com

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...