Perjalanan diteruskan ke kawah sikidang….Bila sampai je beberapa orang penjual mask menghampiri. Memasing beli sorg 1. Harga Rp.2000……amboi mahalnyer……hhehehhe……(minda ligat mengira 0…0…0). Dr jauh keliahatan asap berkepul2 naik ke udara dan bau busuk belerang menusuk ke hidung. Tak ramai pelancong ketika itu. Macam biasa di kawasan luar ada beberapa gerai. Cuaca sejuk. Dan alhamdulillah juga sbb hari mendung tapi tak hujan. Kalo tak hujan rasanya terik mentari membahang di sini. Dihadapan kami sekumpulan gadis kelihatan menuju ke kawasan kawah. (Depa pelajar IPT di Jogja, dengar depa cite2 dgn guide pasangan cina dr Kedah td).
|
Perjalanan menuju ke kawah Sikidang |
|
Ku hembuskan asap dr kawah kepadamu....:D agar kamu juga merasai kenikmatan bau belerang......wakakakak....... |
|
alur sungai |
Kawah Sikidang merupakan kawah yang paling aktif di Dieng. Temperature kawah sikidang dianggarkan antara 85- 96 oC. Oleh sebab kepanasannya begitu, maka ada warga yang memanfaatkan kawah ini untuk memasak telur karena dengan meletakkan telur diatas lubang kawah yang kecil beberapa saat kemudian telur akan masak. (Uihhh....takut wehhhh nak masak teloq kat situ, lalu ke makan? airnya berwarna kelabu. takut pula kadar asidnyer tinggi hingga masuk ke dalam teloq). Lava didalam perut kawah sikidang cukup panas , mendidih dan kawahnya berwarna kelabu tua, dari jauh dah terhidu bau belerang yang cukup kuat. Nak elak bau balerang tu senang je, jangan beradu tenaga dengan angin...wekekkeke......
Dalam lubang kawah yang besaq ni, terdapat beberapa kawah kecil di dalam nya. Ini dapat dilihat bila air yang menggeleggak tu pandai berpindah tempat. Kekadang dier p ke tengah, kadang di tepi...Mungkin inilah yang menyebabkan kawah sikidang mendapat nama, diambil bersempena sikapnya yang dok suka melompot-lompat. (bhs metafora sket...:D) Berdekatan dengan kawah sikidang terdapat papan tanda amaran agar pengunjung jangan merapat ke bibir kawah. Ini kerana tanah disekitar kawah sangat lembut dan mudah mengelongsor.
|
Amaran keselamatan....Jangan Ingkar..! |
|
Makin tebal pula asap dier...... |
Menurut sejarahnya Kawah Sikadang merupakan satu kawah air panas yang dipenuhi belerang. Ia terhasil dr aktiviti lava panas nun jauh di bawah tanah/perut bumi. Airnya berwarna kelabu dan di bahagian tengah kawah kelihatan air mengeleggak. Menurut ceritanya, dulu kawasan kawah tidak dipagar. Kemudian ada orang yang merendam kakinya di dalam kawah, sehingga tertanggal isi dan hanya tinggal tulang akibat kepanasan melampau. Oleh sebab itulah ia nya dipagar. Alhamdulillah, aku naik seram tgk air mengeleggak. Semakin hari menginjak ke tengahari, asap semakin tebal dan bau balerang semakin kuat.
|
Orang sume merenung air kawah, aku pula merenung ke atas. Tau apa yg aku tgk? aku sebenarnyer sedang berfikir, kat depan tu ader bukit, aku berkira2 nak mendaki sket & shoot gambar dr atas pasti cantik. |
Aaaaa.....kannn? Aku mendaki lebih tinggi sedikit, dengan harapan dapat shoot view cantik dr tempat yang tinggi. Rakan2 yang lain dah angkat tangan menyerah, lgi2 ader depa yang kena penangan mabuk dek jalan mendaki dan corner baring td…:D!
|
pemandangan kawah dr atas |
|
Uhhh.....semput juga mendaki.... |
|
amboi......kan main happy lg.... |
|
kena hati2, kedudukan batu mcm xkukuh je... |
Dah tak de keje kan....meh la kiter main jepret2......
|
ahli bina badan tu.... |
Kat sini pun ader juga cite lagendanyer.....pasal cinta seorang raja yang berakhir dengan kesedihan..:(. Kononnyer dulu, (sebelum wujudnya kawah Sikidang), di daerah ni ada seorang ratu yang cantik dan terkenal, bernama Ratu
Chinta Sintha Dewi. Atas tiket kecantikannya itu, maka ramailah pemuda menaruh hati. Pada suatu hari Sang Ratu di datangi oleh seorang raja yang terkenal sakti, kaya raya, dan bertubuh tinggi besar bernama Raya Kidang Garungan. Demi melihatkan keayuan dan kecantikan Sang Ratu maka Raja Raya Kidang pun berhasrat untuk meminang Sang Ratu untuk dijadikan permaisurinya. Tatkala (ayat kena klasik, baru umphhhhh.....) mendengar ada seorang raja kaya dan sakti yang akan meminangnya, Sang Ratu berasa sangat gembira. Lalu Sang Ratu bersegera keluar Istana untuk melihat kehandsomean gerangan pemuda yang berani melamarnya.
Oleh kerana Raja Kidang Garungan berbadan tinggi dan besar, maka yang pertama dilihat Sang Ratu ialah kakinya, kemudian beransur mendongak ke atas. Namun, tatkala melihat kepala Sang Raja, Ratu sangat terkejut dan ketakutan. Ternyata Sang Raja itu manusia berkepala kijang (bahasa jawa : kidang). Ratu sangat kecewa, namun beliau takut untuk menolak pinangannya. Ini kerana Sang raja sangat sakti. Oleh sebab itu, ketika menjawab lamaran Sang Raja, Ratu mengenakan syarat. syaratnya ialah sang raja perlu membuatkan sumur yang sangat dalam di hadapan Ratu dan tentaranya. Syarat itu dipersetujui Raja. Tanpa berlengah raja pun terus membuat sumur yang sangat dalam dengan kesaktiannya.
Melihatkan itu, Ratu beserta tentaranya terus menimbus sumur itu dengan cepat. Tinggalah Sang Raja tertimbun di dalam lubang sumur yang dalam itu. Sang Raja berusaha keluar tapi tak ble. DEngan rasa murkanya, Raja mengeluarkan kesaktiannya hingga menyebabkan permukaan bumi/tanah bergetar dan terjadi ledakan yang membentuk kawah. Berkali-kali ia mencuba di tempat yang berbeza, seolah2 kelihatan seperti langkah kijang yang melompat dan lari. Oleh karena itu, kawah ini diberi nama Kawah Sikidang (Sikijang).
|
Kak Beth cuba2 merasa tahap kepanasan air kawah yg sudah mengalir keluar dr kawah. |
Raja Kidang Garungan masih di dalam sumur yang sangat dalam dan tak ble keluar akibat muslihat Ratu Sintha Dewi. Kerana murka dan kecewa, Sang Raja menyumpah bahwa seluruh keturunan Sang Ratu akan berambut gembel (gimbal). hingga ke hari ini, di sekitar kawah Sikidang masih dapat ditemui anak-anak yang berambut gembel.
|
Para petani balik dr kebun |
|
lumpur ni ble merawat kulit tau, maka jangan malu2 bawa bekas dan cedok sendiri..:D |
|
nampak tak air mengelegak tu? uihhhhh....seram! |
Setelah puas kami kembali. Di sini juga ada di sediakan musolla tapi kami mengambil keputusan untuk soalat jamak di Telaga Warna nanti.
Bersambung......
Info: http://legendadieng.blogspot.com