Seperti semalam, pagi ini hujan lebat memulakan salamnya. Lebih lebat dr semalam. Oleh kerana kami bertolak awal, biasanya kami terlepas sarapan di hotel yang hanya disediakan pada jam 8.am (waktu Indonesia), tapi pihak hotel menyediakan roti dan mentega, cukuplah untuk alas perut. Yang masih ader stok Maggie dan bubur, selamat dr lapar. Kami sdh di ingatkan Pak Wor bahawa perjalanan ke Dataran tinggi Wonosobo memakan masa 4 jam, lebih2 lagi dalam keadaan hujan lebat sebegini dan bersedia kerana jalan mendaki memang advancture.
Aku macam biasa bawak bekal Nescafe dan biskut yang di bawa dr Malaysia. Aku kan suka mengunyah. Tak lupa kami bawa bekal salak madu semalam. Moga bila sampai di tempat yang dituju hujan berhenti seperti semalam, kalo hujan tujan turun, ruginya jauh2 datang tapi tak dapat p tgk tempat tu. Rakan2 ada yang dah mula pening, laluan mendaki berliku2. Sejam perjalanan barangkali, kami tiba di tanah rata. Kak Enai Nampak kantor Pos lalu mengajak Pak Wor singgah. Kak Enai merupakan antara pengumpul setem paling tegar di Tawau. Kemana saja Negara yang kami lawati, pasti Kantor Pos antara tempat wajib yang kami pegi. Nasib baik juga kami singgah, aku dah mula pening. Sementara Kak Enai membeli setem kami dalam kete makan2 buah salak dan biskut yang kami bawa.
|
Kakak ku yang masih segar walau menempuh perjalanan berliku..:) |
Dalam perjalanan mendaki, kami disajikan dengan pemandangan yang sungguh mendamaikan, sejuk, indah, cantik…ntah aper lg yg ble aku katakana. Subahanallah, maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi. Di kiri kanan jalan kelihatan bukit yang diteras untuk aktiviti pertanian. Hijau menyejukkan mata.
|
Pertanian Berteres... |
Serta merta aku teringatkan Geografi Bab 6: Bentuk Muka Bumi. (Begini lah cikgu barangkali, kemana saja pergi, aper yang dilihat, dibandingkan dgn aper yang dipelajari di sekolah) Indonesia memang terkenal dengan pertanian berteras. Terutamanya padi. Tapi di kawasan ni tdk kelihatan padi, mungkin di kawasan lain. Oleh kerana Indonesia berpenduduk padat, maka tanah pamah di jadikan sebagai kawasan petempatan dan mereka memanfaatkan lereng2 bukit sebagai kawasan pertanian. Dan disini aku melihat kebenarannya. Rumah2 juga didirikan dilereng2 bukit. Lebih kurang sama seperti mana jika kita naik ke Kundasang dan Bukit Mas, Penampang. Ubi kentang mendominasi sebagai tanaman utama di sini (aku agak aje sbb aku nampak di pintu masuk candi arjuna ader gerai menjual kentang goreng. Sedap. Segar dr ladang… kami beli 1 tapau dengan harga Rp. 10.000. makan panas2 dalam keadaan suhu sejuk…..uhhh nikmatnyer. Tambah nikmat sekiranya digabung bersama kopi panas….uhhh…barangkali Pak Wor lalu pun kami tak Nampak. Hehheehh…..
|
Rasa macam di Turki la pula....;D |
|
Hijau, saujana mata memandang |
Ahernyer kami sampai ke Candi Arjuna. (Nama…bukan main romantik..:)) bayaran parking Rp.2000. Masuk: (tak ingat) Kawasannya kecil je. Kelihatan 2 orang penyanyi di pintu masuk Kawasan wisata. Tak p pun dekat2, amik gambar dr jauh cukup la. Kami sebenarnyer mencari kawah sikaddang…jalan punya jalan….jumpa kawah Bale Kambang.Tgk dr jauh je, Nampak macam kolam ikan. Kami berpatah balik dan bertemu dua gadis kecil, comel sedang mencari kulat. Kami tanyakan dimana kawah sikaddang……katanya di sana sambil menunjuk di satu arah. Kemudian kami bertemu pula dengan 2 pelancong berbangsa cina (setelah berkenalan rupanya mereka dr kedah) dan guide mereka. Kami tanyakan tentang Kawah sikaddang. Rupanya Kawah sikadang itu letaknya masih di kawasan itu tapi kena naik kete. Nak jalan kaki ble juga tapi tak tau jam bape ble sampai…hehheh…….
|
Balik Sabah, aku jumpa bunga ni terus beli.....:) |
Kompleks Candi Arjuna merupakan sebuah candi Hindu peninggalan abad ke-7 yang masih teguh berdiri di celah2 kedinginan di Dataran Tinggi Dieng, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah. Dibangunkan pada 809 M, Kompleks Candi Arjuna merupakan candi hindu tertua di Pulau Jawa dan tempat pemujaan Dewa Siwa. Kompleks Candi Arjuna terdiri dari 5 candi iaitu, Candi Arjuna, Candi Semar, Candi Sembadra, Candi Srikandi, dan Candi Puntadewa. Meneliti dari aspek senibina, rekabentuk Candi Arjuna ada persamaan dengan candi di India selatan, kemungkinan besar candi arjuna mendapat pengaruh dari budaya India. Candi-candi yang terbuat dari batuan andesit tersebut tidak memiliki banyak relief pada dindingnya. Hanya ada relief ketiga Dewa Trimurti iaitu Siwa, Wisnu, dan Brahma yang dipahatkan di Candi Srikandi dan bukannya di candi utama.
Kompleks Candi Arjuna ditemui pada tahun 1814 oleh seorang tentara Inggris, iaitu van Kinsbergen. Ketika ditemui, candi2 tersebut terendam air rawa-rawa, berbeza dari kebanyakan candi lain yang biasanya bermakan di dalam tanah. 40 tahun kemudian, proses pengeringan air rawa telah dijalankan. Rumput hijau seperti permaidani kelihatan tumbuh subur di persekitaran candi.
|
Denai menuju ke Kawah Bale kambang |
|
Anak kecil mencari kulat. Comel tudung yg dier pakai.... |
Kami cari Pak Wor tak jumpa, rupanyer dier tido dlm kete….penat agaknyer, bangun awal pagi. Nak kejutkan segan la pula. Maka kami bagi lagi masa seminit dua untuk beliau melelapkan mata. Sementara tu, ader yang makan kentang goreng, ader yg tengok2 gerai (sampai ader yang jumpa bunga abadi, siap bawak balik sabah lagi…heheh), aku amik kesempatan merakam gelagat mereka sambil klik2 pemandangan yang cantik untuk kenang-2an.
|
Depa makan Ubi kentang goreng....sedap! |
|
Bunga Lonceng tumbuh segar |
Pak Wor bangun sendiri mungkin sbb depa ni bising sgt n gelak2…hehheh......Kami meneruskan perjalanan ke Kawah Sikidang......tak jauh dari Candi Arjuna.....
Bersambung.....
Info: http://www.indonesia.travel
No comments:
Post a Comment