Part II
19 November 2013
Mengikut perancangan awal, hari ni kami akan ke Gunung Merapi (Plan A) dan (Plan B) ke Gua Jomlang dan kemudian meneroka Gua Pindul dan rafting di Sungai Oya. Dlm perbincangan kami di LCCT, aku sempat cite sket aper ader kat Gua Jomlang. Menurut aper yg aku baca, Gua Jomlang ni berbentuk Vertikal, nak masuk ke Gua Jomlang yang berkedalaman 60m ke bawah ni ada 1 cara sahaja iaitu menggunakan Single Rope Technique (SRT) tapi bukan sendiri tau. Kiter ble dapatkan guide, depa akan sedia semua peralatan. Aktiviti ke Gua Jomblang dibatalkan atas faktor keselamatan dan tak ramai yang minat aktiviti sebegitu. Tak pe, mungkin ble p lain kali dan carik geng yang punya minat yang sama… Kalo ader pembaca kat sini yang nak p, jangan lupa ajak saya sekali ye… Maka hari ni akan p ke Merapi dan Gua pindul.
Photo By: http://mystoriesmories.blogspot.com/ Mulut Gua Jomlang. Bak kata blogger mystoriesmories, nak terjun ble juga tp innalillah la jawab nyer......:D |
Namun, bila bangun pagi dan menjengok ke luar tingkap, nampaknyer cuaca tak menyebelahi plan awal kami. Hujan turun renyai2. Kami berkumpul di luar bilik sementara menanti jam 8 pagi untuk bertolak pergi. Masing2 bancuh minuman sendiri. Aku tgk depa dah pakai baju sukan sesuai utk aktiviti sedikit lasak. Amboi semangat….:) Cuma aku yg pakai jeans dan T-shirt. KH kata ada baiknya aktiviti hari ni kita ubah melawat ke candi borobudor, nak rafting rasanya tak selamat lagipun hujan. Kami, anak2 kapal setuju je arahan kapten :D n masing2 tukar baju balik.
Tepat jam 8am. Pak Wor sampai. Beliau juga setuju agar hari ni kami melawat ke Candi Borobudor, kemudian ke Candi Mendut dan akhir sekali ke Candi Parambanan. Alhamdulillah, tiba di Borobudor hujan berhenti walau ada sedikit renyai. Beberapa orang menawarkan sewa payung dengan bayaran Rp 10.000. Aku amik 1, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tak hujan ble juga melindungi Puteri Payung ni dr panas terik. Hehhehehe……
Sementara menanti Pak Wor mengurus pembayaran tiket masuk kami sempat klik2 di depan pintu masuk. Harga tiket untuk pelancong luar: IDR 135.000.
Candi Borobudor merupakan sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. (Dapat nama dr tempat tu kot) heheh.....xla aku main2 je. Ianya berbentuk stupa, 4 segi, bertingkat2 dan dibina oleh para penganut agama Buddha Mahayana dalam tahun 800-an M iaitu ketika pemerintahan wangsa Syailendra. Menurut sejarahnya, Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14, apabila pengaruh islam mula bertapak di Jawa dan ketika itu pengaruh kerajaan Hindu dan Buddha sudah mula mengalami kemalapan.
Sampai di sini (photo atas) kami berpisah haluan. Terpulang kepada pendirian masing2, tiada sebarang paksaan sbb candi ni pernah menjadi tempat upacara keagamaan agama buddha. Sekiranya berat hati, elok jangan naik. Maka kami ber-5 sahaja yg mendaki naik hingga ke puncak. Jujur dari hati, tujuan aku mendaki naik ke atas, tiada sebarang niat berunsur keagamaan. Sebagai seorang guru, aku ingin sekali melihat pemandangan dr puncak borobudor, meneliti senibina dan seterusnya mengaitkan dengan sejarah Borobudor. Membayangkan bagaimana ia bermakan sekian lama, betapa gigihnya pekerja2 menimbulkan semula monumen bersejarah. Ini semua sangat menarik. Mungkin satu hari nanti ble di bawa ke dalam kelas sebagai salah satu set induksi atau hanya sebagai sembang2 kosong bersama pelajar.
Apa yang menariknya, dipercayai (dulu) kawasan di sekeliling Borobudur merupakan sebuah danau purba. Ini dapat dilihat apabila Borobudur dibina di atas bukit dengan ketinggian 265 m (870 kaki) dari permukaan laut dan 15 m (49 kaki) di atas dasar danau purba yang telah mengering. Ader banyak lagi la teori dikemukakan demi menguatkan hujah keujudan danau ni. Nak tau lebih lanjut, ble goggle kat cik wikipedia. Sebelum ditemui, Borobudur tersembunyi selama berabad-abad lamanya, bermakam di bawah lapisan tanah dan debu vulkanik yang kemudian ditumbuhi pohon dan semak belukar sehingga Borobudur ketika itu kelihatan seperti bukit. Oleh kerana ianya berdekatan dengan Gunung Merapi, maka letusan gunung berapi dipercayai adalah punca Borobudor tertimbus selama berabad2 lamanya. Namun disebalik tertimbusnya borobudor, tersimpan hikmah disebaliknya, yang mana ia terselamat dari kerosakan yang melampau akibat gempa bumi dan perubahan cuaca.
Menurut pembacaan dan melihat sendiri, Borobudur tidak memiliki ruang-ruang (bilik) pemujaan seperti candi2 yg lain. Yang ada hanyalah lorong2 panjang yang merupakan jalan sempit (xde la sempit mana, ble lagi 5 orang berbaris selari-melebar). Setiap lorong dihadang oleh dinding yang mengelilingi candi tingkat demi tingkat. Di lorong2 inilah masyarakat Buddha (dahulu) dikatakan melakukan/menjalankan upacara berjalan kaki mengelilingi candi ke arah kanan. Sesuatu yang menarik dapat kita lihat dari struktur binaan Borobudur, yang mana ia langsung tidak menggunakan simen. Tetapi pembinaannya menggunakan kaedah interlock. Senang cite bayangkan permainan lego yang boleh kiter cantumkan dan kemudian ble dileraikan semula.
Bila dah turun, tak jumpa lak geng kami lagi 2 orang yg tak naik td. Ingatkan depa masih tunggu kat tempat masuk tadi, Rupanyer tengah makan kat gerai ni......:)
Ok....sekian saja dulu untuk hari ini...:D. Jumpa lagi di lain waktu, di lain entry.........wekekekk.....Uhhhh....banyak giler gambar. Sila tabahkan diri menatap photo2 kami yang eksen je lebeyhhhhh.....hhahahh... ok tattatatatattatatatta....................................
Bersambung.........
Tepat jam 8am. Pak Wor sampai. Beliau juga setuju agar hari ni kami melawat ke Candi Borobudor, kemudian ke Candi Mendut dan akhir sekali ke Candi Parambanan. Alhamdulillah, tiba di Borobudor hujan berhenti walau ada sedikit renyai. Beberapa orang menawarkan sewa payung dengan bayaran Rp 10.000. Aku amik 1, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tak hujan ble juga melindungi Puteri Payung ni dr panas terik. Hehhehehe……
kami di pintu masuk Candi Borobudor. |
laluan menuju ke Candi Borobudor |
Candi Borobudor merupakan sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. (Dapat nama dr tempat tu kot) heheh.....xla aku main2 je. Ianya berbentuk stupa, 4 segi, bertingkat2 dan dibina oleh para penganut agama Buddha Mahayana dalam tahun 800-an M iaitu ketika pemerintahan wangsa Syailendra. Menurut sejarahnya, Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14, apabila pengaruh islam mula bertapak di Jawa dan ketika itu pengaruh kerajaan Hindu dan Buddha sudah mula mengalami kemalapan.
Posing dulu sebelum mendaki..:D |
kami ber-5 |
Apa yang menariknya, dipercayai (dulu) kawasan di sekeliling Borobudur merupakan sebuah danau purba. Ini dapat dilihat apabila Borobudur dibina di atas bukit dengan ketinggian 265 m (870 kaki) dari permukaan laut dan 15 m (49 kaki) di atas dasar danau purba yang telah mengering. Ader banyak lagi la teori dikemukakan demi menguatkan hujah keujudan danau ni. Nak tau lebih lanjut, ble goggle kat cik wikipedia. Sebelum ditemui, Borobudur tersembunyi selama berabad-abad lamanya, bermakam di bawah lapisan tanah dan debu vulkanik yang kemudian ditumbuhi pohon dan semak belukar sehingga Borobudur ketika itu kelihatan seperti bukit. Oleh kerana ianya berdekatan dengan Gunung Merapi, maka letusan gunung berapi dipercayai adalah punca Borobudor tertimbus selama berabad2 lamanya. Namun disebalik tertimbusnya borobudor, tersimpan hikmah disebaliknya, yang mana ia terselamat dari kerosakan yang melampau akibat gempa bumi dan perubahan cuaca.
Naik heran budak tu tengok kak Beth.....hehheh |
Menurut pembacaan dan melihat sendiri, Borobudur tidak memiliki ruang-ruang (bilik) pemujaan seperti candi2 yg lain. Yang ada hanyalah lorong2 panjang yang merupakan jalan sempit (xde la sempit mana, ble lagi 5 orang berbaris selari-melebar). Setiap lorong dihadang oleh dinding yang mengelilingi candi tingkat demi tingkat. Di lorong2 inilah masyarakat Buddha (dahulu) dikatakan melakukan/menjalankan upacara berjalan kaki mengelilingi candi ke arah kanan. Sesuatu yang menarik dapat kita lihat dari struktur binaan Borobudur, yang mana ia langsung tidak menggunakan simen. Tetapi pembinaannya menggunakan kaedah interlock. Senang cite bayangkan permainan lego yang boleh kiter cantumkan dan kemudian ble dileraikan semula.
Photo tuan tanah kena ader....wekekekk |
Pemandangan dr tempat yang tinggi sangat berbeza. |
Pintu masuk n keluar berbeza ye..... |
dah turun, maser untuk tengok2 barangan jualan.... |
dalam banyak2 T-shirt, aku tertarik ilustrasi nyer...:D |
Kak T beli sinduk kat sini...:D |