Saturday, October 19, 2013

Bibir Kawah Gunung Berapi



Original Photo By: Nanie Amat
Location: Bukit Tengkorak, Semporna Sabah

BIBIR KAWAH GUNUNG BERAPI


Katanya,

Satu ketika dulu... 
"aku" adalah saksi 
amarah Sang Gunung
memuntahkan lahar panas dari perut bumi, 


Maaf, sudah ku siapkan tembok tinggi
telah ku pahat, ku patri, kusimpul segala rasa belas kesal 
Untuk tidak tunduk berpaling melihat air mata tangis mu
kerana aku tau ITU yang terakhir
sebelum aku nekad berundur, terkubur
dimamah sejarah


agar hari ini aku mampu bahagia
melihat pohon, lalang tumbuh hijau, segar
Menumpangkan segerombolan fauna membesarkan generasinya
pasrah dalam redha membenarkan anak cucu ADAM berdiri megah di bahuku 
sambil menyapa "Ässalamualaikum Wahai Orang Tua Yang Sedang Tidur"


ku cuit kakinya, kubisikkan pesanan bersama bayu laut
"Jangan kau cuba kejutkan, kerana dia adalah sebahagian dari rembesan air liur panas nenek moyang ku. aku khawatir jika dia terjaga dari lena yang panjang, ia mampu membangkitkan ghairah rasa angkuh si Magma 
yang sudah lama ku MAKAM kan, jauh di Dasar Lautan.....


Nanie Amat
Labuan F.T
19 Oktober 2013

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...