Sunday, June 16, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Melancong di WOW

Salam....
Dah masuk Jun eh? Yang ni citer Mac x abih lagi.....:D 
Cepattttttttt........Citer Mei dah nak masok nihhhh......ok sambung.....

ari ke-2 kami dijadualkan akan mengembara di WOW (Window Of The World, Shenzhen). Ini la yang menyebabkan aku balik semula ke sini. kali 1 aku datang, 60% negara je sempat aku jengah. tp posing puas ati. tapiiiiiii.....(ader tp lagi) gambar sume ilang...Hdisk rosak. nangis xbeair mata aku! waaaaaaa.......

Pintu masuk. Cantik tangga dier. Masa ni dah tiba musim peralihan. aku tak nampak matahari. kabus aje....

WOW kat Shenzhen ni adalah sebuah taman replika. Terletak di luar bandar, Shenzhen. Naik subway jer. Senang. Kali pertama dulu datang sini, naik bas sbb guna agent travl. Kat sini kiter bole melihat replika beberapa keajaiban dunia, warisan sejarah dan tempat-tempat yang indah yang terkenal. Dalam masa satu hari je, kiter boleh mengembara diseluruh dunia....aaaa.....ko mampu?? Doraemon je ble. Sume nyer ader di sini  WOW... 

Wajah gembira memulakan pengembaraan......



Arca tu seksi giler.......yg ni sampai bile2 pun tetap kekal di situ.....hanya beberapa elemen je akan berubah mengikut musim....

gigih mendaki tangga.....
Kat sini juga kiter ble tgk lanskap terkenal dari negara-negara yang berbeza. Contohnyer, kiter ble nampak Pagoda Mahamuni dari Mandalay dan Angkor Wat di Kemboja di sini. Splendors seni bina Eropah, seperti Menara Eiffel, Athens Purba, Menara Condong Pisa dan Menara London akan membawa kiter kembali ke zaman budaya Eropah klasik. Kepada pencinta sejarah dunia, mungkin ble duduk sebentar di Roman Colosseum, mesti teringat kembali adegan kejam dan berdarah yang pernah berlaku disini. Menikmati pemandangan yang indah dengan menyusur di sepanjang terusan Venice. Misteri Afrika sentiasa penuh dengan kehidupan dan bersemangat. Di sini, Piramid dan Sphinx secara senyap menunggu untuk lawatan....:)

Jom layan foto sambil bercerita......
Semua Tiket masuk diuruskan oleh Safira n Tony......So, sementara menunggu tiket dibeli kami mengambil kesempatan bergambar di halaman WOW....kat bawah ni free je xyah bayar. 




Kak T, bergambar kenangan di perkarangan WOW....




benda bulat mcm bumi tu ble terbuka bila ada persembahan diadakan....biasanya pada waktu petang/mlm....ada jadualnyer.


Kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki menghala ke kiri.....dari jauh kami nampak bebayang negara Thailand...:)

Eh, masih di lobi wow lagi......nasib baik amik gambar awal, kalo maser balik tu mmg tak ble sbb hujan lebat...:(










dapat tiket.....yeahhhhhh.....



cop pasport dulu......bayo RMB20



ok dah sampai ke Thailand....Jepun, Korea, Indo same area...













ramai betul tentera....




yang ini tandas ok.....perghhhhh.....cantik
Tiba mencuba pakaian tradisonal Jepun dengan bayaran RMB20....


alahai......dah cukup cantik dah tu sekali tgk kaki pakai selipar kayu.....:) (Juga disediakan di sini)








hujan dah mula turun......



eh...sorry, x ready lg eh? hehheh....




























kehujanan......kami duduk kat gerai2. makan xble jd kami order kelapa saje......(kelapa lagi....)....oh ye, muzic tu aku bawa dr Mesia....:)










cantek tempat ni....bile la ble sampai....





























Hujan dah mula lebat.............kami terkandas dekat sejam



Dah teduh sket kami pun meneruskan perjalanan balik......masih banyak negara yg belum sempat dijelajahi sbb hujan.....


































China mencadangkan agar kiter melawat pada musim perayaan mereka. sebabnyer masa tu akan diadakan beberapa pertunjukan. Semasa Festival Cherry, mengembara di taman sakura di Jepun kiter disajikan dengan secawan teh yang menyegarkan. 

Selain itu WOW juga  mengendalikan banyak program sepanjang tempoh bercuti. Pada cuti musim panas, Beer Festival Antarabangsa adalah satu tarikan pelancong yang besar. Mungkin, Festival Muzik Pop adalah kegemaran orang muda. Ini diadakan pada Hari Kebangsaan China. Pada bulan Disember, Santa Claus mengalu-alukan pendekatan Tahun Baru. Berikutan ini Tarian Dunia dan Gala Nyanyian diadakan semasa Festival Musim Bunga. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti hiburan melengkapkan rancangan perjalanan.

Pengembaraan kami hanya suku negara je sbb hujan turun dengan lebatnya. kami tak ble bergerak ke mana2. nk beli payung mahal. kami mengambil keputusan untuk bergerak balik. Masing2 menyimpan rasa tak puas hati....aku sendiri, menyimpan azam akan ke sini lagi. Kawan2 yg lain xtau......

ok tamat untuk pengembaraan di WOW.....jumpa lagi pada entry akan datang....kiter akan menyusur ke  kedai barangan elektrik pula. bye.....:)



Wednesday, May 22, 2013

Shenzhen_Mac 2013: Jalan-Jalan di Dongmen Street

sambungan....

Masih lagi hari 1 di Shenzhen.....setelah berehat2 sebentar, menunaikan perkara wajib. kami pun turun ke lobby hotel. Tony ajak kami makan malam...tak jauh, seberang jalan je dr Garden Inn Hotel tempat kami menginap. Jalan2 santai malam ni sebenarnyer ada 2 agenda. 1, nak mencari tempat makan halal, untuk makan malam, lapooo beb....ke-2, Tony nak kami suai kenal jalan2 dr hotel ke Dongmen Street, supaya nanti ble pg sendiri bila2 masa kalo nak.

amik gambo dulu sebelum memulakan perjalanan....berlatar belakangkan Dongmen Street

Dongmen yang akan kami susuri nanti adalah sebuah  kawasan membeli-belah utama/ popular di daerah Luohu Shenzhen. Ala2 Petaling Street la kiranyer......kalo kat Sabah macam kat Sinsuran n Segama gitu....tapi Sabah kawasannyer tak luas. Menurut sejarahnyer, Dongmen merupakan salah satu tempat yang tertua di Shenzhen. Diitubuhkan kira-kira 300 tahun yang lalu.

Kalo nak mai sini, kiter boleh sampai ke Dongmen Street ni dengan menggunakan metro/ subway. (Bas pun ble kot, tp xpenah lg naik bas) Turun kat Laojie Stesen dan ikut Exit A. Terletak di utara Shenzhen Dong Road. Tidak ada makna lain untuk "Dongmen", ia hanyalah sekadar  "Jalan Dongmen". Merangkumi seluruh siri yang menghubungkan jalan-jalan komersial. Dulunyer jalan ni jalan raya, kete ble lalu, tp sejak 99' Jalan-jalan ini telah ditutup kepada lalu lintas kete.

sahabat aku bergaya spontan di laluan utama Dongmen Street...
Kepelbagaian membeli-belah di Dongmen lebih luas daripada Luohu Commercial City, tapi fokus nyer sama je iaitu pada barangan buatan China dan tiruan. Perkhidmatan salon kecantikan yang sangat popular di Dongmen dan gedung Maoye pun ader. Lokasinyer terletak di kedua-dua hujung jalan ajer. Walaupun lalu lintas untuk pejalan kaki sangat terhad, Dongmen boleh menjadi sangat sesak pada waktu malam, hujung minggu dan cuti, ia memberi rasa seolah2 kiter berada di Nanjing Road, Shanghai. Lambakan jenama tempatan yang dijual di shopping cmpx besar hingga lah ke kedai2 kecil, semuanya ada di sini. Banyak barangan "copyright" dari yg gred A hingga ke gred c ada di Dongmen....Sila la memilih mana yang berkenan di hati..:)

Baru nengok2, belum beli lagi....

kami bersama penolong ketua darjah....:) Safira Rashid



Jalan punyer jalan......Ahernyer...kami bertemu restoran muslim.

Tuan Punyer restoran pakai baju putih, macam Ustaz Azhar Idrus. Kelihatan sahabat aku Cikgu Azizie n rakannyer terkagum melihat roti bakar ori From China...hehheh..itu belum lagi pekerjanyer menebar mie....;) makan sampai tak bersuara beb....:)


sebelah ustaz tu ader meja utk menebar mie....hehheh...aku xsempat amik gambo....
selesai sesi makan2, hari dah gelap malam. kami pun mula menyusuri Dongmen Street....
Itu juga gerai makanan halal. dier jual satey cucuk. Sambil membakar satey dier menari mengikut irama muzik. Aku tak makan sbb maser tu cukup was-was...(sbb br 1st time datang sana). dah balik sini ramai mengatakan ianya sedap....baca blog naramas pun dier makan. sebenarnyer ia cuma sotong panggang. nanti nak cuba la....

sambil berjalan santai ternampak restoran ni, "MODERN TOILET"....hehheh.....kalo nak tgk perkara pelik, aneh, ajaib.....semuanya ada di sini......:) sape nak makan? khas di sini aje....:D
Bangunan ni unik, aku suka. unik pada aku sbb lampu tu, dia akan bergerak macam muzik....

Mercu tanda Dongmen.........hehehhe.....(main2 je la) tp kat sini mmg banyak mercu tanda. Tiang  (kat gambar atas), ader arca.....banyak la. aku xpaham tulisan cina kalo tak ble translate.
1 yang aku terkagum sangat ngan masyarakat china ialah budaya bangsa mereka masih kukuh terpahat diminda, dihati, seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Contohnyer bangunan KFC ini masih lagi mengekalkan identiti masyarakat China walaupun dikiri kanan dikerumuni oleh bangunan tinggi bereka bentuk moden. Namun ia tetap berdiri megah. Salute!

Arca timbul mengambarkan tentang sejarah masyarakat China di zaman dinasti.....dinasti aper? jangan tanya.... aku pun xtau....hhehehh...ader dier punya penerangan tp dlm tulisan cina. aku tak paham..








Bergambar kenangan dengan kete polis peronda. Polis tu pun sporting, bagi kami amik gambo kat  kete dier....

aku heran ngan kwn aku sorang tu, suka sgt amik gamba sendiri2...tgk,.....dier tgh amik gambo dier sendiri la tuh...:D

Malam itu, sebelum pulang ke Hotel penginapan, kami bertemu penjual mug. Seorang muslim. Ada 2 troli, rasanyer troli 1 lagi ada hubungkait saudara dgn wanita ini. Sahabat aku kak enai membeli. Dier mmg suka mengumpul mug untuk disimpan di rumahnya. 

Wanita bertudung unggu adalah penjual Mug. Aku sekadar melihat2....Mug itu setelah tiba di bilik digunakan untuk minum2 oleh kak enai...

Kak Enai dengan mug nyer...


belakon ni......hheheh
okehhh.....jumpa lg pd entry akan datang.............bye...

Sunday, May 19, 2013

Shenzhen: Day 1: 25 Mac 2013

Assalamualaikum....:)
entry dah lama simpan kat draf..:) br ari ni post...:)

hehhe....ni citer cuti skolah semester 1 mac lalu. Join Geng Kaki Foto. Sebenarnyer ini kali ke-2 aku ke Shenzhen.....ahhhh???? 2x....??? hehheh....Yaaa. 1st time dulu join ngan group cikgu cekgi dari Tenom. aku kenal Kak Inut jer maser tu, yg lain xkenal. Dari Hong Kong terus ke Shenzhen. Yang aku sedih tu, gambo semua hilang sbb HD rosak... Sbb tu aku ke sini lagi. Ke-2 sbb, aku tertarik  nak p Guangzhou, tp disaat aher xjd sbb tiket train xder, abih...so ronda2 ajer la kat shenzhen.

Sblom cite pjg meh kiter mukadimah dulu, sambil2 layan gambo....

Shenzhen


Shenzhen terletak di bahagian selatan Wilayah Guangdong, di pantai timur Sungai Pearl Delta. Berjiran  dengan Pearl River Delta dan Hong Kong, lokasi Shenzhen memberikan ia kelebihan geografi untuk pembangunan ekonomi. Pada tahun 1980, Zon Ekonomi Khas pertama China telah dibina di bandar ini. Sejak itu, bandar ini menjadi kemuncak China, salah satu bandar yang terkenal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.


Lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu, Shenzhen hanya sebuah perkampungan nelayan kecil yang dikenali sebagai Baoan County. Pada tahun 1979, ia telah dinamakan semula dengan nama Shenzhen City.

Sebelum berangkat, sempat amik gambar. Kak Lia tak join trip kali ni, dier cuma menghantar kami ke airport...dier la yg tolong amik gambar ni

Air port Shenzhen,  rekabentuknyer mungkin terilham dr naga.....Sebahagian kawasan masih lagi dalam proses pembinaan.
Keluar dari airport meuju stesen metro...uhhh...jauhnyer....

Sesi suai kenal.....ni Ketua darjah Trip kali ni...Tony Mandy. Sabahan tp rasanyer menetap d sjung....Baru penah jumpa   face 2 face. Sino Kadazan kot.....dier ble cakap cina...so banyak membantu pd sesi shopping beberapa hari akan datang...:)

Jauh, tak nampak lagi jalan keluar....

lenggang je kan.....tp sebenarnyer tak...ramai ni tp dah beransur surut sbb ramai dh klua...


Amik gambar depan Hotel Garden Inn..:)
hehhh....klo ingat balik hotel ni, teringat bebrapa kisah.......nanti kiter citer ye....

Kiter stop dulu...dah azan maghrib....Jumpa lagi. bye.....

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Salam.....
apa kaba? lama tak jumpe....hehehheh.......lame giler aku tak menulis kan. aderr....tp kan salu simpan kt draf je. giler malas. hehheheh...tunggu aku rajin....:)

Anyway... Selamat Hari Guru kepada semua rakan2 guru walau dimana anda berada.....espcly 2 guru saya dulu kat skolah rendah, skolah menengah, kolej, U, juga adik saya cikgu Naming aka Rosnidah :), abang ipar: cikgu Jumat, kawan baik saya cik am, cikgu N n cikgu Asz....juga Prof. Zul: lecturer kat upsi dulu. Rakan2 kat DPM n SMKL. Terima kasih n Selamat Hari Guru Cikgu...:D.....cewahh....macam kat corong radio ko....:)




Tadi petang. cikgu cekgi diarak masuk dewan. tu baju batik sekolah yg baru punyer. aku punyer lom siap. :)

cikgu cekgi dok kat tepi....


cilok dr fb kawan......:)
eh....lupa. Selamat Hari Guru Juga kat Ex- Boipewen aku. hehheheh.......baru teringat. tadi dier msg ucap selamat. wekekkek........kejam aku kan. emm......tetiba teringat blk, nape kami ble break eh? ntah. macam belum isytihar lagi aku terima nikah akad yg menyatakan aku sah jadi girlfriend dier dulu. tak sampai setahun pon kami kawan. dalam tempoh tu mungkin nampak di sana sini yg tak serasi. Pada aku kalo tak serasi kenapa nak terus kan. lebih baik berterus terang daripada terus memberi harapan palsu pada org lain. Jahat namanyer tu. kan.....Jadi masing2 xterikat oleh rasa2 or andaian2 palsu aka. andaian2 yg sebenarnyer lebih kepada ayat penyedap ati (sbb berinteraksi dgn hati sendiri). kalo kiter ni faham bahasa (bahasa kasor tp belapik...:)), kalo org cakap "saya dah kawen"...tp sebenarnyer belum.....so tak yah la sibuk2 tanya, suami/isteri awak keje mana? kat mana dier skg.....Paham2 sendiri la kan. macam la juga kalo kiter nak minang anak org...tetiba mak nyer ckp..."duit hantaran Airbus A380 sebiji....." memang sah2 la dier sebenarnyer tak terima kan. Jadi cuba2 la paham. kalo xserasi tak elok tu kalo diteruskan. nanti kawen lagi tambah panas. Cuma aku ni positif sket orangnyer, cewah....masih membuka ruang untuk sebuah persahabatan....kiter masih boleh jadi kawan/sahabat baik. asalkan ko tak cakap soal hati (antara ko dan aku).....kalo cite soal hati antara ko ngan org lain, ok aku ble jd pendengar setia....:D

Untuk si Dia.....Moga awak jumpa orang lain yang jauh lebih baik dari saya......:)

Bye.....:)

Wednesday, March 13, 2013

6x6

Assalamualaikum...:)
aku ingat nak join pameran 6x6 yg dianjurkan oleh cikgu Norazlan arie tu. dah siap. dah lama. buat tak sampai sari. :) tau....banyak kurang, cacat cela sana sini..;) tapi aku tak sempat nak kirim. maser tu bz bekemas nak g vietnam. aku dah siap bawak dah benda ni sampai kl lg. tak sempat pos, so aku bawa la dier g melancong ke vietnam...:)

nampak mcm besar kan?...tapi catan ni kecik jer, saiz  6x6". aku tak suka lukih kecik2 ni, sbb aper..aku rasa mcm tak bebas, tersekat, terhimpit....n mcm2 lagi la. tp kalo nak join pameran tu, syarat nyer 6x6...:). aku dengar cikgu Norazlan dah dapat tempat di Melaka utk pameran 6x6 yg akan datang. so kalo dibuka kpd org awam aku nak hantar la yg ni. :) bagi dier pengalaman berpameran....:)

itu ajer.....:) salam.

Tuesday, February 19, 2013

Kain Sulam Bunga Timbul


Assalamualaikum n Hi...

Amboi...lamanyer tak jenguk si Atlas ni.......:) seb baik tak pandai majuk. aduss......sibuk. sowieeee.....:)
Cuti ari tuh aku g Bandung. Ader la terbeli kain lebih. Terfikir nak jual. Ader 4 helai je lagi. Warna kuning, kelabu, hijau n Unggu. Meh tengok....

N1: UNGGU TUA
Ni Close Up kat Bunga dier


N2: HIJAU 
N3: KELABU



N4: KUNING







































Besar kain 3M. Ader bunga juga untuk bahagian tangan. Kalo berminat sila PM saye....:) Harga?? Ble runding......:) ok jumpa nanti kat fb....kiter chat2 :)

salam......


Friday, February 8, 2013

Kenali diri sendiri

Assalamualaikum......
Salam Jumaat......:) Hujan lebat di Pulau arie ni.....alhamdulillah. hujan rahmat, buat penyejuk bumi. 2,3 arie lepas salu jer ader kebakaran di pulau. panas sangat kot sbb dah lama tak ujan.

arie ni juga kena begerak awal sket dari yg sepatutnyer, sbb ader perjumpaan dgn pegawai aper tah.....dgn penjawat awam katanyer...:) Oleh kerana arie ni jumaat makanya, mungkin perjumpaan tu tak lama. mesti berakhir jam 11 pagi.....ok la tu....:)

aku biasanyer lepas antar drg g sekolah akan sambung tdo, tp ari ni sbb nak gerak awal, kang tdo telajak plok......ahhhh???? cane tuh?? eh..., jom kiter berkenalan dgn diri sendiri....:) (tak cukup kenai lagi ker tu?....) meh kiter senaraikan 5 perkara yang diri kita suka n tak suka .....jgn yg berkaitan ngan org lain eh, cthnyer....."aku tak suka perangai dia"? .....ahhhahh.....yg tu tak ble naa.....ok meh mula...

5 Perkara yang disukai: oleh aku.....hehhehe

1. Melukis.....(amboiiii......terer sangat kerrr melukih???) :)
2. Ke pantai/ tgk laut...:)
3. Potong kuku
4. Kumpul pengasah pensel (mcm2 bentuk ader, comel2 belaka...:)
5. Pengemar teh tegar...wekekekk....

5 Perkara/ benda yang tak disukai

1. Memandu kala hujan......(keyakinan menurun)
2. Gonggok....(eiiiii.....geli)
3. Kuku panjang....
4. Minum air putih...:(
5. Berlari.

ok......sape yg terbaca ni ble cuba utk diri sendiri n kiter tanya pula pd kawan2 kiter...:)
bye.....



Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...