Sunday, May 19, 2013

Shenzhen: Day 1: 25 Mac 2013

Assalamualaikum....:)
entry dah lama simpan kat draf..:) br ari ni post...:)

hehhe....ni citer cuti skolah semester 1 mac lalu. Join Geng Kaki Foto. Sebenarnyer ini kali ke-2 aku ke Shenzhen.....ahhhh???? 2x....??? hehheh....Yaaa. 1st time dulu join ngan group cikgu cekgi dari Tenom. aku kenal Kak Inut jer maser tu, yg lain xkenal. Dari Hong Kong terus ke Shenzhen. Yang aku sedih tu, gambo semua hilang sbb HD rosak... Sbb tu aku ke sini lagi. Ke-2 sbb, aku tertarik  nak p Guangzhou, tp disaat aher xjd sbb tiket train xder, abih...so ronda2 ajer la kat shenzhen.

Sblom cite pjg meh kiter mukadimah dulu, sambil2 layan gambo....

Shenzhen


Shenzhen terletak di bahagian selatan Wilayah Guangdong, di pantai timur Sungai Pearl Delta. Berjiran  dengan Pearl River Delta dan Hong Kong, lokasi Shenzhen memberikan ia kelebihan geografi untuk pembangunan ekonomi. Pada tahun 1980, Zon Ekonomi Khas pertama China telah dibina di bandar ini. Sejak itu, bandar ini menjadi kemuncak China, salah satu bandar yang terkenal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.


Lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu, Shenzhen hanya sebuah perkampungan nelayan kecil yang dikenali sebagai Baoan County. Pada tahun 1979, ia telah dinamakan semula dengan nama Shenzhen City.

Sebelum berangkat, sempat amik gambar. Kak Lia tak join trip kali ni, dier cuma menghantar kami ke airport...dier la yg tolong amik gambar ni

Air port Shenzhen,  rekabentuknyer mungkin terilham dr naga.....Sebahagian kawasan masih lagi dalam proses pembinaan.
Keluar dari airport meuju stesen metro...uhhh...jauhnyer....

Sesi suai kenal.....ni Ketua darjah Trip kali ni...Tony Mandy. Sabahan tp rasanyer menetap d sjung....Baru penah jumpa   face 2 face. Sino Kadazan kot.....dier ble cakap cina...so banyak membantu pd sesi shopping beberapa hari akan datang...:)

Jauh, tak nampak lagi jalan keluar....

lenggang je kan.....tp sebenarnyer tak...ramai ni tp dah beransur surut sbb ramai dh klua...


Amik gambar depan Hotel Garden Inn..:)
hehhh....klo ingat balik hotel ni, teringat bebrapa kisah.......nanti kiter citer ye....

Kiter stop dulu...dah azan maghrib....Jumpa lagi. bye.....

No comments:

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...