27 Mei 2024 (Isnin)
 |
Gunung Fuji di pagi hari. Di ambil dari bilik hotel |
Pagi di Kawaguchico. Awal kami bangun hari ni. Waktu subuh masuk sangat awal iaitu pada jam 2.45 pagi dan waktu syuruk pada jam 4.29 pagi. Air dalam toilet di luar bilik kami terlalu sejuk. Bila basuh muka, hilang rasa mengantuk. Memandangkan bilik mandi dikongsi bersama, selesai solat subuh, aku terus naik ke tingkat atas untuk mandi. Tak nak bertembung dan berebut dengan orang lain. Bukan apa... kita ni lepas mandi penampilan kita tak ada la kemas mana, cantik sikit dari Pontianak je. Aku takut kalo orang terserempak dengan aku, dia pengsan jatuh tangga. 😎Setibanya di tingkat 4, masih sunyi sepi. Seram sejuk juga la dibuatnya. Sempat aku membuang pandang, memerhati di hujung ruangan bilik mandi. Mengesan sebarang pergerakan atau apa jua imej pantulan dari cermin yang mencurigakan. Semuanya kaku. Tenang. Cepat2 aku masuk ke bilik mandi. Bukan apa, aku teringat cerita si Kimalogi, tentang hantu Jepun iaitu si Kuchisake Onna. Hantu Jepun ni bukan boleh kita buat lebih kurang, kalo jumpa dia, tak lepas kita!
 |
Turun ke tingkat bawah. Pintu kat depan tu akan membawa kita ke tingkat 2 hotel ni. |
 |
Kalo lupa beli air, boleh beli air di sini |
 |
Kat tingkat 2 ni ada tempat untuk berehat |
 |
Ini kat lobi hotel. Disediakan almari untuk kasut. Makanya kasut kita tak boleh bawa naik, kena tiggal dalam almari tu, nak naik kita pakai selipar yang disediakan. |
 |
Kecik je kaunter hotel dia. Sebelah kaunter ni ada cafe hotel ni sebenarnya, cuma dia tak buka. |
 |
Selipar yang disediakan untuk digunakan di dalam hotel |
 |
Sudah mula diliputi kabus. Padahal baru jam 8.00 pagi. |
 |
Ini gambar masa trip Japan 2019 di lokasi yang sama. Cuaca sangat cerah dan gunung Fuji nampak dengan jelas. |
Jam 5.04 pagi, di luar sana sudah terang benderang. seperti pada jam 6.00 pagi di Sabah. Biarpun cuaca agak kelabu, tapi Gunung Fuji tetap kelihatan berdiri megah tanpa kabus. Aku ingat cuaca akan berterusan kelabu macam ni, semoga saja ada mentari bersinar nanti. Selesai bersiap, sarapan pagi di bilik, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kawaguchi Station. Destinasi pertama kami hari ini ialah menuju ke Saiko Iyashi no-Sato Nenba. Pada tahun 2019 kami sempat singgah ke sini. Boleh klik link untuk gambar yang lebih WOW: https://nienatama.blogspot.com/2020/02/niena-di-japan-tasik-kawaguchi-part-11.html Kali ni kami singgah lagi sebab A, belum pernah sampai ke sini. Untuk ke lokasi ini, kami membeli tiket bas (line hijau) berharga $1200 yen di kaunter tiket. Kemudian kami menuggu bas di luar bangunan stesen. |
Kita di hadapan ikonik Stesen Kawaguchi. Wajib ambil gambar di sini |
.jpg) |
Pakej yang ditawarkan untuk pergi ke beberapa destinasi sekitar Kawaguchi |
.jpg) |
A dan KH wakil untuk membeli tiket bas |
 |
Tempat menunggu bas |
.jpg) |
Ada signboard bas kat tiang |
 |
Bas hijau dah sampai. Jangan salah naik bas pula ya |
 |
Dah sampai singgah di kedai Pakcik dulu. Restoran Pakcik ni memang popular di RTJ. Halal inshaallah... |
 |
Tasik Saiko merupakan salah satu daripada Lima Tasik Fuji di kaki Gunung Fuji yang dinobatkan sebagai tapak Warisan Dunia. Di sebelah barat laut tasik, terdapat sebuah kampung yang pernah dipanggil "kampung tercantik di Jepun", iaitu Kampung Nenba. Di Kampung Nenba, yang dikatakan telah wujud sejak zaman Klan Takeda, terdapat kira-kira 40 rumah beratap jerami dengan gaya Kabuto-zukuri (bumbung berbentuk topi keledar samurai). Disepanjang jalan dan di taman tepi rumah terdapat bunga dahlia, bunga lili gunung, yarrow dan bunga-bunga indah lain yang mekar. |
 |
Dikurniakan dengan cahaya matahari yang melimpah pada musim panas dan salji yang minima pada musim sejuk, membolehkan penduduk kampung ini terlibat dalam bidang perhutanan, pembuatan arang, penanaman seri (penternakan sutera) dan penternakan tenusu. Mereka bekerjasama secara harmoni untuk membentuk budaya yang unik dan menjalani kehidupan yang aman dan selesa.. |
 |
Gambar kat atas: Kalo cuaca tak hujan akan nampak, gunung fuji dari kejauhan...Walaupun penduduk kampung bekerja secara kolektif untuk memasang semula atap jerami demi untuk mengekalkan seni bina bumbung jerami tradisional, mereka juga terlibat dalam pembangunan kampung yang moden, seperti menurap jalan, menaik taraf bekalan air dan relau, dan memasang talian telefon untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. |
 |
Lagi gambar kami |
 |
Cantik kan...... |
 |
Pada September 1966, tepatnya pada musim luruh, telah berlaku hujan lebat yang tidak henti-henti ke kawasan sekitar Tasik Saiko. Hujan yang lebat menyebabkan lereng gunung itu mengalah dan akhirnya runtuh. Aliran serpihan yang terhasil, yang dirujuk sebagai "tsunami gunung," dihanyutkan ke hilir dan terus melanda kampung Nenba. Ini semua berlaku sebelum subuh pada 25 September. |
 |
Daripada 40 rumah beratap jerami yang berdiri pada masa itu, 37 telah musnah keseluruhan atau sebahagiannya akibat bencana itu. Gaya hidup aman penduduk kampung hilang sekelip mata, dan kampung itu hilang. |
 |
4 dekad kemudian, pada tahun 2006, Saiko Iyashi-no-Sato Nenba telah dibina semula dengan 20 rumah beratap jerami. Ia bertujuan menghidupkan semula pemandangan indah perkampungan beratap jerami asal yang hilang akibat bencana taufan dan membina pusat pertukaran pelancongan baharu yang menonjolkan sejarah tempatan, budaya dan persekitaran semula jadi yang unik di kawasan ini. Rumah beratap jerami kabuto-zukuri telah dibina semula dalam bentuk asal menggunakan kayu lama. Sebuah pondok membuat arang dan bilik serikultur (menternak ulat sutera) juga telah dihasilkan semula. |
GOTEMBA PREMIUM OUTLET
Oleh kerana hujan sudah mula turun renyai2 manja, kami mengambil keputusan untuk terus saja ke Gotemba Premium Outlet. Kalo hujan pun, kat sana banyak kedai boleh masuk untuk berlindung. Untuk ke Gotemba, kita kena balik semula ke Kawaguchi Station dan tunggu bas sampai di tiang No 6. Perjalanan Menuju ke pekan Gotemba mengambil masa kira2 35 minit. Dari Pekan Gotemba kita ambil naik shuttle bus menuju ke Gotemba Premium Outlet (GPO).
 |
Gotemba Station |
 |
Bangunan yang kawan aku tunjuk ni ialah Gotemba Station, iaitu khas untuk hentian keretapi. Bas No 6 tadi (Yang kita dari Kawaguchi Station) akan berhenti di hadapan bangunan ni. Di seberang jalan bangunan ni la, pendek kata. Jadi Shuttle bus menuju ke GPO tu ada di sebelah bangunan ni. Kita kena naik tangga kat depan tu untuk menuju ke hentian bas. |
 |
Sebelum naik tangga, aku berlari ambil gambar mercu tanda ni dulu. |
 |
Dah sampai atas, jalan sampai hujung sana....ikut je signboard. |
 |
Dah sampai hujung, ambil arah kiri, kemudian turun tangga dan terus menuju ke lokasi menunggu bas ke GPO. |
 |
Bangunan di belakang tu ialah bangunan Gotemba Station. Bas dari Kawaguchi Station tadi turunkan kita bukan di area sebelah sini ya, tapi di sebelah belakang bangunan Gotemba Station ni, sebab tu kita kena naik tangga tadi. |
 |
Kat sini tempat tunggu bas meuju ke GPO tu, iaitu di tiang No. 2. |
 |
Perjalanan menuju ke GPO dari sini, mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja. |
 |
Ambil gambar dulu kat sini. Beg kecik yang aku pegang tu, Pakcik kat Nemba tu yang bagi, Dalam beg tu ada makanan ringan juga. Kitorang semua dapat ole-oleh ni. |
 |
Coach |
 |
GAP |
 |
Hujan turun masa ni tapi untungnya kat sini ada laluan berbumbung. |
 |
Kalo aku sorang, memang tak masuk la... |
 |
Campur2 jenama |
 |
Kedai macam ni boleh la kita masuk. Masih dalam kemampuan lagi |
 |
Rembat satu juga beg MK buat kenangan. Kalo kat Malaysia memang aku tak mampu nak beli. Kat sini sebab duit JPY, tak berapa perasan dia punya harga tu 😝 |
 |
KT nak tanya Musola kat Tourist Centre tu. Ada katanya tapi kena jalan kaki dalam beberapa minit, agak jauh juga. |
 |
Maka akhirnya kami memutuskan untuk balik semula ke Hotel. Naik bas ni lagi untuk ke Gotemba Station. Cari kat tempat kita turun tadi. |
 |
Sampai di Gotemba Station, macam tadi juga, kita naik tangga untuk pergi ke sebelah sana. |
 |
Kunter tiket untuk train |
 |
Depa tengok kalo2 ada train menuju ke Kawaguchi, tapi tak ada. |
 |
Kedai yang ada di bangunan Gotemba Station |
 |
Ok turun bawah la kita |
 |
Hotel pun ada kat sini |
 |
Tempat menunggu bas menuju ke Kawaguchi Station |
 |
Kosong je tak ada orang. Tapi dah lewat sikit tu baru ada orang yang tunggu bas. Agaknya dorang dah tau jadual bas, tu yang dorang datang lambat sikit. |
 |
Bincang2 masalah negara 😁 |
 |
Sambil tunggu bas sampai, ambil gambar dulu |
 |
Betul la kat sini, Tiang No. 2. Ke Kawaguchi Station |
 |
Bas dah sampai, naik la kita |
 |
Bayar tambang guna Suica |
 |
Bangunan Kawaguchi Station. Sunyi sepi dah. |
 |
Sebelum balik ke hotel, singgah ke Lawson dulu beli makanan |
 |
Sebab malam aku tak amik gambar Lawson, maka aku pinjam gambar depa p sini semalam. |
 |
Nampak sedap, tapi tu la..... |
 |
😋 |
 |
Ada satu yang boleh makan. Kalo tak silap ini....kawan aku ada install apps untuk tengok bahan2 yang digunakan dalam makanan tu. |
 |
Aiskrim ni viral di RTJ. Beli la buat rasa2. Halal inshaallah..... |
Jumpa lagi di cerita akan datang...
No comments:
Post a Comment