20 Dec 2022
Lokasi seterusnya yang ingin kami lawati ialah ke Menara Galata atau dalam bahasa Turki dikenali sebagai Galata Kulesi yang terletak di utara Tanduk Emas. "Tanduk Emas" adalah sebuah muara yang membentuk seakan-akan tanduk rusa, menghubungkan Selat Bophorus dengan Laut Marmara. Dari sudut geografi, tanduk emas memisahkan antara bandar Istanbul yang menyimpan catatan sejarah lampau Turki dengan kawasan lainnya dan membentuk sebuah pelabuhan semulajadi yang terlindung dari tiupan angin dan ombak besar dari laut. Perjalanan kami menuju ke Galata Tower adalah seperti berikut:
Dari Masjid Ortakoy (Jalan kaki 260 meter ke perhentian bas)--> Ortakoy-Katabas Erkek Lisesi (ambil bas No. 30D- 12 stops)- Kemeralti. Dari Kemeralti jalan kaki menuju ke Galata Tower
|
Sebelum sampai ke Galata Tower, jumpa tangga tinggi ni. Lepas ni kena bersedia...kaki, lutut kena fit sebab jalan nya agak berbukit sikit
|
Pada zamannya, Menara Galata merupakan bangunan paling tinggi di Istanbul dengan binaan 9 tingkat. Menara setinggi 220 kaki/ 67 meter ini, pernah dikenali sebagai Menara Christ, pada tahun 1348, iaitu semasa ia dibina. Semasa pemerintahan Uthmaniyyah, menara ini berfungsi sebagai menara pemerhatian untuk mengesan kebakaran. Pada abad ke 18 dan abad ke-19 ia pernah mengalami kerosakan dalam dua (2) kejadian kebakaran besar-besaran. Ia dibaik pulih pada tahun 1960-an dan kemudiannya dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Jika berminat kita juga boleh naik ke Galata Tower dengan bayaran sebanyak 25 Lira. (Ini harga ketika kami ke sana). Dari atas ni kita boleh melihat pemandangan kota Istanbul dan boleh juga mengambil gambar dengan memakai pakaian era Uthmaniyyah di booth yang disediakan di dalam menara. Bagi yang sakit kaki, jangan risau ada lift disediakan di sini tapi hanya sampai ke tingkat 7 sahaja, kemudiannya pengunjung kena naik tangga seingga ke puncaknya.Tiket boleh dibeli di kaunter yang berbentuk tram yang terletak di tengah laman Menara Galata. Kami sepakat untuk mengambil gambar di laman Galata Tower sahaja. Datang ke sini tak sah kalo tak merasa makan kek di cafe berdekatan Galata Tower. Orang kata sedap, jadi kita pergi la cuba....
|
Duduk tepi tingkap lagi best, tapi semua dah penuh...kita duduk je la dekat tangga |
Kami tak bercadang untuk berlama-lama di sini. Selasai menikmati kek yang memang sedap, kami meneruskan perjalanan pulang ke hotel. Tapi kami tak ikut jalan semasa naik tadi sebab...uhhhh, terasa sangat tinggi. Jadi kami menyusur jalan lain, yang penting jalannya menurun bukit....😅
|
Susah nak suasana "kosong" kat sini.....layan je la, nampak la meriah dengan background orang ramai kat belakang |
|
Kuih tu agak manis. Sekali sekala ble la....Cai pula kena ada... |
|
Hidangan makan petang kami....yang putih tu bukan tisu ya....😅 |
|
Yang macam sambal tu, macam sambal terung |
Jumpa lagi di part seterusnya....Bye!!
💝 NienaT
Rujukan:
https://www.expedia.com.my/ms/Menara-Galata-Istanbul-City-Center.d501293.Place-To-Visit
No comments:
Post a Comment