Thursday, February 16, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol. 2-2016: (Part 7) Dari Lindis Pass ke Queenstown...

29 nov 2016
Lindis Pass- Puzzling World- Wanaka- Cardrona Valley

Assalamualaikum n Hi korang....
Bertolak je dari Clay Cliff kami memulakan perjalanan melalui Lindis Pass, menuju ke Wanaka Puzzling World. Lindis Pass merupakan kawasan tanah tinggi yang dikatakan antara salah satu jalan yang menguji kecekapan pemandu. Jika anda seorang yang gayat sila tutup mata dan buat2 tido. Nasib baik kami semua ni jenis yang tak mabuk darat (eh...ader ke istilah tu?? wekekek...). Semua pun aku tengok ok je, apatah lagi pilot kami si Z, gagah perkasa lagi aku tengok keadaan dier.  Oh ya perjalanan ke Wanaka Puzzling ni mengambil masa kira2 1 jam 10 minit dengan jarak 103 km.

112 km menuju ke Wanaka katanyer
Bunga kuning menghiasi kawasan tanah tinggi
Kosong. Macamana la agaknyer kalo geng basikal lalu kat sini ye? Gigih depa mengayuh naik bukit ni...
Kami mula memasuki Lindis Pass, jalannya berliku tapi masih tak ble lawan Cardrona. Bila melalui kawasan ni jarang sekali kiter nampak rumah orang, kosong. Kawasan bukit bukau juga nampak kosong tandus tanpa sebarang pokok renek. Semua dipenuhi dengan rumput berwarna kuning kecoklatan. Bila tengok dari jauh cantik je, lembut bak permaidani terbuai2 ditiup angin. Sesekali kiter akan terserempak dengan kete atau motorhome. Satu yang aku kagum dengan depa ni jalan rayanya sangat bagus, jarang jumpa jalan berlubang. Lori pun jarang terserempak kat sini, depa lalu ikot jalan mana ye??? Kalo berdekatan bandar, ye kerap jumpa lori. Dapat bayangkan tak bila tiba musim sejuk...semua kawasan berbukit ni dipenuhi salji yang memutih...mesti cantikkan...tapi tak tau bila la agaknyer ble tengok salji kat sini...:)

Sowie S, I edited tudung u ya....Terseksis! :D
Konon2 nak amik gambar sambil buat aksi ala2 filem Hindustan, tapi malangnyer tak de sape sudi amikkan gambar kami ber-4....heheeh
Masih kat Puzzling World. Dinding tu cantik, menggunakan gabungan bentuk geometri
Kami..ala2 wanita melayu terakhir gitu....ekekekek...








Akhirnya kami sampai di Puzzling World. Sampai sini dah kebulur, terus cari tempat parking yang agak tersorok. Konon2 nak duduk bawah pokok tapi tak jadi sebab ader motorhome yang sedang landing kat situ. Orangnyer pula ader kat dalam. Sebab kami malu2 kucing, tak jadi la parking kat situ, akhirnyer kami makan dalam kete di kawasan belakang tempat rehat pekerja di Puzzling World. Makan nasi bekal berlaukkan kerang kari dalam tin, sejuk2 pun sedap juga. Agak2 kalo kat rumah ader selera ke makan macam ni?? Jawab jujur...Heehheeh...

Teringat pula cite zaman sekolah menegah dulu. Tinggal asrama semuanya serba terhad, bukan macam asrama skg ni. Dulu nak dapatkan air panas tu pun punya payah, terpaksa pinjam water heater coil kawan punya. Itu pun bawa curi2. Kalo dah tak tahan menunggu masak maggie dalam cawan tinggi guna air sejuk pula tu. Dasyat sungguh. Tapi makan habis okey...walaupon sejuk! 

Ruang dalam Puzzling World. Kat sini ble duduk santai sambil mencuba menyelesaikan permainan yang ader disediakan di atas meja. Permainannya simple aje tapi sungguh menguji minda. Kena fokus. Duduk sini tak perlu bayar free je, kecuali kalo nak masuk illusion room, yang itu kena pegi kaunter untuk daftar dan bayar. 
Tak ble selesaikan. Payah...
Kalo masuk Illusion Room tu baru la berbayar. 
Ini ruang tengah atau tempat menunggu geng kiter yg masuk tandas. Sebelah kiri tandas lelaki., sebelah kanan pula tandas wanita. Ini adalah gambaran tandas dulu2. Ko mampu nak ek ek sambil becerita?? Aku rela menahan kalo gni...Hahahah
Lepas makan tu baru la kitorang masuk ke dalam. Depa nak guna tandas, pastu nak main permainan yg ader atas meja. Puzzling World (PW) dibuka setiap hari bermula jam 8. 30 pagi dan tutup jam 5.30 petang (summer)/ 5.00 Petang (winter). Manakala pada Hari Krismas pun depa buka juga tapi bermula jam 10 pagi dan tutup jam 3 petang. Kali ni tak de cite panjang lebar lagi pasal Puzzling World sebab dah cite dalam entry Trip bersama Kengkawan. Untuk keterangan lanjut ble la p jengok website depa: http://www.puzzlingworld.co.nz/. Kitorang tak lama kat sini, dalam 40 minit gitu, kemudian terus ke Wanaka Lake.

ambil angin 
Tenang dan sepoi2 bahasa
Bermain kapal layar
sisa glasier di puncak gunung
tunggu sape?
Kuatnyer angin...rasa nak tercabut tudung dibuatnyer

Dari Puzzling Worl tadi nak ke Wanaka Lake ni tak jauh. 7 minit je. Kami sebenarnyer nak cari Lone Tree yang sangat popular tu tapi malangnyer tak jumpa. Sebelum ke sini aku dah tengok kat Goggle map kedudukannya memang kat hujung ni. Rasanyer kami perlu jalan sampai ke hujung lagi. Memang bukan rezeki la kan. Kat Wanaka ni ader satu Restoran Turki yang jual Kebab Halal. Masa join trip kekawan dulu kak Nana ader beli 1, tapi tak sedap. kali ni tak de singgah. Pegi yang arca tangan tu pun tak. Kesian S lupa pula nak bawa dier ke sana padahal view dekat arca tangan tu lagi cantik. Tak pe lain kali ble pegi lagi. kalo nak bermalam kat sini pun ble juga, ader banyak motel di sediakan dan katanyer ader kebun strbery juga kat sini. Tapi kami tak p sebab masa tak mengizinkan, masih jauh perjalanan untuk sampai ke checkpoint terakhir kami harini iaitu di Queenstown. Kalo bermalam kat sini, ble la korang jalan kaki menyusur tasik dari hujung ke hujung mesti best, tapi jangan lupa bawa baju tebal,  angin kuat sangat. Macamana la agaknyer kalo musim sejukkan....

Oleh kerana dilanda kecewa sebab tak jumpa lone tree, kami meneruskan perjalanan terus ke Queenstown melalui Cardrona Valley. Sebelum tu singgah dulu di Cardrona Bra Fence. Tempat ni tak jauh mana dari Wanaka Lake, hanya berjarak lebih kurang 23 km. 18 minit ble sampai. Masa join trip kekawan kitorang tak singgah sini sebab terlepas pandang, jadi malas nak patah balik. Bradrona ni terletak di tepi jalan je. Nak masuk free tak payah bayar sebab ia berada di kawasan terbuka.

Penjenamaan semula- "Bradrona"
Jangan pandang serong ye, bila tengok pakaian dalam yang ko rasa tak sepatutnyer diperagakan secara terbuka macam ni. Pada mulanya memang la budak2 nakal yang tak tau sape yang mulakan, dier p gantung satu bra kat pagar ni. Bermula dari satu, lama2 makin banyak. Bukan tak de usaha pihak berwajib untuk buang semua ni. Dah buat banyak kali tapi depa (budak2 nakal) buat lagi. Lama2 pihak berwajib pun bosan dan akhirnya biarkan aje sambil buat khidmat sosial. Akhirnya depa jadikan kawasan ni sebagai tanda sokongan kepada pesakit kanser payudara dengan meletakkan satu bekas berwarna pink di tepi pagar. Sesiapa jua ble menyumbang wang seikhlas hati dan masukkannya di dalam peti tu. 

Jadi kiter pandang ianya dari sudut positif dan ambil sikap menghormati, sebab setiap insan ni mempunyai pelbagai cara macamana nak menyatakan tanda sokongan terhadap orang lain berdasarkan kepada budaya dipersekitaran. Jadi kat tempat kita, dah tau perkara macam ni tak ble diterima masyarakat dan tak sesuai dengan budaya timur, maka jangan la pilih cara ni, masih banyak lagi kaedah lain. Ok kan? :)

Terdapat ladang biri di belakang sana, nampak tak yang warna putih tu...


eh terfokus pula...
Dihadapan Bradrona
Perjalanan di Cardrona Valley
Menghabiskan masa sekitar 20 minit di sini amik gambar sekeping dua, kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Cardrona Valley. Puncak jalan raya tertinggi di Nz katanyer. Yang ini jalan rayanya agak mencabar, selekoh tajam ada dimana2, naik bukit, turun bukit, betul2 menguji kecekapan. Jadi pandu cermat jiwa selamat. Sebab tu masa join Trip kekawan dulu, depa ingatkan kalo driver masuk ke illusion room kat Puzzling World td akan rasa pening2 lalat. Jadi kalo rasa pening agak bahaya melalui jalan di Cardrona Valley ni. Kami tiba di puncaknya, iaitu di Crown Range Road yang katanya berketinggian 1076 meter dari aras laut,  sekitar 17 minit perjalanan dari Bradrona tadi. Oleh kerana tempatnya sangat tinggi, angin pun bertiup kencang. Kami singgah sekejap untuk mengabadikan kenangan di mercu tanda batu di sini. Bukti sudah sampai di sini katanyer...


Rumput kuning yang lembut. Yang ini agaknyer baru tumbuh, tak kembang setaman lagi, tahun lalu rumput ni kembang mekar dan sangat cantik di tiup angin. 
Laluan berliku
Bergambar kenangan di mercu tanda berketinggian 1076 meter. 

Nampak tak jalan raya kat bawah sana, nanti kiter akan lalu di situ
Jangan pandang tepi...
Lembah di bawah sana, hanya kelihatan 2, 3 buah rumah sahaja
Rumput bak permaidani....
Sebenarnyer perjalanan dari Puncak Cardrona, menuju ke Queenstown tak jauh mana. Kalo tengok kat goggle map hanya memakan masa kira2 40 minit (lebih kurang). Tapi oleh sebab bentuk muka buminya yang berbukit bukau maka pemanduan kami extra berhemah. Keselamatan perlu diutamakan. Bak kata org tua2 "Biar lambat asal selamat"...Sepatutnya dari Cardrona tadi kami akan singgah ke Lake Hayes (sekadar untuk amik gambar sekeping dua) dan kemudian singgah ke Pekan Arrowtown, sebuah pekan koboi pada era 60-an. Suatu masa dulu dikatakan pekan Arrowtown menjadi tumpuan para pelombong emas dan tidak hairan la ader sebuah muzium emas dibuka di sini. Muzium ni dibuka bermula jam 8.30 pagi- 5.00 petang. Dua2 tempat ni kami tak singgah, sbb ader yang takut Pinewood Lodge tempat kami menginap malam ni tutup awal dan kami tak sempat checkin kat sana nanti. Lake Hyes tu ok tak pe kalo tak singgah pun sbb kiter tak tau kedudukan dier dimana. Tapi Arrowtown tu dah depan mata signboardnyer.... Percaya la kawan2, oleh sebab di musim panas ni siang lebih panjang daripada malam maka kebanyakan kedai souvenir, hostel akan tutup paling lewat pada jam 9.00 malam, sebab masa tu baru nak gelap.

Aku sebanarnyer nak tengok Pekan Arrowtown, tak yah turun pun tak pe amik gambr dr dalam kete pun dah ok. Memang la dah jam 5.30 petang muzium dah tutup tapi kan kiter boleh je lalu sambil tengok2 keadaan sekitar, tak rugi rasanyer, tapi ader yang tak setuju takut makan masa, nanti dari Arrowtown nak ke Queenstown tu kena patah balik pula ke simpang asal tempat masuk tadi katanyer. (kalo nak p Arrowtown kena masuk 1 simpang di sebelah kanan- kalo jalan terus akan membawa kiter terus ke Queenstown.). Tapi kalo kita fikir logik, mustahil la tak de jalan keluar yang lain untuk ke jalan utama dari Arrowtown kan? Sedangkan Arrowtown juga merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong, Kalo kiter nak orang datang berkunjung ke tempat kiter mesti kiter buat sesuatu yang memudahkan orang agar dier tak kecewa datang tempat kiterkan dan salah satunyer mesti kiter buat jalan keluar yang lain (untuk ke jalan utama) agar kawan kiter yang datang ni tadi tak perlu berpatah balik ikut jalan asal tadi. Aku fikir macam tu je, tapi tak nak juga. Emm...Sayang rasanyer benda yang kiter ble buat tapi kiter tak buat sebab kiter takut. Kadang2 ader msanyer takut itu perlu dibuang mengikut kesesuaian. Bukan bermakna kiter kena ikut iti 100%. Tidak. Pada pendapat aku selagi tempat tu masih berada di laluan asal kiter tak salah rasanyer untuk kiter ikutinyer. Tapi tak pe la, benda dah berlalu. ko dah balik Malaysia pun...

Tengok ader jalan keluar yang lain dari pekan Arrowtown.
Akhirnyer kami sampai di Pinewood Lodge. Hari masih siang lagi. Dapat rumah comel betul2 tepi jalan. Diberi nama "Spike 1. Ini penginapan terbaik sepanjang trip ni. Nanti aku citer kemudian. Semua org suka rumah comel ni, selesa dan mudah untuk dicari sebab kedudukannya yang dekat dengan Skyline. Rumah ni ader 2 bilik, lengkap dengan bilik mandi masing2. Dapur kat luar dekat ruang tamu. Sebelum punggah barang, kami teruja amik gambar dulu depan rumah ni. Comel sangat :). Dah dapat bilik masing2 tau aper tugas yang perlu dibuat. Ader yang pegi mandi, solat, ader yang masak. Sebab masing2 dah lapar maka masak itu penting. Lepas makan, aku, Z & S keluar semula jalan kaki je meuju ke jantung Queenstown. Kami singgah ke Queenstown Mall. Kedai souvenier tu buka lagi. S memulakan sesi menyoppingnyer. Kami pula tengok2 je. Tengok2 la sangat kan...Aku tak beli dah keychain segala tu sebab aku dah beli dah tahun lalu. Makanyer malam ni aku cuma nak banding2 harga. esok baru beli.



Cerita seterusnya: (Klik sini)  * Bersambung ke Hari-3....
#Thanx S, Z, KH atas sumbangan gambar..

Tuesday, February 14, 2017

New Zealand: Jom Balik Kampong Vol: 2-2016: (Part 6) Clay Cliff, Omarama

29 NOv 2016
Clay Cliff

Hi....
Sebelum aku teruskan citer, nak share juga muka2 yang kecewa. Seperti yang aku cite kat entry lepas, bertolak aje dr kaki gunung, matahari mula memancar garang. Tengok tu sampai sepet mata dibuatnyer. Bila tengok view cantik macam ni, dilatari pelangi pagi, terubat sket hati yang kecewa tadi. Betul la kan, setiap kejadian ader hikmahnya. Satu kiter tak dapat, Allah SWT bagi benda lain yang tak kurang hebatnya. Alhamdulillah....:)

Lindungi mata dari panahan mentari
Tengok tu ader pelangi. Kat labuan jarang aku nampak pelangi...;p
Best kan tumpang kamera orang...ekekke. Belakang tu yang ader kabus jalan menuju ke Mt. Cook
Buat mata ketam
Ok dah. Perjalanan diteruskan. Kali ni menuju ke Clay Cliff yang terletak di Omarama. Perjalanan mengambil masa kira2, 1 jam dengan jarak 102 km. Clay Cliff ni merupakan batu2 tajam yang besar dan tinggi. Terdapat jurang sempit yang memisahkan antara "bangunan" batu2 ni. Jadi kiter boleh lalu kat situ. Batu2 ni dikatakan terdiri dari lapisan batu kelikir dan lumpur yang diendapkan oleh sungai2 yang mengalir dari glasier sejak 1-2 juta tahun yang lampau. Jika dibandingkan dengan pergunungan yang ada disekitarnya, usia Clay Cliff lebih muda. (Pergunungan yang ada di sini dianggarkan berusia berusia 250 juta tahun).

Simpang masuk ke Clay Cliff ni kecik aje, sign board pun kecik, jadi sila perlahankan kereta anda. Kalo kiter dari Twizel, Clay Cliff ni berada di sebelah kanan. Ari tu kirorang pun terlepas simpang tapi patah balik. Takut juga sesat sbb si Shella ni bukan ble pecaya sangat, tapi bila tengok ader sign board ni, reda la sket debar di dada. Gitu...Dari simpang ni nak masuk dalam jauh lagi ye, jalan pula grable jadi, pandu cermat jiwa selamat...

10 km katanyer
Kandang biri2. Mula2 dulu heran juga macamana depa ni ble kesan kambing ni terlepas? Rupanyer pagar tu pagar elektrik. jadi lembu dan kambing tak rempuh punya...
Jalan masuk ke Clay Cliff
Papan tanda kreatif
Kemudian jumpa pagar ni. ko buka dan kemudian tutup sendiri. tak de orang jaga. Bawa kete jangan laju tau, limit dier 30km/j je..Ada 2 pagar kat sini. Duit bayaran masuk dalam peti yang disediakan di seblah pagar ni. 
Ini ble la kiter namakan dier sebagai mini Grand Canyon. Yang kat US tu dier punyer moyang, yang ini cicit dier...;p Sebab aper? Sebab yang ini kecik aje kawasannyer. Kalo rajin ble jalan kaki masuk dalam tu merasai sendiri pengalaman berjalan di sisi ngarai. Kami tak pergi dekat amik gambar dari jauh je. Masa kami sampai ader juga beberapa motorhome yang dah parking kat sini. Jadi tak de la menakutkan sangatkan. Oleh sebab kawasan ni merupakan tanah persendirian, maka kiter perlu la membayarnya. Tak mahal cuma NZ 5 sahaja, dengan memasukkannya di dalam kotak yang disediakan di luar pagar. Nampak tak, betapa mereka meletakkan soal rezeki, percaya dan kejujuran itu ditahap yang sangat tinggi.

Cakap soal jujur dan percaya ni, kat sebelah Menumbok- Beaufort pun kiter akan jumpa situasi macam ni, dimana gerai2 di tepi jalan ditinggalkan dengan barang jualan di atas meja tanpa ader penjaga. Kalo nak beli tak payah panggil orang nyer datang, ko tinggal pilih mana yang berkenan di hati, kemudian masukkan duit di dalam bekas tin yang disediakan. Sila pastikan anda bayar guna duit kecik sbb kalo duit besar tak de sape nak bagi balik duit lebih melainkan ko pegi ketuk pintu tuan rumah. Orang kata kalo tak bayar, inshaallah orang tu tak kan dapat meninggalkan gerai tu walau dicuba berulang kali...Jadi jangan dicuba ya...

Batu yang unik
Laluan masuk ke kawasan batu2...
Terhasil dari batu kelikir & lumpur

Bersebelahan dengan kawasan batu2 ni, terdpat sebatang sungai yang sangat cantik. Airnyer sangat jernih berwarna kehijauan. (Eh...asal ayat macam dalam buku cerita kanak2 ni?...wekekek). Ader juga bunga lupine dan bunga kuning tumbuh di celah2 air yang mengalir. Aku tak pasti kalo ader ikan kat sini, tapi inshaallah pasti ader kalo ko sanggup tunggu sejam dua. :D. 




Dalam perjalanan pulang....



di pertengahan jalan nak keluar, terserempak geng basikal. kalo jumpa depa, tak ble laju. Kena pandu perlahan dengan penuh hemah. Kalo tak debu2 beterbangan, kesian kat depa...
Kami ditiup angin....S, I edit u punya tudung kasi tutup sket :)
Itu gaya gedik sebab nak tahan tudung supaya tak tercabut, angin kuat giler kat sini. 
Bersambung.....

#saje nak memanjangkan cite berepisod2...:D
*Thanx Z, S, KH atas sumbangan gambar

Summer di Japan: Naik Bas Dari Narita Airport keKawaguchico (Part 3)

 26 Mei 2024 (Ahad) Salam. Hi semua... Selepas mereput semalaman di Narita Airport, hari ni kami akan bergerak ke destinasi pertama kami iai...