Saturday, January 4, 2014

Hello Jogja: (8) Seharian di Kota Solo..............

PART VIII
21 NOV 2013
Assalamualaikum & Hi....



Kalo ikut plan awal, hari ni kami akan ke Merapi. Tambahan pula cuaca hari ini cerah. Tapi dari semalam kami dh memutuskan untuk ke Kota Solo. 2 jam perjalanan dari Kota Jogja. Solo atau dikenali juga dengan nama Surakarta, merupakan sebuah daerah yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Kedudukannya sangat stategik, ia berada di tengah laluan antara Jakarta- Surabaya-Bali. Perkataan “Solo”mengingatkan aku pada lagu “Bongawan Solo” (tahun lalu kami gunakan lagu tu bermain Angklung untuk persembahan Anugerah Inovasi Pendidikan di Ujana Kewangan Labuan). Alhamdulillah, geng yang mabuk teruk semalam, ari ni dah sihat sket...:)

bapak tuk tengah main krincing, mun sudi ble merik duit. seikhlas hati. mun sik maok, diam2 jak, sik boh bukak mulut...;)
Aku: Pak, apa itu Bongawan Solo?

Pak Wor: Bongawan Solo itu sebatang sungai. Bongawan maksudnya sungai…Sungai Solo.

Aku: tempat wisata pak?

Pak Wor: Ngak mbak. Ia cuma sungai biasa. 

Dalam perjalanan, (oleh kerana cuaca cerah), kami dapat melihat Gunung Merapi dari kejauhan. Aku lepaskan bidikan bertalu2, untung dapat angle yang bagus. Ya…alhamdulillah, dapat dong…syukur dengan mobilnya bergerak terus...(tetiba…..wekekekekk). 






Mercu tanda Kota Solo

Welcome to Solo
Kami di bawa ke ke Pusat Batik Solo. Sememangnya kota Jogja hingga ke Solo terkenal dengan Batik Jowo, tak banyak kain ela seperti mana di Bandung dan Jakarta. Aku membeli 2 pasang kain batik dan telekung khas untuk di bawa travel. (Gambar tak de......sbb mata dah jd rabun tengok bati jawo....)

Kemudian kami ke Pasar Klewer. Di sini kami berpisah haluan. Kak Enai, Kak T n kak Beth, 1 kumpulan. Kami ber-4 kumpulan 2.....cewah ader pla kumpulan2....Wahhhh…teruja tengok buah manga besar dan segar. Mungkin musim mangga di Solo. Makanan kering seperti Bakpia juga ada. (sekarang baru aku tau bakpia itu ada beberapa perisa seperti keju, kacang hitam, durian, oreo dan banyak lagi) Aku hanya penah rasa makan bakpia berintikan kacang hitam yang dibeli K. Hasnah. Sayang Bakpia hanya ble tahan sehingga 4 hari saja. Maka aku tak beli sbb selepas ke jogja kami ada seminggu lagi masa untuk jalan2 di hatyai dan kl sblm balik ke sabah). 

Depa di hadapan Pasar Klewar


aku teruja tengok buah mangga besaq2 segar. musim mangga kot kat Solo skg......


makanan khas jogja juga ada...





Penat pula jalan2. meh le kiter duk berehat dulu.....Sempat pula jeprt2....:D

sempat lagi....:D

Maaf Bu.......Moga ibu dikurniakan rezeki, kesihatan yang berpanjangan......
Ke Solo kami tidak bercadang untuk melawat wisata mahupun ke karaton. Hanya untuk melihat wajah Kota Solo dan sedikit shopping. Di sini banyak kelihatan beca dan kereta kuda.





Setengah hari di situ kami singgah ke Masjid Agung Surakata untuk Solat. Rupanya Masjid ini juga terletaknya Pondok Pasantren Tahfidzwa-Talimil Quran. Telekung yang disediakan juga bersih, ketika aku berdiri di kaunter tersebut, seorang wanita menghulurkan aku telekung dan sejadah. Ada juga telekung yang disediakan di almari khas.






Ok Selesai....masa untuk pulang. Dalam perjalanan balik aku tanyakan pada Pok Wor samada kami ble singgah ke mana-mana pantai yang berhampiran….

Pak Wor: Jauh mbak, kita tidak sejalan seperti kelmarin kita ke candi mendut kemudian ke prambanan. Sedangkan solo itu di bahagian selatan dan pantai itu ke utara. Cuma kalo tadi kita ke Merapi ya dekat mbak dgn pantai….

Aku: oh……ngak apa2 Pak. Saya ingat dekat tadi. 






WoWWWWW........................

tong gas dier kecik comel je.....:)


Akhirnya Pak Wor membawa kami singgah makan di Satria Resto. Tempatnya cantik tapi tak ramai orang yang datang. Aku memesan nasi goreng seafood, begitu juga akak Lia. Kak Hasnah memesan nasi putih bersama burung goreng. Kak Amy dan Kak Enai memesan nasi putih dan berkongsi ikan masak 3 rasa. Kami pun join gak mencedok ikan 3 rasa depa.....hheheh.....



memula pilih tempat ni yang ader kusi.....pastu maser mcm tak best la pulak, pindah lagi....


haaaaa.....yg ni br best duduk bersila........persis perempuan Melayu Terakhir....wakakkakak.....

muka tak puas ati sbb burung goreng dier kecik gilerrrr......GANTUNG!! Hehehheheh...................

Kak T, jika ader kesempatan tetap pilih ikan keli goreng..........:)


uiiiiihhhhhh..............sedap ikan goreng masak 3 rasa dier..............


Ketika di dalam kereta, kak enai perasan bayaran makan di sini terlalu mahal. (lebih mahal daripada 2 restoran yang kami pergi sebelum ini). Bila diteliti rupanya taxnya mahal dan ada makanan yang casher kira 2x. makanan aku dan makanan kak hasnah. Ya lain kali perlu berhati2…..ngak apa2 halalkan aja. Itu bukan rezeki kita namanya. 




Dah abihhhh???????? ehhhhh....belommm. ader lagi. Malam nyer kami kembali menyusur ke Malioboro Street......Tunggu entry seterusnya...Jumpa lagi...Taaaaaaaaa...............:D

No comments:

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...