Thursday, June 19, 2025

Summer Di Japan: Odaiba Statue Of Liberty (Part 8)

Part 7: Klik sini
 29 Mei 2025 (Rabu)
Arca Statue Of Liberty
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke pinggir laut untuk melihat Odaiba Statue of Liberty. Hanya berjarak 500 meter dari Divercity Plaza, jadi kami hanya berjalan kaki sahaja. Ada la dalam 7 minit. Gambar kat atas ni ialah pintu keluar menuju ke Tokyo Teleport St. 
Mesin layan diri yang menjual permainan koleksi blind box yang popular.
Tunggu kawan
Mesin untuk amik gambar berukuran pasport
Kat luar bangunan jumpa Doraemon dan Shizuka
Amik gambar dulu bersama si Doraemon dan Shizuka
Dalam perjalanan menuju ke tepi laut
Cantik nya. Parking tepi jalan je ye...
Comel teksi ni..
Bersih je Japan ni, langsung tak ada sampah....
Kat atas tu ada mall, tapi tak pegi pun
Arca Statue of Liberty (SOL) di Odaiba, Tokyo bukanlah versi asal dari Patung Liberty di New York, tetapi merupakan replika yang membawa nilai simbolik dan sejarah tersendiri, terutama dalam konteks hubungan Jepun-Perancis. Pada tahun 1998, Jepun telah menerima replika Patung Liberty dari Perancis sebagai sebahagian daripada sambutan "Tahun Perancis di Jepun". Asalnya hanya ingin dipamerkan selama 1 tahun sahaja (1998-1999) di Odaiba, tapi oleh sebab ianya mendapat sambutan positif dari orang ramai, maka tercetus idea untuk membina arca patung yang kekal pada tahun 2000. Ia dibina semula di kawasan pantai Odaiba,  berlatar belakangkan Teluk Tokyo dan Rainbow Bridge. 
Pembinaan arca SOL adalah lambangkan keterbukaan Jepun kepada budaya asing serta usaha memupuk hubungan diplomatik dan budaya antarabangsa. Arca yang dibina dengan menggunakan bahan gangsa ini mempunyai ketinggian kira2 12.25 meter. 
laluan pejalan kaki 
Masing2 bawa beg uniqlo
Bergambar kenangan di hadapan bangunan Fuji TV. 
Bangunan Fuji TV adalah kompleks ikonik dengan struktur futuristik dan bola observasi di tengah bangunan. Menjadi mercu tanda dan hab penyiaran utama Fuji Television setelah berpindah dari Shinjuku pada bulan Mac 1997. Reka Bentuk & Senibinanya diilhamkan oleh arkitek ternama Kenzo Tange dalam gaya Neo-Metabolist dan structural-expressionism. Bangunan ini terdiri daripada dua blok utama yang dihubungkan dengan tiga jambatan tertutup, serta bola logam besar yang digantung di tengah yang memberi kesan futuristik seperti kapal angkasa. Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1993 dan siap sepenuhnya pada Jun 1996. Ketinggiannya mencapai 123 meter dengan bola “Hachitama” berdiameter 32 m dan berat sekitar 1200- 1350 tan, dibina di tingkat 7.
Bangunan Fuji TV disebalik pepohanan
Puas mengambil gambar di SOL, kami berjalan kaki turun menuju ke Odaiba Marine Park. Odaiba berasal dari beberapa pulau pertahanan “daiba” yang dibangunkan pada 1853–1854 semasa era Edo untuk melindungi Edo (Tokyo) daripada kedatangan armada Black Ships oleh Commodore Perry. Bermula pada pertengahan abad ke-20, tanah hasil tambakan, dibangunkan untuk membentuk wilayah Odaiba semasa pembukaan Pelabuhan Tokyo pada 1941. Odaiba Marine Park secara rasmi dibuka pada 1 Disember 1975. Pada tahun 1996, taman ini menerima pembaharuan besar sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan pesat Odaiba menjadi zon komersial dan hiburan .
Teluk Tokyo
Di Odaiba Marine Park terdapat pantai berpasir, membentang sepanjang 800 m, mempunyai kawasan rekreasi, laluan pejalan kaki (“sky walk”), dan kawasan batuan untuk memancing serta aktiviti laut . Taman ini juga dijadikan tempat acara sukan air, termasuk triathlon & renang perairan terbuka dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jangan lupa berkunjung ke sini sebab kat sini ada tinggalan kubu Edo yang terletak di sebelah pantai. 
Di Odaiba Marine Park (OMP), terdapat 1 karya seni yang dinamakan sebagai “Anchor & Chain Art”. Sesuai dengan temanya yang mengambarkan tentang perkapalan, maka imej yang ditampikan ialah arca rantai dan sauh kapal yang sebenar. Apa yang menariknya, sebahagian rantai dan sauh ini sengaja ditanam di dalam tanah dengan beberapa ahagian timbul dipermukaan tanah. Seolah-olah ia sudah lama ditinggalkan. Media yang digunakan ialah besi sauh dan rantai lama memberikan estetika berat dan sejarah, seolah-olah menyambungkan taman itu secara literal ke laut .
Jika diperhatikan sepintas lalu arca di sini kelihatan seperti sisa bahari yang dibawa ke pantai dan diangkat menjadi karya seni arca yang mengkagumkan. Perletakannya di sini mempunyai kesan visual yang menarik, bila mana sinar mentari di pagi hari terpantul di atas logam. Penghasilan arca ini adalah simbolik yang melambangkan keterikatan antara tanah dan laut, serta warisan maritim Tokyo.
Setelah puas menikmati pemandangan di Teluk Tokyo, kami kembali semula ke Hotel. Berdiri di sini mengingatkan aku tentang keindahan kota Melbourne. 
Bersambung....
Niena T💚

Wednesday, June 18, 2025

Summer di Japan: Melawat Gundam di DiverCity Tokyo Plaza (Part 6)

 29 Mei 2025 (Rabu)

Hari pertama di Tokyo. Hari ni kami akan melawat Patung Gundam di Diver City Tokyo Plaza, Odaiba. Bersarapan pagi ala kadar di dalam bilik hotel, dan kemudiannya kami bergerak pergi. Malam tadi agak kecewa sebab dapat bilik kecik sangat. Agak sempit untuk berdua. Ingatkan semua bilik macam tu tapi aku pegi bilik kawan lain, besar giler. Sangat selesa untuk solat, untuk simpan beg. Oleh sebab kitorang dah penat dan pakaian pun dah basah, kami redha aje la untuk beberapa hari seterusnya. Dan pagi ni, kami memulakan perjalanan, dari hotel kami berjalan kaki menuju ke Nishi-Nippori St, yang berjarak kira2 160 meter, hanya mengambil masa kira2 4 minit sahaja. 
Bergambar kenangan di hadapan hotel Tokyo Trip
Dari hotel ambil arah di sebelah kiri, jalan terus sampai hujung bangunan putih biru tu. 
Jalan terus ikut arah laluan jalan raya tu
Dah habis selekoh di atas, akan jumpa ni, jalan terus je sampai hujung. Sampai kedai Izobachi....Tapi Signboard rumi dia kecik, tak nampak sangat kalo rabun macam kita ni. 
Gambar ni aku amik dari google map. Kedai Izobachi tu yang ada simbol garpu kuning tu. Sebelah dia bangunan warna kuning tu, antara 2 kedai ni ada 1 lorong, haaa...masuk situ. Sebenarnya dari luar ni pun dah ble nampak signboard Nishi-Nippori St. tu.
Haa..ni dier. Dekatkan. Semalam tu punya la kita sesat entah kemana2....punya jauh pusing2. Yang ini tak sampai pun 4 minit....
Sepanjang jalan dr hotel ke station subway tadi, sempat la aku ambil gambar yang pada aku unik 
Ni dah masuk dalam bangunan. Malam tadi kita sebenarnya tak turun di station ni, kita turun di Nippori St. (1 station lebih awal dari sepatutnya, sebab tu kita jauh pusing2 sebelum sampai di hotel penginapan.
Perkara pertama, kena beli air dulu kat mesin ni. 
Kawan aku tengok2 jualan kat kedai runcit, kot ada jajan boleh dibeli 😊
untuk hari2 seterusnya, kat sini la station yang kami lalui setiap hari untuk berpergian kemana2
Untuk pergi ke Diver City Tokyo Plaza, ada banyak laluan subway (aku tak pasti nak panggil subway ke, komuter ke lrt ke macam kat Malaysia, tapi aku panggil je subway, senang. Sebab aku tak ble beza semua tu. ). Salah satunya Keihin-Tohoku line ni. Perjalanan kami banyak merujuk pada Google map, kat situ ada banyak cadangan line yg boleh kita naiki. Tinggal kita pilih je. Kat semua station train/subway ada banyak map dan setiap line tu dibezakan dengan warna. Jadi kita ikut je garisan warna tu disamping tengok signboard. Ini kali ke-2 kami ke sini jadi pengalaman lalu banyak membantu. Lagipun kita pergi ramai2, kalo sesat, paling tidak, kita boleh berbincang dan sesat sama2 😆
Perjalanan kami menuju ke Diver City Tokyo Plaza mengambil masa kira2 1 jam. Laluanya adalah seperti berikut:

Yamanote Line (Hijau muda): Nishi-Nippori St (14 stops)- Osaki Station (Turun sini then tukar Rinkai Line (Biru tua)---(4 stops)- Tokyo Teleport Station. (Turun sini danalan kaki menuju ke DiverCity Tokyo Plaza. 
Tiba di Teleport Tokyo St. Tinggi betul dier punya escalator. Bayangkan ini tangga, seram ehh...
Dalam perjalanan jumpa bunga ni cantik. Ini sebenarnya jalan pintas menuju ke DCTP tapi jalan kat atas ditutup, jadi kitorang ikut jalan jauh. 
Patung Unicorn Gundam bersaiz gergasi merupakan salah satu tarikan pelancong, khususnya peminat siri anime Gundam dan mereka yang meminati budaya pop Jepun yang unik, pasti akan berkunjung ke Odaiba, Tokyo untuk menikmati keindahan dan keunikan mercu tanda ikonik tersebut. Pada malam hari, akan ada pertunjukan transformasi Gundam yang digabungkan dengan tayangan video. Apa yang menariknya, patung Unicorn Gundam mampu untuk berubah antara Mod Unicorn dan Mod Musnah. Dalam Mod Unicorn, patung itu kelihatan berwarna putih dengan satu antena di dahinya. Apabila bertukar menjadi Mod Musnah, pelbagai panel terbuka untuk mendedahkan bingkai psiko merah bercahaya di bawahnya, dan kepala Gundam berubah untuk mendedahkan mukanya. Transformasi yang mengagumkan ini dicapai melalui sistem kompleks panel bergerak, lampu LED dan kesan bunyi. Patung itu menggabungkan banyak mekanisme rumit untuk meniru anime dengan tepat, mempamerkan kejuruteraan dan ketukangan Jepun yang sangat luar biasa. Sayangnya kami tidak berkesempatan untuk melihat tranformasi gundam di malam hari sebab masih banyak tempat yang kami ingin lawati pada hari ini. 

PATUNG ARCA GUNDAM
Patung Gundam raksasa yang terletak di hadapan bangunan DiverCity Tokyo Plaza, Odaiba. Odaiba merupakan sebuah pulau buatan yang terletak di Teluk Tokyo, Jepun, yang dihubungkan dengan Jambatan Pelangi. Jambatan Pelangi (Rainbow Bridge) adalah jambatan ikonik yang menghubungkan Odaiba ke pusat bandar Tokyo. Menurut sejarahnya, Odaiba dibina untuk tujuan pertahanan pada tahun 1850-an. Tanah yang ada diperluaskan secara besar-besaran pada akhir abad ke-20 sebagai kawasan pelabuhan. Kemudian pada tahun 1990 Odaiba diangkat menjadi kawasan komersial, secara tidak langsung pertambahan penduduk berlaku di situ, maka dibina bangunan kediaman dan riadah. 
Gundam adalah nama khas bagi robot gergasi yang dicipta oleh Sunrise studios pada tahun 1979 bagi rancangan kartun bersiri. Pada asalnya, ia dikenali sebagai 'Freedom Fighter Gunboy' kerana animasi yang dihasilkan, bertemakan perjuangan kemerdekaan oleh robot bersenjata. Ia seterusnya diringkaskan kepada 'Gunboy'. Apabila siri animasi ini semakin mendapat tempat di hati penonton, maka Yoshiyuki Tomino dan Hajimie Yatate (pereka konsep dan animator) sepakat untuk menukar nama watak lama dengan mengabungkan perkataan "Gun" (senjata) dengan "Freedom" (Kebebasan) sebagai identiti khas watak hero robot tersebut. 
Berdiri di belakang Gundam. Patung Gundam yang pertama dibina pada julai 2009 yang terletak di Taman Shiokaze, Odaiba. Yang kita lihat pada hari ini ialah patung baru. Idea untuk menghasilkan patung Gundam yang baru tercetus semasa ulang tahun ke-30 Mobile Suit Gundam., sebagai sebahagian daripada Projek Green Tokyo Gundam. Projek Green Tokyo Gundam merupakan satu acara yang membantu kerajaan mengumpul dana untuk masa depan yang "lebih hijau". Ia juga mungkin merupakan sebahagian daripada usaha Tokyo membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2016. Namun  Dan walaupun Keputusan itu tidak memihak kepada mereka, Tokyo tidak mendapat Sukan Olimpik 2016, mereka boleh mendapat Sukan Olimpik 2020—
Patung RX-0 Unicorn Gundam dibina dengan skala 1:1 dan berdiri setinggi 19.7 meter (kira-kira 59 kaki) dan berat 35 tan. Ia diperbuat daripada plastik bertetulang gentian kaca di atas bingkai keluli. Mempunyai beberapa titik di sekeliling badannya yang memaparkan 50 lampu, dan juga mempunyai kepala yang bergerak. Dan untuk menambah kesejukan robot gergasi ini, ia mengeluarkan asap dari dadanya sambil muzik berkumandang di sekelilingnya. 
DIVERCITY TOKYO PLAZA
DiverCity Tokyo Plaza ialah sebuah kompleks beli-belah dan hiburan yang terkenal di kawasan Odaiba, Tokyo, Jepun. Ia terkenal bukan sahaja sebagai pusat beli-belah, tetapi juga sebagai destinasi pelancongan yang menampilkan gabungan budaya pop Jepun, hiburan, dan teknologi moden. Ia dibuka secara rasmi pada April 2012. Dibangun sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan kawasan Odaiba sebagai hab pelancongan dan hiburan futuristik. Pengganti Bangunan Lama Tapak DiverCity sebelum ini merupakan lokasi kompleks Palette Town, dan kemudian digunakan sebagai sebahagian kawasan pembangunan semula oleh syarikat Mitsui Fudosan dan rakan kongsi.
Nama ‘DiverCity’ adalah gabungan perkataan ‘Diversity’ dan ‘City’. Ia menggambarkan matlamat mall ini untuk menjadi ruang pelbagai budaya, gaya hidup, dan hiburan moden.
DiverCity menempatkan lebih daripada 150 jenama, termasuk UNIQLO, H&M, Adidas, dan Daiso. Food court dan restoran menyajikan makanan Jepun dan antarabangsa, menjadikan tempat ini popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan
Terdapat dewan acara, ruang permainan video, dan kadangkala pertunjukan secara langsung diadakan di kawasan terbuka plaza.
DiverCity Tokyo Plaza bukan sekadar pusat beli-belah — ia merupakan simbol bagaimana Jepun menggabungkan teknologi, hiburan anime, dan budaya pop dalam satu destinasi moden. Ia sering menjadi tempat wajib lawat bagi peminat anime, terutamanya Gundam.
Bic Camera ni popular di Japan. Menjual pelbagai barangan dari barangan eletronik kepada barangan keperluan harian. 
Uniqlo Japan. Banyak beg, kasut dan pakaian yang tak ada di Malaysia, tapi ada di sini. 
Bagi peminat anime, boleh la cuci mata tengok barangan anime. Antara kedai anime yang terdapat di sini ialah The Gundam Base Tokyo (tingkat 7). Ia merupakan kedai rasmi dan pusat pengalaman Gunpla. Lebih 2,000 jenis model Gundam mainstream & rares, plus “Painting Room” sewa untuk DIY dan cabutan foto dengan bantuan “Gunpla Meisters”. Donguri Republic (tingkat 5) pula  merupakan kedai rasmi Studio Ghibli. Menjual barang rasmi seperti plush, tote bags, keychains, handkerchiefs dengan tema Totoro, Kiki, dan lain-lain. Manakala Lashinban pula berada di tingkat 5. Ia adalah kedai barang second‑hand antara anime, game, VTuber, figur, plush—sesuai untuk cari barangan murah dan koleksi edisi terhad
Besar giler Daiso dier. Barangan pun pelbagai, rambang mata tengok. 
ONE PIECE Mugiwara Store (tingkat 2)
Kedai rasmi One Piece terbesar di Odaiba. Menjual pelbagai barangan rasmi & eksklusif (patung, pakaian, aksesori), deko mural menarik 

Hari sudah menginjak ke tengahri, maka kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di sini. Di DiverCity Plaza terdapat 1 restoran halal. Restoran ini ialah Sojibo (Shinshu Sobadokoro Sojibo) yang terletak di tingkat 6. Wakti operasinya bermula jam 1100 pagi- 10.00 malam. Jangan risau restoran ini mendapat sijil halal yang disahkan oleh Japan Halal Association (JHA) yang mana semua peralatan pemprosesan dipisahkan untuk makanan halal.
SOJIBO merupakan satu-satunya restoran yang mempunyai sijil halal di DiverCity Tokyo Plaza. Ia menawarkan soba tradisional Jepun, curry, dan pilihan tempura/donburi halal, dengan harga bermula sekitar ¥1,000. Sesuai untuk pelancong Muslim, lengkap dengan kemudahan mesra pelanggan dan menu dalam Bahasa Inggeris.

Bersambung...

💚Niena T

Rujukan:
https://japansauce.net/2018/12/28/history-of-the-gundam-statute-in-odaiba/

Summer Di Japan: Odaiba Statue Of Liberty (Part 8)

Part 7: Klik sini  29 Mei 2025 (Rabu) Arca Statue Of Liberty Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke pinggir laut untuk melihat ...