Sunday, January 14, 2024

Travelog Kashmir: Memetik Epal di Kashmir (Part 4)

 29 Mei 2023 (Isnin)

Salam dan Hi ....

Hari baru, lokasi baru. Hari ni kami dijadualkan akan ke Pahalgam. Semalam A kata kena ada di jetty pada jam 8.30 pagi. Ingatkan perjalanannya dekat rupanya jauh. Pada pendapat aku 8.30 pagi tu agak sedikit lewat dah tapi mungkin kalo ikut jam sana 8.30 pagi tu masa yang sangat sesuai untuk memulakan perjalanan. Subuh agak awal juga sebenarnya. Tapi tak apa ikut je kata guide, dier lebih tau kondisi di tempat dia. Sarapan pagi disediakan pada jam 7.00 pagi. Tak dan nak ambil gambar, nampak macam tak manis pula sebab Mustafa sentiasa ada berdekatan tempat makan sambil berbual2. Tapi si Mustafa ni baik, kalo kita minta air panas, dia bawa kan. 

Kekacang dan buah-buahan kering dihidangkan, untuk dirasa oleh pelanggan sebelum membeli barangan tersebut. 
Dipendekkan cerita, dalam perjalanan ke Pahalgam, A bawa kami singgah ke kedai Zamidar Kesar King terlebih dahulu. Mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan jarak 24 km dari Jeti Dal Lake. Kedai Zamidar merupakan kedai yang menjual makanan khas Kashmir. Seperti kekacang, Saffron, buah-buahan kering, rempah, teh, produk kecantikan yang diperbuat daripada saffron, herba, minyak, berry dan bijih benih. Kedainya kecil saja tapi bersih, barang jualan juga disusun kemas, agak banyak juga. 
Bangunan kedai. Kebetulan kita datang tu ada rombongan pelajar sekolah tapi dorang dah nak balik...
Ada disediakan Cai di luar kedai. Ambil je, gratis dong...
Kashmir mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan orang Kashmir berbangga dengan keistimewaan ini. Di Kashmir ada satu tempat yang dinamakan sebagai Pampore, tempat ini berdekatan dengan Srinagar yang mempunyai tanah yang subur. Pampore merupakan salah satu dari tempat di dunia ni, (selain Iran dan Spanyol), yang menanam bunga Saffron atau nama saintifiknya "Crocus Sativus". Daripada bunga Crocus Sativus ini la datangnya saffron yang terkenal sebagai julukan "emas merah". Ini kerana saffron merupakan tanaman yang bernilai tinggi. Bunga Crocus Sativus biasanya tumbuh setinggi 8-12" dengan setiap kuntum bunga mempunai 3 stigma sahaja dan berwarna merah terang. Ia hanya hidup selama 1 minggu dalam setahun. Stigma ini akan di ambil dan dikeringkan. Untuk menghasilkan 1 paun saffron, memerlukan ribuan kuntum bunga Crocus. Ini bukan kebun biasa-biasa, ini sudah tahap ladang bunga Crocus, nak dapatkan sekilo saffron. Maka tidak hairan la, ianya berharga sangat mahal kerana kesukaran untuk mendapatkannya dari segi masa dan kuantiti stigma yang diperolehi. Saffron yang dikenali sebagai Kesar di Kashmir, biasanya digunakan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam penyediaan nasi Bariyani, selain digunakan juga dalam pelbagai industri pembuatan manisan dan tembakau.
Pemandu bas kami dan pekerja kedai 

Kedai ni memang mesra pelanggan, disediakan sofa yang selesa untuk kita mengambil gambar, atau untuk anak-anak, atau untuk mereka yang tak nak membeli. Tapi aku tengok semua orang fokus tengok barang.
Rombongan lain
Ibu-ibu
Saffron yang berkualiti tinggi boleh mencapai harga sekitar 5000 dolar US, hanya untuk 450 gram. Kalo tukar duit Malaysia sekitar RM 23, 235.00! 90% saffron di dunia, datangnya dari Iran dan selebihnya datang dari Kashmir. Selain berfungsi sebagai rempah masakan, ia juga mempunyai khasiat kepada kesihatan. Antaranya ialah ia bersifat antioksidan, memelihara kesihatan mental (kalo korang ada depresi, boleh la minum teh saffron), menyembuhkan gangguan saraf (sesuai bagi pesakit yang mengidap penyakit Alzheimer dan Parkinson), meningkatkan fungsi penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung (Yang ada penyakit darah tinggi dan kolestrol, sesuai sangat amalkan minum saffron), mengawal diabetes, meningkatkan sistem imun, mengurangkan gejala senggugut, mengawal radang dan mampu menghilangkan jerawat dan masalah kulit. 
KH beli saffron. Aku pun beli juga tapi sampai sekarang masih didalam botol tak dibuka2 lagi...😅
Teh dari saffron.....
Selesai membeli ole-oleh di Kedai Zamindar, kami akhirnya beransur pergi dan meneruskan perjalanan menuju ke ladang Epal. Dibawah adalah pemandangan sepanjang perjalanan.
Burung yang sedang makan sisa makanan
Dipertengahan jalan bas berhenti di tepi jalan. Mulanya aku hairan, kenapa? Tak ada apa2 pun kat depan sana. Rupanya, setiap kali ada konvoi tentera, maka kenderaan lain akan diminta berhenti untuk memberi laluan yang lancar kepada konvoi tentera.
Tengok lori kecil tu, mentang2 dier kecik, selamba je dia cilok celah2 lori gergasi.....😁Hati kau keras Joe...
Lama juga dier tahan semua kereta tu tau, A kata kadang2 mencapai tempoh 1 jam. Dia tahan bukan masa tu lori tentera dah ada kat depan/ belakang.....tapi lagi 10-15 minit lori nak sampai, dia tahan dulu semua kereta.  Yang ini pun lama juga tunggu lori tentera tu melintas, sampai aku kebosanan, orang buat kerja dengan hitachi pun aku ambil. 😁
Akhirnya selesai konvoi tentera melintas, kami pun bergerak. Jalan raya yang sedang kami lalui ni sebenarnya punya 2 fungsi. Saat2 darurat ia sebenarnya adalah landasan untuk kapal terbang tentera yang besar tu mendarat di sini.
sawah nan terbentang luas. Ehh...sawah ke? tu macam jerami padi yang dah kering kan??
Kambing biri-biri sedang menyantap makanan 
sawah lagi....
Setiap 1 km akan ada tentera yang berkawal di jalanan. Dorang tak kacau atau tahan mana2 kereta, cuma berkawal je. 
Laluan tol. 
Pos kawalan tentera di depan sana....

LADANG BUAH EPAL
Akhirnya kami sampai di kebun Epal, setelah menempuh perjalanan selama kira-kira 1 jam. Itu kalo perjalanannya lancar. Tambah lagi tadi bersantai menunggu konvoi tentera lalu, dah berapa puluh minit berlalu. Sepanjang perjalanan menuju ke Pahalgam ni memang banyak kebun Epal. Bas berhenti di tepi jalan sahaja. Tapi malangnya bulan Mei bukan la masa yang sesuai untuk memetik buah Epal, sebab musim Epal di Kashmir adalah pada bulan Oktober hingga November. Pada bulan tersebut memang meriah la dengan epal. Besar2 pula tu, pasti teruja kan. Bila tengok kat pokok ada buah epal berwarna merah tapi sebenarnya itu epal plastik je yang sengaja digantung di sana. 
Tengok pokok Epal je la
Sebenarnya ada je buah epal kat pokok tapi tak banyak. Ibarat kata buahnya masih kanak2 lagi. Haaa.....istilah apa kau guna tu N?? 
Buah epal yang masih muda
Selain dari pengeluar saffron, Kashmir juga terkenal sebagai pembekal Epal terbesar dan dikatakan 80% bekalan epal di India datang dari sini. Ini adalah disebabkan oleh Kashmir yang mempunyai iklim yang bersuhu sejuk dan bentuk muka buminya berada di kawasan tanah tinggi yang subur. Faktor ini la yang menyebabkan epal berkualiti tinggi tumbuh dengan meriah di sini. Secara tidak langsung ia menjana ekonomi Kashmir dengan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan seterusnya mendapat pulangan yang tinggi hasil eksport buah epal ke seluruh India. Kebanyakan ladang epal di Kashmir diusahakan oleh masyarakat tempatan dan ia hanya ditanam berdekatan dengan rumah mereka sahaja.
Tidak dibenarkan memetik buah epal yang masih muda tu. Nak petik sila datang pada bulan oktober- November
Oleh sebab tak ada epal nak dipetik makanya kami dihidangkan dengan jus epal. Aku ingatkan free, rupanya ada harga...😆
Dapat secawan jus epal. Memang diakui ianya manis tanpa gula.
Kat sini juga dorang letak jem yang diperbuat daripada epal. Yang kat dalam botol ni buat rasa2. Kalo rasa sedap boleh beli. Walaupun aku suka makan epal tapi aku tak suka makan jem yang diperbuat daripada epal. Makanya aku tak beli pun. 
Kebun epal berlatar belakangkan pergunungan

PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN KE PAHALGAM
Selesai kunjungan ke kebun epal, kami meneruskan perjalanan ke Pahalgam. Perjalanan mengambil masa kira2 47 minit dengan jarak sekitar 31 km. Pahalgam adalah salah sebuah bandar yang ada di J&K. Perkataan Pahalgam berasal dari dua perkataan iaitu "Puheyl" yang bermaksud- pengembala dan Goam (kampung). Lama-kelamaan sebutan nya menjadi Puheylgoam atau Pahalgam. Merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular, kerana bentuk muka buminya yang mempunyai hamparan padang rumput yang menghijau, air sungai yang mengalir bersih, sejuk dan jernih. Antara aktiviti utama yang biasa dilakukan di Pahalgam ialah bermain ski. Pahalgam juga merupakan salah satu destinasi kunjungan tahunan bagi penziarah yang ingin ke Kuil Amarnath Yatra Chandanwari yang terletak kira-kira 16 km dari Pekan Pahalgam. 
Lanskap gunung ganang yang memukau
Konvoi biri2 di atas jalan raya
Air sungai yang mengalir dari pergunungan
Cantiknya
Sudah memasuki kawasan Pekan Pahalgam
Banguna kedai yang ada di Pekan Pahalgam
Cantiknya perkampungan di bawah sana tu
Rasa nak terjun tak?? Tapi awas, sejuk....
Perkara pertama yang kami lakukan di Pekan Kashmir ialah makan tengahari. Tak ada pula gambar restoran diambil. Lupa ke atau sebab lapar. Entah....😆

Bersambung...

Rujukan:

https://armelsaffronblog.wordpress.com/bunga-saffron-https://travel.kompas.com/read/2020/03/09/195800827/apa-itu-saffron-rempah-termahal-di-duniahttps://amoraescape.com.my/apple-valley-of-kashmir/

Thursday, January 11, 2024

Traveloge Kashmir: Artisane Art & Cultural Centre- Dal Lake (Part 3)

28 Mei 2023 (Ahad)

Sambungan dari: Part 2
Selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan menuju ke Artisane Art & Cultural Centre. Tak ada pula gambar restoran tu. Lapar sangat agaknya sampai lupa ambil gambar restoran. Aku makan Nasi Bariyani- share dengan KN. Sebab portion makanan dier banyak, boleh makan untuk 2 orang. Kawan2 yang biasa travel dengan aku faham sangat dah, aku jenis tak makan banyak. KH pula makan kebab. Akhirnya kebab yang sampai tak seperti mana yang dia banyangkan (seperti yang ada di Malaysia) 😁 Kebab yang sampai tu macam fish ball...Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit dengan jarak 23 km dari Gulmarg. 
Artsane dibina pada tahun 1860. Ia adalah Pusat Kebudayaan kraf buatan tangan Kashmir, yang diwarisi secara urun temurun sejak enam belas dekad. Penubuhan pusat kebudayaan ini diilhamkan daripada idea Renaissance, iaitu kebangkitan semula amalan peribumi industri seni dan kraf Kashmir. Ia mewakili seni bina luar bandar Kashmir, yang mencerminkan budaya agung, ruang kerja asli yang diiringi dengan muzik sufi tradisional. Artisane menyediakan platform yang mampan bagi para tukang dan penenun yang berkemahiran tinggi demi memastikan kualiti produk terjaga dan dalam masa yang sama kestabilan kewangan turut terpelihara. Ia adalah model inklusif yang meliputi ketabahan; kemahiran dan pertukangan serta menyokong industri kraftangan bakal pupus sekiranya tidak dijaga.
Para penenun yang terdiri dari golongan lelaki sedang menenun carpet. 
Artisane ditubuhkan dengan visi bahawa "Seni tidak bermakna sama sekali sekiranya  seseorang itu tidak mampu untuk memenuhi keperluan hidup melaluinya dan makmur sebagai sebahagian daripada rakyat yang terhormat". Pendek kata, jika kau mempunyai kemahiran dalam satu2 bidang, ia tidak akan membuatkan kau lapar tak berduit. Gunakan kemahiran itu untuk menjana ekonomi keluarga. Jadi kat Kashmir sendiri ramai para penenun yang berkemahiran dalam bidang tenunan, sayang sekiranya tidak dipromosikan kepada generasi kemahiran menenun tu. Makanya, Artisane ditubuhkan bertujuan untuk menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhan dengan menyokong artis yang tidak didendang ini dan menonjolkan kemahiran seni mereka yang sangat berharga untuk diwarisi dan diwar-warkan kepada generasi muda dan masyarakat
Di sini kita mengambil kesempatan untuk menunaikan solat. Disediakan satu ruangan untuk tujuan itu. Selepas itu kami dibawa ke ruangan jualan carpet. Memang cantik dan halus buatannya. Sudah pasti harganya juga mahal, ini kerana ia dihasilkan dengan menggunakan tangan sepenuhnya. Z dan suaminya banyak "mencover" dalam hal ini... 😁 Bila di bawa ke satu2 tempat kraftangan, depa la yang akan membeli barangan tersebut. Sebab selagi kau tak membeli, selagi tu macam sukar untuk kau keluar dengan tangan kosong. Dorang beli satu carpet. Memang cantik. 
Dah selesai belian Carpet kami meneruskan perjalan balik ke Rumah Bot kami di Tasik Dal. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam 7 minit dengan jarak sekirat 35.5 km dari Artisane. Sepanjang perjalanan balik ni aku tidur je...Penat Berkuda tadi...hehheh. Oh ya sebelum sampai ke jetty Dal Lake, A bawa kami ke kedai cenderahati. Oleh kerana hari ni hari ahad dan petang pula, banyak kedai yang dah tutup. Makanya tak banyak pilihan untuk ole2 nak dibawa pulang. 
Handsome penjual ni....😆KN dan TH banyak beli barang kat sini untuk anak cucunya, sebab lepas ni dah tak ada singgah kedai souvenir lagi. 

Tasik Dal
Tasik Dal merupakan sebuah tasik yang terletak di Srinagar. Seperti yang aku tulis dalam cerita sebelum ni, Srinagar memainkan peranan sebagai ibu kota sepanjang musim panas bagi negeri Jammu dan Kashmir. Ia merupakan tasik kedua terbesar di J&K dan sering dikunjungi oleh pelancong dan masyarakat tempatan. Tasik Dal mendapat julukan dengan beberapa nama. Antaranya ialah "Tasik Bunga" dan "Permata Mahkota Kashmir/ Permata Kashmir". Tasik Dal meliputi kawasan seluas 18 km persegi  dan merupakan sebahagian daripada tanah lembap semula jadi yang meliputi 21.1 km persegi. Ini termasuk taman terapungnya yang dikenali sebagai "Rad" di Kashmir, mekar dengan bunga teratai pada bulan Julai dan Ogos. Tanah lembap dibahagikan dengan tambak kepada empat lembangan iaitu Gagribal, Lokut Dal, Bod Dal dan Nigeen (walaupun Nigeen juga dianggap sebagai tasik bebas). Apabila tiba musim sejuk, suhu boleh mencecah serendah sehingga -11*C dan ini menyebabkan tasik menjadi beku. 
Kawan kami KN dan TH. Akhirnya selesai juga trip untuk hari ni. Masih awal lagi, boleh la menikmati angin petang sambil melihat banyak shikara di Tasik Dal. Hari ni Hari Ahad, maka banyak sangat shikara di atas tasik...
Suka tengok pergunungan di belakang sana. Cantik sangat. Teringat kampung halaman ku di NZ....😀
Tasik Dal juga memainkan peranan sebagai kawasan tadahan air yang berkeluasan sekitar 316 km persegi. Peranannya sebagai kawasan tadahan sangat bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di lembah gunung Zabarwan dan di kaki bukit Shankaracharya Hill. Lembangan utama yang mengalirkan air ke dalam tasik terdiri daripada lima lembangan yang saling bersambung. Antaranya ialah lembangan Taman Nehru, lembangan Nishat, lembangan Hazratbal, lembangan Nigeen dan lembangan Barari Nambal. Purata ketinggian tasik ialah 1,583 meter dan ia mempunyai kedalaman air yang berbeza-beza. 
Kedai runcit shikara di atas Tasik Dal. Dalam teks sanskrit kuno, ada disebutkan tentang kewujudan Tasik Dal yang dikenali sebagai Mahasarit. Catatan sejarah kuno menyatakan bahawa sebuah kampung bernama Isabar yang terletak di sebelah timur Tasik Dal, merupakan kediaman Dewi Durga. Tempat ini dikenali sebagai Sureshwari.
Gambar diambil dari pelantar Rumah Bot kami. Nasib baik la juga rumah bot kami terletak di pintu masuk tasik. Menuju ke sebelah kanan, akan membawa kita masuk ke anak sungai. Rumah bot yang ada kat situ dah tak best dan tak ada privacy. Berdekatan dengan jalan raya. Kita datang sini nak tenang2 je...tak nak bising2 bunyi kereta dan sebagainya. Paling best jika dapat Rumah Bot yang terletak di sebelah kiri kami. semakin berada di tengah tasik semakin sunyi sepi...
Tengok bot sambil makan buah di pelantar Rumah bot kami
Selepas kemerdekaan India, orang Kashmir Hanji telah membina, memiliki dan menyelenggara Rumah Bot ini. Mereka juga mengusahakan taman terapung dan mengeluarkan komoditi untuk pasaran. Secara tidak langsung ini menjadi lubuk rezeki bagi mereka. Rumah bot yang ada di Tasik Dal kebiasaannya   menyediakan penginapan bagi para pelancong yang akan berkunjung di Srinagar. 

Dinner di Rumah Bot

Part sebelum ni aku ada cerita kan, pakej yang kami ambil ni tidak termasuk makan tengahari, tetapi ia termasuk dengan makan malam. Ye la, macamana nak include lunch kan, sebab kita seharian berada di luar. Ok ini ialah menu makan malam kami pada hari ke-2 di sini. Hari pertama tu aku lupa menunya apa, macam tak ambil gambar. Penjaga rumah ni ialah Mustafa dan kawan dia, tapi lupa nama dia. Jadi kita panggil dia Hafiz la. Dorang akan sediakan sarapan dan makan malam. Dorang serve makanan macam kat hotel tau. Siap berdiri di belakang kita dan tunggu sampai kita siap makan....Hari pertama hingga ke2 dia masih buat macam tu, tapi bila dia tengok kami macam segan2 nak makan...dia pun cakap kat kawan dia (dalam bahasa dorang la kan)....dorang ni malu nak makan bila kita ada di sini. Jadi lepastu setiap kali kami makan dorang akan berada di dapur atau di luar rumah. Cuma kat sini kita tak boleh masak air panas sendiri, kena minta air panas kat dorang. Aku kan suka minum air panas malam2, terasa lain bila tak dapat minum air nescafe pada hari pertama tu. 
Nasi ku
Menunya ialah ikan goreng masak sambal. Tapi jangan pernah terfikir sambalnya macam kat tempat kita ya. hehehh.....Yang ini ada kisah lucu. Aku memang suka makan ikan, jika diberi pilihan antara ayam dan ikan memang aku akan pilih ikan. Ceritanya macam ni, tengah sedap2 makan tu kan, KN cakap, " Kat mana la agaknya dia dapat ikan ni ya?" Aku terus pandang KN, cuba mencerna maksud ayat dia tu. Dia sambung lagi. "Dia pancing dari tasik ni agaknya ya" Ah... Sudah. KH cakap: "Ahh..makan saja la". KN pun terus tanya pada si Mustafa kat mana dia beli ikan tu. Mustafa kata dia pancing dari dalam tasik ni. Lepas tu masing2 macam tak ada selera nak makan. Nasib baik aku kaut nasi sikit je. Jelak2 je TH. Nak menyedapkan hati, TH kata ala makan je la...nanti tak makan depa ambil hati pula. Lepas dari tu masing-masing cakap, kak ada lagi ikan goreng tu, abiskan. KN kata, akak tak berapa makan ikan sungai ni. 😆Yang faham tu, faham la ya. Yang tak faham tu, alhamdulillah...jangan cuba untuk menyelidik maksudnya. 😅
Ulam-ulaman yang menjadi penyelamat. Malangnya, jangan cuba mencari sambal ataupun sos, memang tak ada. 
Seperti yang kita tahu orang India ni memang terkenal dengan masakan kari. Yang ini ialah Brokoli masak kari. 

Tamat untuk hari ni. Bersambung...
Rujukan:
https://en.wikipedia.org/wiki/Dal_Lake

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...