Thursday, September 19, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand:The Chocolate Factory & Mid Winter (Part 14)

17hb Dec 2018
Hari ke-7

Hari ni macam biasa kami makan di Salasa Restoran dan terus solat di situ. Memang Jam makan kami tu dah lewat. Nasib semuanya ok je. Aku biasanya jenis masuk angin juga kalo lambat makan dengan ditambah pula dengan panas mencengkam ubun2....Perghhhh sakit tak boleh bawa bincang sampai ke subuh tu. Nasib baik kali ni dier ok je, tak meragam. Alhamdulillah......Kalo boleh disepanjang perjalanan ni moga2 la dijauhkan daripada segala macam musibah. Mungkin juga sebab kami ada bawa bekal jajan, jadi perut sentiasa terisi biarpun tak kenyang.

The Chocolate Factory

Kami tiba di Chocolate Factory sudah remang senja. Tak berapa berminat juga sebenarnya cuma Pakcik dah bawa sebab katanya dah ada dalam iti. Sporting juga Pakcik Harris ni, tak nak borong Coklat, amik gambar aje la katanya. Dier pun sama happy je, walaupun dier penat.



Kilang coklat ni sebenarnya berdekatan dengan Taman Negara Khao Yai, cuma sedikit ke utara dari pintu masuk Taman Negara. Ia dibuka sejak tahun 2013 lagi dan kemudiannya melebarkan sayapnya ke Pattaya dan satu cawangan lagi di Hua Hin. Selain dari kilang di sini juga menempatkan restoran yang menghidangkan pelbagai makanan Itali dan Thai, coklat buatan sendiri pencuci mulut dan banyak lagi. Ada juga kedai menjual barangan coklat untuk dibawa sebagai ole-oleh untuk orang2 yang ditinggalkan di Malaysia 😁



Bangunan Kilang ni dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bengkel Coklat dan Kilang Coklat. Bahagian pertama adalah ruangan berdinding kaca untuk pemprosesan coklat. Pengunjung boleh melihat bagaimana proses pelbagai coklat dihasilkan. Bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan coklat diimport khas Belgium, Perancis, dan Switzerland. Antara keluaran kilang coklat ini ialah pelbagai jenis kreasi yang lazat, biskut, kacang bersalut coklat dan banyak lagi produk makanan berasaskan coklat boleh didapati di sini.....Bukan itu saja, malah produk penjagaan kulit, seperti lotion dan scrub badan yang diperbuat daripada mentega koko, juga boleh dibeli di sini.



352 Moo 2 Thanarat Rd. T. Musee Pakchong Nakhon Ratchasima 30130
Tel: 092 443 8881

Waktu beroperasi: 
Dibuka setiap hari dari 0930 am-930pm

Seain dari menjual barangan, Kilang coklat ni juga menganjurkan bengkel pada hujung minggu. Pengemar coklat berpeluang untuk mempelajari tentang sejarah coklat, mencicip rasa coklat yang berbezadan akhirnya membuat coklat buatan mereka sendiri!


Mid Winter

Ini tempat terakhir kami singgah di remang senja ni. Pada mulanya aku ingatkan ini Palio, reka bentuk bangunannya mirip Palio, rupanya bukan. Tempat ni ialah Mid Winter Green. Sama seperti Palio dan My Ozone, reka bentuk bangunan di Mid Winter Green juga menampilkan ciri2 Eropah. Mid Winter Green ni terkenal dengan restorannya yang anggun, padu dengan hidangan lazat dari benua Eropah, diselang seli juga dengan citarasa Thailand. Kita boleh memilih untuk makan di ruang dalam yang lebih sepi, romantis githewww......atau memilih duduk di kawasan terbuka yang lebih santai sambil menikmati suasana malam yang cantik dengan limpahan lampu berwarna warni.  


Kami hanya berjalan santai melihat suasana malam dan mengambil gambar. Tak makan di sini, oh ya mungkin ada juga makanan halal, itu tak pasti. Selain restoran, terdapat juga kedai yang menjual peralatan memasak, membuat kek, manisan dan banyak lagi. Oleh sebab kami datang pada waktu malam kedai jual periuk segala benda ni tak ada, dah tutup. Pada pendapat aku, suasana malam lebih cantik di sini berbanding datang pada waktu siang. Lebih sejuk, santai dan selesa.





Open Hours : 10.00 – 22.00, Friday – Saturday : 10.00 – 23.00
Address : Nong Nam Daeng, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima 30130, Thailand
Phone : +66 44 365 288

Sebelum balik singgah pula ke gerai makan halal. Bersebelahan je dengan pasar malam tu. Kat Pasar malam memang buah aje la ko boleh beli. Gerai makanan halal tu ada 2 je. Kemudian sebelahnya pula ada kedai Halal Friendly, macam kedai runcit la jual barangan kering. 


Bersambung......

Sunday, September 8, 2019

Dari Selatan Ke Utara Thailand: Jim Thompson Farm, Khao Yai (Part 13)

17hb Dec 2018
Hari ke-7

Hai semua. Rindu tak? 😝 September sudah menjengah, doakan cepat habis citer ni sebelum Nov. Aku nak duduk exam STPM...😂

Destinasi ke-2 kami pada hari ke-7 ni ialah ke Jim Thompson Farm, kira-kira 46 km dari My Ozone menuju ke Timur Khao Yai. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit dengan pemanduan penuh hemah Pak Cik Harris. Mentari sudah naik ke suku dari ubun2, apabila kami tiba di Jim Thompson Farm. Panas lit2 aih....Jim Thompson Farm (JTF) ni hanya dibuka selama sebulan iaitu pada bulan Disember- Januari sahaja. Itu pun hanya hari sabtu dan ahad dari jam 9.00 pagi- 5.00 Petang. Ini disebabkan pada bulan Dec-Januari dikatakan suhu turun agak dingin2 manja disekitar Khoa Yai, sementelahan bunga2 dan buah-buahan mekar, masak dan ranum bagai juara. Bayaran masuk pula adalah $ 180 untuk dewasa. Info lanjut boleh skodeng page depa: https://jimthompsonfarm.com/visitor-information-th/








Jim Thompson Farm dibina di kawasan lebih daripada 600 hektar di kaki Gunung Phaya Prab, tepatnya di Pak Thong Chai, Nakhon Ratchasima, oleh Jim Thompson. Pak Thong Chai merupakan tempat pengeluar bahan mentah sutera di Bangkok. Jim Thompson merupakan seorang arkitek US yang menyertai CIA sebagai perisik dan dihantar bertugas ke Bangkok. Setelah perang tamat beliau meletakkan jawatan dalam CIA dan kemudiannya memutuskan untuk bermastautin di Thailand. Beliau membeli The Oriental Hotel dan juga membuka Thai Silk Company Limited untuk menghidupkan kembali tenunan kain sutera.







Hasil usaha Jim Thomson, maka rakyat Thailand yang dulunya dihimpit kemiskinan akibat dilanda perang, dapat memperbaiki kehidupan meraka apabila diberi peluang untuk bekerja dari rumah. Industri sutera yang dulunya malap, juga semakin mendapat sinar apabila ianya dieksport ke luar negara. Untuk menghargai jasa dan sumbangan besar Jim Thompson terhadap ekonomi dan pembangunan seni tenun sutera di Thailand, maka dibina sebuah Muzium Tekstil dan Sutera yang dinamakan di atas namanya sebagai penghargaan kepadanya dan digelar sebagai Raja Sutera. Ladang Jim Thompson terbahagi kepada 5 zon. Oleh kerana kawasan ini sangat luas maka pihak ladang menyediakan tram untuk membawa pelancong ke setiap zon, jadi tak perlu risau basah keti ya. 😂







Zon 1 -5 adalah seperti berikut:

1. Fields of Cosmos & "U-Pick" Organic Vegetable Garden
2. Pumpkins Patch & Flower Labyrinth
3. Isan Village
4. Jim Thompson Village
5. Jim Thompson Marlet






susunan buluh dan bunga
Bunga lagi....tak tau nama apa
Tram comel, bawa pengunjung balik ke zon akhir
Hasil seni yang ada di Zone 4
Cantik
Kalo ada tayar rim beskal yang dah tak guna boh kat halaman macam ni jadi pagar cantik juga
tak masuk amik gambaq ja
Berseni kan
Mana2 ja nampak labu
Kampung Isan di Zon 3. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di zon 3 ni, cuma kitorang tak pegi dekat rumah tu sbb terbayang2 dah nasi di Salasa Restoran
Tram yang membawa pengunjung dari 1 zon ke satu zon...
Antara arca yang ada di sini
Kg Isan di belakang sana
Bunga matahari, saujana mata memandang. 
Bunga
Bunga oren....
Pengakhiran kepada cerita kehidupan Jim Thompson yang sangat tragis, Beliau dikatakan hilang semasa berkunjung ke Cameron Highland. Beliau bersama rakannya berjalan2 di dalam hutan dan kemudiannya tak kembali lagi selepas tu. Korang rasa apa? Sampai sekarang jasadnya tak ditemui. Oh ya jika berkunjung di Bangkok, korang juga boleh berkunjung ke Rumah Jim Thompson yang kini telah dijadikan muzium. Oleh kerana beliau tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak maka, kerajaan Thailand telah mengambil alih urusan penjagaan rumah beliau. Sayang kan.....😓

Kalo korang tak bergegas mana, seorang yang mencintai seni dan alam.....boleh la memperuntukan masa seharian di sini, sebab ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, atau hanya sekadar merehatkan minda melihat bunga-bungaan pun boleh. Jangan lupa berkunjung ke sini........Bye.....

Bersambung....

Trip santai ke Korea: Cara pergi ke Nami Island (Part 2)

6 Mac 2024 Hari ni kami bercadang mau pi Nami Island. Awal kami bangun sebab mau pi Nami tu perjalanannya dekat 2 jam lebih juga. Alhamdulil...