15 September 2025 (Isnin)
Sambungan dari Part 4
 |
| Salah satu pagoda yang terdapat di Kolam Naga Hitam |
Selesai makan kami menyempatkan diri melawat Black Dragon Pool Park (Taman Kolam Naga Hitam), yang hanya berjarak 3km dari hotel penginapan kami, kira2 10 minit menaiki kereta. Kawan aku temapah DIDI, menggunakan aplikasi Alipay. Jika kita berada di Old Town Lijiang, ia sebenarnya hanya berjarak 1km sahaja. Taman Kolam Naga Hitam atau juga dikenali sebagai Taman Heillongtan merupakan tapak bersejarah yang mendapat namanya dari cerita lagenda seekor naga hitam yang mempunyai kaitan dengan budaya Naxi kuno dan Lijang Old Town. Dikatakan Lu Dongbin berjaya mengalahkan 9 naga jahat, namun begitu beliau membiarkan seekor naga hitam yang masih muda untuk terus hidup. Katanya tak jauh tapi kalo jenis kaki kita ni, eloklah naik kereta sbb 3km bagi mereka seperti 10 km bagi kita. Jika korang datang Lijiang, jangan skip Taman ni tau. Sementara tunggu masa nak naik ke JDSM, hari sebelumnya tu boleh la datang sini untuk buat persediaan sebelum mendaki atau nak bagi kaki fit, boleh la berjalan 1 pusingan kolam ni. besar juga tau. Jika bernasib baik, kita boleh ambil gambar berlatar belakangkan JDSM. Tapi nampaknya hari ni, rezeki tidak menyebelahi kami, JDSM terselindung di sebalik awan.
 |
| Arca yang terdapat di sini, mengambarkan tentang aktiviti harian yang dijalankan oleh masyarakat di sini ketika itu. |
 |
| JDSM terselindung disebalik awan |
 |
| Kalo cuaca ok, pasti boleh nampak gunung kat belakang tu |
 |
| Tempat ni sesuai untuk tempat beriadah. |
 |
| unik pokok ni |
 |
| Tempat merokok |
Ada beberapa keunikan dan tarikan yang terdapat di kolam Naga Hitam. Sebenarnya terdapat 2 kolah di taman ini. Satu kolam yang dalam dan satu lagi kolam yang cetek. Kolam yang dalam itu ialah Kolam Naga Hitam atau juga dikenali sebagai kolam Jernih. Ia berbentuk bulat dan mempunyai kedalaman kira2 15 meter. meliputi kawasan seluas 600 meter persegi. Punca air adalah dari mata air yang ada di dasar kolam, selain mendapat sumber air dari cairan salji dari JDSM. Manakala Kolam cetek pula terletak di timur laut kolam yang dalam. Oleh sebab airnya berwarna kekuningan, maka ia dipanggil Kolam Keruh. Kolam Keruh meliputi kawasan seluas 2600 meter persegi dan sedalam 0.5 meter sahaja.
 |
| Salah satu jambatan yang terdapat di Sini |
 |
| Kalo kita berjaya berjalan mengelilingi kolam ini, bermakna kita sudah berkaya menncapai 10k langkah. |
 |
| Redup je kan |
 |
| Mercu tanda |
 |
| Arca yang mengambarkan beberapa figura lelaki yang sedang bermain untuk mengisi masa senggang. |
 |
| Pagoda yang memounyai nilai sejarah |
 |
| Laluan pejalan kaki yang landai |
 |
| Ini mungkin kolam cetek |
Di kawasan kolam ini juga terdapat sebuah taman iaitu Taman Jade Spring.Terdapat beberapa pokok-pokok purba dan menawarkan pantulan gunung dan kuil yang menakjubkan di perairannya. Cantik untuk jadi background gambar kita. Namun, satu masa dahulu, kolam Black dragon ni pernah kering dan Ia merosakkan pemandangan yang cantik itu. Tak pasti kenapa boleh kering sebab kat dasar kolam ni dikatakan ada mata air. Korang dapat bayangkan tak, sebuah kolam yang airnya telah kering, pasti timbul bau2 yang tidak menyenangkan dan memburukkan persekitaran. Oleh sebab itu pihak Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan kolam ini sentiasa dipenuhi air. Ia diistiharkan sebagai kawasan pemuliharan air dan ianya berlangsung sehingga kini.
 |
| Dah nak balik |
 |
| Salah satu pemandanganyang ada di Kolam Naga Hitam |
 |
| Kat luar taman. Dah nak balik ni |
 |
| Ehsan Goggle. Macam ni pemandangan nya bila cuaca ok |
 |
| Cantik juga |
 |
| Gambar kenangan sebelum balik |
bersambung....